Quantcast
Channel: Glepor
Viewing all 3687 articles
Browse latest View live

TMJ Akui Tidak Sabar Hendak Berdebat Dengan KJ

$
0
0
TMJ Akui Tidak Sabar Hendak Berdebat Dengan KJ merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri TMJ Akui Tidak Sabar Hendak Berdebat Dengan KJ.

KUALA LUMPUR: Berikutan perkembangan terbaru selepas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang telah menyahut cabaran untuk berdebat, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengakui yang baginda kini sudah tidak sabar menanti tarikh tersebut, lapor Berita Harian.

Tunku Ismail yang juga Penaung Diraja Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), berkata perbahasan itu yang membincangkan mengenai punca kemerosotan biola sepak negara bukan saja perlu dilakukan secara terbuka di hadapan semua penyokong bola sepak Malaysia, malah dapat disaksikan seluruh negara.

Selain Khairy, TMJ pernah mencabar beberapa individu penting dalam bola sepak negara untuk berdebat termasuk secara langsung di televisyen berkaitan isu kemerosotan bola sepak negara seperti
wakil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM); jurulatih Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee; Pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN), Lim Teong Kim dan Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBSM), B Sathianathan.

"Bola sepak adalah milik rakyat dan mereka mempunyai hak untuk mengambil tahu tentang situasi-situasi yang dihadapi sekarang ini."

"Saya amat menghargai sekiranya mereka boleh membenarkan ramai penyokong bola sepak untuk turut hadir, supaya penyokong boleh bertanyakan secara terbuka mengenai apa-apa soalan yang mereka mahu tanyakan," katanya.

Selain Hairy yang mewakili KBS, presiden PJBSM, B. Sathianathan turut menyatakan kesediaannya dan menyambut baik pelawaan Tunku Ismail sambil menyifatkan cadangan itu sebagai satu tindakan yang wajar untuk dilaksanakan. - Siakapkeli.my

#Panas di TMJ Akui Tidak Sabar Hendak Berdebat Dengan KJ

Sultan Johor Cadang Tubuh "Bank of Johor"

$
0
0
Sultan Johor Cadang Tubuh "Bank of Johor" merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Sultan Johor Cadang Tubuh "Bank of Johor".


JOHOR BAHRU, 14 Apr - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mencadangkan kerajaan negeri untuk menubuhkan sebuah bank sendiri yang dikenali sebagai "Bank of Johor".

Titah Sultan Ibrahim, bank itu bertujuan untuk memberi perkhidmatan perbankan kepada rakyat Johor bagi pinjaman perumahan dan simpanan atau pelaburan.

"Banyak rumah mampu milik dibina untuk rakyat berpendapatan rendah namun masih ramai tidak dapat memiliki rumah kerana gagal mendapat pinjaman bank.

"Oleh yang demikian saya ingin mencadangkan kepada kerajaan negeri supaya menubuhkan sebuah bank sendiri yang boleh dinamakan sebagai 'Bank of Johor'," titahnya sebagaimana lapor Sinar Online.

Sultan Ibrahim bertitah demikian dalam majlis perasmian Pembukaan Penggal Keempat Persidangan Ketiga Dewan Negeri Johor Ke-13 di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan, di sini hari ini. - Siakapkeli.my

#Panas di Sultan Johor Cadang Tubuh "Bank of Johor"

Pengemis 'Professional' Kumpul RM286,000 Sebulan

$
0
0
Pengemis 'Professional' Kumpul RM286,000 Sebulan merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Pengemis 'Professional' Kumpul RM286,000 Sebulan.
Gambar hiasan

Dubai: Seorang lelaki telah ditahan oleh pihak berkuasa majlis perbandaran Dubai kerana dikatakan mengumpul sehingga Dh270,000 (RM286,000) sebulan hanya dengan mengemis.

Ketua Bahagian Pasaran majlis tersebut, Faisal Al Badiawi menerusi satu kenyataan berkata lelaki itu ditahan berikutan kempen membasmi pengemis yang dilancarkan sejak tiga bulan lalu.

Dilaporkan, seramai 59 pengemis profession ditahan dalam kempen berkenaan dengan kerjasama polis.

Sebahagian pengemis itu memiliki pasport dengan visa perniagaan atau pelancong. Kebanyakannya memasuki negara ini secara sah dengan visa tiga bulan dan mereka menggunakannya untuk mengumpulkan sebanyak wang yang mungkin sepanjang tempoh itu,” kata Faisal.

Menurutnya juga, seorang daripada mereka ditahan bersama wang lebih Dh270,000 hanya sebulan selepas tiba di Dubai.

Mengikut pengiraan kami, dia memperolehi hampir Dh,9,000 (RM9,500) sehari atau Dh1,500 (RM1,590) dalam masa satu setengah jam.

"Dia mengaku boleh memperoleh lebih banyak dengan mengemis di depan masjid, khususnya pada Jumaat,” kata Faisal sebagaimana lapor Harian Metro.

Menurut Faisal lagi, kempen itu akan diteruskan lebih-lebih lagi ketika Ramadan bagi membersihkan imej negara itu. - Siakapkeli.my

#Panas di Pengemis 'Professional' Kumpul RM286,000 Sebulan

Penyaman Udara Anda Kurang Sejuk? Ketahui Cara Asas Servis Penyaman Udara Anda Sendiri

$
0
0
Penyaman Udara Anda Kurang Sejuk? Ketahui Cara Asas Servis Penyaman Udara Anda Sendiri merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Penyaman Udara Anda Kurang Sejuk? Ketahui Cara Asas Servis Penyaman Udara Anda Sendiri.

Ketika musim panas ini sudah pasti kekerapan kita yang memiliki penyaman udara di rumah untuk memasang penyaman udara lebih tinggi kerana panas.

Cuaca yang panas dan kering ini akan menyebabkan habuk-habuk lebih banyak beterbangan dan sudah pasti ia akan menyebabkan penapis penyaman udara anda lebih cepat tersumbat.

Jadi apa perlu anda lakukan? kami sertakan tips yang telah dikongsikan oleh page Malaysia D.I.Y iaitu kaedah asas untuk servis serta meningkatkan semula keupayaan penyaman udara anda seperti sedia kala. Hanya perlukan 10 minit sahaja.

Barang asas. Berus dan air paip.

1. Buka cover indoor unit. 


2. Tarik penapis keluar. 

3. Ketuk2 penapis untuk keluarkan habuk. 

4. Berus dengan berus perlahan2. Sekiranya jenis plastik boleh dibasuh guna air sabun. 


5. Jika ada habuk pada coil gunakan berus lembut untuk buang habuk. 

**Ini kipas belah dalam rumah. Bila on aircond off dekat suis plug atau main suis aicond tu supaya cover dia tak tertutup. Baru boleh nampak kipas ni.

6. Pasang semula penapis. 

7. Untuk meningkatkan tiupan angin berus perlahan2 pada kipas blower. 

8. Pergi keluar rumah. Pasangkan air kuat pada paip getah panjang. Pancutkan air pada sirip2 dan kipas outdoor unit sehingga air yang turun menitik menjadi jernih. 




Sekiranya masih tidak sejuk mungkin gas sudah kurang dan perlu ditambah. Perlu memanggil technician.kena bayar la ye yang tu. - Siakapkeli.my
#Panas di Penyaman Udara Anda Kurang Sejuk? Ketahui Cara Asas Servis Penyaman Udara Anda Sendiri

Wanita Ditemui Mati Bersama Bayi Perempuan

$
0
0
Wanita Ditemui Mati Bersama Bayi Perempuan merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Wanita Ditemui Mati Bersama Bayi Perempuan.

Rawang, 14 Apr: Seorang ibu bersama bayi perempuan enam bulan ditemui mati di dalam rumah mereka di Taman Rawang Perdana 2 kira-kira 9 pagi tadi.

Mayat dua beranak itu ditemui oleh bapa mentua mangsa yang datang untuk menziarah.

Menurut jiran mangsa, bapa mentua wanita berkenaan menjerit selepas menemui menantu perempuan bersama cucunya dalam keadaan tidak sedarkan diri.

"Saya terdengar pakcik (bapa mentua) itu menjerit sebelum berlari untuk melihat apa sebenarnya yang berlaku.

"Pakcik itu menunjukkan anaknya yang berada di dalam rumah terbaring di lantai manakala cucunya berusia enam bulan terbaring tidak sedarkan diri di atas katil.

"Keadaan rumah seakan-akan dipecah masuk kerana berselerak dan pintu terbuka," katanya sebagaimana lapor Harian Metro.

Jurucakap plis berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada 10.30 pagi sebelum ke lokasi kejadian.

"Polis menjumpai seorang wanita tempatan bersama anaknya terbaring di lantai dan atas tilam dalam keadaan tidak sedarkan diri.

"Pihak Forensik dan Unit Anjing Pengesan (K9) sudah ke lokasi kejadian untuk siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya. - Siakapkeli.my

#Panas di Wanita Ditemui Mati Bersama Bayi Perempuan

Lihat Apa Jadi Bila Stor Dihias Kreatif Oleh Seorang Penolong Kanan Sekolah

$
0
0
Lihat Apa Jadi Bila Stor Dihias Kreatif Oleh Seorang Penolong Kanan Sekolah merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Lihat Apa Jadi Bila Stor Dihias Kreatif Oleh Seorang Penolong Kanan Sekolah.

Biasanya bila melibatkan pejabat, agak jarang dihias penuh ceria dan berwarna warni.

Namun lain pula bagi Puan Shamsina Abd Aziz yang merupakan penolong kanan di Sekolah Kebangsaan Seksyen 13 Shah Alam, sekolah kluster kecemerlangan.

Menurut Puan Shamsina beliau baru saja bertukar ke sekolah ini dan bilik tersebut asalnya adalah bilik stor.

Disebabkan tiada bilik lain yang kosong, Puan Shamsina di berikan bilik stor tersebut untuk dijadikan pejabat beliau.

Dan hasil daripada sentuhan dan kreativiti Puan Shamsina, bilik stor yang suram telah bertukar ceria. Dekorasi bilik ini dihias sedikit demi sedikit apabila beliau berkelapangan.

Oh ya, yang berbelang di dinding itu adalah cat ye. Bukan wall paper. Kreatif dan menarik kan?

deco-bilik-penolong-kanan-sekolah-2

deco-bilik-penolong-kanan-sekolah-1

deco-bilik-penolong-kanan-sekolah-3

deco-bilik-penolong-kanan-sekolah-4

deco-bilik-penolong-kanan-sekolah-5

deco-bilik-penolong-kanan-sekolah-6

deco-bilik-penolong-kanan-sekolah-7

deco-bilik-penolong-kanan-sekolah-8

deco-bilik-penolong-kanan-sekolah-9

deco-bilik-penolong-kanan-sekolah-10

Jika anda juga peminat dekorasi dan ingin kongsikan hasil sentuhan kreatif anda, emailkan kepada kami di team editorial Vocket atau hubungi kami di Facebook Page TheVocket.

Baca lagi: Pasangan Ini Ambil Masa 3 Tahun Hias Sendiri Rumah Ikut Citarasa Mereka

#Panas di Lihat Apa Jadi Bila Stor Dihias Kreatif Oleh Seorang Penolong Kanan Sekolah

(Video & Gambar) Berdoa Depan Kaabah Mahu 6 Orang Anak, Ibu Seorang Anak Dikurniakan Kembar 5 Sekaligus

$
0
0
(Video & Gambar) Berdoa Depan Kaabah Mahu 6 Orang Anak, Ibu Seorang Anak Dikurniakan Kembar 5 Sekaligus merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri (Video & Gambar) Berdoa Depan Kaabah Mahu 6 Orang Anak, Ibu Seorang Anak Dikurniakan Kembar 5 Sekaligus. #Panas di (Video & Gambar) Berdoa Depan Kaabah Mahu 6 Orang Anak, Ibu Seorang Anak Dikurniakan Kembar 5 Sekaligus

Viral Nak Hadiah Beg LV Jika Kongsi Status : Ini Penjelasan dari Dato Seri Vida

$
0
0
Viral Nak Hadiah Beg LV Jika Kongsi Status : Ini Penjelasan dari Dato Seri Vida merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Viral Nak Hadiah Beg LV Jika Kongsi Status : Ini Penjelasan dari Dato Seri Vida.

Kuala Lumpur: Datuk Seri Dr. Hasmiza atau Dato Seri Vida (DSV) menafikan pihaknya tidak pernah membuat sebarang tawaran untuk memberi beg tangan Louis Vuitton milikknya seperti mana yang menjadi viral sebelum ini.

Bagaimanapun, ahli perniagaan itu mempunyai berita gembira kerana dia memang berhajat untuk menghadiahkan barangan berjenama mewah miliknya dalam masa terdekat.

"Saya memang berhajat untuk berbuat demikian tapi masih belum membuat tawaran berkenaan dan memaparkannya di mana-mana laman sosial termasuk Instagram dan FB.

“Akaun yang memaparkan tawaran berkenaan tiada kena mengena dengan saya atau syarikat saya,” kata Vida sebagaimana lapor Harian Metro.

Sebelum ini, satu status yang dipost menggunakan akaun facebook 'DSV-Dato' Seri Vida' yang berkata akan memberikan beg tersebut kepada pemenang bertuah yang berkongsi status tersebut menjadi viral sehingga dikongsi lebih dari 200,000 orang netizen.


Mengulas perkara itu, Vida berkata beliau kesal dengan tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab membuka akaun FB yang sama sekali bukan dikendalikan olehnya atau pihaknya.

"Sebarang promosi, iklan, hadiah mahupun barangan yang berkaitan mengenai Vida Beauty atau Qu Puteh yang dipaparkan menerusi akaun FB itu adalah tidak benar dan palsu sama sekali.

"Kita tidak akan bertanggungjawab jika ada yang kerugian kerana berurusan dengan akaun FB berkenaan," katanya.

Mengulas lanjut tentang niatnya untuk memberi pelbagai barangan berjenama mewah kepada peminat, Dia berkata ianya utnuk peminat setia yang sentiasa menyokong pembabitannya dalam industri kecantikan.

"Semuanya masih lagi dalam perancangan terutama untuk membuat pemilihan bagi pemberian barangan berkenaan.

“Ia membabitkan pengedar yang baru menyertai perniagaan saya, pengedar yang sedia ada dan juga pengikut setia di laman Instagram dan FB di mana mereka yang rajin 'like' dan komen antara yang akan dipilih menerima hadiah berkenaan,” katanya

Vida juga berharap tidak ada pihak yang mengambil kesempatan terhadap dirinya untuk menipu.

"Orang ramai disarankan untuk sentiasa mengikuti perkembangan saya di Instagram dengan nama 'datoserivida' dan Facebook menggunakan nama Dato Seri Vida untuk merebut peluang terbaik ini.", kata beliau. - Siakapkeli.my

#Panas di Viral Nak Hadiah Beg LV Jika Kongsi Status : Ini Penjelasan dari Dato Seri Vida

‘Mar Adentro’ Hotel Paling Minimalist Di Dunia

$
0
0
‘Mar Adentro’ Hotel Paling Minimalist Di Dunia merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri ‘Mar Adentro’ Hotel Paling Minimalist Di Dunia.

Setiap hotel pasti mempunyai rekaan mereka yang tersendiri untuk menarik tetamu tinggal di hotel mereka. Hotel Mar Adentro di San Jose Del Cabo, Mexico ini seperti hotel yang biasa anda lihat dalam sesebuah filem berkonsep futuristik. Sangat minimalist dan cool.

Tema warna putih dipilih menghiasi setiap pelosok hotel ini dan infinity pool hotel ini juga sangat cantik menghadap Laut Cortez. Hotel ni adalah hasil rekaan arkitek Mexico, Miguel Angel Aragones dan hotel 5 bintang ini berkapasiti 143 bilik suite.

Hotel ini juga menawarkan pantai private istimewa untuk tetamu hotel, tempat membeli belah, lima restoran, spa dan art gallery. Pendek cerita kalau dah tinggal di sini, pasti susah untuk tinggalkannya. Tetapi harga untuk satu malam di hotel ini untuk bilik yang menghadap laut adalah sekitar RM8,500. Tapi saya lihat di Agoda sedang ada promosi. Siapa yang berkenan, boleh cuba tempah di Agoda. Sarungkan kaca mata Tom Ford, dan bercuti seperti anda James Bond di hotel ini. Selamat bercuti!

mar-adentro-hotel-2

mar-adentro-hotel-3

mar-adentro-hotel-4

mar-adentro-hotel-5

mar-adentro-hotel-6

mar-adentro-hotel-7

mar-adentro-hotel-8

mar-adentro-hotel-9

mar-adentro-hotel-10

mar-adentro-hotel-11

#Panas di ‘Mar Adentro’ Hotel Paling Minimalist Di Dunia

‘Goals’ Bakal Mengubah Cara Anda Mengurus Aktiviti Melalui Google Calender

$
0
0
‘Goals’ Bakal Mengubah Cara Anda Mengurus Aktiviti Melalui Google Calender merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri ‘Goals’ Bakal Mengubah Cara Anda Mengurus Aktiviti Melalui Google Calender.

Sedar tak sedar, Google Calender kini sudah 10 tahun di dalam arena teknologi. Pelbagai perubahan yang berlaku di dalam jangka masa 10 tahun ini malah sebelum bermulanya era dominasi platform Android di dalam arena telefon pintar lagi.

Sempena ulangtahun Google Calendar yang ke-10 hari ini Google Calender telah melancarkan fungsi terbaru yang digelar sebagai ‘Goals’.

GCalendar_01

Secara umumnya, ‘Goals’ bakal memudahkan cara anda mengurus masa dengan menetapkan tarikh dan waktu sesuatu aktiviti yang ingin anda lakukan. Sama ada meluangkan masa untuk membaca buku,bersenam lebih kerap atau melaksanakan gol-gol anda yang lain dimana boleh menjadi suatu cabaran.

GCalendar_03

Masalah berlaku beberapa situasi yang tak dapat dielakkan bakal menganggu sesuatu gol anda serta bakal membuatkan gol anda terbantut. Google nampaknya cakna akan perkara ini dan memperkenalkan ‘Goals’ yang lebih mesra pengguna.

Contohnya jika anda ingin menetapkan untuk joging seminggu 3 kali, Google Calendar akan membantu anda mencari masa yang terluang serta membantu anda mencapai gol tersebut. Apa yang anda perlu lakukan adalah lengkapkan kekerapan dan masa yang sesuai untuk anda lakukan sesebuah aktiviti.

GCalendar_04

Anda juga boleh menangguhkan gol anda dan jadualkan aktiviti anda dengan mudah dan pantas.

Anda boleh mula tetapkan ‘goals’ di dalam telefon pintar anda dengan memuat-turun aplikasi Google Calender pada peranti Android atau iOS anda.

#Panas di ‘Goals’ Bakal Mengubah Cara Anda Mengurus Aktiviti Melalui Google Calender

Terperangkap Dalam Kereta? Penyandar Kepala Mungkin Boleh Selamatkan Nyawa

$
0
0
Terperangkap Dalam Kereta? Penyandar Kepala Mungkin Boleh Selamatkan Nyawa merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Terperangkap Dalam Kereta? Penyandar Kepala Mungkin Boleh Selamatkan Nyawa.

Sekiranya anda terperangkap di dalam kereta yang berkunci, perkara pertama yang anda fikirkan mestilah untuk memecahkan cermin kereta supaya udara dapat mengalir.

Ataupun jika kereta terjunam ke dalam air yang dalam, langkah utama yang perlu dibuat adalah memecahkan cermin kereta secara menyeluruh supaya anda sempat keluar dari kereta tersebut sebelum ia dipenuhi air.

Apabila tiba saat-saat getir ini, penyandar kepala di tempat duduk kereta anda boleh menjadi penyelamat keadaan.

Oleh kerana penyandar kepala sentiasa berada dekat dengan anda, mudah dicabut serta saiznya yang kecil dan panjang, ia sepatutnya menjadi 'alat' pertama yang anda capai untuk memecahkan cermin kereta anda.

Bagaimana Nak Pecahkan Cermin Kereta Guna Penyandar Kepala?

1 - Cabut penyandar kepala dari tempat duduk anda.


2 - Masukkan salah satu batang besinya ke celah cermin.

3 - Apabila sudah masuk ke dalam, tarik penyandar kepala itu ke arah dalam dengan kuat dan cermin kereta akan retak seribu sebelum pecah.

Sangat mudah dan cepat kan?

Tonton video di bawah untuk melihat tutorial penuh. Semoga bermanfaat di ketika kecemasan. - Siakapkeli.my

#Panas di Terperangkap Dalam Kereta? Penyandar Kepala Mungkin Boleh Selamatkan Nyawa

Disahkan Mengidap Kanser, Gadis Ini Travel Ke 7 Lokasi Keajaiban Dunia Dalam Masa 13 Hari

$
0
0
Disahkan Mengidap Kanser, Gadis Ini Travel Ke 7 Lokasi Keajaiban Dunia Dalam Masa 13 Hari merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Disahkan Mengidap Kanser, Gadis Ini Travel Ke 7 Lokasi Keajaiban Dunia Dalam Masa 13 Hari.

Jatuh daripada tangga, dilanggar kereta dan kemudiannya disahkan mengidap kanser kulit. Semuanya berlaku dalam masa 1 bulan.

2 minggu kemudian Megan Sullivan mengambil keputusan untuk travel ke 7 lokasi keajaiban dunia dalam masa 13 hari dengan 1 perspektif baru : lebih menghargai hidupnya.

Berikut kronologi kejadian yang telah menimpa dan mengubah hidup Megan.

Segalanya bermula sewaktu Megan  sedang menjalani latihan persediaan untuk mendaki the Nose route on El Capitan. Pada ketinggian 2000 kaki di Yosemite, beliau terjatuh.

Hari pertama: Chichen Itza

pesakit-kanser-1

Sejak kejadian itu Megan kerap bertanya kepada diri sendiri, apakah yang beliau mahukan dalam hidup ini? Dan apakah sebenarnya yang beliau ingin buktikan kepada diri sendiri dan juga kepada dunia?

Hari ke 2: Machu Picchu

pesakit-kanser-2

Seminggu selepas kemalangan di gunung, Megan sekali lagi ditimpa kecelakaan. Kali ini beliau dilanggar kereta sewaktu menunggang vespa.

Hari ke 4: Cristo Redentor

pesakit-kanser-3

Dan selepas itu beliau didiagnosis mengidap kanser kulit sewaktu menjalani pemeriksaan susulan akibat daripada kemalangan yang dialami.

Dalam masa 3 minggu, Megan ditimpa 3 ‘bad luck’.

Baca: Putus Tunang, Lelaki Ini Gadai Cincin Dan Bawa Diri. Apa Yang Ditemui Selepas Itu Sangat Bernilai

Hari ke 6: Colloseum

pesakit-kanser-7

Meskipun begitu, daripada tragedi yang melanda Megan menyedari ia adalah satu pengajaran yang sangat berharga buat dirinya. Ia mengajar beliau untuk membuka lembaran baru dalam hidup dan melihatnya dari perspektif yang berbeza.

Hari ke 8: Petra

pesakit-kanser-8

Selepas melalui fasa terburuk dalam hidupnya, Megan mula menyedari hidup bagaimanakah sebenarnya yang beliau inginkan.

I came to this amazing realization… that the only thing stopping me from having everything that I ever wanted in life was simple: me.

Hari ke 11: Taj Mahal

pesakit-kanser-5

Dulu Megan selalu percaya beliau tiada masa yang cukup atau duit yang banyak. Hakikatnya itu hanyalah alasan semata-mata. Apa yang beliau paling takuti sebenarnya adalah kegagalan.

Saya mesti berhenti daripada berfikir bahawa impian saya adalah sesuatu yang mustahil untuk dicapai. Sebaliknya saya harus percaya bahawa saya berhak menentukan hidup bagaimanakah yang mahu saya lalui setiap hari.

Hari ke 12: Tembok Besar China

pesakit-kanser-5b

Satu-satunya perkara yang paling Megan kesali disepanjang hidupnya adalah melepaskan peluang yang pernah datang kepada beliau. Dan pada kali ini Megan tidak akan melepaskan lagi satu-satunya peluang yang hadir: menghargai dan menikmati hidup sepenuhnya.

12 negara, 15 penerbangan, jumlah perjalanan sejauh 28,211 km, menginap di 5 hotel, 1 tripod dirampas, 7 lokasi keajaiban dunia dan 13 hari pengembaraan.

Tonton video menarik disepanjang pengembaraan Megan di bawah.

Baca lagi: Putus Cinta Bawa Aku Mendaki Annapurna Base Camp (ABC) Meski Tanpa Persediaan

#Panas di Disahkan Mengidap Kanser, Gadis Ini Travel Ke 7 Lokasi Keajaiban Dunia Dalam Masa 13 Hari

(Video) Selepas Bertanya Soalan, Gadis Ini di Islamkan oleh Dr. Zakir Naik di Kemaman

$
0
0
(Video) Selepas Bertanya Soalan, Gadis Ini di Islamkan oleh Dr. Zakir Naik di Kemaman merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri (Video) Selepas Bertanya Soalan, Gadis Ini di Islamkan oleh Dr. Zakir Naik di Kemaman. Terengganu - Ceramah Dr. Zakir Naik di Kemaman merakamkan satu detik bermakna apabila seorang remaja Kristian berumur 19 tahun, Nina Grace, memilih untuk memeluk Islam apabila dipelawa oleh Dr. Zakir Naik selepas pelajar terbabit bertanyakan soalan.

Menurut pelajar terbabit, dia telah kerap membaca surah Al-Fatihah, 3 Qul dan Ayat Kursi.

Pelajar berkenaan kemudian bertanya adakah dia tidak menghormati Islam dengan berbuat sedemikian?

Dr. Zakir Naik terus menjawab : Tidak.

Dr. Zakir Naik kemudiannya bertanya kepada pelajar tersebut beberapa soalan sebelum mengajaknya mengucap dua kalimah Syahadah.

Dr. Zakir : "Adakah kamu percaya hanya ada satu Tuhan?"

Grace : "Ya"

Dr. Zakir : "Adakah kamu percaya Jesus itu Tuhan?"

Grace : "Tidak"

Dr. Zakir : "MasyaAllah.. Adakah kamu percaya Nabi Muhammad pesuruh Allah?"

Grace : "Ya".

Selepas beberapa siri soalan dan penjelasan lagi, gadis tersebut bersetuju untuk mengikut Dr. Zakir mengucap dua kalimah Syahadah.

Setelah selesai detik yang amat bermakna itu, kedengaran tepukan dari orang ramai.




Video penuh bermakna itu dimuat naik oleh chanel Youtube Dr. Zakir Naik Fans ID. - Siakapkeli.my

**Skip kepada 18:20 untuk menyaksikan detik itu.

#Panas di (Video) Selepas Bertanya Soalan, Gadis Ini di Islamkan oleh Dr. Zakir Naik di Kemaman

Fungsi Terbaru Facebook Messenger Ini Bakal Mengubah Cara Anda Membeli-Belah

$
0
0
Fungsi Terbaru Facebook Messenger Ini Bakal Mengubah Cara Anda Membeli-Belah merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Fungsi Terbaru Facebook Messenger Ini Bakal Mengubah Cara Anda Membeli-Belah.

Semasa Majlis Facebook F8 pada minggu ini, Facebook telah mengumumkan chatbots buat aplikasi mereka iaitu Messenger.

Chatbots daripada Messenger ini bakal menghubungkan pengguna dengan sesebuah syarikat bagi membantu pengguna membuat pembelian dengan mudah dan tepat.

Katakan anda berminat untuk mendapatkan sepasang kasut Adidas tetapi kurang pasti tentang info produk, chatbots bakal menghubungkan anda supaya proses pemilihan dan pembelian akan berjalan dengan lancar.

xchx2tnurh5fxyx1f2hh

Salah satu daripada syarikat yang sudah mengaplikasikan fungsi terbaru chatbots ini adalah Spring. Fungsi chat secara terus serta pertanyaan daripada khidmat pelanggan bakal membuatkan pengguna mudah untuk membuat pilihan berdasarkan ciri-ciri yang diimpikan.

image2

Selain itu, Chatbots daripada Facebook Messenger bakal berfungsi sebagai Google Now dimana pengguna dapat terus bertanya tentang berita terbaru atau ramalan cuaca sesuatu tempat.

Setakat ini masih belum ada pengumuman rasmi tentang fungsi ini buat pasaran Malaysia. Kami tidak sabar bagaiman Facebook Messenger dapat mengubah cara anda berbelanja.

Kami harap dengan adanya fungsi terbaru daripada Facebook ini, trend beratur bagi mendapatkan sesuatu barangan berjenama dapat diubah kepada cara yang lebih sistematik.

#Panas di Fungsi Terbaru Facebook Messenger Ini Bakal Mengubah Cara Anda Membeli-Belah

Gambar Mira Filzah ini diedit lucah !!!!!

$
0
0
Gambar Mira Filzah ini diedit lucah !!!!! merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Gambar Mira Filzah ini diedit lucah !!!!!.



Punya jahat sehinggakan pelakon cantik Mira Filzah diedit sehingga menjadi bahan lucah sesetenag pihak yang tidak bertanggungjawab.

Gambar yang diambil ketika majlis hari jadi Mira baru-baru ini, sekeping gambar telah diedit sehingga tersebar di laman sosial.

Sabarlah Mira, biarlah orang seperti ini mendapat balasan dari Tuhan.







#Panas di Gambar Mira Filzah ini diedit lucah !!!!!

(Video) Menteri Luar Arab Saudi Akui Derma Memang Dari Arab Saudi

$
0
0
(Video) Menteri Luar Arab Saudi Akui Derma Memang Dari Arab Saudi merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri (Video) Menteri Luar Arab Saudi Akui Derma Memang Dari Arab Saudi.


ISTANBUL, 15 Apr: Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir hari ini membuat pengakuan bahawa sumbangan derma kepada Perdana Menteri, DS Najib Razak sememangnya dari negara itu.

"Kami sedar tentang derma itu dan ia memang benar-benar sumbangan tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Dan kami juga sedar bahawa Peguam Negara Malaysia telah menjalankan siasatan teliti mengenai perkara itu dan mendapati tiada salah laku. 

"Justeru, setahu kami, isu itu ditutup," katanya sebagaimana lapor Bernama.

Adel sebelum itu mengadakan pertemua dua hala dengan Najib di luar Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke-13 di sini.

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, pada 26 Januari lepas, telah membersihkan Najib daripada sebarang salah laku berkaitan siasatan terhadap SRC International Sdn Bhd dan dana RM2.6 bilion yang dikatakan telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri.

Mohamed Apandi berkata siasatan menunjukkan bahawa jumlah yang dimasukkan ke dalam akaun ialah RM2.08 bilion, dan ia adalah sumbangan peribadi daripada keluarga diraja Saudi pada 2013, dan RM2.03 bilion kemudian telah dipulangkan kepada penderma pada tahun yang sama. - Siakapkeli.my

#Panas di (Video) Menteri Luar Arab Saudi Akui Derma Memang Dari Arab Saudi

Karipap Buatan Anak Malaysia Dijual RM7 Laris Di China

$
0
0
Karipap Buatan Anak Malaysia Dijual RM7 Laris Di China merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Karipap Buatan Anak Malaysia Dijual RM7 Laris Di China.

Jika anda rasa karipap harga 50 sen sebiji pun dah mahal, tunggu anda ke China dahulu. Di satu restoran Di Nanning, China, ‘The Mamak Stall’ kini semakin terkenal dengan karipapnya kepada penduduk tempatan.

Setiap hari pasti ramai yang beratur untuk membeli karipap di restoran ini. Ianya terhad kepada 100 biji sahaja sehari dan dijual pada harga 12 Chinese Yuan (RM7) sebiji! Wow, hebat sekali. Walaupun dengan harga sedemikian, ianya tidak menghalang penduduk setempat untuk beratur kerana ianya dijual secara first come first served.

m3

Jadi siapa mastermind di sebalik karipap power ini? Ianya adalah idea dari Huang Xin Yi, wanita dari Johor Bahru. Wanita berusia 30 tahun ini pada mulanya bekerja di sebuah bank di Singapura selama 3 tahun sebelum memulakan bisnes di China.

Beliau memberitahu akhbar Nanyang Siang Pau walaupun mempunyai simpanan hanya SGD30,000 (lebih kurang RM90,000), beliau nekad ke China untuk memulakan bisnes di sana kerana itulah impian sejak zaman universiti untuk mempunyai bisnesnya yang tersendiri.

Nampaknya tindakan berani beliau itu membuahkan hasil kerana perniagaannya semakin berkembang sejak memulakan ‘The Mamak Stall’ bulan Jun tahun lalu. Beliau menambah pada mulanya jika beliau menjalankan bisnes cafe atau menjual bak kut teh (hidangan non-halal masyarakat Cina), semestinya beliau akan menghadapi saingan sengit dengan kedai-kedai yang sedia ada.

Jadi idea membuka kedai The Mamak Stall ini datangnya dari expo China-ASEAN di Nanning 4 tahun lalu yang membuka mata Huang untuk mencuba membawa masuk makanan berkonsep Malaysia ke pasaran China. Jadi di kedai The Mamak Stall itu bukan hanya menjual karipap, tetapi hidangan Cina Malaysia, Nyonya, makanan Melayu dan India turut ada di dalam menu kedai ini.

Menerima lawatan delegasi dari Malaysia

Menerima lawatan delegasi dari Malaysia

Jadi boleh kata kedai Huang ini adalah kedai dengan citarasa Malaysia pertama di Nanning. The Mamak Stall ini sudah mempunyai cawangan keduanya dibuka bulan Ogos lalu, dua bulan selepas kedai pertamanya di buka. Huang dalam perancangan ingin menjadikan ‘The Mamak Stall’ sebuah franchise di China.

Tidak pasti sama ada kedai ini halal untuk pengunjung Muslim ataupun tidak. Nanti saya akan cuba dapatkan lebih info berkenaan kedai ini. Kalau ianya halal, senanglah kalau ke Nanning nanti. Rindu makanan Malaysia, boleh terus terjah The Mamak Stall ni.

m1

12108961_766747026788140_6576884153960617943_n

12109189_766747253454784_7394072954582908340_n

12243469_780273175435525_7230734821485116839_n

12573159_810379602424882_6811903363582154877_n

12832472_844553855674123_2323455760910405471_n

#Panas di Karipap Buatan Anak Malaysia Dijual RM7 Laris Di China

Isteri MB Terengganu Ajar Remaja Di Islamkan Zakir Naik Bertudung, Sudah Ada Nama Islam

$
0
0
Isteri MB Terengganu Ajar Remaja Di Islamkan Zakir Naik Bertudung, Sudah Ada Nama Islam merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Isteri MB Terengganu Ajar Remaja Di Islamkan Zakir Naik Bertudung, Sudah Ada Nama Islam.

Kemaman: Sejurus seorang remaja Kristian yang telah di Islamkan oleh pendakwah terkenal, Dr Zakir Naik secara langsung di hadapan kira-kira 45,000 di Padang Astaka, Kemaman, remaja berkenaan telah dibawa oleh pihak Jabatan Agama ke belakang pentas untuk mengelakkan dari diserbu orang ramai, lapor Terengganu Times.

Ramaja berkenaan yang dikenali dengan nama Nina Grace telah disambut oleh isteri kepada Menteri Besar, To’ Puan Halina Zakaria di belakang pentas di mana To' Puan Harlina telah mengajar remaja berkenaan cara memakai tudung.

BACA: (Video) Selepas Bertanya Soalan, Gadis Ini di Islamkan oleh Dr. Zakir Naik di Kemaman

Dalam pada itu, Nina dikhabarkan sudah mempunyai nama Islamnya dan bercadang akan menukar nama Nina Grace kepada Nur Nina Farisha.

Beliau merupakan pelajar daripada Kolej Ranaco, offshore engineering Ranaco dimana sebelum ini beliau telah menghafal Al-Fatihah,3 kul dan Qursi sejak berumur 13 tahun

Menurut TerengganuTimes, Nina yang berasal daripada Kulai, Johor dan telah memeluk islam di Program Grand Finale Dr Zakir Naik Terengganu Tour di Padang Astaka Kemaman semalam. - Siakapkeli.my

#Panas di Isteri MB Terengganu Ajar Remaja Di Islamkan Zakir Naik Bertudung, Sudah Ada Nama Islam

Ini Cara Efisyen Menggunakan Servis Uber Dan Grab Di Malaysia

$
0
0
Ini Cara Efisyen Menggunakan Servis Uber Dan Grab Di Malaysia merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Ini Cara Efisyen Menggunakan Servis Uber Dan Grab Di Malaysia.

Sejak kebelakangan ini, saya perasan ramai yang baru mencuba perkhidmatan Uber dan Grab untuk ke destinasi masing-masing. Sebagai pengguna kerap, dan pernah juga menjadi pemandu Uber, saya nak kongsikan beberapa panduan yang mungkin dapat membantu anda merasai satu perjalanan yang efisyen.

taxi alternative

Bagaimana saya menghubungi kereta Uber/Grab?

Kalau anda suka warna hijau, muat-turun aplikasi Grab dari Google Play atau App Store. Tapi kalau anda suka warna hitam, dapatkan Uber dari Google Play atau App Store.

Masing-masing ada kelebihan, jadi lagi baik anda muat-turun kedua-duanya sekali. Lepas itu, lambaikan telefon anda di tepi jalan untuk panggil kenderaan tersebut. OK, saya bergurau je. Anda mestilah kena buka aplikasi tersebut dan daftar.

Bagaimana memilih diantara perkhidmatan tersebut?

Kedua-dua syarikat ini mempunyai tarif harga yang berlainan. Jadi, bagi perhatian tentang perkara ni.

Grab (GrabCar) bermula dengan kadar RM1.40, dengan tambahan RM0.58 setiap KM dan RM0.24 setiap minit. Bagaimanapun mereka ada RM7 kadar minima tak kira berapa dekat jarak perjalanan anda.

Uber (UberX) bermula dengan RM0.95, dengan RM0.60 setiap KM dan RM0.25 setiap minit. Mereka tidak kenakan kadar minima.

Jadi secara umumnya kalau anda hendak ke tempat yang kurang dari 5km, gunakan sahaja UberX. Kalau lebih dari tu, guna GrabCar. Tapi melalui pengalaman saya, UberX kadang-kadang lebih murah kerana mereka kenakan bayaran yang tepat berdasarkan jarak + masa perjalanan anda.

Lagi mengenai harga

Grab akan bundarkan kepada tingkat harga terdekat berdasarkan jarak yang anda letak pada tempat pengambilan & penurunan, jadi anda boleh tahu tambang sebelum memulakan perjalanan.

Uber pula akan mengira tambang dengan tepat, jadi anda perlu habiskan perjalanan sebelum mengetahui harga sebenar, tapi anda masih boleh meminta anggaran harga melalui aplikasi mereka sebelum perjalanan.

Apa yang saya suka tentang Uber ialah mereka mempunyai banyak info bagi perjalanan terdahulu untuk rujukan, dan mereka mempunyai kadar tambang yang sangat tepat hingga ke sen.

Semasa waktu puncak, Uber kadang-kadang akan menaikkan harga mereka (yang dipanggil Surge Pricing) bila permintaan lebih dari biasa. Kadar harga boleh mencecah 2 hingga 5 kali ganda terutamanya di kawasan pusat bandar.

Grab pula tidak mempunyai mekanisma ini. Jadi kalau harga Uber sedang naik, faham-fahamlah nak gunakan aplikasi apa.

Pengambilan & penurunan penumpang

Ini sesuatu yang penting untuk anda mahirkan jika anda mahukan pengalaman yang baik. Lebih kurang juga dengan teksi, anda patut cari tempat yang senang bagi kenderaan mengambil anda, seperti:

1. Hentian bas/teksi
2. Lobi bangunan
3. Pondok pengawal atau pintu masuk
4. 7-Eleven, Starbucks, OldTown White Coffee
5. Tempat terkenal seperti kompleks membeli-belah

Masukkan nama tempat tersebut, pilih tempat yang ada nama yang jelas, dan lokasi yang tepat. Jangan terlalu bergantung dengan fungsi GPS di telefon anda, sebab kadang-kadang nama tempat yang dicadangkan tak berapa lengkap.

Dalam aplikasi pemandu, pemandu selalunya bergantung kepada nama tempat, dan bukanlah lokasi anda di dalam peta.

Walaupun dengan pengguna servis seperti saya yang selalu menggunakan perkhidmatan ini juga boleh berlaku salah faham dengan pemandu, salah beri lokasi, dan paling tak best, pemandu yang masih baru dengan perkhidmatan perkongsian kenderaan ini. Memang perlu banyak bersabar, terutamanya di kawasan yang sibuk.

Lagi satu perkara yang penting, kalau ternampak banyak kehadiran teksi di sesuatu tempat pengambilan/penurunan, mungkin anda perlu jauhkan diri anda dari situ. Sekarang banyak berita kurang memuaskan berkenaan perkhidmatan teksi dengan perkongsian kenderaan ni. Jadi, tak perlulah ambil risiko untuk berdepan dengan situasi canggung ni.

Duduk depan atau belakang?

Kebiasaannya bila anda naik kenderaan seseorang yang anda kenal anda akan duduk di hadapan kalau tempat duduk itu kosong. Samalah seperti perkhidmatan perkongsian kenderaan ini, lebih baik untuk duduk di hadapan.

Tapi memang tak salah nak duduk di belakang. Cuma, disebabkan beberapa tindakan yang dikenakan ke atas perkhidmatan ni, kadang-kadang anda diminta duduk di hadapan terutama di waktu banyak kehadiran pihak berkuasa.

Semasa dalam perjalanan

Sesetengah pemandu, terutamanya Uber, akan cuba untuk berbaik dan bersembang dengan anda supaya mereka dapat rating yang tinggi. Kalau anda bukan seorang yang suka bersembang, layan dengan baik dan tak teruskan bersembang, mereka akan faham.

Bagaimana nak bayar?

Dari permulaan, Grab memang menerima bayaran tunai. Mereka baru memperkenalkan bayaran melalui kad berikutan permintaan ramai. Uber pula baru memperkenalkan bayaran tunai, yang sebelum ni cuma menerima bayaran melalui kad kredit/debit.

Jadi sekarang memang masa yang sesuai untuk menggunakan perkhidmatan mereka. Bagi saya, memang saya tak selalu bawa duit banyak kemana-mana, jadi saya cuma guna kad debit.

Penutup

Setakat ini dulu panduan yang dapat saya bagi, saya akan kemaskini artikel ni dari masa ke masa kalau ada sebarang penukaran. Lepas ni kalau anda hendak kemana-mana tapi agak malas memandu, gunalah Uber dan Grab.

Saya percaya semasa dunia sedang berubah ke arah lebih baik, syarikat-syarikat ini membantu peralihan dari teksi, ke perkhidmatan penghantaran tanpa pemandu.

Dahulunya teksi telah menggantikan beca di jalanan, kini situasi tersebut sedang berlaku dengan perkhidmatan perkongsian kenderaan.

#Panas di Ini Cara Efisyen Menggunakan Servis Uber Dan Grab Di Malaysia

Gambar 4 Rakyat Malaysia Yang Diculik Dimuatnaik ke Facebook

$
0
0
Gambar 4 Rakyat Malaysia Yang Diculik Dimuatnaik ke Facebook merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Gambar 4 Rakyat Malaysia Yang Diculik Dimuatnaik ke Facebook.

KUALA LUMPUR, 15 Apr: Sekeping gambar yang merakamkan empat rakyat Malaysia yang diculik berhampiran Pulau Ligitan, Semporna, Sabah pada 1 April lalu telah dimuat naik ke laman Facebook dipercayai milik salah seorang ahli kumpulan penjenayah bersenjata yang menculik mereka.

Akaun Facebook 'Victor Troy Poz', yang dipercayai akaun sementara, memuat naik gambar keempat-empat mangsa culik yang juga kru kapal dalam keadaan mencangkung sambil memegang sekeping kertas bertulis 'Victor Troy'.

Kertas itu juga turut memaparkan tarikh 8 April lalu, dua hari sebelum gambar tersebut dimuat naik.

Laman Facebook itu dipercayai diwujudkan pada hari sama dan hanya mengandungi tiga gambar termasuk gambar mangsa culik, lapor BH Online - Siakapkeli.my

#Panas di Gambar 4 Rakyat Malaysia Yang Diculik Dimuatnaik ke Facebook
Viewing all 3687 articles
Browse latest View live