Quantcast
Channel: Glepor
Viewing all 3687 articles
Browse latest View live

12 Gambar Karismatik Mark Zuckerberg Sekitar Acara Facebook F8

$
0
0
12 Gambar Karismatik Mark Zuckerberg Sekitar Acara Facebook F8 merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri 12 Gambar Karismatik Mark Zuckerberg Sekitar Acara Facebook F8.

Syarikat Facebook pada minggu ini telah mengumumkan beberapa revolusi terbaru buat syarikat mereka termasuk pengumuman Facebok Surround 360, Chatbots dan Roadmap syarikat mereka sepanjang 10 tahun.

Mark Zuckerberg pada kali ini memilih tema ‘black & white’ buat gambar-gambar sempena Facebook F8 pada kali ini. Mungkin juga kerana efek gambar yang lebih ‘hidup’.

Berikut merupakan gambar-gambar sepanjang acara berlangsung.

Mark Zuckerberg melangkah ke pentas dengan penuh keyakinan dan karismatik

13041023_10102779985847871_7678785016457478868_o

Ya, Mark Zuckerberg juga perlukan text ucapan sebelum mempersembahkan idea kepada orang ramai.

12976906_10102779985857851_6862147509117610703_o

Kelihatan Tim Facebook bertungkus-lumus bagi menjayakan acara ini.

12998440_10102779985852861_1083910743381228365_o

Selamat tinggal dron daripada Mark Zuckerberg

12973152_10102779985987591_7854039589373408159_o

Mark Zuckerberg juga perlukan raptai, sama seperti kita semua.

12998233_10102779985982601_9089354196757172371_o

Apa yang berlaku dibelakang pentas yang tidak ramai orang tahu.

12983355_10102779986102361_466550852372959644_o

Jika Batman ada batsuit, Mark Zuckerberg juga mempunyai suit tersendiri.

12973225_10102779986092381_808102380306007008_o

Disebalik orang-orang yang hebat pasti terdapat insan yang terus membantu. Priscilla Chan iaitu isteri kepada Mark Zuckerberg.

12983980_10102779986087391_3335429099142383560_o

Seronok tengok riaksi ibu Mark yang sangat bangga dengan kejayaan anaknya.

12967997_10102779986316931_1750321662999048502_o

12970904_10102779986212141_8252457489571358327_o

Teruja betul Mark dengan Facebook Surround 360

13041090_10102779986491581_6104045535553371949_o

Reaksi Mark apabila Acara Facebook F8 tamat bersama rakan sekerjanya.

12983952_10102779986526511_5960487919088509435_o

#Panas di 12 Gambar Karismatik Mark Zuckerberg Sekitar Acara Facebook F8

(VIDEO) Akaun Fake Janji Beg LV, Dato' Vida Setuju Hadiahkan Beg LV Tetapi Bersyarat

$
0
0
(VIDEO) Akaun Fake Janji Beg LV, Dato' Vida Setuju Hadiahkan Beg LV Tetapi Bersyarat merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri (VIDEO) Akaun Fake Janji Beg LV, Dato' Vida Setuju Hadiahkan Beg LV Tetapi Bersyarat. #Panas di (VIDEO) Akaun Fake Janji Beg LV, Dato' Vida Setuju Hadiahkan Beg LV Tetapi Bersyarat

5 Pemain Terbaik Dunia Berjersi Nombor 7 Di Dalam Sejarah Bola Sepak Manchester United

$
0
0
5 Pemain Terbaik Dunia Berjersi Nombor 7 Di Dalam Sejarah Bola Sepak Manchester United merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri 5 Pemain Terbaik Dunia Berjersi Nombor 7 Di Dalam Sejarah Bola Sepak Manchester United.

Sewaktu era 60-an, 70-an, 80-an, 90-an dan awal 2000 sehingga 2008, kebanyakan pasukan amat mengeruni pemain yang menyarung jersi keramat iaitu nombor 7. Pihak lawan akan memberi tumpuan yang lebih dan penjagaan yang ketat kepada pemain tersebut sewaktu pasukan mereka menentang kelab Manchester United.

Mungkin kini jersi nombor 7 tidak lagi gah pada kelab Manchester United jika hendak dibandingkan dengan era sebelumnya perpindahan Cristiano Ronaldo ke Real Madrid. Tapi ini adalah satu kisah yang patut diketahui peminat bola sepak.

Nombor 7 pernah dilabel sebagai nombor keramat kerana nombor 7 ini hanya diberikan kepada pemain-pemain bertaraf lagenda yang sangat handal dan sentiasa memberi impak yang sangat besar didalam pasukan Manchester United untuk meraih kejuaraan demi kejuaraan ketika itu.

Kebanyakan generasi muda sekarang tidak berpeluang untuk menyaksikan aksi magis dari pemain nombor 7 dan ada juga diantara mereka tidak mengetahui bertapa pentingnya jersi nombor 7 kepada kelab bola sepak Manchester United dan peminat seluruh dunia amnya.

Kini, kelab Manchester United amat merindui sentuhan magis pemain yang menyarung jersi nombor 7 kerana ramai pemain yang cuba memakai jersi nombor 7 sehingga saat ini boleh dianggap sebagai tidak layak dan gagal untuk menyarung jersi keramat itu!

Di sini, saya menyenaraikan lima pemain terbaik bertaraf lagenda yang pernah menyarung jersi keramat bernombor 7 itu.

1. George Best

george best

George menjadi pemain professional pada tahun 1963 dan membuat penampilan sulung Manchester United sewaktu menentang pasukan West Bromwich Albion pada 14 september 1963 dan ketika itu George hanyalah seorang remaja yang berumur 17 tahun.

Walaupun George mengalami masalah berjauhan dengan keluarga, prestasi George tidak pernah terganggu sehinggakan kelab Manchester United sanggup untuk mempersetujui syarat yang ditetapkannya sewaktu perlawanan menentang Burnley dimana George meminta supaya selepas permainan tamat, pihak kelab haruslah menerbangkannya semula ke Belfast.

george best manU 1

Pencaturan kelab Manchester United menepati sasaran kerana pada perlawanan itu mereka telah berjaya memalukan semula pasukan Burnley yang sebelumnya telah membelasah Manchester United pada “Boxing Day” yang lalu. George telah menjaringkan gol pertamanya didalam perlawanan itu.

Dalam enam musim yang ajaib,George Best telah menjaringkan 179 gol dalam 370 perlawanan dan ini adalah sangat menakjubkan.

2.Bryan Robson

Pada hari-hari awalnya dengan West Bromwich Albion, tiga kali kaki beliau patah dalam setahun telah mengancam masa depannya. Tetapi dengan usaha yang kuat beliau berjaya pulih sepenuhnya dan prestasinya langsung tiada tanda-tanda kemerosotan selepas tempoh pemulihan tersebut.

Apabila bos Manchester United yang baru, Ron Atkinson kembali ke kelab lamanya, dia telah diberikan peruntukan sebanyak £2 juta untuk membawa Bryan Robson dan Remi Musa masuk ke Old Trafford pada Oktober 1981. Perjanjian ini dinamakan sebagai perjanjian “Robbo” yang mencipta rekod perpindahan yang termahal ketika itu, iaitu £1.5 juta.

Robson telah menikmati banyak kejayaan didalam kerjayanya. Beliau adalah seorang kapten yang memberi inspirasi kepada kelab dan negara yang diwakilinya. Sewaktu beliau menjadi kapten, beliau telah membawa kepada kemenangan secara Hatrik dalam Piala FA pada tahun 1983,1985 dan 1990.

bryan robson

Pada tahun 1983, beliau telah menjaringkan 2 gol pada perlawanan akhir Piala FA menentang Brighton and Hove Albion dan perlawanan itu berkesudahan dengan kemenangan 4-0. Beliau juga turut memenangi 90 cap bersama england dan menyarung sebanyak tiga kali jersi “Three Lions” bagi mengharungi tiga edisi Piala Dunia.

Beliau memiliki 26 gol antarabangsa termasuk hatrik menentang Turki pada tahun 1984 dan pernah mencipta rekod gol terpantas yang hanya memerlukan 27 saat untuk menjaringkan gol ketika menentang Perancis didalam Piala Dunia 1982 tetapi rekod gol terpantas tersebut telah dipadamkan oleh pemain turki yang bernama Hakan Sukur pada edisi Piala Dunia Korea-Jepun 2002.

3.Eric Cantona

eric cantona 1

Eric Cantona adalah salah satu pemain bola sepak yang paling kacak dan mempunyai gaya fesyen tersendiri didalam sejarah bola sepak Perancis dan Inggeris. Beliau pada mulanya bermula dari kelab-kelab tempatan di Perancis dan apabila beliau merasakan terdapat perbezaan dengan senario bola sepak Perancis, beliau telah merantau ke England.

Kerjaya bola sepak di England berlangsung selama 6 tahun yang hebat, di mana dia menjaringkan banyak gol dan menjadi terkenal dengan pencerobohan di atas padang bola sepak. Selepas mencapai pelbagai anugerah dan populariti di padang bola sepak, dia telah mengambil keputusan untuk bersara awal daripada sukan itu pada tahun 1997 pada usia yang sangat muda iaitu ketika berumur 30 tahun.

Eric Cantona lebih dikenali sebagai “budak nakal” kerana mempunyai sifat panas baran yang terlampau sehingga pernah menerajang penyokong bolasepak yang mengejek beliau dan tendangan tersebut diberi gelaran sebagai “kungfu kick” yang masih menjadi buah mulut peminat-peminat tegar bolasepak sehingga hari ini.

eric cantona 2

Pada tahun 1991, semasa perlawanan Nimes ‘, Cantona telah membaling bola pada pengadil selepas beliau tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil terhadap beliau. Ini membawa kepada mesyuarat disiplin Persekutuan Bola Sepak Perancis, di mana ia telah memutuskan bahawa beliau akan dilarang daripada beraksi dalam tempoh masa sebulan. Beliau turut menggelarkan semua orang didalam jawatankuasa itu adalah ‘bodoh’ dan larangannya ditambah kepada 2 bulan.

Pada 16 Disember 1991 Cantona mengistiyharkan bersara awal dari bola sepak Perancis. Jurulatih pasukan kebangsaan dan Michel Platini juga turut menasihati beliau untuk kembali beraksi.Namun,Cantona membuat keputusan untuk meneruskan kerjaya bola sepaknya bersama England.

Pada tahun 1992, beliau kembali daripada bersara dan bermain untuk Sheffield Wednesday dan beliau bermain perlawanan pertama di England pada skala yang lebih besar untuk Manchester United di Lisbon. Dia telah ditandatangani oleh Manchester United dalam perjanjian sebanyak 1.2 juta pound.

Pada tahun 1993, beliau telah didenda oleh FA Cup kerana meludah pada peminat Leeds, dalam perlawanan pertama di Elland Road bersama Manchester United.

Pada tahun yang sama, beliau bermain dalam Piala Eropah dan United tewas kepada Galatasaray di Istanbul, Turki. Beliau menuduh pengadil menipu, mencari masalah dengan polis Turki dan kemudiannya beliau didenda oleh UEFA untuk beraksi didalam empat perlawanan Eropah.

eric cantona 3

Pada tahun 1994, beliau telah dipilih sebagai PFA Player tahunan. Pada tahun yang sama juga, beliau menjaringkan 2 gol dalam perlawanan akhir Piala FA ke atas Chelsea.

Pada tahun 1995,Apabila FA telah mendenda beliau selama sembilan bulan pada musim 1994-1995 kerana terlibat dengan insident terkenal “Kung-Fu kick” terhadap peminat Crystal Palace di Selhurst Park, Cantona dikekalkan hukumannya dan perlu melakukan khidmat masyarakat selama 120 jam secara madatori.

Pada tahun 1996, beliau kembali beraksi dalam perlawanan menentang Liverpool. Pada masa yang sama, Cantona telah dipilih sebagai kapten Manchester United untuk musim 1996-1997, kerana pemergian Steve Bruce ke Birmingham City.

Pada tahun 1997, beliau mengumumkan persaraan beliau dari arena bolasepak.
Sepanjang kerjaya beliau,beliau telah menjuarai liga Perdana Inggeris sebanyak 4 kali secara berturut-turut dan telah menjaringkan gol sebanyak 64 gol dalam 143 perlawanan bersama United.

4.David Beckham

david mu2

Bintang Bolasepak terkenal David Beckham dilahirkan pada 2 Mei 1975, di London, England. Beckham mula bermain untuk Manchester United pada usia 18 tahun.

Bentuk badan seorang model dan wajah yang tampan menyebabkan beliau ditawarkan banyak tajaan di luar padang. Pada tahun 1998, Beckham, yang pernah telah menandatangani perjanjian dengan Adidas, mempersetujui tawaran kontrak yang bernilai $ 13 juta pound.

Nilai jenama Beckham semakin melonjak apabila beliau bertemu Victoria Adams, juga dikenali sebagai “Posh Spice” daripada Spice Girls, pada tahun 1997. Mereka telah mulai jatuh cinta, dan pada 4 Mac, 1999, mereka telah mempunyai anak pertama mereka, seorang bayi lelaki yang dinamakan Brooklyn Joseph. Dua bulan kemudian, Beckham dan Victoria berkahwin dan majlis mereka sangat mewah sehingga mencecah perbelanjaan sebanyak $ 800,000 pound yang berlangsung di istana di luar Dublin, Ireland.

david mu

Di padang, Beckham tidak terlepas dalam mencuri tumpuan media. Pada tahun 1999, beliau mengetuai Manchester United untuk menjuarai kejuaraan Liga Perdana Inggeris, kejohanan Piala FA, dan kejuaraan Liga Juara-Juara. Beliau sangat terkenal dengan sepakan percuma yang mempunyai ketepatan sebanyak 98% menerjah jaring gol.

Sepakan percuma beliau yang paling terkenal sewaktu ketika menentang Greece pada tahun 2001,secara langsung membuatkan England layak ke Piala Dunia 2002. Pada tahun yang sama, Beckham menandatangani kontrak selama tiga tahun yang bernilai $ 22 juta pound untuk terus kekal bersama Manchester United.

Tetapi impian peminat yang menginginkan David beckham menamatkan kerjayanya bersama United tidak kesampaian. Pada tahun 2003, beliau telah dibeli oleh Real Madrid kerana terpukau dengan persembahan magis beliau yang membawa kepada perselisihan faham diantara Beckham dan pengurus Manchester, Sir Alex Ferguson.

Beckham begitu mudah untuk memenangi hati peminat Bernabéu dan dalam masa beberapa minggu sahaja dia sudah memenangi gelaran pertamanya bersama kelab Real Madrid, Piala Super Sepanyol. Ketepatan hantaran bola dan gaya menakjubkan beliau sewaktu beraksi serta gaya merembat bola menyebabkan penyokong kelab itu amat menghargai dirinya dan beliau sentiasa diberi sokongan padu dalam meneruskan kerjaya beliau sebagai pemain utama kelab Real Madrid.

Pencapaian besar beliau sebagai pemain Madrid datang dalam tahun yang terakhir yang menyaksikan pertandingan yang menarik untuk Liga musim 2007, di mana David Beckham memainkan peranan penting dalam memenangi kejuaraan.

Beckham meninggalkan kesan yang baik apabila dia meninggalkan kelab itu telah menjaringkan 20 gol dalam 158 perlawanan. Selepas itu David Beckham berhijrah ke LA Galaxy selama 7 musim dan menamatkan kerjaya beliau pada 1 julai 2013 bersama kelab ternama Perancis iaitu Paris Saint Germain.

Beliau telah mencatatkan rekod keseluruhan yang amat baik sepanjang kerjaya beliau sebagai pemain bolasepak bertaraf bintang dunia. Beliau telah menjaringkan 122 gol dan assist sebanyak 143 kali daripada 714 perlawanan.

5. Cristiano Ronaldo

ronaldo 1

Cerita ini berlaku bahawa Sir Alex telah memujuk untuk membeli Ronaldo,sebahagian besarnya tidak diketahui mengenai potensi besar beliau yang bakal mengegar dunia. Beliau menandatangani kontrak bersama Manchester United ketika berusia 18 tahun dengan yuran perpindahan bernilai £ 12.24 juta pound pada tahun 2003, titik permulaan bermula sewaktu perlawanan persahabatan pra-musim menentang Sportin.

Sebenarnya, bos sudah lama mengetahui kebolehan beliau dan segera mengambil tindak sepantas yang mungkin kerana kelab-kelab lain juga menunjukkan minat yang semakin meningkat selepas melihat aksi beliau ketika mengalahkan pasukan Manchester United dengan jaringan 3-1.

Ronaldo pernah berkongsi cerita kepada pihak media mengenai pemilihan nombor jersi yang membawa kepada nombor 7 itu dengan mengatakan. “Selepas saya menyertai United, pengurus bertanya kepada saya apakah nombor yang saya suka. Saya berkata 28. Tetapi Ferguson berkata: ‘Tidak, anda akan menyarung No. 7,’ dan baju yang terkenal adalah sumber tambahan motivasi. Saya terpaksa hidup dalam penghormatan.”

ronald o2

Pada tahun pertamanya bersama United, beliau telah menjaringkan 8 gol untuk musim itu termasuklah jaringan pembukaan beliau pada perlawanan akhir Piala FA dengan kemenangan 3-0 keatas Millwall. Beliau juga dinamakan Pemain terbaik tahunan Sir Matt Busby.

Pada musim kedua beliau pula kelihatan sedikit sahaja peningkatan prestasi beliau yang menyaksikan beliau menamatkan musim 2004/2005 dengan 9 gol dalam 50 penampilan.

Musim 2006/2007 merupakan musim yang gemilang bagi beliau bersama United yang menjana kemenangan demi kemenangan secara berpasukan sekaligus memadamkan spekulasi perbalahan diantara dua bintang United iaitu Wayne Rooney dan Cristiano Ronaldo.

Ronaldo kelihatan semakin tajam didepan gawang dan permainan keseluruhannya semakin menyerlah dan sempurna pada musim 2007/2008. Jaringan gol sebanyak 42 gol dalam semua pertandingan sudah cukup untuk membuktikan beliau adalah sebaris dengan lagenda-lagenda United sebelumnya.

ronaldo 5

Pada bulan Mei, kegemilangan beliau telah membantu pasukan United mendominasi liga domestik dan peringkat antarabangsa dimana beliau telah membuat tandukan kencang kearah pintu gol lawan yang membolehkan United membawa pulang Piala liga-liga juara eropah di Moscow. Pada musim ini juga beliau menyapu bersih anugerah kelab dan individu.

Pada bulan Oktober 2008 beliau dinamakan FIFPro Player of the Year, dan pada bulan Disember menjadi pemain United yang pertama sejak George Best pada tahun 1968 yang dianugerahkan Ballon d’Or trofi berprestij itu dan pada bulan Januari 2009, beliau menjadi pemain yang pertama Red United untuk memenangi Anugerah Tahunan Pemain Terbaik Dunia FIFA.

“Ini adalah kemuncak era yang hebat,” katanya. “Saya bertuah kerana menjadi sebahagian daripada sejarah United. Ia adalah salah satu daripada saat-saat yang paling penting dalam hidup saya, saya berharap untuk kembali dalam kedudukan ini lagi.”

ronaldo 4

Pada 1 Julai 2009, adalah hari paling sedih dalam sejarah bolasepak Manchester United kerana pada hari itu adalah hari terakhir beliau bersama United. Beliau berlepas ke Real Madrid dalam perjanjian kontrak bernilai £ 80 juta pound yang menjadikan beliau pemain paling mahal di dunia ketika itu.

Bekas pengurus Sir Alex Ferguson berkata, “Cristiano telah menjadi pemain yang hebat untuk Manchester United dan sumbangan beliau telah menjadi faktor utama dalam mengecapi kejayaan kelab itu dan dalam masa yang sama,bakat beliau dan keupayaannya untuk menarik perhatian peminat adalah amat luar biasa yang mampu mempengaruhi peminat di seluruh dunia.”

Sepanjang kerjaya Ronaldo bersama United,Ronaldo telah menjulang sebanyak 3 kali Piala Liga Perdana Inggeris,1 Piala FA,2 Piala Perisai Komuniti,2 Piala Liga dan 1 Piala Liga Juara-Juara.

ronaldo 3

Semenjak beliau tiba di Bernabue dari Manchester United, peningkatan prestasi dalam menjaringkan gol semakin menyerlah dan membuatkan peminat-peminat Real Madrid sentiasa teruja untuk melihat aksi beliau diatas padang. Sehingga kini nama Cristiano Ronaldo kian gah sebagai pemain terbaik dunia yang telah mencetak gol sebanyak 324 gol daripada 522 penampilan setakat ini.

Walaupun beliau sudah tidak bersama dengan United lagi tetapi beliau tetap teruskan dengan langkah kejayaan bersama kelab Real Madrid. Setakat ini Ronaldo telah memenangi 1 Piala Juara-juara liga,1 Piala Super Eropah, 2 Piala Kelab Dunia FIFA dan 1 Piala La Liga.

Untuk koleksi keseluruhan Anugerah Individu, Ronaldo pernah dinobatkan sebagai pemain terbaik oleh Ballon d’Or sebanyak 3 kali,Pemain Dunia FIFA, Kasut emas sebanyak 4 kali, Pemain terbaik UEFA, Pemain terbanyak menjaringkan gol peringkat dunia sebanyak 2 kali,FIFPRO World sebanyak 9 kali.

#Panas di 5 Pemain Terbaik Dunia Berjersi Nombor 7 Di Dalam Sejarah Bola Sepak Manchester United

(Gambar & Video) Jet Sukhoi Rusia 'Mengacah' Kapal Pemusnah AS

$
0
0
(Gambar & Video) Jet Sukhoi Rusia 'Mengacah' Kapal Pemusnah AS merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri (Gambar & Video) Jet Sukhoi Rusia 'Mengacah' Kapal Pemusnah AS.

WASHINGTON 14 April– Dua jet pejuang Rusia melakukan 'penerbangan simulasi serangan' ketika mendekati sebuah kapal pemusnah milik Amerika Syarikat di Laut Baltik kelmarin.

Tindakan itu disifatkan oleh tentera AS sebagai interaksi yang paling agresif setakat ini.

Menurut pegawai tentera AS, jet jenis Sukhoi SU-24 itu turut membuat 11 penerbangan sama sehari sebelumnya dan dilihat sangat hampir dengan kapal pemusnah itu.

Bagaiamanpun, jet itu dilihat tidak emmbawa sebarang senjata.

Bagaimanapun, katanya, jet tersebut dilihat tidak membawa sebarang senjata.

Selain itu, turut dilaporkan sebuah helikopter Rusia jenis KA-27 Helix terbang sebanyak tujuh kali mengelilingi kapa yang dikenali sebagai USS Donald Cook sambil merakam imej kapal terbabit.

Tentera AS cuba untuk menghubungi pesawat Rusia terbabit menerusi siaran radio namun, tiada jawapan diterima,” kata satu sumber sebagaimana lapor Utusan Online.

Pegawai memerintah USS Donald Cook menyifatkan tindakan oleh tentera Rusia itu tidak selamat dan tidak professional.

Pusat Kawalan Eropah Tentera AS dalam satu kenyataannya pula memaklumkan, pihak berkuasa AS menggunakan saluran diplomatik untuk menangani interaksi terbabit manakala insiden yang berlaku juga sedang dinilai oleh Tentera Laut AS.

Menerusi gambar dan video yang dikeluarkan oleh pihak tentera, dapat dilihat jet itu terbang pada altitud rendah dan hampir dengan kapal terbabit. - Siakapkeli.my





#Panas di (Gambar & Video) Jet Sukhoi Rusia 'Mengacah' Kapal Pemusnah AS

Lelaki Maut Dipukul Selepas Terlanggar Kereta Yang Diparkir Di Tepi Jalan

$
0
0
Lelaki Maut Dipukul Selepas Terlanggar Kereta Yang Diparkir Di Tepi Jalan merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Lelaki Maut Dipukul Selepas Terlanggar Kereta Yang Diparkir Di Tepi Jalan.

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berumur 48 tahun maut selepas dipercayai telah dipukul oleh sekumpulan pelanggan gerai makanan di PPR Pantai Dalam di sini, awal pagi tadi, lapor Berita Harian.

Mangsa dipercayai telah memandu kereta melalui kawasan berkenaan sebelum terlanggar kenderaan lain yang diletakkan di tepi jalan berhampiran gerai makan PPR Kampung Limau, Pantai Dalam.

Selepas terlanggar kenderaan tersebut, mangsa dikatakan telah melarikan diri menyebabkan pelanggan gerai berkenaan tidak berpuas hati itu mengejarnya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata, ketika pihak polis sampai, mangsa telah ditemui tertiarap dalam tempat duduk belakang kereta Honda Accord dipandunya kira-kira jam 1.30 pagi.

"Pemeriksaan awal pasukan perubatan mendapati mangsa mengalami kecederaan serius pada kepala selepas disyaki dipukul dengan objek tumpul.

"Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan." katanya. - Siakapkeli.my

#Panas di Lelaki Maut Dipukul Selepas Terlanggar Kereta Yang Diparkir Di Tepi Jalan

Pengantin Ini Dapat Perhatian Dunia Kerana Tema Perkahwinan Mereka

$
0
0
Pengantin Ini Dapat Perhatian Dunia Kerana Tema Perkahwinan Mereka merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Pengantin Ini Dapat Perhatian Dunia Kerana Tema Perkahwinan Mereka.

Perkahwinan itu sekali sahaja seumur hidup kan? Jadi buat sahaja tema majlis anda itu sama dengan minat anda. Perkahwinan antara pasangan Aqeel & Deena yang dikongsi oleh Nas Great Idea ini memang unik sebab tema perkahwinan pasangan ini adalah kelab bola EPL, Arsenal. Dan ya, setiap dekorasi majlis ini semuanya related dengan bola sepak!

Kalau majlis tu unik mesti la ianya akan menjadi viral. Berita perkahwinan antara pasangan Aqeel & Deena ini siap mendapat liputan media antarabangsa antaranya Metro UK dan Fox Sports Asia.

Team urusetia memakai baju jersi Arsenal dan segala dekorasinya melibatkan pasukan kelab Arsenal dan siap ada replika padang mini lagi. Kreatif! Jadi bagi peminat pasukan EPL yang lain yang masih belum berkahwin, sahut cabaran pasangan pengantin ini. Hias pelamin anda dengan pasukan yang ada minati. Buat pasangan Aqeel & Deena, selamat pengantin baru. #COYG

arsenal2

arsenala4

arsenal3

*Arsene Wenger Approves*

*Arsene Wenger Approves*

#Panas di Pengantin Ini Dapat Perhatian Dunia Kerana Tema Perkahwinan Mereka

‘Bila Ammar Pergi’, Ujian Hidup Pasangan Doktor Suami Isteri Yang Penuh Kesayuan

$
0
0
‘Bila Ammar Pergi’, Ujian Hidup Pasangan Doktor Suami Isteri Yang Penuh Kesayuan merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri ‘Bila Ammar Pergi’, Ujian Hidup Pasangan Doktor Suami Isteri Yang Penuh Kesayuan.

Suamiku Doktor, Isteriku Pun Sama. (ahaha, nak sangat tajuk macam ni, kan?)

Ini sebenarnya tulisan lama. Dah hampir 2 tahun. Untuk satu penerbitan, tapi tak jadi, mungkin tak best kot. Yup, memang panjang, 2113 patah perkataan.

“Abang. Rasa macam Ammar kurang gerak lah hari ini,” mesejnya tengah hari itu.

Mulanya saya tidak terlalu gusar. Dia seorang doktor, tahulah apa yang wajar dibuat.

“Rehatlah sikit. Jangan kerja teruk sangat. Ambil masa untuk periksa jantung Ammar,” saya membalas. Tugas di Jabatan Kecemasan agak membelenggu hari itu, saya tidak sempat bermesej panjang.

Petang itu kami bertemu di rumah seusai tugasan di hospital. Dia kelihatan tidak bertenaga. Ternyata mengecewakan. Dia seperti tabiat selalunya, berkerja sepenuh hati di wad tanpa memikirkan pesanan saya atau Ammar dalam kandungannya yang mencecah 36 minggu, 6 hari.

“Pesakit padat sangat,” jawabnya seperti selalu. Tersenyum.

Nama ‘Ammar’ memang telah kami pilih dari awal perkahwinan. Anak perempuan dinamakan Aisyah (alhamdulillah, anak sulung ini sihat dan cantik) dan Ammar pula jika anak lelaki. Sekalipun belum tahu jantina bakal anak kedua itu, kami senang memanggilnya ‘Ammar’ saja.

“Maaf bang, wad kalut hari ni. Tinggal saya seorang di wad. Seorang houseman masuk OT (operation theatre) , seorang lagi ikut MO (medical officer) melihat kes rujukan,” jawabnya seperti biasa, klise. “Tapi sejak tengah hari tadi tak terasa pun Ammar bergerak. Mungkin terlalu sibuk sampai tak sedar.”

Fetal kick chart ada buat?” sengaja bertanya walaupun tahu jawapannya. Dia geleng.

“Tak sempat.”

Saya gelisah.

“Kenapa degil? Orang lain apabila sarat seperti ini banyak-banyak rehat. Bukannya makin ligat bekerja,” marah saya, sedikit kecewa dan geram. Suarapun dikeraskan sedikit. Itu bukan kali pertama saya memarahinya. Seperti biasa dia meminta maaf dan berjanji akan berusaha lebih untuk akur pesanan saya. Seperti biasa juga, marah saya tidaklah berlarutan.

Enam hari yang lepas, kami melakukan pemeriksaan rutin di klinik sakit puan (O&G) dan ternyata Ammar mengalami komplikasi. Trimester pertama dan kedua graf tumbesarannya cemerlang.

Tetapi menganjak minggu ke-30, pembesarannya perlahan. Routine scan pada minggu ke 32, 34, dan 36 (minggu lepas) hampir tidak menunjukkan pertumbuhan. “Asymmetrical IUGR . Tapi fluid ok. Fetal heart ok. Fetal Doppler tak ada masalah. Kita induce lah,” cadang doktor yang memeriksa. “Begini. Minggu depan minggu yang ke 37 kita buat scan terakhir. Jika tak ada perubahan, masuk wad untuk induction of labour.” Saya pernah bekerja di bawahnya dulu, maka perbincangan itu jadi mudah. Kami segera setuju. “Tak apa, Aisyah dulu pun 2.18 kilogram saja. Mungkin SGA,” saya memujuk isteri, ketika itu wajahnya agak resah sekalipun berseri.

Sangka saya, keadaan sebegitu akan membuatkan dia tambah berhati-hati. Kebanyakan kawan-kawan lain sudah mula perlahan berkerja apabila menjangkau usia kandungan 30 minggu. Rakan sekerja lain pula memahami. Tetapi tidak bagi dia.

“Jangan kerja berat-berat dalam wad tu. Jangan lupa rehat dan makan. Kita nak tolong orang, tapi diri sendiri kena jaga,” pesan saya hampir setiap hari. Dia akan tersipu-sipu mengangguk. Dan saya tahu wajah yang sama juga akan keletihan menjelang petang nanti.

“Kita mahu anak kita jadi soleh-solehah, kena pastikan rezeki kita berkat. Kerja sungguh-sungguh dan amanah, macam Umar Abdul Aziz. Niat bekerja ikhlas kerana Allah, sebagai ibadah,” pesan saya selalu, selepas Maghrib. Ironi, secara realiti ternyata wanita itu sebenarnya yang mengajari saya makna jujur dan ikhlas sebagai seorang doktor. Berikan sedaya-upaya dalam tugas, apatah lagi menyelamatkan nyawa manusia kerja mulia. Sebelum mengandung lagi, dia tidak pernah kenal erti rehat. Beberapa kali dia sakit, lalu saya memaksanya bercuti. Seperti biasa, dia enggan.

“Kasihan, pesakit ramai di wad. Hari ini ramai doktor cuti.” Saya akur dengan kesungguhannya.

Asalnya kecewa, tapi diam-diam akhirnya saya malu melihat semangatnya. Selalu saya bercerita kepadanya tentang itsar. Kisah Ikrimah, Al Harits, dan Ayyasy dalam perang Yarmuk, para sahabat nabi yang berkeras mendahulukan saudaranya untuk seteguk air dan nampaknya dia jauh mendahului saya dalam memahami nilainya.

Mengandung atau tidak, bukanlah penghalang buat dia. Kadangkala saya marah, tetapi menatap wajahnya yang jernih ikhlas ingin membantu pesakit hati saya terus tenang. Masakan tidak, apabila ada pesakit yang berjaya diselamatkan sepanjang hari dia akan bercerita dengan wajah yang madu. Jika ada pesakit yang tidak bernasib baik pula, sedihnya amat jelas tergaris pada wajah. Entah berapa kali dia mengadu pada saya, “Tadi masa ward round rasa nak pengsan saja. Dah black out sekejap pun ada.” Apabila saya tegurkan, dia tersenyum lagi. “Ok abang,” jawabnya.

Ditambah pula pertukaran daripada sistem konvensional (sistem oncall) kepada sistem syif untuk para houseman, keadaan di wad menjadi kelam-kabut untuk beberapa bulan pertama. Jadual jadi cacamarba. Agihan doktor tidak cukup untuk menampung setiap tiga syif. Walaupun ramai mengambil kesempatan, tetapi bagi dia ini peluang untuk menambah kebajikan (walaupun hati nakal saya kadangkala merasakan ia hanya menyusahkan dia).

Paling diingati dua hari sebelum Ammar berhenti bergerak, dia berkerja double shift. Syif pagi sehingga jam 3 petang. Waktu petang adalah waktu rehat dan bersambung malamnya sekitar jam 9 malam hingga pagi esok. Tetapi seperti dijangka dia tidak pulang ke rumah waktu petang tersebut. “Sekejap lagi, nak selesaikan kerja wad,” katanya. Larut ke Maghrib. Santak ke Isyak, dia masih tidak pulang. Ah, sekarang masa dia rehat! Sudah jadi rutin jika dia tidak pulang, saya akan bawakan makanan dan lawatnya di hospital.

“Syif pagi tiga orang saja. Tolak dua orang masuk OT. Mana sempat nak settlekan kerja wad seorang diri. Kalau sistem dulu, ada sampai 6 orang doktor satu wad,” wajahnya pucat saja.

“Habis syif pagi, kenapa tak pass over saja kepada doktor syif petang? Boleh balik rehat.”

“Petang pun sama, ada dua orang houseman saja. Kasihan pula. Tak sedap hati nak pass over kerja pagi.”

“Habis tu mana doktor syif petang? Kenapa pula seorang saja buat kerja untuk syif petang? Ini syif orang lain.”

“Masuk OT seorang. Pergi kecemasan seorang.” Dia benar-benar keletihan, tidak banyak cakap.

Ketika itu syif malam hampir bermula. Dia belum makan dari pagi. Belum mandi. Belum tukar pakaian. Dia minta bawakan salinan baju. Bladder incontinence memang masalah biasa wanita mengandung. Dan paling menyentuh hati saya, dia mengadu perutnya yang sakit kuat.

“Macam contraction saja,” katanya. Dia terduduk di kaunter, tidak dapat bangun, walaupun tangannya masih lagi menaip. Mukanya menahan sakit yang amat. Dalam sedar dan tidak, air matanya mengalir. Dia mengesat, dan tersenyum kembali.

“Tak apa. Senaraikan apa yang tak siap lagi. Pergi masuk bilik oncall. Mandi. Solat. Makan. Lepas tu rehat sekejap. Tidur pun tak apa, sebelum mula syif malam. Abang cover untuk sementara,” arah saya, tegas, tiada kompromi. Dia keberatan, tapi akur saja. Sambil makan di pantri pun sempat dia menjenguk, memastikan saya benar-benar mengambil alih.

Saya curi-curi membantunya (seorang doktor dari jabatan lain tidak sepatutnya membuat kerja klinikal kepada bukan pesakitnya). Memasang branula, mengambil darah. Isi borang itu-ini. Dan pelbagai kerja rutin wad yang sepatutnya siap sebelum tamat waktu pejabat (tetapi tidak dapat disiapkan kerana di wad hanya tinggal seorang houseman wanita yang sarat mengandung).

Apabila syif malam sudah bermula, sebelum pulang, saya lihat dia masih memegang perutnya menahan sakit. Mujurlah kebanyakan kerja telah saya siapkan. “Malam ni rehatlah banyak-banyak. Biar orang lain yang buat kerja berat. Tahu?”

Dia angguk.

Ternyata sakit perutnya itu berlarutan sehingga keesokan hari. Sehingga hari pergerakan Ammar tidak dapat dikesan.

“Malam ni kita pergi hospital, periksa fetal heart. Risau abang.”

Kerisauan saya berasas. Di bilik pemeriksaan ibu mengandung (admission room), denyut jantung bayi itu tidak dapat dikesan dengan daptone. Saya membawanya ke bilik ultrasound. Kebetulan seorang doktor senior masuk, langsung membantu kami memeriksa jantung bayi.

Probe digerakkan ke sana-sini, mencari lokasi yang betul untuk jantung bayi. Agak lama, tapi tidak berjumpa. Doktor senior itu tidak banyak berkata. Saya dan isteri sudah cukup faham. Memerhatikan skrin begitu lama, sudah memberikan jawapan tanpa memerlukan sebarang kata-kata.

Melalui skrin, saya lihat wajah Ammar seperti tersenyum. Kepalanya sempurna. Jarinya cantik.

Cuma. Jantungnya sudah tidak berdegup.

Allah.

Dari-Nya kita datang, kepada-Nya kita pulang.

“Sepatutnya esok dah masuk wad, nak induce dah. Tinggal satu hari saja lagi.” Suara saya gugup, ternyata kesal bertunda-tunda.

Saya tidak sanggup memandang wajahnya. Tidak tahu bagaimana hendak berbicara. Entah apa respon yang wajar. Kejanggalan terasa begitu padat sekali dalam bilik kecil itu. Entah apa dalam kepalanya. Entah apa dalam kepala doktor senior itu.

“Kita masuk wad malam ni. Esok lepas ambil darah, cek jalan dan sebagainya, kita induce ya?” Doktor senior itu mencadangkan setelah agak lama kami berdiam. Apa lagi pilihan yang ada?

Saya menunggu di luar bilik admission sementara isteri saya menyelesaikan proses pendaftarannya. Saya merenung jauh. Tak tergambar perasaan yang mengempang, air mata lelaki bergenang tapi saya tahan daripada menitis.

Kehadiran Ammar amat dinantikan kami, terutamanya Aisyah. Pantas terlihat gelagat Aisyah yang setiap malam akan duduk di tepi katil, cuba mengejutkan ibu dan ayahnya yang kepenatan setelah seharian bekerja. Mengusik. Menarik rambut. Mengajak bermain. Tetapi hampa, dan akhirnya berjalan keluar dari bilik untuk mendapatkan datuk dan nenek yang sering menghiburkannya. Di sebalik senyuman Aisyah, ketara kesunyiannya. Selalu dia meragam, dan tidak sukar untuk kami membaca maknanya- betapa dia dambakan perhatian. Dan selalu saya bisikkan pada isteri – “Nanti bolehlah Aisyah bermain dengan adiknya, Ammar.”

Tetapi harapan itu berkecai, bersama terhentinya nadi Ammar malam itu.

Jujurnya sebagai lelaki biasa yang dibalut pelbagai kekurangan, saya dikuasai rasa marah dan kecewa buat seketika. Seseorang perlu dipersalahkan, dan tentu sekali isteri saya yang pertama terdetik dalam hati. Saya pendamkan, tetapi rasa itu berkali-kali meronta, mahu dilepaskan. Saya beristighfar, memohon tuhan berikan jawapan.

Dan Tuhan Maha Mendengar.

Saya menelefon ahli keluarga, memaklumkan berita buruk itu. Saat bercakap dengan ayah mertua, suara naïf Aisyah yang keriangan mencuit cuping telinga langsung masuk menjentik jiwa lelaki saya. Allah, apa lagi hadiah yang lebih berharga selain seorang ‘Aisyah’? Tuhan telah lama menganugerahi saya nikmat ini maka apakah saya harus rebah dengan sedikit ujian? Saban hari saya berdepan dengan kematian pesakit, tentu sekali ujian itu jauh lebih meremukkan rasa keluarganya berbanding ini.

Paling utama, saya tahu itulah kekuatan isteri saya. Dia bekerja mempertaruh jiwa raga sebagai seorang doktor meskipun sebahagian kecil rakan lain bersikap sebaliknya. Kenapa saya harus salahkan kelebihannya yang telah Tuhan anugerahkan?

“Kita tolong orang, Allah akan tolong kita,” begitulah kami saling berpesan selama ini.

Saya hampir terlupa, biar betapa sedih dan kecewa pun diri ini, tentu tak tergambar kecamuk dan kepedihan yang ditanggung olehnya.

Sembilan bulan dia menyimpan harapan. Dialah satu-satunya yang merasai denyut Ammar. Suara Ammar terdengar dalam mimpinya, mengusapnya dengan kasih sayang seorang ibu. Hanya dia yang pernah hidup dan berkongsi nafas dengan Ammar, Allah, maka layakkah saya menghukumnya?

Saya kesatkan air mata dan segera mendapatkannya. Dia tersenyum walaupun sedikit tawar. Menyembunyikan beban yang ditanggung.

Sesekali cuba berlucu, tak kelihatan air matanya. Begitu saya dekat memerhatikan kelakuannya. Tidak mahu dia menunjukkan kepiluan di hadapan saya. Dan paling banyak, berkali-kali dia meminta maaf dan menyalahkan diri sendiri, “Saya ni pesakit yang degil,” katanya.

Selang dua hari, kelahiran ‘Ammar’ berlaku cepat tanpa banyak masalah. Jasad Ammar dibersihkan, dibalut cantik oleh rakan-rakan yang bertugas seolah-olah sedang meraikan tangis seorang bayi yang sempurna. Perlahan diletakkan di dalam katil bayi di sebelah isteri saya. Dia meriba Ammar yang masih tersenyum. Ketika itu air matanya perlahan mengalir. Alangkah, dia masih cuba tersenyum dengan bibir menahan ketar, tapi air mata pula mengucur laju. Saya tinggalkan dia seorang, bersama Ammar yang dirinduinya.

Ammar dikebumikan keesokan hari. Saya sendiri memandi dan mengafankan. Kata pakcik saya, Ammar dikira keguguran, mati sebelum lahir. Kaifiat pengebumiannya tidak sama dengan bayi mati selepas lahir. Kucupan terakhir ibu hadir bersama beberapa titis air mata yang melembapkan kain putih itu. Aisyah berdiri di kepala katil, tidak mengerti apa-apa, hanya memandang penuh tanda tanya.

“Umi, itu Ammar ke?” tanya Aisyah yang baru terjaga tidur.

“Ammar Zaid.” Ibunya mengangguk. Itu nama yang telah dipilih kami.

Ya, wanita itu lah yang mengajari saya nilai kekuatan. Di rumah, sekalipun saya yang banyak bercerita, mengajar, dan membacakannya pelbagai pelajaran, tetapi dialah yang menunjukkan saya makna dan hakikat itu dalam kehidupan.

Pemergian Ammar Zaid sama sekali tidak mengubah sikap dia. Bahkan dia kian bersemangat, dan sungguh-sungguh bekerja.

“Kita tolong orang, Allah akan tolong kita.” Keyakinan itulah yang telah mengentalkan hati kami untuk redha. Sesekali terdengar bisik-bisik curiga rakan sekerja, cuba menyalahkan isteri saya atas kedegilannya itu. Kejadian menimpa kami menjadi bualan beberapa ketika. Biarlah, ia bukannya kelemahan yang harus saya kesalkan, bahkan itu kelebihan yang Allah berikan kepadanya.

Allah memberikan saya seorang isteri, dan guru yang mengajar saya.

Allah telah memberi Aisyah Sofiyyah yang akan meragam apabila tidak diberi perhatian.

Dan Allah telah memilih Ammar ke sisi-Nya. Tentu sekali sedang menanti kami di hari muka.

Perancangan Allah Maha Rahsia, tentunya. Alhamdulillah.

Akhirnya kesunyian Aisyah dan kerinduan ibunya terubat apabila tangisan Ammar Hanzalah pula bergema di dewan bersalin lebih setahun kemudian. Lahir pada usia 36 minggu.

Dan hari ini giginya telah tumbuh sebatang.

Allah.

Catatan gambar: Aisyah, Ammar, dan Asmaa di Melbourne City.

Kepada semua lelaki, kalau nak kahwin dengan doktor… be prepared because you are about to marry a great woman!

#Panas di ‘Bila Ammar Pergi’, Ujian Hidup Pasangan Doktor Suami Isteri Yang Penuh Kesayuan

Perkara Penting Isteri Kena Tahu Apabila Suami Jatuh Sakit

$
0
0
Perkara Penting Isteri Kena Tahu Apabila Suami Jatuh Sakit merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Perkara Penting Isteri Kena Tahu Apabila Suami Jatuh Sakit.

Saya fikir saya perlu mencatatkan ini, sebagai persediaan dan perkongsian (pengalaman) untuk rakan-rakan, terutama para isteri.

Ada kawan-kawan yang cakap pada saya, “Kalau jadi kat aku, tak tahulah nak buat apa. Semua laki yang buat. Bayarkan bil, beli barang dapur, semualah dia buat”.

Jiran saya pula kata, “Takutnya kalau jadi kat saya. Saya bawa kereta pun tak reti. Saya tahu jaga anak je.”

Tuan Idzwan dan Puan Raudzah

Tuan Idzwan dan Puan Raudzah

Setelah melalui perkara ini (suami jatuh sakit), saya rasa setiap suami atau isteri perlu duduk berbincang dan senaraikan beberapa perkara, sebagai persediaan sekiranya berlaku apa-apa:

1. Password

Handphone, Maybank2u, pin ATM, e-mail, Facebook dan lain-lain.

2. Senarai Bil dan Hutang

Bil– Nombor akaun bil dan amaun bulanan yang perlu dibayar. (Contoh: Bil telefon, Unifi, Astro, Bil Eletrik, dan lain-lain.)

Hutang/ Pinjaman/ Pembiayaan– Nama bank, nombor akaun dan amaun. Catatkan juga nama dan nombor telefon pegawai atau agen jika berkenaan. (Contoh: Loan kereta, loan rumah, pinjaman pelajaran, pinjaman peribadi, dan lain-lain).

3. Berkenaan Insurans

Catatkan nama dan nombor telefon agen insurans masing-masing.

Jika tidak buat potongan bulanan, catatkan nombor akaun dan amaun yang perlu dibayar setiap bulan.

4. Berkenaan Kereta

Saya yakin ramai orang perempuan (isteri-isteri) yang tak ambil tahu pasal kereta kerana semuanya suami yang uruskan. Mulai sekarang (wah!) kena ambil tahu. Antaranya :

Bagaimana hendak memperbaharui road tax dan insurans. Sekurang-kurangnya tahu agen yang berkenaan. Boleh telefon dan minta mereka uruskan.

Tahu di mana bengkel biasa kereta dihantar servis, dan tahu bila perlu dihantar servis (tukar minyak hitam dan lain-lain).

Tahu bagaimana nak buka bonet depan kereta. Ya, saya percaya memang ramai orang perempuan tak tahu. Mengapa perlu tahu? Supaya anda boleh periksa air, minyak enjin, minyak power steering, check air wiper dan lain-lain.

Keluarga yang saling sayang menyayangi.

Keluarga yang saling sayang menyayangi.

Ini cuma catatan ringkas. Saya fikir, yang lebih banyak aset dan pelaburan, maka perincian dan catatan akan menjadi lebih panjang.
Bila sudah dicatat, mudah bagi pihak suami atau isteri untuk rujuk jika terjadi apa-apa.

Selain itu elok disemak semula status penama bagi akaun KWSP, insurans dan lain-lain.

Ada kawan saya, mereka suami isteri sangat ‘detail’. Selain sangat terperinci tentang hal bil, hutang, dan lain-lain, mereka sudah siapkan surat akuan sumpah, kepada siapa anak mereka akan diserahkan jika kedua-dua mereka meninggal dunia. Jadi penama itu (adik beradik mereka) yang bertangungjawab menguruskan semua harta (hak anak-anak itu) sementara mereka dewasa. Fuh!

Saya juga sangat mengesyorkan orang perempuan belajar memandu kereta. Bagi yang ada lesen tapi hanya dibuat hiasan dalam dompet, mungkin boleh mula cuba bawa sekitar taman atau tempat yang tidak sibuk.

Bagi para suami juga, boleh mula ambil tahu hal isteri (atau yang isteri saja buat) yang selama ini tak pernah ambil tahu. Sebagai CONTOH (ada banyak lagi) :

1. Sukatan susu anak. Berapa ml air dan berapa scoop susu.

2. Jenis pad (tuala wanita) yang biasa dipakai isteri. Ketahuilah para suami, selain ada bermacam jenis brand, jenis pad ada yang bersayap, ada yang tidak, ada jenis untuk dipakai pada tempoh aliran banyak, ada jenis ‘slim’, dan lain-lain. Hehe.

Sekadar catatan. Semoga bermanfaat. Jika ada yang perlu ditambah, mohon catat di ruangan komen ya. Terima kasih.

Wallahu’alam.

Tuan Muhammad Idzwan bin Othman telah mengalami strok pendarahan (haemorrhagic strok) setahun yang lalu. Beliau telah menjalani pembedahan di kepala (basal ganglia bleed) dan kini beliau lumpuh separuh badan (kiri). Sekarang masih menjalani rawatan berkala di hospital, rawatan-rawatan alternatif seperti urut dan akupuntur dan juga sesi fisioterapi.

#Panas di Perkara Penting Isteri Kena Tahu Apabila Suami Jatuh Sakit

Takut Disaman Cermin Gelap, Sepasang Kekasih Terbabas Cuba Lari Dari Polis

$
0
0
Takut Disaman Cermin Gelap, Sepasang Kekasih Terbabas Cuba Lari Dari Polis merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Takut Disaman Cermin Gelap, Sepasang Kekasih Terbabas Cuba Lari Dari Polis.


Melaka, 15 Apr: Sepasang kekasih ditahan polis selepas terbabit kemalangan ketika pasangan itu cuba melarikan diri dari polis dalam kejadian di Taman Malim Jaya tengahhari tadi.

Pasangan yang masing-masing berusia 20 dan 21 tahun itu dikatakan terserempak denga kereta peronda polis berhampiran kawasan Malim sebelum cuba melarikan diri sejauh kira-kira dua kilometer.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim, kejadian berlaku seleaps lelaki berkenaan enggan memberi kerjasama ketika anggotanya mahu melakukan pemeriksaan selepas curiga dengan kehadiran kereta tersebut.

Pada awalnya, pemandu kereta itu memberhentikan keretanya berhampiran stesen minyak Jalan Tun Perak namu elarikan diri sebaik anggota MPV berjalan ke kereta yang dinaiki pasangan itu.

"Lelaki itu bertindak memecut keretanya sebelum dikejar MPV polis, bagaimanapun ketika melarikan diri dia terbabas sebelum melanggar sebuah kereta.

"Hasil siasatan dijalankan mendapati lelaki berkenaan cuba melarikan diri kerana takut disaman serta bimbang keretanya disita kerana bercermin gelap," katanya sebagaimana lapor Harian Metro.

Pasangan itu kemudian dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan. Kes terbabit disiasat mengikut  Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Siakapkeli.my

#Panas di Takut Disaman Cermin Gelap, Sepasang Kekasih Terbabas Cuba Lari Dari Polis

Khairul Idham Jawab Isu Lari Ketika "Disembur Arak"

$
0
0
Khairul Idham Jawab Isu Lari Ketika "Disembur Arak" merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Khairul Idham Jawab Isu Lari Ketika "Disembur Arak".

15 Apr - Pelumba pertama negara yang memenangi perlumbaan Moto3 di Argentina pada 3 April lepas tampil memberi komen berikutan viral videonya yang dikatakan cuba 'melarikan diri' dari semburan arak.

Khairul Idham Pawi, 17, menegaskan biarpun menyembur araka adalah tradisi, tapi dia harus menjaga batas.

"Saya bukan tidak menghormati acara tradisi sambutan, tapi saya harus jaga batas sebagai orang Islam,

"Saya memang elakkan diri daripada terkena semburan minuman keras itu dan ke mana sahaja saya pergi, jati diri sebagai umat Islam tetap berada di tempat teratas," tegasnya sebagaimana lapor Sinar Online.

Khairul Idham berkata sedemikian ketika menjawab mengapa beliau tidak kelihatan ketika sambutan kejayaan di podium selepas majlis penyampaian hadiah sewaktu Grand Prix Argentina itu.

Beliau juga berkata dia kini berazam untuk mengutip sekurang-kurangnya satu mata dalam baki perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia musim ini.

"Saya akan berusaha lebih gigih untuk mengutip sekurang-kurang satu mata dalam setiap 15 pelumbaan yang akan datang walaupun sasaran penaja hanya 18 mata untuk musim ini," katanya - Siakapkeli.my

#Panas di Khairul Idham Jawab Isu Lari Ketika "Disembur Arak"

Randy Pangalila Kongsi Rahsia Badan Sado

$
0
0
Randy Pangalila Kongsi Rahsia Badan Sado merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Randy Pangalila Kongsi Rahsia Badan Sado.

KUALA LUMPUR, 15 Apr: Pelakon Indonesia, Randy Pangalila cukup berdisiplin menjaga badan dan membini otot di tubuhnya.

Pengamalan diet yang seimbang dan senaman konsistem menjadi rutin hariannya sejak beberapa tahun yang lalu.

Ketika ditemu bual oleh BH Online, Randy berkongsi rahsianya untuk berbadan tegap dan sihat.

"Saya tidak pernah menjadikan soal kesibukan kerja sebagai alasan untuk tidak bersenam. Saya cuba juga mencuri masa untuk melakukannya sekalipun terikat dengan pelbagai komitmen. 

"Saya tidak menganggap penjagaan pemakanan sebagai diet, tetapi ia lebih kepada gaya hidup sihat. Sama juga dengan aktiviti bersenam," katanya.

Selain itu, dia juga berkata sebulan sekali, dia juga mengamalkan 'cheat day' sebulan sekali.

"Selalunya apabila bangun pagi saya akan minum segelas air putih. Kemudian saya akan ambil telur dan epal hijau. Telur itu sama ada direbus atau dalam bentuk separuh masak. Ia juga boleh digoreng dengan menggunakan minyak zaitun dan ditabur sedikit garam. Saya akan makan telur itu dengan sekeping roti gandum bakar. Seterusnya saya minum air kopi atau teh hijau tanpa gula. 

"Enam jam selepas sarapan baru saya makan tengah hari. Dalam tempoh itu saya banyakkan minum air putih atau teh hijau tanpa gula. Selalunya, saya akan memasak hidangan atau menu sihat di rumah. 

"Untuk makanan tengah hari pula, saya ambil apa saja makanan berasaskan protein. Saya memang tidak menyentuh makanan berasaskan karbohidrat seperti nasi, mi dan tepung," katanya.

Pelakon itu juga berkata beliau mengelak dari makan makanan bergoreng.

"Saya selalunya akan makan hidangan seperti ayam bakar, stik, sate ayam tanpa kulit, sup dan ikan bakar. Selepas makan tengah hari, sekali lagi saya tidak menyentuh makanan selama enam jam. Untuk makan malam, saya lebihkan memakan bijiran dengan susu," katanya.

Selain itu beliau juga menjauhkan diri dari makanan manis, coklat, biskut dan air bergula. - Siakapkeli.my

#Panas di Randy Pangalila Kongsi Rahsia Badan Sado

Bermasalah Pendengaran Tidak Halang Laila Berdikari Dan Travel Solo Ke Luar Negara

$
0
0
Bermasalah Pendengaran Tidak Halang Laila Berdikari Dan Travel Solo Ke Luar Negara merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Bermasalah Pendengaran Tidak Halang Laila Berdikari Dan Travel Solo Ke Luar Negara.

Kita sudah biasa membaca mahupun mendengar kisah mereka yang sempurna sifatnya mengembara ke segenap penjuru dunia. Tapi jarang sekali kita temui kisah insan istimewa yang berani travel solo ke luar negara.

Hari ini saya ingin kenalkan anda dengan Cik Norlaila Kamaruddin atau lebih mesra dipanggil Laila di kalangan rakan-rakan.

Laila merupakan seorang gadis yang memiliki masalah pendengaran yang beliau sendiri tak pasti sama ada sejak lahir atau sewaktu sedang membesar.

Saya tak pernah nak tanya keluarga tentang hal pendengaran saya ini. Tapi yang pasti dari kecik memang tak dengar. Bila sekolah menengah kakak ada belikan alat bantuan pendengaran di farmasi dekat tempat dia kerja, saya cuba pakai tapi masih tak berkesan.

Menurut gadis berusia 29 tahun ini lagi sejak kecil sudah banyak alat pendengaran yang beliau cuba tapi tidak serasi. Pernah sekali beliau mencuba alat bantuan pendengaran dan berjaya menangkap bunyi bising.

Di ketika itu terasa ada harapan bagi Laila untuk mendengar sepertimana insan lain. Sehingga kini Laila masih tidak berputus asa mencuba berbagai jenis alat bantuan pendengaran.

laila-gadis-istimewa-14

Aku hanya ingin menjadi diri sendiri tanpa perlu menjadi orang lain.

Menyusuri perkongsian jawapan yang diberikan oleh Laila, dapat saya rasakan gadis ini mempunyai semangat juang yang tinggi dan tidak mudah berputus asa.

Meskipun bermasalah pendengaran, Laila lebih selesa jika beliau dilayan sama rata sepertimana mereka yang normal.

Bermula dengan dihantar ke sekolah biasa dan bukannya sekolah khas OKU seperti mana kanak-kanak lain, Laila mencuba sehabis baik untuk menjalani kehidupan seperti seorang yang normal.

Gadis yang bersekolah sehingga tamat SPM ini tanpa ragu bercerita.

Masa nak pergi ambik keputusan SPM macam dah tahu je apa saya dapat nanti. Hahahaha. Belum sempat nak masuk dewan cikgu dah marah-marah sebab keputusan SPM teruk.

“Bahasa Inggeris saya gagal. Cikgu marah teruk. Saya hanya lulus Pendidikan Islam dan Pendidikan Seni je. Hahahaha. Lain tu memang takziah. Saya bukan tak minat belajar cuma saya ada masalah membaca dan menulis. Cian tak? Hahaha!

Kawan-kawan sekolah ajak saya sambung belajar. Tapi sebab saya kenal diri saya macam mana, saya pun buat keputusan nak berkerja untuk kurangkan beban keluarga. Masa itu kakak-kakak dan adik masih belajar. Tak guna saya belajar kalau saya rasa saya tak boleh” – Laila.

Lebih menyukarkan, jika kebanyakan mereka yang menghadapi masalah seperti beliau akan belajar dan faham bahasa isyarat tapi lain pula dengan Laila. Beliau juga tidak faham bahasa isyarat meskipun pernah cuba mempelajari kaedah ini.

Dulu masa kat sekolah belajar bahasa isyarat. Tapi tak boleh ikut. Cikgu cari idea. Cikgu ajar bahasa bibir. Kadang-kadang tengok bibir rasa macam nak cium je. Hahaha!

Sebaik tamat SPM, Laila mula mencari kerja. Bagi beliau lebih baik bekerja. Sekurang-kurangnya dapat bantu keluarga disamping dapat duit poket untuk tampung diri sendiri.

Malahan menurut Laila, sebelum SPM lagi beliau sudah terbiasa bekerja di kedai makan milik neneknya dengan menjadi tukang cuci tandas dan cuci pinggan mangkuk. Ia bermula sekadar suka-suka dengan mengikut ibunya bekerja di kedai nenek beliau.

“Sebab selalu tengok mak rasa penat saya pun tolong mak buat kerja sekali. Satu hari nenek bagi upah RM10. Katanya saya rajin buat kerja. Lama ke lamaan upah makin meningkat naik. Teruja pulak. Lepas tu mak mula sakit-sakit jadi mak berhenti kerja. Saya pun tak pergi kerja juga lah” – Laila.

laila-gadis-istimewa-10

Saya tak suka cakap dekat orang yang saya tak dengar. Sebab saya tak suka orang simpati kat saya.

laila-gadis-istimewa-1

Rasa macam hujan sudah henti, sebab tiada tanda kilat petir lagi. Sambung balik layan dokumentari penguin. Tiba-tiba saya teringat sesuatu.

Dulu masa di sekolah rendah dan menengah sering dibuli kawan-kawan. Sering diejek pekak, sering diejek penguin sebab cara saya jalan macam penguin.

Walaupun kini masing-masing sudah dewasa mereka masih panggil saya pekak dan penguin bukannya Laila. Bila tengok dokumentari penguin rasa macam kita yang jalan atas salji tersebut, golek-golek atas salji. Erk! Masa kat Kashmir saya buat macam penguin buatlah. Hahahaha!

Bekerja dan Berniaga

Pada hari terakhir SPM, sebaik selesai menjawab kertas terakhir, Laila mencuba nasib memohon kerja di sebuah kedai  buku dan beliau diterima bekerja.

Menariknya Laila langsung tidak memberitahu majikannya bahawa beliau tidak boleh mendengar.

Sebaik saja bekerja, perasaan lain pula yang melanda gadis ini.

“Teruja sebab dapat kerja tapi ada rasa takut sebab saya berkerja dengan orang normal. Sebab nak jadi pekerja terbaik saya sanggup buat kerja berat. Saya sanggup dibuli asalkan dapat kerja lagi lama.

Bekerja dekat kedai itu saya dapat belajar macam-macam. Saya pernah dihantar ke koperasi sekolah. Sambil-sambil layan adik-adik beli barang dekat koperasi saya tengok penjual jalanan berniaga.

Tengok macam mana dia tarik budak-budak beli barang yang dijual. Betul-betul buat saya minat nak berniaga. Sebab masa itu masih baru bekerja saya hanya mampu tengok mereka meniaga.

Tapi sempat juga saya sembang-sembang dengan mereka pasal berniaga. Oleh kerana saya jaga koperasi sorang je masa itu, saya cuba jadikan koperasi saya tempat berniaga. Nak cuba jadikan diri sebagai peniaga.

Masa saya umur 18 tahun bos tanya you mahu kerja tetap dekat sini? Jika mahu boleh mula buat KWSP. Disebabkan ada KWSP, gaji dipotong untuk caruman. Bukan sikit wooooooo. Banyak dia potong. Hahahah.

Masa itu tahu kumpul duit je. Jimat kemain, hahaha. Satu hari saya beranikan diri pergi stadium bola sepak dekat KL. Masa itu ada perlawanan bola sepak. Tak ingat siapa punya game. Sebab tak ada tiket saya hanya pusing-pusing kat luar stadium.

Masa itu di luar stadium ada orang jual macam-macam yang berkaitan dengan perlawanan bola. Tiba-tiba benda ini menarik minat saya tapi saya tak minat bola. Pikir punya pikir tiba-tiba datang idea untuk bisnes artis-artis luar negara.

Saya lupa siapa artis pertama yang saya jual mula-mula dulu. Sewa tapak kat luar stadium punyalah mahal. Barang-barang yang dijual macam baju ada gambar artis, tag nama dan macam-macam lagi, tapi tak laku”.

laila-gadis-istimewa-11

Rugi beribu-ribu ringgit tapi saya sedikit pun tak patah semangat. Masa itu saya fikir mungkin saya salah buat. Entah berapa tahun saya masih buat benda ini.

“Saya masih ingat hari terakhir saya buat jualan masa konsert Super Junior. Saya pikir benda ini bukan rezeki saya. Saya redha diatas kerugian tadi.

Oleh sebab saya jenis yang tak reti nak putus asa, datang pulak minat nak terbang sana-sini. Mesti perlukan duit yang banyak. Saya buka bisnes online jual barang yang ada dalam kedai di tempat saya kerja.

Sebab saya staff kat situ, harga dapat mestilah murah. Dapat untung sikit pun dah teruja hahaha. Sampai sekarang saya masih kekal jual online barang-barang tu.

Selain daripada itu saya juga jual benda-benda yang tengah trending di masa kini. Sebab untung tak banyak saya cuba cari cara lain nak tambah duit.

Saya cuba main forex. Ini kerana tertengok bos main. Susah wooo. Gigih belajar. Beribu-ribu rugi. Entah kenapa tak ada nak taubat.

Alhamdulillah akhirnya saya berjaya dapat untung. Tahu tak rasanya bila bertahun-tahun gagal lepas tu berjaya? Hahahah itulah saya rasa. Tapi saya dah berhenti buat forex sebab benda ini buat saya hilang fokus betul.

Sekarang saya berniaga online. Saya tengok mana-mana produk yang boleh dijual, saya cuba jadi orang tengah untuk jual produk tersebut. Saya juga masih jual di online barang dari dalam kedai yang saya bekerja sekarang untuk dapatkan duit tepi. Kisah saya yang sangat perit. Hahaha” – Laila.

Berbalik kepada pekerjaan pula, sudah 12 tahun Laila bekerja dengan majikan yang sama sejak selepas SPM yang lalu. Majikan juga melayan beliau dengan baik. Hasil usaha dan tanpa mengenal putus asa, Laila kini merupakan orang nombor 2 di kedai tersebut selepas boss beliau.

laila-gadis-istimewa-12

Hari ini bos besar datang melawat ke tempat saya kerja. Bila saya masuk kedai, bos tak pernah lupa cakap ayat kegemaran saya “Laila I miss you. Are you ok? I miss you too boss. I fat so I very-very ok”

Kalau nak tahu boss besar inilah yang taja alat pendengaran saya yang mahal-mahal. Walaupun dia orang tahu peluang hanya 10/100 mereka tetap ingin saya cuba. Mana mungkin saya boleh lupa apa yang mereka berikan pada saya. I miss you boss. You always in my heart.

Minat Travel

Sewaktu memerhatikan akaun Facebook gadis ini, saya dapat rasakan beliau seorang yang suka berangan. Status dan catatan di wall Facebook beliau juga adakala kelihatan kelakar.

Saya cuba bertanya tentang kisah travel beliau. Pada awalnya Laila kelihatan teragak-agak untuk bercerita. Alasannya, cara beliau travel hanya biasa-biasa saja dan tidak semeriah orang lain.

Namun begitu saya yakin ada yang menarik daripada kisah travel gadis istimewa ini. Apatah lagi ianya adalah kisah seorang gadis yang mempunyai masalah pendengaran.

Menurut Laila, sering melihat orang lain travel dan bercuti membuatkan beliau turut berminat untuk mencuba.

Pernah jugak terpikir, boleh ke aku bercuti tanpa orang yang aku kenal? Dah lah tak dengar, kan menyusahkan orang lain pulak?

Bila pikir balik, bila nak jadi macam dia orang kalau tak cuba. Dah cuba baru tahu boleh atau tak. Tapi saya selalu suka cuba macam-macam, dah biasa jatuh naik. Mungkin dari situ datang keberanian saya.

Sehingga kini Laila telah berjaya travel ke 6 negara iaitu China, Singapura, India, Indonesia, Korea dan Vietnam. Meskipun begitu, ada antara negara tersebut yang telah beliau jejaki sebanyak 2 ke 3 kali. Walaupun pernah mengulang travel ke negara yang sama ia tidak pernah buat beliau berasa kesal. Sebaliknya ujar Laila beliau sentiasa rasa terhibur di sepanjang percutian.

Ada yang beliau pergi secara berkumpulan, ada dengan ajensi pelancongan dan diikuti kemudiannya beliau memberanikan diri travel secara solo.

laila-gadis-istimewa-7

“Bila bercuti saya tak guna alat pendengaran. Alat pendengaran dengan saya sebenarnya tak serasi. Untuk tak menyakitkan kepala dengan bunyi-bunyi aneh, saya bercuti tanpa hearing. Tanpa bunyi ini bagus sebenarnya. Rasa tenang je” – Laila.

Mengenang kembali saat pertama kali akan travel, inilah yang telah Laila kongsikan;

Perasaan masa kali pertama ke luar negara?  Teruja dan rasa bersyukur sangat sebab semua seperti yang saya impikan. Saya ingat lagi kali pertama saya bercuti masa itu musim salji dah lepas. Saya cakap dekat seorang abang ni, “teringin nak rasa salji. Sekejap pun tak apa”.

Masa nak jalan shopping tiba-tiba salji turun. Bertambah-tambah teruja dan gedik saya main salji. Walaupun salji turun hanya dalam 15 minit saya tetap teruja. Orang sekeliling pun ikut main dan teruja. Jakun namanya, hehehe.

Masalah Semasa Travel

Sebagai seorang insan istimewa, pastinya ada masalah yang dilalui oleh Laila semasa travel dan berikut adalah diantaranya:

1. Perbualan

Saya pernah travel dengan satu kumpulan. Sebelum sertai mereka saya ada bagi tahu dekat kumpulan yang saya tak dengar. Mungkin mereka lupa jadi sewaktu mereka berbual saya rasa tersisih.

Ada sedikit rasa sedih sebab tak dapat sertai perbualan tersebut. Walaupun ada minta ulang balik, kebanyakkannya ada yang cakap “abaikan je, lupakan je”. Ayat macam itu dah buat saya terguris. Mungkin masa itu bukan rezeki saya.

Walaupun ada rasa terkecik hati saya tak boleh salahkan dia orang. Jadi saya kena buat sesuatu supaya mereka tahu akan kewujudan saya.

Untuk pastikan mereka berbual dengan saya, saya akan mulakan topik walaupun saya tahu sebutir ayat mereka pun saya takkan faham.

Sekurang-kurangnya saya cuba. Selain ajak berborak saya jugak ajak mereka bergambar bersama. Saya juga cuba berlawak. Yang penting saya dah cuba.

2. Selalu dapat makanan lain daripada yang diminta

Bila ada kedai makan yang menunya tanpa gambar dan hanya bertulis ia jadi susah untuk saya pilih makanan. Sebenarnya memang tak tahu nak makan apa bila dapat menu tanpa gambar ni.

Yang ini kira nasiblah. Kalau yang dipilih tu sedap atau tidak. Tapi bila saya nak, selalu tak dapat sebab dia orang akan bebel panjang.

Sebab malas nak jawab saya pilih makanan yang dia orang cadangkan.  Bila kita pilih tapi mereka ada cadangan bagus jugak sebenarnya. Itu kan tempat diaorang.

Jadi mereka lebih tahu apa yang sedap dari kita kan? Nasib baik sedap. Yang penting juga tak cirit birit. Hahahah.

3. Masalah bahasa

Setiap negara yang saya pergi semua berlainan bahasa. Tak semua boleh cakap English. Kira macam arnab dengan kucing gayanya.

Tapi sekarang semua dah canggih. Handphone dah ada ciri-ciri bahasa yang boleh diguna. Walaupun kadang-kadang bahasa dalam handphone sedikit rosak, sekurang-kurangnya mereka faham apa yang kita mahu.

Boleh juga guna bahasa gerak diri. Maksudnya buat gerak diri yang boleh difahami oleh mereka. Masa bercuti saya jarang bercakap tapi lebih suka guna gerak diri. Rasa macam senang dan tanpa tekanan.

Peristiwa Kelakar Semasa Travel

Berikut merupakan perkongsian Laila di akaun Facebook beliau tentang beberapa peristiwa kelakar yang dialami sewaktu beliau travel.

laila-gadis-istimewa-16

Peristiwa 1

Tabiat aku paling susah nak ubah ialah malas membaca. Tempat aku berdiri ini tempat larangan masuk. Dah terang-terang tulis ‘no entry‘ tapi aku selamba je masuk dan ambik gambar.

Di India ada tempat tertentu tripod dilarang guna tapi aku guna jugak. Paling best masa aku nak ambik gambar, pengawal yang jaga kawasan lari laju-laju untuk halang aku guna tripod.

Kau jerit pun aku tak dengar. Bila aku dah settle ambik gambar baru pegawai sampai kat aku. Aku pulak jalan dengan muka tak bersalah sambil senyum-senyum. Hahahaha. – at Taj Mahal.

laila-gadis-istimewa-17

Peristiwa 2

Masa ini aku lepak kat rooftop tempat aku bermalam. Aku suka tempat tinggi-tinggi. Masa sampai kat hotel ini aku dah naik tanpa izin. Sebab aku tak nampak Taj Mahal, aku tanya kat lelaki yang lalu sebelah aku “bro, where Taj Mahal!

Nak pulak mamat ni layan aku; “Dark, you can not see Taj Mahal”. Aku pun angin. “Alahhhhhhhhh!” Mamat ini dah gelabah dan tanya “what alah?”

Sebab mamat ni layan aku, aku gelak jelah. Mamat tengok aku gelak, dia pun gelak bersama. Maka bermulalah bibit cinta kami. Hahahaha. Cinta yang hanya mampu bertahan sehari — at Taj Mahal.

laila-gadis-istimewa-8

Dari tadi key-in buku novel. Tajuk novel makin pelik. Rasa nak buat novel jugaklah. Tajuk buku Si Pekak Jalan-Jalan. Ermmm. Kau rasa bos nak tak buat novel aku?

Baca: Disahkan Mengidap Kanser, Gadis Ini Travel Ke 7 Lokasi Keajaiban Dunia Dalam Masa 13 Hari

Sesat Semasa Travel

Laila juga pernah sesat semasa travel. Menurut gadis ini bila sesat beliau akan tanda tempat di mana beliau berhenti tadi. Kemudian beliau akan jalan disekitarnya.

“Dah puas pusing-pusing saya balik ke tempat saya tanda tadi. Saya hanya perlu undur ke belakang saja. Biasanya naik bas atau train tu dah betul. Nak ke tempat yang dituju je selalu salah. Hahaha! “.

Menurut Laila, sebelum bertanya kepada sesiapa yang beliau temui di jalanan, beliau akan tulis dulu soalan. Laila jarang bercakap kerana pertuturan beliau yang kadang kala kurang jelas.

Selain tulis, saya jugak ada sediakan gambar. Buat muka comel dulu lepas tu baru tanya. Dia orang mesti pikir kita seronok. Hahaha.

laila-gadis-istimewa-5

Peristiwa Cemas Semasa Travel

Memang penuh warna-warni hidup gadis ini. Selain daripada peristiwa kelakar, Laila juga pernah alami peristiwa cemas sewaktu travel solo di Korea.

Kejadian berlaku di lapangan terbang sewaktu menunggu flight balik ke Malaysia. Ikuti kisah beliau ini.

“Masa tu tunggu je sebab tak rasa nak pusing airport. Mula-mula tempat saya tunggu ramai jugak orang. Lama-lama tinggal saya je dekat situ. Tapi saya pikir awal lagi itu yang saya sorang je.

Bila dah dekat waktu nak gerak rasa macam pelik kenapa tak ada siapa-siapa? Saya pun tunggulah lama sikit dan masih cuba relax. Sebab macam lama dan tak ada respon masa tu saya pun mula gelabah.

Saya pergi lah ke kaunter sana. Tanya guna handphone je, pakai google translate. Mereka kata kapal dah berlepas. Saya pun macam blank sekejap. Lepas tu saya pun tanya kapal seterusnya ada kekosongan tak? Mereka kata penuh.

Masa tu betul-betul bertambah blank. Saya jalan sambil sedih duduk kat tepi sorang-sorang. Tiba-tiba seorang staff datang minta handphone nak tulis sesuatu.

Katanya ada satu tempat kosong iaitu business class. Saya jawap saya tak mampu. Staff tu kata tak apa. Bayar ikut harga tiket yang saya dah beli.

Dengan gembiranya saya cium semua orang kat situ Saya cium perempuan sahaja ok. Alhamdulillah dapat balik dengan selamat dan dapat merasa business class” – Laila.

laila-gadis-istimewa-3

Bila kau sampai airport awal-awal dan kau tak tahu nak buat apa. Dan tak ada apa yang boleh kau buat dekat airport maka kau akan jadi macam ini. Hahaha!

Perasaan Lepas Berjaya Travel Solo Buat Pertama Kali

Diawal sebelum beliau bakal travel sendiri, Laila ada terfikir adakah beliau mampu travel solo dalam keadaan tidak mendengar.

Berbagai persoalan bermain di kepala gadis ini. Risau bagaimana mahu bertanya dalam bahasa yang tidak beliau fahami serta rasa takut mula menguasai diri. Ada masa beliau rasa mahu batalkan saja trip solo tersebut meski pun segalanya telah dirancang.

Selagi belum jejak kaki kat tempat nak pergi selagi itu tak rasa lega. Dalam fikiran tak mahu menyusahkan sekeliling saya Bila dah sampai rasa macam tak percaya je boleh travel solo. Alhamdulillah di awal saya pikir bukan-bukan berakhir dengan dengan senyuman saya yang manis.

Sokongan Keluarga

Meskipun beliau tidak sempurna, Laila menerima sokongan penuh daripada keluarga. Menurut gadis ini, mungkin itulah faktor yang menjadikan beliau berani.

“Mak bapak mana tak risau anak dia bercuti sorang-sorang. Setiap kali bercuti mesti mak abah dan adik beradik pesan jaga diri kat negara orang, hati-hati kat tempat orang, jangan lupa baca doa dan macam-macam lagi. Yang penting ada restu mereka masa saya nak bercuti”.

laila-gadis-istimewa-18

Birthday mak dah nak dekat. Tengah cari tahun ini nak bawak bercuti ke mana? Tahun lepas bawak bercuti ke Indonesia. Tahun ini nak kemana ek? Idea idea idea.

Untuk pengetahuan, Laila juga telah membawa ibu dan adiknya travel ke Indonesia pada tahun lepas.

“Mak mula minat travel bila saya pergi ke sana sini. Macam-macam mak tanya. Dari situ saya dah nampak minat mak. Sebab saya dah nampak minat mak, saya berhajat nak bawak mak ke luar negara setahun sekali. Gembira sebab dapat tunaikan hajat mak nak jalan luar negara” – Laila.

Tadi saya terbaca satu blog ini. Ada satu part saya minat nak kongsi di sini. Tajuk dia lebih kurang macam ini “tak malu ke ada anak OKU?

“Erm jujurnya saya tak pernah tanya keluarga saya sama ada mereka malu dengan saya yang OKU ini hahahha. Tapi saya yakin mereka pasti bangga dengan saya.

Pernah ketika masa lalu saya pernah rasa ‘down’ dengan kekurangan saya ini. Saya pernah luahkan isi hati saya dekat keluarga tentang apa yang saya rasa ketika itu.

Keluarga saya selalu beri kata-kata semangat dekat saya walaupun mereka tahu tak ada cara lain melainkan hanya mampu beri dorongan pada saya. Memang saya benar-benar down dengan orang yang tak reti nak faham dengan keadaan saya ketika itu.

Dengan sokongan family dari situ kekuatan saya datang umpama ultraman yang kehabisan tenaga. Setelah ada sesuatu dorangan terhadapnya tiba-tiba dia bertenaga balik. Hahaha. Erk sama tak? Sentiasa berterima kasih pada keluarga saya sebab sentiasa sokong dan percaya saya” – Laila.

laila-gadis-istimewa-13

Mana tahu satu hari nanti ada rezeki saya untuk mendengar. Selagi saya boleh cuba, saya akan terus mencuba.

Sebelum mengakhiri artikel ini, saya sempat meminta Laila memberikan sedikit pesanan buat anda, pembaca Vocket. Dan berikut adalah catatan gadis istimewa ini:

“Jangan pernah bersedih di atas kekurangan diri sendiri kerana kekurangan itulah sebenarnya kelebihan diri sendiri, kalau kita sedar. Tak ada manusia yang terlepas dari masalah dalam hidup. Jadi carilah masalah. Benda ini akan buat hidup kita lagi mencabar”.

“Bagi yang takut-takut nak travel pula, di awal saya travel dulu saya pun ada rasa takut-takut. Kalau tak lawan rasa takut sampai bila pun tak akan travel”.

“Nak travel tapi tak ada duit? Cuba tanya diri sendiri apa benda yang diri sendiri pandai. Gunakan ia sebagai sumber rezeki. Contohnya macam saya pandai jual barang. Saya cari barang dan jual. Untungnya mungkin sikit saja tapi kalau kumpul lama-lama jadi banyak juga”.

laila-gadis-istimewa-9

Disebalik senyuman ini ada banyak tangisan.

laila-gadis-istimewa-2

Walaupun umur saya dah nak 30 tahun saya masih belum terima diri saya tak dengar. Mungkin suatu hari nanti saya pasti akan terima. Tapi saya bangga dengan diri sendiri sebab boleh buat apa sahaja tanpa susahkan orang lain. Saya pekak tapi saya bangga dengan diri saya.

Dan saya sempat bertanya. “Laila buat bisnes online apa? Jika tak kisah nak share sikit?” Ringkas saja jawapan beliau; “Banyak yang saya buat kak”.

Buat Laila, terima kasih atas perkongsian ini. Sejujurnya saya kagum dengan anda. Semoga Laila terus kuat dan berjaya menggapai semua yang diimpikan. You are just so special Laila!

Baca lagi: Terpisah 20 Tahun, Gadis Ini Travel Solo Ke Korea Demi Menjejaki Ayah Kandungnya

#Panas di Bermasalah Pendengaran Tidak Halang Laila Berdikari Dan Travel Solo Ke Luar Negara

PM Pakistan 'Dilelong' di eBay

$
0
0
PM Pakistan 'Dilelong' di eBay merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri PM Pakistan 'Dilelong' di eBay.


ISLAMABAD - Pakistan  - Perdana Menteri, Pakistan, Nawaz Sharif 'dilelong' di laman jual beli eBay dengan nilai AS$90,000 (RM351,769) semalam oleh seorang pengguna yang tidak mendedahkan namanya.

Ia susulan kekecewaan terhadap pemimpin itu ekoran kebocoran Panama Papers.

"PM yang tak berguna, Nawaz Sharif untuk dijual,", tulis tajuk jualan itu.

Disamping itu, turut ditulis dibahagian kondisi : "Baru tapi rosak".

"Bukan dalam keadaan bekerja. Ia tidak pernah bekerja. Ia adalah rosak dan rasuah sejak lahir. Seluruh produk dan keluarganya dalam keadaan cacat, silakan ambil dan buang penyakit ini dari kami (Pakistan),” tulis kenyataan itu lagi

Iklan yang menjadi viral di Pakistan itu turut menawarkan hadiah percuma iaitu saudara PM tersebut yang juga ganenor semasa wilayah Punjab, Shahbaz Sharif.

Memetik AFP, sejak petang semalam lelongan tersebut telah menerima 100 tawaran sehingga AS$94,000 (RM367,817).

Bagaimanapun lelongan tersebut telah dikeluarkan dari laman web tersebut tidak lama kemudian. - Siakapkeli.my

#Panas di PM Pakistan 'Dilelong' di eBay

Terkini : Lagi Gempa Bumi Kuat Landa Jepun, Amaran Tsunami Dikeluarkan

$
0
0
Terkini : Lagi Gempa Bumi Kuat Landa Jepun, Amaran Tsunami Dikeluarkan merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Terkini : Lagi Gempa Bumi Kuat Landa Jepun, Amaran Tsunami Dikeluarkan.

Satu gempa bumi bermagnitud 7.1 telah menggegar Jepun berdekatan bandar Kumamoto di pulau Kyushu hari ini menyusuli gempa 6.5 yang berlaku sehari sebelum ini.

Gempa sebelum ini telah mengorbankan 9 nyawa.

RT.com melaporkan, agensi Meteorologi Japan berkata amaran tsunami telah dikeluarkan susulan gempa terbaru ini.

Amaran yang dikeluarkan berkata kemungkinan gelombang ombak sehingga 1 meter berikutan gegaran tersebut. - Siakapkeli.my

Laporan lanjut menyusul.

#Panas di Terkini : Lagi Gempa Bumi Kuat Landa Jepun, Amaran Tsunami Dikeluarkan

Cimpanzi Terlepas Dari Sangkar Dalam Zoo, Menjerit Ke Arah Pekerja

$
0
0
Cimpanzi Terlepas Dari Sangkar Dalam Zoo, Menjerit Ke Arah Pekerja merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Cimpanzi Terlepas Dari Sangkar Dalam Zoo, Menjerit Ke Arah Pekerja.

TOKYO: Sebuah zoo diutara Jepun telah dikejutkan dengan seekor cimpanzi yang memanjat tiang elektrik yang terdapat di dalam kawasan zoo selepas dipercayai terlepas.

Bagaimanapun, cimpanzi berkenaan telah berjaya ditangkap semula selepas ditembak ubat pelali dan jatuh ke atas selimut yang dipegang puluhan pekerja zoo.

Cimpanzi jantan dinamakan Chacah ituhanya mengalami kecederaan dan luka ringan, kata pegawai zoo.


Chacah dilaporkan telah terlepas hampir dua jam pada Khamis lalu selepas hilang dari taman dari Taman Zoo Yagiyama di Sendai.

Berdasarkan rakaman televisyen, Chacah bertenggek di atas tiang, gelisah dan menjerit kepada pekerja zoo di bawah.

Selepas ditembak ubat pelali, Chacah telah menarik keluar peluru pelali berkenaan dan akhirnya lama kelamaan dia menjadi lemah.

Zoo berkenaan ditutup ketika pegawai menyiasat bagaimana ia terlepas. Pegawai zoo mengesan lubang pada pagar dan cimpanzi itu menggunakan ia untuk melepaskan diri. - Siakapkeli.my

#Panas di Cimpanzi Terlepas Dari Sangkar Dalam Zoo, Menjerit Ke Arah Pekerja

KPN Minta Stesen TV Batalkan Siaran Langsung Debat Antara Guan Eng-Rahman

$
0
0
KPN Minta Stesen TV Batalkan Siaran Langsung Debat Antara Guan Eng-Rahman merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri KPN Minta Stesen TV Batalkan Siaran Langsung Debat Antara Guan Eng-Rahman.

KUALA LUMPUR: Semua stesen televisyen tempatan diminta untuk membatalkan sebarang rancangan siaran langsung yang melibatkan debat mengenai pembelian banglo di taman Manggis kerana kes tersebut belum selesai disiasat, lapor Bernama.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui laman Twitternya berkata, jika debat antara Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diadakan ketika ini dikhuatiri boleh menyebabkan berlaku prejudis terhadap saksi dan kes.

Beliau dalam pada itu meminta Abdul Rahman tampil menyerahkan kepada pihak polis atau SPRM jika dia mempunyai sebarang bukti mengenai kes penjualan tanah tersebut untuk disiasat.
Sebelum ini, pihak stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad (MPB) telah menyatakan kesediaan mereka untuk menyiarkan debat tersebut secara langsung.

Abdul Rahman sebelum ini telah mendakwa kerajaan Pulau Pinang telah menjual tanah di Taman Manggis yang diperuntukkan bagi membina rumah mampu milik kepada sebuah syarikat swasta, Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC) Sdn Bhd. - Siakapkeli.my

#Panas di KPN Minta Stesen TV Batalkan Siaran Langsung Debat Antara Guan Eng-Rahman

Adidas ‘Y-3 Sport Approach’ Kasut Ninja Zaman Moden

$
0
0
Adidas ‘Y-3 Sport Approach’ Kasut Ninja Zaman Moden merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Adidas ‘Y-3 Sport Approach’ Kasut Ninja Zaman Moden.

Siri kasut dan pakaian Adidas dengan fashion designer terkemuka dunia, Yohji Yamamoto pasti sangat menarik dengan inspirasi fesyen yang diambil dari negara matahari terbit, Jepun.

Dalam koleksi terbaru Yohji (Y-3), kasut ini yang paling mendapat perhatian ramai. Y-3 Sport Approach ini adalah kasut yang mungkin dipakai oleh ninja di zaman terdahulu. Jadi kalau anda rasa nak jadi ninja, boleh cuba dapatkan kasut ini.

Kasut ini dikatakan gabungan antara model Adidas EQT 3/3F15 dan Tubular Doom, dengan material Primeknit dan tapak Boost sebagai bahan utama untuk kasut ini. Nampak sangat selesa dan kacak kasut ini. Tetapi harganya sedikit tinggi berbanding kasut Adidas yang biasa. Y-3 Sport Approach akan dijual pada USD435 (Lebih kurang RM1670) di laman online adidas Y-3.

y-3-sport-approach-primeknit-boost-sneaker-02

y-3-sport-approach-primeknit-boost-sneaker-03

#Panas di Adidas ‘Y-3 Sport Approach’ Kasut Ninja Zaman Moden

Ramasamy Seharusnya Dikeluarkan Daripada Negara Ini - Mufti

$
0
0
Ramasamy Seharusnya Dikeluarkan Daripada Negara Ini - Mufti merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Ramasamy Seharusnya Dikeluarkan Daripada Negara Ini - Mufti.

SHAH ALAM: Berikutan tindakan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr P Ramasamy yang telah menghina Dr Zakir Naik, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mencadangkan supaya Ramasamy perlu dikeluarkan dari negara ini, lapor Sinar Harian.

Menurut beliau , gelaran ‘satan’ yang ditulis oleh Ramasamy terhadap Zakir menunjukkan beliau tidak menghormati Perlembagaan negara yang menyatakan Islam sebagai agama rasmi.

“Bagi saya, tindakan Ramasamy itu sangat biadab. Sebagai seorang ahli politik dan pemimpin, Ramasamy sepatutnya memahami Perlembagaan.

“Kalau dia tak faham Perlembagaan, maka dia patut dikeluarkan dari negara ini,” katanya, semalam.

Selain itu, Harussani menegaskan, permohonan maaf Ramasamy yang dilakukan sebelum ini tidak mencukupi kerana beliau memohon maaf atas penggunaan perkataan 'satan' sahaja.

“Tindakan Ramasamy itu bukan menghina Zakir saja, tetapi turut menghina Islam secara keseluruhannya. Malah, permohonan maaf itu seolah-olah bukan dari hatinya.

“Di India sendiri, Zakir tiada halangan mengadakan ceramah. Jadi kenapa ada individu seperti Ramasamy yang mahu larang kedatangan Zakir ke sini?,” katanya.

Pada 12 April lalu, Ramasamy menyatakan rasa kesal dengan tindakannya yang telah menggelar Dr Zakir sebagai ‘syaitan’.

Ramasamy mengakui telah menggelar Dr Zakir sebagai ‘syaitan’ dalam menerusi catatan di Facebooknya, pada 10 April lalu, kerana penceramah itu didakwa memberi ceramah menghina agama lain. - Siakapkeli.my

#Panas di Ramasamy Seharusnya Dikeluarkan Daripada Negara Ini - Mufti

Rekaan Konsep Rumah Piramid Yang Futuristik

$
0
0
Rekaan Konsep Rumah Piramid Yang Futuristik merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Rekaan Konsep Rumah Piramid Yang Futuristik.

Anda ada rakan perangai seperti firaun? Boleh suggest rakan anda tu bina rumah seperti ini. Gurau saja.

Arkitek dari Mexico, Juan Carlos Ramos membina ‘Pyramid House’ untuk satu pertandingan yang memfokuskan rumah dengan bentuk geometri yang mudah. Rekaan Juan ini mengambil inspirasi dari bentuk gunung dan kuil Mayan purba.

Pyramid House adalah kediaman tiga tingkat, yang menggabungkan elemen dinding putih dan cermin. Satu sisi rumah ini dibina sepenuhnya dengan cermin untuk pemandangan luar dan dalam yang lebih luas.

Kediaman ini nanti akan menempatkan dua bilik tidur, satu studio, bilik air dan garaj. Dapur, living room dan tempat makan semuanya di level pertama dan di tingkat ketiga pula, loteng untuk anda buat mini library. Menarik juga rumah ni bukan?

pyramid-house-juan-carlos-ramos-02-1200x800

pyramid-house-juan-carlos-ramos-03

pyramid-house-juan-carlos-ramos-04

#Panas di Rekaan Konsep Rumah Piramid Yang Futuristik

3 Fakta Penting Menurut Dr Zakir Naik Tentang Perubatan Dan Islam

$
0
0
3 Fakta Penting Menurut Dr Zakir Naik Tentang Perubatan Dan Islam merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri 3 Fakta Penting Menurut Dr Zakir Naik Tentang Perubatan Dan Islam.

Saya ingin berkongsi pendapat Dr Zakir Naik berkenaan PERUBATAN dan ISLAM. Pendapat beliau diperolehi apabila saya sendiri bertanya soalan kepada beliau semasa ceramahnya diadakan di Besut baru-baru ini.

Saya telah menulis sedikit kupasan daripada butir kata-kata beliau dan juga mengambil video asal tersebut. Tujuannya untuk memudahkan pembaca memahami maksud dan nas yang disampaikan beliau.

Berikut adalah TIGA perkara penting yang disampaikan oleh Dr Zakir Naik kepada para hadirin berkenaan dengan al-quran dan sains dari aspek kesihatan menurut perspektif Islam yang syumul.

1. Masalah Ekstremisme Dalam Beragama Dan Ketaksuban Kepada Asbab/Makhluk

doc3

Tiada manusia yang dapat memberi kesembuhan melainkan kesemuanya dengan keizinan daripada Allah SWT. Manusia hanya mampu berikhtiar dan kemudian bertawakal untuk mencari penawar kepada setiap penyakit.

Masalahnya adalah ada pihak yang hanya mempercayai bahawa hanya Allah sahaja yang boleh menyembuh dan tidak perlu berjumpa doktor. Ini adalah golongan yang ekstrem dalam beragama. Menolak perubatan moden adalah kejahilan dan kebutaan.

Manakala ada pula pihak yang berkata hanya berjumpa doktor sudah mencukupi dan ini adalah golongan yang taksub kepada kehebatan hamba. Menolak sunnah dan rawatan cara Islam adalah kesombongan dan kekosongan.

Allah berfirman dalam Surah An-Nisa Ayat 171:

Janganlah kamu melampaui batas dalam perkara agama kamu

Ada juga pihak yang hanya ingin beramal dengan ayat-ayat Ruqyah di dalam Al-Quran untuk beramal, maka ini juga tiada masalah.

Allah berfirman dalam surah Isra Ayat 81-82

“Dan katakanlah: Telah datang kebenaran (Islam) dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap (81). Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orangyang beriman kepadanya dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua (82).”

Oleh itu penting bagi umat Islam menyeimbangkan antara pendekatan ruhiyah dan perubatan moden. Penolakan salah satu antaranya akan membawa kemudaratan dan kecelakaan.

2. Jika Kita Sakit, Wajib Berjumpa Doktor

 Pembedahan C-Sec mengeluarkan bayi pada zaman awal kegemilangan perubatan dan Islam

Islam mengajar umatnya bersederhana atau wasatiyah dan sentiasa menyeimbangi keperluan dunia dan akhirat. Tidak dinafikan Allah adalah penyembuh segala penyakit dan ayat-ayat AL-Quran juga berupaya menyembuhkan penyakit.

Namun Allah juga berfirman dalam surah AN-Nahl ayat 43 dan Surah AN-Anbiya’ ayat ke 7:

Oleh itu bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan jika kamu tidak mengetahui.

Menurut Dr Zakir Naik, sekiranya kita jatuh sakit maka Allah memerintahkan kita bertemu doktor atau orang yang mempunyai ilmu perubatan untuk merawat kita. Dan jika kita tidak berjumpa doktor maka kita tidak mengikut suruhan Allah.

doc5

Orang yang ahli dalam bidang perubatan pula perlulah sahih dan diiktiraf keilmuannya oleh badan-badan yang bertauliah dan dipercayai. Janganlah masyarakat mudah mempercayai ‘doktor-doktor jadian’ yang hanya belajar daripada Google atau Internet atau membaca buku perubatan sahaja di medium media sosial.

DZN juga memaklumkan bahawa Umat Islam juga tidak ada masalah untuk berubat dengan Doktor Bukan Muslim. Namun demikian, jika mendapatkan rawatan daripada Doktor Muslim itu adalah lebih baik.

Oleh itu, berjumpa doktor adalah kewajipan bagi Umat Islam sekiranya jatuh sakit demi memelihara kelestarian kesihatan umat.

3. Memelihara Nyawa Adalah Keutamaan

doc6

Sesungguhnya memelihara nyawa lebih utama daripada perkara halal dan haram ketika sakit.

Terdapat 5 perkara asas dalam maqasid syariah dalam konteks menegakkan agama hari ini.
1. Memelihara agama (Hifzu ad-Deen)
2. Memelihara nyawa (Hifzu al-Hayah)
3. Memelihara akal (Hifzu al-Aqli)
4. Memelihara keturunan (Hifzu an-Nasab)
5. Memelihara harta (Hifzu al-Mal)

Susunan dalam maqasid syariah ini adalah mengikut tertib keutamaannya bagi memelihara setiap satu darinya, maka setiap yang memegangnya pula haruslah mengikut tertib ini.

Pertama, memelihara agama – merupakan perkara asas dan paling utama untuk didahulukan. Bagi setiap perkara, perkara hal agama diberi keutamaan kerana tujuan kita diatas muka bumi ini tidak lain adalah sebagai khalifah yang membawa agama Islam untuk disuburkan di atas muka bumi ini.

Keduanya, memelihara nyawa – Sebagai pemelihara agama, harus bagi seorang yang bernama pejuang itu mengorbankan nyawanya untuk menegakkan dan meninggikan kalimat Allah. dan sebagai seorang pejuang agama juga, syahid merupakan cita-cita tertinggi, persis perjuangan yang dibawa oleh Rasulullah suatu ketika dahulu.

Ketiga, memelihara akal – untuk menjaga nyawa, dalam sesuatu keadaan (darurat) haruslah bagi seseorang itu untuk mengorbankan akalnya supaya tidak terkeliru.

Keempat pula, memelihara keturunan – bagi sesetengah hal, dibolehkan untuk mengorbankan keturunan demi menyelamatkan akal.

Kelima, memelihara harta – harta merupakan peringkat terendah yang paling perlu dikorbankan untuk memelihara keturunan secara umumnya, dan dalam menegakkan dan memelihara agama.

Dalam hal kesihatan adalah wajib bagi kita memelihara dan menjaga nyawa.

Oleh itu, menurut DZN sendiri sekiranya ada penawar atau ubat untuk mencegah kemudaratan yang besar kepada nyawa manusia seperti penyakit berjangkit yang merbahaya, kanser dan sebagainya namun kandungannya daripada bahan yang HARAM seperti alcohol, unsur khinzir dan lain-lain. Maka, Islam membenarkan pengambilannya pada kadar yang diperlukan sahaja.

Sekiranya mengikutkan kepada kefahaman AKAL semata-mata maka makanan yang dilarang oleh agama Islam adalah HARAM bagi umat Islam untuk memakannya.

Namun, menurut DZN lagi, kelonggaran ini telah dijelaskan oleh Allah SWT di dalam Surah Al-Baqarah ayat 123, Surah Al-Maidah ayat 3 dan Surah An-Nam ayat 125.

Allah juga berfirman di dalam surah An-Nahl Ayat 115 yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, dan daging babi, binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa memakannya kerana darurat sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampui batas maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.”

Kelonggaran ini hanya untuk penyakit-penyakit merbahaya dan mengancam nyawa manusia seperti batuk kokol, meningitis, kanser, jantung dan sewaktu dengannya selagi mana tiada alternatif rawatan yang berkesan untuk menyelamatkan nyawa umat Islam.

Penyakit seperti ini, rawatan dan ubat-ubatannya tidak dijual secara terbuka dan adalah terkawal iaitu perlu diperiksa oleh doktor perubatan terlebih dahulu.

Penyakit kecil seperti demam, selsema, sakit tekak dan seangkatan dengannya pula, maka WAJIBlah umat Islam mencari penawar yang HALAL dan SELAMAT digunakan.

Kesimpulan

Umat Islam perlulah mengamalkan Al-Quran secara menyeluruh dan bukannya sebahagian sahaja mengikut keperluan individu semata-mata.

Dalam konteks perubatan dan Islam maka perlu wujudnya keseimbangan antara keperluan dunia dan akhirat. Berlebih-lebihan dalam apa jua perkara akan membawa kita kepada kebinasaan.

Jika kita mahu belajar atau mencari ilmu maka kita akan mencari GURU. Begitu juga, jika kita sakit maka kita perlu berjumpa doktor.

Islam memberi kelonggaran kepada umatnya ketika darurat atau perkara yang dapat menyelamatkan nyawa manusia. Jangan jumudkan Islam kerana kefahaman yang singkat dan kecetekan ilmu kita.

Sila tonton video tersebut:

Semoga kupasan ini memberi manfaat dan kefahaman kepada kita semua.

Silalah kongsikan kepada pihak lain agar banyak pihak beroleh manfaat.

#Panas di 3 Fakta Penting Menurut Dr Zakir Naik Tentang Perubatan Dan Islam
Viewing all 3687 articles
Browse latest View live