Quantcast
Channel: Glepor
Viewing all 3687 articles
Browse latest View live

Melihat Allah Ta'ala di Syurga

$
0
0
Melihat Allah Ta'ala di Syurga Melihat Allah Ta'ala di Syurga adalah Entri ulangsiar dari Laman Kangkung! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya Melihat Allah Ta'ala di Syurga membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.
Melihat Allah Ta'ala di Syurga

Melihat Allah Ta'ala di Syurga

*



Dari seorang sahabat yang mulia, Shuhaib bin Sinan radhiallahu’anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Ketika penghuni syurga telah masuk syurga, Allah ta’ala berfirman: “Apakah kalian mahu tambahan nikmat ? Mereka seraya menjawab: “Bukankah Engkau telah menjadikan wajah-wajah kami bercahaya?  Dan Engkau telah memasukkan kami ke dalam syurga dan menyelamatkan kami dari neraka ? Kemudian Allah subhanahu wata’ala membuka hijab-Nya. Maka tidaklah mereka diberi nikmat yang lebih mereka sukai dibanding dengan nikmat melihat Allah subha nahuwa ta’ala.” (HR. Muslim).

Allah Ta’ala berfirman,

وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَاضِرَةٌ إِلَى رَبِّهَا نَاظِرَةٌ

“Muka mereka (orang mukmin) pada hari itu berseri-seri. Kepada Tuhannya mereka melihat.” (Al-Qiyamah: 22-23)

Ibnu Katsir dalam tafsirnya terhadap ayat di atas menjelaskan, “Orang mukmin akan melihat Allah secara nyata dengan mata kepala mereka, hal ini sebagaimana dalam hadis riwayat Imam Bukhari rahimahullah, 'Sesungguhnya kalian akan melihat Tuhan kalian dengan mata kalian sendiri.’ (HR. Bukhari).

*

Melihat Allah Ta'ala di Syurga ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Kangkung merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Lenggang Kangkung iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.

Entri #Harian dalam dan luar Dunia. Bookmark Melihat Allah Ta'ala di Syurga and get update.

IKEA Akan Mula Menjual Basikal Ini Bermula Ogos 2016

$
0
0
IKEA Akan Mula Menjual Basikal Ini Bermula Ogos 2016 merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri IKEA Akan Mula Menjual Basikal Ini Bermula Ogos 2016.

IKEA akan mula menjual basikal jenama mereka sendiri bermula Ogos tahun ini. Buat masa ini, hanya satu model diperkenalkan dengan variasi 26 inch atau 28 inch.

Dinamakan ‘Sladda’, ianya direka dengan bentuk klasik dan minimalis. Yang menariknya ialah basikal ini tidak menggunakan sistem rantai besi traditional, tetapi digantikan dengan sistem ‘belt’ untuk mengelakkan karat dan hakisan. Dikatakan belt ini dapat bertahan sehingga 15,000 km sebelum ianya perlu diganti.

473095_81_51805_TDAYC5OOE

Badan basikal ini diperbuat daripada aluminium untuk memastikan ianya ringan dan handlebar basikal ini boleh dilaras untuk digunakan oleh orang dewasa atau kanak-kanak bermula usia 12 tahun. Terdapat juga sistem ‘click-on’ untuk menambah aksesori tambahan basikal ini seperti bakul atau tow cart untuk bantu anda bawa barang yang lebih besar. Awesome kan?

sladda 1

Sladda akan dipasarkan di 328 cawangan IKEA diseluruh dunia dan dijual pada harga 699 Euro (lebih kurang RM3072) untuk bukan ahli dan 499 Euro (lebih kurang RM2196) untuk ahli IKEA Family. Rasa-rasa IKEA Malaysia pasti bawa masuk basikal ini. Sanggup tak anda belanjakan wang lebih dari 2 ribu ringgit untuk basikal ini? Barulah hipster kalau pakai basikal buatan IKEA. Tepuk dada tanya selera.

#Panas di IKEA Akan Mula Menjual Basikal Ini Bermula Ogos 2016

Facebook Memaparkan Roadmap 10 Tahun Syarikat Mereka Secara Umum

$
0
0
Facebook Memaparkan Roadmap 10 Tahun Syarikat Mereka Secara Umum merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Facebook Memaparkan Roadmap 10 Tahun Syarikat Mereka Secara Umum.

Jika anda masih risau dengan perkongsian roadmap bisnes anda kerana risau pihak pesaing mampu membaca strategi anda, anda mungkin silap. Facebook secara umumnya mengumumkan pelan jangka panjang mereka secara umum pada majlis F8 yang baru sahaja berlangsung.

fb-roadmapTidak selalu untuk kita lihat sebuah syarikat teknologi yang semakin berkembang melancarkan roadmap mereka. Tambahan pula dengan pertambahan media sosial yang terbaru jelas menunjukkan Facebook selesa dengan persaingan.

Facebook nampaknya sangat serius dalam mengubah cara pengguna melayari aplikasi Facebook dimana dengan idea ini pengguna akan lebih mudah mengakses Facebook melalui peranti yang berbeza antara satu sama lain.

fb-products
Di dalam pelan jangka panjang tersebut Facebook menunjukkan bagaimana mereka mampu mengoptimasikan kegunaan pengguna mengikut keperluan berdasarkan beberapa aplikasi yang dimiliki seperti Instagram, Whatsapp dan Messenger.

Sama seperti Microsoft, Facebook juga akan memfokuskan kepada ‘bots’ didalam beberapa tahun akan datang. ‘Bots’ yang disebutkan sebagai Messenger Platform API berfungsi untuk memberi kelebihan buat pengguna yang membuat bisnes bagi memperkukuhkan jenama harta maya mereka.

AP_zuckerberg_sr_140430_12x5_1600Apa yang lebih menarik adalah, Mark Zuckerberg mengumumkan mereka juga akan memfokuskan kepada ‘virtual reality’ yang dipopularkan oleh Oculus. Facebook mengambarkan ‘virtual reality’ akan hadir buat pengguna dengan saiz seperti kaca mata bersaiz normal serta memaparkan media yang lebih menarik.

Selain ‘virtual reality’ Mark juga memulakan program drone airplane dimana akan diumumkan dengan lebih lanjut beberapa tahun lagi dari sekarang.

Kami berpendapat apa yang diumumkan Mark Zuckenberg semasa majlis F8 ini adalah sebahagian daripada perancangan Facebook. Kami tertarik untuk mengetahui dengan lebih lanjut bagaiman Facebook dapat mengubah lanskap dunia internet di dalam beberapa tahun akan datang.

Oh ya, jika anda sangkakan Facebook merupakan syarikat yang ‘cool’ dan berani untuk memaparkan roadmap mereka, kami juga tidak mahu melepaskan peluang untuk memaparkan Roadmap The Vocket.

12274625_167042073649092_7725927767987934184_n

#Panas di Facebook Memaparkan Roadmap 10 Tahun Syarikat Mereka Secara Umum

(VIDEO) Lelaki 'Sekolahkan' Pasangan Suami Isteri Yang Parkir Kereta Di Petak OKU

$
0
0
(VIDEO) Lelaki 'Sekolahkan' Pasangan Suami Isteri Yang Parkir Kereta Di Petak OKU merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri (VIDEO) Lelaki 'Sekolahkan' Pasangan Suami Isteri Yang Parkir Kereta Di Petak OKU.

Tersiar di laman sosial sejak beberapa hari lalu sebuah video yang dimuatnaik oleh seorang lelaki bernama Naren Narasiah, warga tempatan dilihat telah menyekolahkan sepasang suami isteri dari Singapura yang dikatakan telah meletak kenderaan mereka di kotak parking Orang Kurang Upaya(OKU).

Tindakan pasangan suami isteri berkenaan adalah merupakan tindakan tidak bertanggungjawab kerana petak parkir OKU disediakan itu bertujuan memudahkan pergerakan OKU melakukan tugasan seharian mereka di lokasi terlibat.

Petak parkir OKU ini biasa adalah parkir yang peling dekat dengan pintu utama dan juga dekat dengan kemudahan seperti laluan OKU ataupun warga emas yang menggunakan kerusi roda.

Ternyata teguran lelaki berkenaan telah mendapat perhatian ramai kerana keberaniannya walaupun dilihat agak kasar.

Menurut beliau pasangan suami isteri berkenaan memberi alasan yang tidak masuk akal  untuk melepaskan diri.

Beliau memberitahu telah menunggu pemilik kereta berkenaan selama 45 mini dengan menyekat kereta pasangan berkenaan untuk menghalang mereka bergerak keluar.

Berikut adalah tulisan penuh beliau.

I was not going to publish this but it is time I did. This was an incident where I went gangster on a Singaporean couple who parked on a handicapped parking lot and tried to worm their way out with dumb excuses. 

The drama unfolded when I deliberately blocked their car in disabling them from reversing. I waited for these people to come back to their cars for 45 minutes!!!The driver ended up reversing and knocking into my truck and that kind of added fuel to my fire. 

It was 6.30pm and I had just completed a long day of energy auditing in Western Digital plant with my 3 other very big and intimidating looking auditors so that is why i look n sound like a thug. Very tired and extremely irritable I wanted them to feel what it was like having to wait just like how a disabled person would have felt. This is part 1 of 3 videos. 

If some of you feel I was mean in this video, I frankly don't care! If you are doing something to fight this plague then you are fit to critisize but if you want to be an arm chair critic, keep your comments to yourselfI fight for the disabled who don't have a voice and in this instance I think I got the message across to them and hopefully they will think twice about doing this again in Malaysia

Apapun syabas kepada lelaki ini kerana berani menegur mereka yang tidak bertanggungjawab seperti ini walaupun dilihat sedikit kasar, semoga ia menjadi pengarjaran kepada semua.

Beringatlah mereka diluar sana, jika rasa diri cukup sempurna janganlah pentingkan diri menggunakan petak parkir berkenaan kerana ada mereka yang lebih memerlukan. - Siakapkeli.my

Video admin terpaksa muatnaik semula untuk diblurkan.

#Panas di (VIDEO) Lelaki 'Sekolahkan' Pasangan Suami Isteri Yang Parkir Kereta Di Petak OKU

(Gambar) Pemancing Temui Mayat Seorang Lelaki Terdampar Di Pantai

$
0
0
(Gambar) Pemancing Temui Mayat Seorang Lelaki Terdampar Di Pantai merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri (Gambar) Pemancing Temui Mayat Seorang Lelaki Terdampar Di Pantai.

Dungun: Sekujur mayat seorang lelaki yang sudah reput telah ditemui terdampar di pantai Pantai Batu Payung, Seberang Pintasan di sini oleh seorang pemancing kira-kira jam 11 pagi tadi, lapor Harian Metro.

Mayat berkenaan ditemui dalam keadaan sudah hancur di bahagian lutut ke perut dan berbau tanpa sebarang pengenalan diri oleh pemancing berkenaan yang kebetulan melalui kawasan tersebut.

Berdasarkan keadaan mayat, mangsa dipercayai telah meninggal sejak seminggu lalu sebelum dihanyutkan ombak dan terdampar di pantai berkenaan.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan kejadian ini dan pihaknya sudah menerima laporan mengenai penemuan mayat terbabit.

Menurutnya, pihaknya sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti identiti lelaki terbabit. - Siakapkeli.my





#Panas di (Gambar) Pemancing Temui Mayat Seorang Lelaki Terdampar Di Pantai

Koleksi Terbaru Fred Perry X Bradley Wiggins 2016

$
0
0
Koleksi Terbaru Fred Perry X Bradley Wiggins 2016 merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Koleksi Terbaru Fred Perry X Bradley Wiggins 2016. removed last array

Dua ikon terkemuka Britsih bertemu kembali untuk koleksi terbaru Fred Perry. Ini bukanlah koleksi pertama Sir Bradley Wiggins dengan Fred Perry. Kerjasama antara mereka berdua sudah bermula sejak tahun 2012 lagi. Gambar di atas diambil dari koleksi Bradley dengan Fred Perry pada tahun 2013.

Bradley merupakan orang Britain pertama yang memenangi Tour De France pada tahun 2012 dan juga pemenang 7 pingat di Olimpik. Koleksi kali ini diinspirasikan dari minat Bradley terhadap fesyen Mods tahun ’60an di Britain dan diberi touch tersendiri terutamanya pada baju polo di mana zip digunakan menggantikan butang pada bahagian kolar.

Anda boleh ke laman fredperry.com untuk melihat lebih lanjut koleksi ini dan mungkin ada di butik Fred Perry di KLCC. Harga sehelai polo untuk koleksi ini memang mahal tapi ini Fred Perry. Class and quality.

fred-perry-sir-bradley-wiggins-4

fred-perry-sir-bradley-wiggins-3

fred-perry-sir-bradley-wiggins-2

fred-perry-sir-bradley-wiggins-1

#Panas di Koleksi Terbaru Fred Perry X Bradley Wiggins 2016

Pemenang Acara Berbasikal Dapat Duit RM 30 : Ini Komen Dari Pelumba Basikal Negara, Josiah Ng

$
0
0
Pemenang Acara Berbasikal Dapat Duit RM 30 : Ini Komen Dari Pelumba Basikal Negara, Josiah Ng merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Pemenang Acara Berbasikal Dapat Duit RM 30 : Ini Komen Dari Pelumba Basikal Negara, Josiah Ng.

13 Apr - Berikutan kritikan ramai dari viral beberapa gambar yang merakamkan pelumba-pelumba muda mendapat habuan kecil, pelumba Josiah Ng turut sama melontarkan komennya di laman Facebook Junior Cycling Malaysia (JCM).

"Kerja yang bagus bagi acara pertama Junior Cycling Malaysia! Saya lihat banyak komen yang diberikan berikutan hadiah kecil yang diberi."kata pelumba berbasikal negara itu memulakan komennya.

"Saya ingin memberikan pandangan saya. Dulu, ketika saya seorang pelumba muda, saya hanya pentingkan dua perkara. Berlumba dan menang. 

"Duit datang kepada poket saya kerana saya mampu berlumba dalam banyak pertandingan dan itu yang membuatkan saya seorang juara sekarang.

"Saya telah hidup senang kerana berbasikal sepanjang karier saya lebih 15 tahun. Jangan fokus kepada duit. ", kata beliau.

Josiah juga berkata program-program seperti JCM ini lah yang akan menjadikan peserta ini sebagai seorang juara satu hari nanti.

"Apabila anda menjadi juara nanti, duit akan datang!".

"Fokus, berlatih dengan keras dan menang", kata Josiah.

Komen dari Josiah Ng itu juga telah di retweet oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menerusi satu keratan gambar di Twitter. - Siakapkeli.my

#Panas di Pemenang Acara Berbasikal Dapat Duit RM 30 : Ini Komen Dari Pelumba Basikal Negara, Josiah Ng

Hadiah "Ciput" : KJ Tampil Perjelas Mengapa Beri Hadiah Wang Tunai Kecil

$
0
0
Hadiah "Ciput" : KJ Tampil Perjelas Mengapa Beri Hadiah Wang Tunai Kecil merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Hadiah "Ciput" : KJ Tampil Perjelas Mengapa Beri Hadiah Wang Tunai Kecil.

13 Apr - KJ hari ini tampil menjawab isu hadiah 'ciput' yang diberikan kepada pemenang di dalam program Junor Cycling Malaysia (JCM).

KJ di dalam satu kenyataan menerusi Facebook itu berkata, dia mengakui jumlah yang diberikan adalah kecil.

Bagaimanapun beliau berkata JCM bertindak sedemikian kerana tidak mahu peserta kanak-kanak itu dibiasakan dengan hadiah wang tunai kerana risau mereka akan lupa matlamat utama untuk bersukan.

"Walaupun saya banyak promosikan JCM, ia hanya mendapat perhatian orang ramai apabila gambar-gambar semasa penyampaian hadiah disebarkan secara viral. Ramai yang menegur dan mengkritik jumlah wang yang kecil untuk pemenang kategori bawah umur 11 dan 9. Mereka telah menerima RM30 hingga RM10.

"Saya akui, jumlah wang yang diberikan sebagai hadiah kemenangan memang kecil. Pihak JCM memilih untuk buat demikian sebab yang paling penting untuk kategori umur kanak-kanak adalah minat, pengalaman penyertaan dan kemahuan untuk menang bukan kerana habuan wang. Jika dari peringkat kanak-kanak kita sudah biasakan mereka dengan hadiah wang tunai, saya risau mereka akan lupakan matlamat utama mereka berjuang dalam sukan.", kata beliau.

Tambah beliau lagi, segala hadiah kemenangan telah pun diberitahu sebelum peserta mendaftar.

"Lagi pun, segala hadiah kemenangan telah pun diberitahu kepada semua peserta sebelum pendaftaran dan dipaparkan dalam laman web JCM, jadi tidak timbul isu mereka tak tahu atau tidak dihargai. Rata-rata ibu bapa yang bawa anak mereka tak fikir soal hadiah wang tetapi telah mengorbankan masa mereka kerana minat anak-anak mereka dalam sukan basikal.

Kata KJ lagi, acara pemberian mock cheque kepada pemenang di dalam program itu juga akan dihentikan serta merta.

"Kalau ada perkara yang perlu diperbetulkan adalah pemberian mock cheque kepada pemenang-pemenang. Itu akan dihentikan untuk acara-acara JCM kelak.", katanya.

Program JCM adalah program pembangunan bakat untuk sukan basikal dan telah bermula pada hari Sabtu 9 April di Serdang, Selangor. Sirkit JCM akan jelajah ke setiap negeri sampai ke hujung tahun ini. - Siakapkeli.my

#Panas di Hadiah "Ciput" : KJ Tampil Perjelas Mengapa Beri Hadiah Wang Tunai Kecil

(Video) OKU ini Menangis Dakwa Dikasari Pengawal di Zouk KL, Page FB Kelab Itu Diserang Netizen

$
0
0
(Video) OKU ini Menangis Dakwa Dikasari Pengawal di Zouk KL, Page FB Kelab Itu Diserang Netizen merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri (Video) OKU ini Menangis Dakwa Dikasari Pengawal di Zouk KL, Page FB Kelab Itu Diserang Netizen.


Kuala Lumpur - Seorang penceramah motivasi, Josh Sundquist mendakwa dia telah dikasari oleh pengawal di kelab terkemuka Malaysia, Zouk KL ketika berhibur di kelab itu baru-baru ini.

Menerusi satu video yang dimuat naik di Youtube, Josh berkata kedatangannya ke Malaysia adalah untuk berceramah di Reach Out Malaysia mengenai dirinya yang hanya mempunyai satu kaki tetapi tidak mengalah dalam hidup.

Difahamkan, Josh kehilangan kaki pada umur 9 tahun akibat dari kanser.


Menerusi video terbabit, Josh berkata dia pergi berhibur di kelab Zouk bersama rakan-rakannya.

Bagaimanapun, malam itu menjadi malam yang menyedihkan buatnya apabila dia dikasari oleh pengawal keselamatan kelab itu setelah dia bertindak melompat dan menari di podium, kata Josh.

Dalam keadaan sedih Josh menceritakan seorang pengawal itu menariknya dengan kasar manakala seorang lagi mengambil tongkatnya.

Di dalam video itu juga, Josh mengaku biarpun dia seorang penceramah motivasi; yang cuba menginspirasikan orang ramai dan menyebarkan positiviti; pengalaman seperti ini membuatkannya sedih tidak kira sekuat mana pun dia.


Di laman Facebook Zouk KL, kelihatan pelbagai reaksi negatif mengenai perkara itu di bahagian reviu.

Setakat ini, video yang dimuat naik oleh Josh itu telah ditonton lebih 24,000 kali setelah dimuatnaik semalam. - Siakapkeli.my

#Panas di (Video) OKU ini Menangis Dakwa Dikasari Pengawal di Zouk KL, Page FB Kelab Itu Diserang Netizen

Surat Permohonan Maaf Saya Kepada Firefly

$
0
0
Surat Permohonan Maaf Saya Kepada Firefly merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Surat Permohonan Maaf Saya Kepada Firefly.

Assalammualaikum & Salam sejahtera.

Saya kongsikan semula keralatan Saya dalam perkongsian cerita mengenai Firefly (link removed). Dengan rasa rendah diri, berikut adalah surat permohonan maaf saya.

Firefly sebenarnya adalah sebuah syarikat penerbangan yang terbaik. Saya adalah pengguna tetap Firefly atas urusan kerjaya saya di beberapa buah negeri.

Dengan rasa rendah diri dan penuh hormat, saya ingin memohon maaf kepada pihak yang terlibat.

surat-maaf

#Panas di Surat Permohonan Maaf Saya Kepada Firefly

Ujian Biskut Ini Membantu Kecemerlangan Akademik Anak Anda

$
0
0
Ujian Biskut Ini Membantu Kecemerlangan Akademik Anak Anda merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Ujian Biskut Ini Membantu Kecemerlangan Akademik Anak Anda.

Disebuah makmal pada tahun 1960. Beberapa orang kanak-kanak pra-sekolah dijemput duduk di sebuah meja dan dihidangkan dua keping biskut.

“Anda nampak dua biskut ini,” tanya Mischel, seorang professor dari Stanford, kepada seorang kanak-kanak.

“Anda boleh makan satu sahaja jika anda mahu, tetapi jika anda tunggu sehingga saya kembali, anda boleh makan kedua-duanya. Saya akan pergi selama 15 minit.” Kemudian kanak-kanak tersebut mengangguk.

Apabila Mischel keluar, ada yang menutup sebelah mata sambil menahan diri daripada memakan biskut tersebut. Ada yang terus memakan kedua-duanya dan ada yang menunggu dengan sabar.

ic4 copy

Hasil kajian menunjukkan 72% kanak-kanak pra-sekolah akan memakan biskut tersebut. Jumlah peratusan akan berkurang kepada 49% apabila mereka darjah 4 dan 38% apabila mereka darjah 6.

Berjaya ataupun tidak kanak-kanak tersebut menahan diri bergantung kepada kemahiran minda yang disebut sebagai Impulse Control

Apa itu Impulse Control

Impulse control adalah kemahiran minda yang membantu kanak-kanak untuk berfikir sebelum bertindak. Impulse Control juga disebut sebagai kemampuan mengawal diri.

Kanak-kanak yang berjaya dalam ujian biskut tersebut adalah mereka yang mampu menapis segala gangguan negatif dan fokus kepada arahan yang diberikan.

Impulse Control Membantu Kecemerlangan Akademik

Menurut penyelidik Sains Neuro, Sandra Aomodt dan Sam Wang, Impulse Control adalah dua kali lebih penting daripada kepandaian. Kanak-kanak yang mahir menggunakan Impulse Control mempunyai keupayaan untuk berfikir lebih baik sebelum menyelesaikan sesuatu soalan.

Mereka juga mempunyai keupayaan lebih baik dalam berfikir secara kritis ketika menyelesaikan sesuatu masalah. Di dalam kecemerlangan akademik, kemahiran minda ini menjadi tanda aras yang lebih penting berbanding ujian IQ.

ic6

Dr. Russell Barkley, seorang penyelidik ADHD, juga mengesahkan kanak-kanak yang mahir Impulse Control lebih fokus ketika belajar kerana kemampuan mereka mengawal diri daripada stimulasi tidak penting dalam persekitaran.

Selain itu, mereka juga akan lebih mudah beratur, menunggu giliran ketika bermain dan mudah mendengar kata. Walaupun tanpa pengawasan ibubapa atau orang dewasa, mereka mampu mengawal tingkah laku dan larangan yang diberikan.

Marah Tidak Membantu Impulse Control

Ibubapa akan kecewa dengan anak yang mempunyai masalah Impulse Control. Mereka mengharapkan anak mereka berkelakuan baik sama seperti rakan sebaya yang lain. Setiap kanak-kanak mempunyai tahap Impulse Control yang berbeza.

mother scolds her child

mother scolds her child

Ada yang lebih baik daripada yang lain. Berleter, ugut, menghukum dan memarahi bukanlah langkah yang efektif membuatkan mereka mendengar kata. Mereka mungkin berpura-pura baik didepan anda kerana takut dimarahi.

Elakkan daripada memalukan dan menyalahkan mereka. Pastikan apa yang anda jangkakan selaras dengan umur mereka. Impulse Control berkembang dalam diri kanak-kanak pada kadar yang berlainan.

Cara Mengasah Impulse Control

Semua bayi yang lahir tidak memiliki keupayaan ini. Ia adalah kemahiran yang dikuasai melalui stimulasi samaada secara sengaja ataupun tidak ketika kanak-kanak membesar. Sebagai ibubapa anda dapat membantu anak anda dengan melakukan beberapa perkara ini:

1. Ajar mereka tentang perasaan
Terangkan kepada mereka perbezaan antara perasaan dan perangai. Apabila marah tidak semestinya mereka perlu menjerit. Kanak-kanak yang memahami tentang perkara ini membantu mereka mampu mengawal diri dan mengasah kemahiran Impulse Control.

ic2

2. Ajar mereka mendengar
Kadang-kala kanak-kanak bertindak melulu kerana mereka tidak mendengar dengan baik. Seringkali apa yang anda perkatakan tidak akan dipatuhi. Apabila anda menerangkan sesuatu, minta mereka ulangi arahan yang diberikan supaya ia akan kelihatan lebih jelas.

3. Berlatih untuk tangguhkan kepuasan
Kanak-kanak akan terus meminta sesuai yang dingini. Jangan terus tunaikan perkara tersebut. Tangguhkan dahulu dan tunggu sehingga waktu yang sesuai untuk ditunaikan. Ini memberikan ruang kepada kanak-kanak tersebut untuk berlatih menangguhkan kepuasan.

4. Galakkan aktiviti fizikal
Kanak-kanak yang aktif bersukan lebih mahir dalam Impulse Control. Sukan banyak menggunakan gerak hati, fokus, ketepatan dan kesabaran. Ia sangat membantu mengasah kemahiran ini dalam diri anak anda.

#Panas di Ujian Biskut Ini Membantu Kecemerlangan Akademik Anak Anda

Kronologi Kisah ‘Kontroversi’ Mee Segera Samyang Hot Chicken

$
0
0
Kronologi Kisah ‘Kontroversi’ Mee Segera Samyang Hot Chicken merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Kronologi Kisah ‘Kontroversi’ Mee Segera Samyang Hot Chicken.

Kecoh dua tiga hari yang lalu berkenaan status mee segera dari Korea, Samyang Hot Chicken Flavor Ramen pedas yang menjadi perdebatan netizen di laman Facebook. Apa isu sebenarnya? Ini kronogi simple kisah ‘kontroversi’ mee segera Samyang ini.

1. Vitdaily buat video makan mee segera Samyang ini

Rasanya, semuanya bermula dari video Vitdaily ini yang mendapat lebih 87 ribu views di Facebook. Brother Vitdaily mencuba mee segera Samyang Spicy ini untuk menguji kepedasannya sebab orang kata pedas gila. Jadi beliau pun buat video untuk menguji kepedasan mee segera Samyang ni. Lihat reaksi beliau, memang macam pedas mee segera ni.

Yang ini pula video yang dibuat oleh Asyalliee, lebih awal dari Vitdaily test power mee segera ni. Sedikit berduka sebab dia habaq mee segera tu boyfriend dia yang belikan. Dah berpunya rupanya Asya ni. Huhu. Asya kata pedas betui habaq hang. Habis caiq mekap dia makan mee segera tu.

2. Perbualan Mr. Kim Edward mengenai status halal mee segera Samyang diviralkan

Saya pertama kali terbaca mengenai perbualan ini di dalam group Backpackers Buddies Malaysia di Facebook. Mr Kim Edward merupakan konsultan halal di Korea dan melalui perbualan Facebook Messenger beliau, beliau menyatakan bahawa Samyang Hot Chicken Flavor ini tidak halal kerana didakwa mengandungi unsur syubhah gara-gara menggunakan mesin sama dengan produk yang mengandungi unsur babi. Di bawah adalah beberapa screenshots dari perbualan itu.

sam 2

sam 3

sam 4

sam 4.5

Sam 5

3. Perdebatan Antara Pro-Samyang Dan Anti-Samyang

jokerrr

Pedebatan tercetus setelah screenshots itu disebarkan. Bagi penggemar Samyang, mereka tetap merasakan mee segera Samyang itu halal kerana sudah diberi status halal oleh Korea Muslim Federation (KMF). Bagi kumpulan anti-Samyang pula, mereka bertegas bahawa itu adalah strategi pemasaran syarikat itu untuk menjual produk tidak halal kepada golongan muslim. Tetapi ada juga yang berpendapat jika rasa syubahah, jangan makan. Simple.

4. Penjelasan Dari Halal Korea Mengenai Status Mee Segera Samyang

halal Korea

Page Facebook Halal Korea mengesahkan mee Segera Samyang Hot Chicken ini adalah halal dan semua ini merupakan salah faham sahaja. Terdapat stok mee segera berkenaan dari pihak Samyang yang menggunakan packaging yang lama produk itu. Mee segera itu halal kerana menggunakan mesin yang berlainan untuk pembuatanya. Cuma ralat dari pihak Samyang kerana menggunakan packaging sebelum mereka mendapat status halal untuk produk itu.

Jadi mee segera Samyang Hot Chicken halal untuk dimakan. Yay! Katanya mee segera Samyang ni harganya RM7.00 sepeket. Saya belum pernah cuba lagi mee segera ini, jadi kalau ada yang baik hati untuk belanja saya mee segera ni, saya sangat mengalu-alukannya. Hidup makanan pedas!

#Panas di Kronologi Kisah ‘Kontroversi’ Mee Segera Samyang Hot Chicken

Nasihat Bisnes Terbaik Saya Terima Selepas Jiwa Kacau Akibat VSS

$
0
0
Nasihat Bisnes Terbaik Saya Terima Selepas Jiwa Kacau Akibat VSS merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Nasihat Bisnes Terbaik Saya Terima Selepas Jiwa Kacau Akibat VSS.

Salam Jumaat dengan penuh kasih sayang.

11 tahun yang lampau. Masa macam ni. Jiwa kacau. Surat untuk berhenti kerja dah dihantar. Tapi nak kerja apa tak tau lagi. Nak bisnes pun lagi tak tahu. 1 Mei 2005 adalah tarikh keramat. Tarikh terakhir saya bekerja.

Ramai kata saya gila.

Dan saya pun tak tahu, betul ke keputusan aku ini. Bila banyak sangat komen-komen negatif. Hati kita dari bulat jadi bujur pulak. Rasa nak tarik balik surat tu.

Penulis, Arif Ismail bersama ahli pasukannya.

Penulis, Arif Ismail bersama ahli pasukannya.

Teringat kata-kata kawan saya Md Danz masa tu. Bulatkan je hati kau tu. Istikharah dah buat. Mesyuarat dah. Apa lagi
Dalam keadaan gundah gulana, kita sebenarnya memerlukan satu PUSH. Kata-kata dorongan.

Oleh itu jika kawan-kawan kita nampak macam susah nak buat keputusan, kita bantu mereka. Bagi sikit peransang.

Kalau suami macam rungsing je. Kasi UP sikit. Puji sikit. Beri sokongan.

Kalau isteri risau. Peluk dia. Tenangkan mereka.

Akhirnya memang saya nekad dan teruskan keputusan BERHENTI.

Setelah selesaikan hutang-hutang tahun tu termasuk LHDN, 15 Mei 2005 saya berangkat. Cuti lebih 120 hari.

Maka bermulalah kehidupan seorang yang tiada kerja.

Bulan Oktober 2015 saya balik. Badan kurus kering mcm orang sakit.

Rehat dulu. Bincang dengan kawan-kawan. Apa kerja atau perniagaan nak buat.

Saya masih ingat kata-kata seorang korporat Oil & Gas. Saya jumpa dia kat Johor sebelum ni (hampir setahun lalu) masa kita 1 jemaah pergi surau dia. Bila saya tersandar kat belakang Masjid di KL ni. Dia datang dan cakap dengan saya. Borak-borak.

“Kau buat apa sekarang. Kurus je badan kau ni.”

Saya baru balik 4 bulan. Belum buat apa-apa. Tak tahu nak meniaga apa. Nak kerja balik dah tak sedap.

“Kau VSS eh?”

“Ya.”

“Ni aku nak bagitau kau. Duit VSS tu memang kau nampak macam banyak. Tapi sekejap je habis.

Abg ipar aku VSS buka restoran RM300 ribu. Dia upah tukang masak. Tukang masak lari. Cash flow problem.

Duit dah habis banyak kat CAPEX (peralatan dan renovation kedai). Nak rolling dah berat. Pekerja come and go.

Aku nasihatkan kau. Kalau nak berniaga. Jangan buka yang banyak pakai cash BESAR. Korang tak tahu skill meniaga lagi. Kau ingat kau kerja korporat boleh meniaga. Terjun tengok. Baru tahu langit tinggi rendah.

Dulu kau kerja. Bajet semua company bagi. Besar. Juta-juta. Enjoy katak. Beli notebook canggih la.

Company sendiri. Bajet terhad.

Aku tengok kau ni. Kau mulakan dengan bisnes risiko rendah. Kalau rugi pun sikit je. Yang penting kau terjun dalam lautan meniaga tu dulu. Cari klien. Muka tebal. Hati kental.

OK. Itu je aku bagitau.”

Itulah ceritanya. Jadi, saya pun dalam bulan Oktober tu carik lah apa bisnes nak buat.

Dan berjumpa dengan kawan satu taman, satu tempat kerja. Banyak betul saya terhutang budi dengan mereka-mereka ni. Selain dari ibubapa, isteri anak-anak, adik beradik Ahmad Zamri, Kamaruddin Wahid, Amiruddin Ahmad, Mohd Daud Mahyuddin, Kamarul Kedah, Norlida Mohd Tap dan ramai lagi banyak memberi dorongan. Kalau nak tulis semua mau 200 nama lebih yang bantu dalam bisnes saya sekarang ni.

Mereka-mereka inilah bagitahu. Kau buatlah bisnes ni (perunding kewangan/saham amanah). Kita jadi klien kau yang pertama. Alhamdulillah sampai sekarang saya masih dalam industri ini dan menjadi 1st Runner Up Group Agency Manager di Shah Alam. Pernah merekrut sampai 400 konsultan.

Apa pelajaran yang boleh diambil di sini:

1. BULAT kan hati untuk buat sesuatu.

2. PEKAK kan telinga macam cerita katak hijau (kisah yang insyaAllah ingat sampai mati oleh Azizah Saad).

3. MAKSUD berhenti kerja bukan hanya maksud dunia. MAKSUD utama adalah untuk agama dan bina akhirat.

4. IBUBAPA, ISTERI, ANAK-ANAK, ADIK BERADIK dan KAWAN-KAWAN adalah sememangnya yang sanggup berKORBAN untuk anda. Sangka baik dengan mereka. Walau mungkin ada tercalar hati kita yang tak sesuci hati Nabi atau sahabat-sahabat Nabi SAW.

5. TERUS kan. FOKUS. ISTIQAMAH.

6. BELAJAR Ilmu dari sesiapa sahaja walaupun mereka muda dari anda seperti upline saya Jaslinah Jerry. Ingat lagi teknik yang dia ajar saya dalam masa 2 jam di Cheras dan ianya hari Jumaat macam hari ini. Saya guna sampai sekarang.

7. No CBEG. Tiada COMPLAINT, BLAME, EXCUSE, GOSSIP.

Itulah serba sedikit sejarah seorang engineer yang tahu menghadap komputer je menjadi seorang peniaga. Semoga anda bersemangat untuk bina empayar perniagaan anda sendiri. Kalau tidak anda, anak-anak anda atau adik beradik dan kawan-kawan. Beri mereka dorongan. Jangan tuang racun. Simbah BAJA.

#Panas di Nasihat Bisnes Terbaik Saya Terima Selepas Jiwa Kacau Akibat VSS

MB Kelantan Dikejarkan ke Hospital, Alami Pendarahan Di Kepala

$
0
0
MB Kelantan Dikejarkan ke Hospital, Alami Pendarahan Di Kepala merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri MB Kelantan Dikejarkan ke Hospital, Alami Pendarahan Di Kepala.

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob telah dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian (HUSM) semalam setelah mengalami pendarahan di kepala, lapor Sinar Harian.

Menurut Setiausaha akhbar Menteri Besar, Asri Daud berkata, Timbalan Mursyidul Am Pas itu kini berada dalam pemantauan pakar dan akan menjalani pembedahan kecil hari ini dan beliau dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

"Pihak Pejabat Menteri Besar Kelantan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang prihatin dengan kesihatan YAB Ustaz Datuk  Menteri Besar.

"Sama-samalah berdoa agar beliau pulih seperti sediakala dan dapat berkhidmat sebagaimana biasa," katanya.

Difahamkan Ahmad menghadiri mesyuarat exco Kerajaan Kelantan semalam, namun mengadu kurang sehat dan meminta untuk meninggalkan mesyuarat.

Beliau dimasukkan ke HUSM 11.30 pagi. - Siakapkeli.my

#Panas di MB Kelantan Dikejarkan ke Hospital, Alami Pendarahan Di Kepala

Beberapa Wanita Berkongsi Cerita Mereka Perlu Berkahwin Sebelum Usia 25 Tahun

$
0
0
Beberapa Wanita Berkongsi Cerita Mereka Perlu Berkahwin Sebelum Usia 25 Tahun merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Beberapa Wanita Berkongsi Cerita Mereka Perlu Berkahwin Sebelum Usia 25 Tahun.

Isu perkahwinan sering menghantui sesiapa sahaja terutamanya kaum wanita. Masyarakat kita sering mempunyai stigma negatif terhadap wanita yang masih tidak berkahwin walaupun usia sudah semakin meningkat. Dari situ lahirlah pelbagai gelaran kurang enak seperti andartu, anak dara tua atau andalusia.

Stigma negatif ini bukan sahaja terdapat dalam masyarakat di Malaysia sahaja. Di China, golongan wanita yang tidak berkahwin ini digelar ‘Sheng Nu’, yang jika diterjemah bermaksud perawan tua. “Gelaran ini diberi pada wanita yang berumur 25 tahun ke atas yang masih belum berkahwin,” kata Li Yu Xuan, wanita berusia 33 tahun yang masih belum berkahwin. Dalam satu filem pendek oleh produk kecantikan terkenal SK-II, Xuan dan beberapa wanita lain meluahkan kebimbangan mereka untuk lebih difahami oleh masyarakat.

Tahun Lepas, International Prestige Skincare Brand SK-II melancarkan kempen #changedestiny– kempen di peringkat global yang masih berlangsung bertujuan untuk wanita mempunyai kuasa dalam membentuk masa depan mereka sendiri. Sebagai salah satu kempen untuk SK-II ini, SK-II telah berkongsi cerita wanita-wanita yang berjaya menghadapi cabaran yang menghalang mereka untuk mencapai mimpi dan impian mereka.

Bagi mengekalkan tema tersebut, filem pendek ‘Marriage Market’ telah dilancarkan, dengan mengetengahkan isu wanita di China yang perlu berkahwin sebelum usia mereka 25 tahun. Beberapa wanita telah dipilih dan tampil untuk berkongsi cerita mereka tentang isu ‘Sheng Nu’ ini.

Key_Images_00092164

Panggilan itu seringkali digunakan dalam kehidupan harian masyarakat di China. Biasanya dipakai untuk menjatuhkan air muka mereka yang kahwin lambat. Seperti apa yang dapat dilihat dalam filem ini, berkahwin atas dasar cinta bukanlah semudah yang disangka. Di China, marriage market ini adalah satu perkara yang biasa.

Ibu bapa akan mencari, membandingkan dan mencari persamaan antara anak dan bakal suami bagi anak mereka. Perkara seperti ketinggian, berat badan, gaji pekerjaan dan personaliti turut diambil kira dan dibandingkan. Ada di antara wanita yang tidak langsung mengetahui bahawa mereka berada dalam ‘market perkahwinan’ untuk dijadikan jodoh kepada bakal suami yang mereka langsung tidak kenali.

Key_Images_00096563

Dalam filem ini juga, ramai responden yang berbelah bahagi antara mencuba untuk memenuhi kehendak ibu bapa, expectation untuk membina keluarga bahagia tetapi pada masa yang sama mahu membina masa depan mereka sendiri.

Dengan kempen ini, SK-II mengambil langkah yang positif untuk membantu wanita menghadapi tekanan market perkahwinan ini. Satu ‘iklan perkahwinan’ yang dibuat oleh SK-II yang sebenarnya bukan iklan tetapi lebih kepada mesej dari wanita-wanita independen ini; di mana mereka mahu mempunyai kuasa untuk menentukan takdir dan masa depan mereka sendiri. Dengan itu, satu platform telah dibentuk untuk wanita ini meluahkan buah fikiran dan suara mereka.

sk 111

“Saya tidak mahu berkahwin hanya disebabkan saya perlu berkahwin. Saya tidak akan hidup dengan gembira jika itu matlamatnya,” kata Xuan dalam filem ini. Diharap filem ini dapat membentuk kembali rasa hormat dan membuang stigma negatif Sheng Nu ini dalam masyarakat. Dalam dunia serba moden ini, setiap individu mempunyai hak untuk mementukan masa depan mereka sendiri dan dengan siapa mereka mahu berkahwin.

Walaupun penantian untuk mencari jodoh itu mungkin mengambil masa, tetapi ianya pasti akan lebih bermakna bukan? Lihat filem pendek oleh SK-II ‘Marriage Market’ ini di bawah. Boleh juga tonton bersama keluarga anda yang paksa anda untuk berkahwin pada usia muda. Biar lambat janji jumpa pasangan yang akan till jannah bukan?

Anda boleh ke laman SK-II untuk baca cerita-cerita inspirasi lain yang dikongsi oleh wanita seluruh dunia melalui kempen #changedestiny.

#Panas di Beberapa Wanita Berkongsi Cerita Mereka Perlu Berkahwin Sebelum Usia 25 Tahun

Bagaimana Saya Mendaki Gunung Kinabalu Dengan Bajet Keseluruhan Bawah RM1000

$
0
0
Bagaimana Saya Mendaki Gunung Kinabalu Dengan Bajet Keseluruhan Bawah RM1000 merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Bagaimana Saya Mendaki Gunung Kinabalu Dengan Bajet Keseluruhan Bawah RM1000.

Saya perhatikan ramai yang ingin mendaki Gunung Kinabalu tetapi tidak tahu cara yang terbaik dan ekonomi untuk melakukannya. Tak kurang juga yang ada isu dengan penganjur, nak buat trip private tapi cuma ada 3-4 orang dan lain-lain.

Ramai juga yang merungut kos terlalu mahal berbanding jika pergi ke gunung di Indonesia (memang betul pun, tapi bila anda mendaki Gunung Kinabalu, anda akan faham kenapa). Di sini saya ingin kongsikan cara D.I.Y untuk mendaki Gunung Kinabalu secara bajet (ala-ala backpackers gitu) bawah RM 1000 termasuk tiket penerbangan.

01

Ini berdasarkan pengalaman saya ke sana pada bulan Disember 2015 lepas. Di sini saya ingatkan cara di bawah adalah cara backpackers dan D.I.Y, maka sudah tentu ada beberapa perkara yang tak sebaik jika anda gunakan agensi. Sebutharga di bawah adalah berdasarkan harga terkini yang saya periksa (rate baru 2016).

Pertama sekali, anda kenalah lakukan tempahan pendakian dengan Sutera Sanctuary Lodge (SSL). SSL adalah syarikat yang diamanahkan oleh kerajaan negeri untuk mengendalikan penginapan di Kinabalu Park (KP) dan Laban Rata.

Jadi kalau anda guna travel agency sekalipun, mereka juga berurusan dengan pihak SSL juga. Adalah sangat tidak disarankan untuk sampai ke Sabah, kemudian baru nak tempah kerana jumlah pendaki setiap hari sekarang telah terhad kepada 100 sahaja, jadi besar kemungkinan tempahan saat akhir takkan berhasil.

Di sini anda boleh tempah pakej 2 hari 1 malam dengan SSL yang berharga RM509.00. Saya sarankan anda periksa dahulu harga tiket penerbangan ke Kota Kinabalu. Dapat tarikh dan harga yang cun , hubungi SSL untuk buat tempahan.

Kalau ada kekosongan baru teruskan tempah slot pendakian dan tiket penerbangan. Saya sarankan anda perlukan tempoh masa 4 hari 3 malam pergi balik supaya tak terlalu terkejar-kejar dan elakkan kemungkinan terlepas penerbangan. Saya akan kongsikan contoh ‘itinerary’ di bawah:

Day 1 : Departure and Arrival

airport

Flight Air Asia AK 5110 0630AM. Sampai di Kota Kinabalu jam 0930AM. Sampai di airport, anda boleh ambil shuttle bus ke Stesen Bas Padang Merdeka dengan harga RM5.

Di sini anda boleh menaiki bas (lebih kepada van loncat sebenarnya) untuk ke Kinabalu Park yang berharga antara RM20 hingga RM25. Perjalanan akan mengambil masa lebih kurang 3 jam. Anda boleh makan tengah hari di kedai sekitar Padang Merdeka.

08

Anggaran masa anda tiba lebih kurang jam 3pm. Di sini anda boleh tempah mana-mana chalet atau lodge bajet berhampiran KP seperti Tahubang Lodge, J Residence, Jungle Jack Backpacker dan Kinabalu Mountain Lodge.

06

Contoh macam di Tahubang Lodge harga RM99 satu bilik. Kalau kongsi 2 atau 3 orang dah tentu lebih murah. Lebih dekat dekat dengan KP lagi bagus supaya pagi esoknya anda boleh jalan kaki sahaja ke sana.

Untuk makan malam ada restoran di depan KP. Kalau nak jimat bungkus siap-siap dari Kota Kinabalu (KK). Bermalam.

Day 2: Start Hike

21

Bangun awal pagi untuk bersiap dan sarapan (boleh bawa roti dari KK). Dalam 7.30am terus ke KP untuk pendaftaran dan bayaran beberapa jenis fees. Untuk pengetahuan anda, ada beberapa bayaran tambahan yang tak termasuk dalam pakej SSL seperti:

1. Entrance (RM3)
2. Permit mendaki (RM50 rate baru 1 Jan 2016)
3. Insurans (RM7), guide (RM230/5 = RM46)
4. Transport ke Timpohon Gate untuk mula pendakian, dan
5. Selepas (RM4.50 X 2 = RM9)

14

Anda boleh simpan backpack anda yang besar gedabak tu di loker di KP dengan harga RM12 dan hanya bawa beg kecil daypack (10l-20L) untuk ke atas. Bawa barang yang perlu sahaja seperti jaket untuk summit attack awal pagi esoknya, lunchpack (dah masuk dalam pakej), berus gigi, air semasa nak ke Laban Rata dan snack ringan. Perkara lain seperti tuala, selimut dan makanan semua disediakan di Laban Rata.

15

Sampai di Laban Rata, anda boleh nikmati buffet dinner sepuas hati anda sebab dah dimasukkan dalam pakej. Masa ni saya makan kawkaw kononnya ‘carbo loading’ lah kan padahal sebab dah masuk dalam pakej. Kambing bakar, daging salai, ayam semua adalah dan anda boleh hantam sepuasnya. Tapi kalau lemau esoknya nak ke puncak jangan salahkan saya haha. Anda akan tidur di dorm dan boleh mandi air panas di guesthouse.

Day 3: Summit Attack

13

Bangun jam 1.30 pagi. Bersiap dengan pakaian summit attack dan supper (masuk dalam pakej). Boleh tinggal barang di dorm (atas risiko sendiri). Anda wajib makan kalau tak nak semput dan pitam. Serius. Jam 2.30am mula mendaki.

16

Anda akan berjaya merealisasikan impian anda, iaitu menjejak kaki ke puncak Kinabalu dalam masa 3-4 jam. Dah puas selfie semua, turun semula ke Laban Rata dalam 1 jam lebih dan sarapan (dalam pakej). Anda kena tinggalkan Laban Rata sebelum jam 10.30AM. Kalau sampai awal di LR boleh lah nak mandi dulu. Saya sempat tidur sekejap sebelum turun ke KP.

11

Anda kemungkinan akan tiba di KP pada jam 12-3pm. Kutip sijil dan selfie. Buffet Lunch (dalam pakej) dan bedal lah puas-puas sebagai ganjaran. Selesai makan tengah hari, anda boleh bergerak ke depan Kinabalu Park untuk tunggu bas/van untuk ke KK.

17

Part ni yang ‘tricky’ sikit sebab kadang-kadang bas atau van penuh. Kalau anda cukup sempoi, tahan je mana-mana 4WD yang lalu depan KP menuju ke KK dan tumpang belakang 4WD. Dah jimat duit. Itu yang saya dan 2 lagi rakan saya buat.

Orang Sabah memang baik-baik dan ramai yang guna 4WD sebab faktor geografi. Tapi diingatkan anda akan berada dalam keadaan yang penat pada masa itu jadi kenderaan awam mungkin pilihan yang terbaik.

Sampai di KK petang atau malam jadi bermalamlah di mana-mana backpackers hostel di sekitar Gaya Street dengan kos RM20 semalam. Agoda, Trivago ada jadi manfaatkanlah. Malam tu nak pergi bedal seafood ke apa terpulang sebab semuanya “walking distance” dari Gaya Street.

Day 4 : Return with glory

Anda boleh jalan-jalan sekitar KK bergantung kepada flight anda. Kalau nak jimat duit, tempah la penerbangan awal. Kalau rasa nak rilek sikit, ambil waktu tengah hari dan petang. Ambil shuttle bus ke aiport dari Padang Merdeka. Bila dah sampai KLIA, maka tamatlah perjalanan anda menjejak puncak tertinggi antara Himalaya dan Papua New Guinea. Di bawah saya sertakan bajet yang anda perlu sediakan

Contoh:

1. Pakej 2D1N SSL: RM509
2. Tiket Flight Return KL-KK-KL: RM178 Return (Boleh dapat lagi murah kalau promo)
3. Shuttle Bus Airport-Padang Merdeka-Airport: RM10
4. Transport KK-KP-KK: RM40
5. Tahubang Lodge/J Residence: RM90-RM99/2 = RM40-RM45 seorang
6. Entrance Kinabalu Park: RM3
7. Permit mendaki: RM50
8. Insurans: RM7
9. Mountain Guide: RM230/5 (max) = RM46. Jadi kumpul lah kawan dalam 5 orang untuk jimat.
10. Transport KP-Timpohon Gate-KP: RM9
11. Locker bag: RM12
12. Certificate: RM10.60
13. Penginapan di KK: RM 20
JUMLAH: RM889.60.

fb

*Nak murah lagi, book flight masa promo. Kalau ada kawan yang tinggal di KK atau Ranau, masa ni lah nak hubungi mereka.

*Kalau ada duit, tempah je melalui travel agency untuk peace of mind. Semua orang uruskan. Ini untuk yang nak trip bajet.

Ini video saya sepanjang berada di sana:

#Panas di Bagaimana Saya Mendaki Gunung Kinabalu Dengan Bajet Keseluruhan Bawah RM1000

Lebih 50 Orang Pelajar Termasuk Guru Diserang Histeria Selepas Dakwa Nampak Pocong

$
0
0
Lebih 50 Orang Pelajar Termasuk Guru Diserang Histeria Selepas Dakwa Nampak Pocong merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Lebih 50 Orang Pelajar Termasuk Guru Diserang Histeria Selepas Dakwa Nampak Pocong.
Kredit Gambar: Sinar Harian

KOTA BHARU: Sebuah sekolah di Pengkalan Chepa terpaksa memberhentikan sesi pembelajaran selepas suasana bertukar kecoh apabila lebih dari 50 orang pelajar dan beberapa orang guru telah diserang histeria, lapor Berita Harian.

Menurut sumber, kejadian berkenaan telah bermula sejak Isnin lalu selepas beberapa pelajar mendakwa melihat makhluk halus yang didakwa pocong di sebuah kelas kosong.

Selepas terlihat makhluk halus berkenaan, pelajar terebut telah rebah dan meracau sebelum keadaan itu 'berjangkit' kepada pelajar lain.

Seorang pelajar Tingkatan Tiga yang enggan dikenali berkata, sesi pembelajaran sejak Isnin lalu terganggu disebabkan kejadian itu.

"Malah ada guru perempuan turut diserang histeria menyebabkan pembelajaran kami terganggu. "Pelajar yang kerasukan ini mendakwa mereka terlihat lembaga seperti pocong dan pontianak di beberapa kawasan sekolah seperti kelas kosong dan tandas," katanya.

Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Jaafar Ismail berkata, beliau sudah dimaklumkan berhubung perkara itu dan menyatakan pihak sekolah sudah mengadakan manjlis bacaan ayat suci al-Quran dan doa sebagai ikhtiar - Siakapkeli.my

#Panas di Lebih 50 Orang Pelajar Termasuk Guru Diserang Histeria Selepas Dakwa Nampak Pocong

17 Panduan Dan Rujukan Bagi Anda Yang Mahu Travel Ke Maldives

$
0
0
17 Panduan Dan Rujukan Bagi Anda Yang Mahu Travel Ke Maldives merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri 17 Panduan Dan Rujukan Bagi Anda Yang Mahu Travel Ke Maldives.

Assalamualaikum and Good Day!

Sebab ramai sangat mintak itinerari dan bajet ke Maldives, here we go.Ini bukanlah bajet backpackers ke Maldives atau ke Maldives dengan hanya RM1K atau Serendah RM1.5K anda boleh ke Maldives. Nan hado dik non.

Disini aku bagi sedikit tips dan panduan untuk sesiapa yang mahu ke Maldives sebab aku dah ke sana sebanyak 3 kali.

1.  Flight

Yang aku pasti flight ke Male, Maldives ialah AirAsia, 3 kali dalam seminggu. Hanya terbng pada hari selasa, khamis dan Sabtu. Ini kalau AirAsia tak tukar schedule diorang la.

Perjalanan Male – KL juga sama,hari yang sama. Kebiasaannya waktu depart dari KL ialah 6.55pm dan waktu depart dari Male 8.55pm. Airlines lain tak pasti,tapi maybe ada yang transit.

Paling murah boleh dapat return tickets KL – Male ialah RM750. Perjalanan adalah selama 5 jam. Ada seorang pilot Airasia Male – KL ialah perempuan nama Nadia. Kekeke. Smooth jer landing. Orang pun lawa.

2. Currency

Currency kat Maldives ialah Ruffiya. Aku tak rasa kat Malaysia boleh tukar Ruffiya. Korang tukar dulu RM – USD. Sampai airport Maldives ada satu Bank of Maldives, betul-betul terletak sebelah arrival hall.

Boleh tukar sikit duit kat situ untuk bayar kos pengangkutan korang nanti. Bank akan ambil USD100=MVR1500.

Tapi ada satu kedai cenderahati area depan President Jetty kat Bandar Male dia bagi lagi tinggi okay. Nama kedai City Souvenier. Kat depan kedai dia tu dia tulis Money Changer.

Lepas tu korang masuk dalam, tengok kat meja diorang. Ada satu note RM1 lama yang ada nama Rose & Qila. Hahaa. Gigih nau mencarik. Kali ketiga kitorang pergi sana kitorang dapat rate 16.2 = USD1.

Lepas ni, aku dah deal dengan diorang untuk 16.5 = USD1. Dapat ke tidak tu tidak pasti lah aku.

Kiranya aku tukar sekali je kat bank. Lepas tu aku terus tukar kat Bandar Male.

Walau korang dah tukar ke Ruffiya, simpan la sikit duit USD. Kat sana USD diterima je. Untuk persediaan , activate juga ATM for overseas withdrawal korang.

Duit Ruffiya tu kalau korang tukar banyak sangat dan lebih, baik habiskanlah Ruffiya tu.

Kalau nak simpan pun tak ada masalah. Tapi takkan nak simpan banyak sangat kan. Kalau nak tukar semula, baik tukar dekat Maldives terus, jangan bawa balik Malaysia. Nanti tak ada money changer yang terima.

Ni pengalaman kawan aku la. Apa pun terpulang pada korang la.

3. Airport dan Transit

Ibrahim Nasir International Airport ialah main airport di Maldives.Semua orang akan masuk melalui ini dahulu. Korang kena isi satu borang imigresen – arrival and departure form.

Aku terbawa balik Malaysia 2-3 keping sebagai preparation kat sana. Sedia siap-siap pen korang. Lepas siap isi form boleh terus cop passport. Jangan bagi hilang pulak departure form tu sebab nak kena guna masa balik nanti.

Airport Maldives terletak di Hulhule Island. Jadi korang akan sampai waktu malam. Mesti korang akan bermalam 1 malam dulu dekat Hulhule Island, Hulhumale atau Male City.

Biasanya macam ni lah. Tak kan nak redah speedboat malam-malam pergi hotel persendirian kot.

Cari je budget hotel atau guesthouse dekat Hulhumale atau Male. Lepas tu pagi-pagi esok boleh lah ambil atau deal pakej dengan mana-mana private resort ke apa.

tip-bercuti-di-maldives-11

tip-bercuti-di-maldives-2

tip-bercuti-di-maldives-3

tip-bercuti-di-maldives-4

tip-bercuti-di-maldives-5

4. Waktu Semasa dan Waktu Solat

Waktu kat sini lambat 3 jam dari Malaysia.Bila tiba kat airport, korang terus tambah lagi 3 jam kat jam korang tu.

Awal-awal datang dulu, aku fikirkan ala 3 jam je. Tak adalah jauh sangat beza. Tapi perut dan mata aku ikut waktu Malaysia kot. 3 jam tu ada bagi kesan juga dekat sesetengah orang. Jadi cuba adaptasi dengan masa kat sana. Jet lag sekejap la kononnya.

Untuk waktu solat, diorang awal macam kat Sabah dan Sarawak. Boleh install apps untuk dapatkan waktu solat ikut negara atau boleh dengar diorang azan.

Maldives ni kecik je. Masjid pun banyak dan penuh. Jadi tak payah risau. Memang akan dengarlah.

Untuk perempuan silalah bawa telekung sebab kat masjid atau surau diorang tak disediakan telekung. Atau korang pakai baju siap-siap yang boleh bawak solat terus.  Sediakan juga sejadah kecil.

Ketika waktu solat semua kedai ditutup ye. Jadi tak payah nak pergi membeli-belah masa waktu solat.

Lepas solat baru diorang buka semula. Lelaki Maldives memang berjemaah di masjid. Memang penuh semua waktu,bukan takat solat jumaat sahaja. Yang ni Malaysia perlu ikut.

5. Air Mineral

Air dekat sini semacam sikit rasanya walaupun korang dah masak air dengan takat didih 100 C.

Kalau tunggu sejuk air tu tetap rasa semacam.Tapi kalau nak buat air teh ke kopi ke milo ke,takde masalah. Takde bau pun.

Oleh sebab itu penduduk sini banyak bergantung kepada air mineral. Sepanjang duduk sini aku nampak ada 3 jenis air mineral je.

Yang warna hijau Taza, lagi 2 warna biru Bonaqua dan Life. Aku suka Bonaqua sebab packaging dia cantik tapi rasa tetap sama. Rasa air mineral lah.

Tiga-tiga jenis tu okay je nak minum. Minumlah air banyak-banyal sebab kat sini panas. Inikan pulau.

Mineral botol kecil tu harga dalam MVR4 – 5 je. Yang 1.5 liter tu dalam MVR10. Tapi kitorang beli yang satu carton  ada 4 botol 3 liter, harga MVR55 – MVR60 bergantung kepada jenama. Tapi sekali je lah kitorang beli sebab di masa lain hotel dah siap-siap sediakan air mineral untuk kitorang.

6. Sunglasses and Sunscreens

Tinggal kat sini bukan nak berlagak sebab asyik duk pakai sunglasses saja. Tapi sebab panas terik dan silau.

Aku pulak jenis pakai lense. Mau kering wooo jika tak pakai sunglasses .  Jadi jangan lupa bawa sunglasses korang. Penduduk sini pun pakai jugak. Jadi orang tak peduli pun. Pakai la kome.

Sebabkan kat sini panas dan aku ni orang Asia maka aku memang bawa dan pakai sunscreen. Aku pakai brand Banana Boat yang SPF110. Tinggi kan. Setinggi tahap burn aku kalau tak pakai weh. Muka aku cepat terbakar. Jadi memang aku pakai setiap masa duk sini termasuk masa mandi kat pantai jam 6 petang.

Sunscreens ni tolong masukkan dalam list korang jika nak datang Maldives. Nak beli kat sini pun okay .Tapi terpulang lah.

7. Makanan

Kat sini lebih kurang Malaysia juga cuma dia lebih kepada roti dan sandwich, macam tu la. Nasi dan makanan diorang pun lebih kepada herba dan pedas-pedas. Termasuk makanan diorang lah.T

Kat sini semua halal,insyaALLAH. Sebab negara orang Islam kan. Nasi putih diorang lembut sangat.Nanti korang cuba lah ye.

By the way, kitorang kat sini suka kuih-kuih diorang. Oh ya, jangan lupa cuba Maldivian breakfast.

Dia macam capati cicah tuna dan kelapa atau kari tuna. Kat sini banyak asas makanan tuna sebab dikelilingi Lautan Hindi iaitu lautan dalam. Banyak ikan tuna la.Segar-segar woo.

Kalau nak jimat soal makan, korang boleh masuk café. Harga dia lebih murah sikit berbanding dengan kedai nama restauran. Tapi sekali-sekala tak ada salah pun nak cuba makan di restoran. Try. See It. Feel It.

Baca: 15 Tips Penting Bercuti Di Maldives, Male

tip-bercuti-di-maldives-6

tip-bercuti-di-maldives-7

tip-bercuti-di-maldives-13

tip-bercuti-di-maldives-8

tip-bercuti-di-maldives-10

tip-bercuti-di-maldives-12

8. Ikan dan Pasar Tempatan

Fish market ni macam pasar ikan diorang lah. Dari President Jetty tu kena jalan terus sepanjang jeti sampai jumpa satu kedai besar warna biru. Depan kedai warna biru tu fish market.

Semua ikan segar-segar okay. Lepastu tersangatlah murah. Pasar diorang ni tersangatlah bersih. Takde bau busuk pun.

Kat sini macam-macam ikan tuna dan siakap ada. Belilah. Tapi sotong, udang tak ada ye. Yang ni beli kat market (kedai runcit) sebab dia dibekukan. Barang import kan.

Kat fish market ni korang boleh suruh diorang siang ikan sampai bersih. Tapi kena bayar lah.Lepas siap beli kena pergi satu kaunter dan tunjuk ikan mana kena siang.

Nanti dia bagi korng satu kertas macam resit gitu. Hari tu kitorang kena MVR20. Bawa kertas dan ikan nak siang tu. Pergila kat mana-mana orang siang. Nanti dia siang depan korang. Kasi cuci bersih-bersih. Tadaaa. Boleh terus masak lepas dah balik ke hotel.

Local market ni belakang sikit dari fish market. Dekat-dekat je pun tempat dia. Kat local market ni banyak jual buah dan sayur. Kitorang pusing-pusing je kat sini. Tak ada beli apa-apa pun sebab harga buah banyak yang mahal. Mentang-mentang import.

9. Bus dan Feri

Kat bandar Male tak ada bas. Bas hanya ada di Hulhumale saja.Bus ni hanya ada 2 je. Bas nombor N1 dan nombor N2. Dia akan pusing 2 tempat yang berbeza tapi akan berakhir dan bermula di jeti Hulhumale.

Tambang bas fixed MVR3 untuk setiap orang ke mana-mana destinasi.

Bas kat sini tak perlu tekan loceng. Dia akan berhenti kat semua bus stop yang ada tak kisah ada orang nak naik atau turun. Cuma kena alert  kita nak turun kat mana.

Ferry kat sini jugak dah macam bas.Memang pengangkutan utama kat sini adalah  feri. Sekarang ni kerajaan diorang perkenalkan feri baru nama premium link.

Feri premium ni dari Male – Hulhumale – Male je. Feri ni agak selesa sebab ada aircond bagai. Harga pun MVR10 per orang.

Cuma dia ada jadual  dia. Boleh tengok jadual feri premium ni yang dilekatkan kat kaunter.

Kalau feri biasa Male – Hulhumale tu MVR5.50 per orang dan kalau guna speedboat MVR25 per orang. Terpulang korang nak naik yang mana. Aku dah rasa semua.

Feri ni sesuai naik jika korang tinggal di Hulhumale lah. Ramai pelancong pergi private island. Biasanya pihak hotel dah sedia siap-siap speedboat  untuk pelancong.Ini untuk tips dan panduan sahaja.

10. Kedai dan Shopping

Kat Maldives kecuali di private island ,berlambak je market. Jangan nak terkejut sangat. Sebab banyak dan memang terlampau banyak (hiperbola ni) barangan Malaysia.

Maldives banyak import barangan luar. Market kat sini macam kedai runcit, 99 Speedmart dan KK Mart tu. Haaa. Cenggitulaa.

Tak payah risau kalau lupa nak bawa apa-apa sebab ada je barang-barang korang boleh beli kat sini. Setiap kali masuk kedai aku memang pusing satu kedai sebab suka tengok barang-barang dia.

11. Aktiviti

Aktiviti yang wajib dibuat bila datang Maldives tak kira sama ada korang duduk kat private island atau hanya jalan-jalan kat bandar ialah visit sand bank, tengok ikan lumba-lumba dan snokerling.

Aku memang rekomen 3 aktiviti ni sebab sand bank tu sangat banyak kat Maldives dan cantik. Susah kot nak jumpa tempat lain.

Watching dolphin pun sama. Jarang-jarang woo boleh tengok. Kat laut dalam je boleh. Invest sikit untuk aktiviti ni. Pasti berbaloi.

Snokerling pun jangan lupa untuk cuba. Lain rasanya snokerling dekat Maldives dengan Malaysia. Aura dia lain weh. Haha

Kitorang kat sini ambil pakej macam tu je tak sampai USD100 pun. Bargain weh bargain. Survey sampai lebam sepanjang pantai Hulhumale tu.

Tapi sekiranya ke private island, korang boleh tanya dengan resort. Diorang mesti dah ada pakej dengan harga tetap. Aku punya ni just ambil dengan local dan siap bargain bagai. Nak jimatkan kos.

Baca: 20 Tips ‘Survival’ Sewaktu Travel Ke Maldives

tip-bercuti-di-maldives-14

tip-bercuti-di-maldives-18

tip-bercuti-di-maldives-17

tip-bercuti-di-maldives-16

tip-bercuti-di-maldives-15

12. Pantai dan Pemadangan Menarik

Kat Maldives ni memang aku akui boleh menang pemandangan paling cantik la. Pantai dia pun lawa-lawa. Pasir pun putih. Memang cantik. Berdasarkan kawan aku kat sini bagi tahu, pantai-pantai diorang ni pantai buatan. Betul jugak. Diorang kena lah jaga kalau tak habis kena pukul ombak. Sebab tu pantai dia lawa-lawa.

By the way dekat bandar Male ada satu artificial beach. Di hujung minggu kat sini (jumaat dan sabtu), bersepah penduduk diorang melepak kat pantai.

13. Souvenier dan Cenderahati

Tentang souvenier pula (keychain,fridge magnet dan T-Shirt), jujurnya bagi aku biasa. Lagi pun dia import jugak barang-barang macam ni. Kalau nak rare, korang beli la coral diorang. Coral dia tu boleh bawa balik Malaysia, okay. Insyaallah,takkan kena tahan punya.

Harga dia berbeza-beza. Aku yakin dekat private island mesti mahal gila. Dekat bandar Male depan betul-betul President Jetty ada berderet-deret kedai souvenier.

Korang boleh pilih untuk beli kat situ. Pergi kat kedai hujung-hujung sikit. Tawar-menawar sikit, bodek-bodek. Insyaallah pasti dapat harga murah-murah.

Ada satu kedai souvenier sini pun dah cam kitorang. Hahaha. Memanjang datang beli siap bawa kawan lagi.

By the way boleh beli guna USD atau MVR. RM je tak boleh. Biasanya tukaran duit kat kedai macam ni dia bagi USD1=15.4 ke 15.6MVR,depends lah.

14. Internet / sim card

Dekat Maldives hanya ada 2 penyedia sim kad  iaitu Ooredoo dan Dhiraguu. Dua-dua warna merah macam Hotlink. Nombor Ooredoo mula nombor 9. Untuk  Dhiraguu pula  mula nombor 7.

Pendek-pendek je nombor diorang. 7 digit tak silap. Keluar je dari arrival hall korang boleh tengok belah kanan korang ada 2 kedai sim kad ni. Pergi lah beli kat situ.

Aku pakai Ooredoo. Boleh beli topup 100MVR dengan internet 1GB. Tapi aku ambil 300MVR dengan 4GB internet. Kena bayar GST MVR18. Jadi total MVR318. Lepas tu buat tethering ramai-ramai kat sini. Coverage dia biasa je. Kadang laju, kadang slow.

Pendapat aku, kalau korang datang untuk bercuti tak perlu untuk beli sim kad sebab majoriti hostel, hotel dan kedai makan ada wifi. Minta je dengan diorang.

Tapi ada sesetengah kedai makan dia kedekut tak nak bagi. Hehe. Au pernah kena kot. Jadi takyah beli sim kad. Have fun and enjoy your stay at Maldives.

Aku beli sebab urusan kerja. Perlu berhubung dengan orang-orang KL walaupun masa tu kitorang tengah naik feri. Lagipun aku claim. Kalau harapkan aku beli memang taklah. Tapi laju-laju wifi kat sini. Haha.

Jangan terkejut sebab ada sesetengah website kat sini diorang block. Aku pernah kena jugak. Nak download drama Korea ke apa. Lepstu website kena block.

Kiranya kerajaan diorang memang jaga betul-betul. Takde unsur-unsur mengarut dalam kehidupan teknologi. Tapi kalau korang pandai guna proxy, guna je la. Haha.

15. Male, Maldives

Male ni bandar utama diorang, memang padat. Semua urusan kerajaan memang ada kat sini. Penduduk kat sini pun banyak jalan kaki je.

Kereta pulak banyak untuk teksi. Teksi pun fixed harga MVR25 untuk ke mana-mana destinasi, jauh atau dekat.

Kalau ada luggage, dia cas MVR30 untuk satu teksi ya, bukan untuk setiap kepala. Teksi diorang tak ada resit. Tak payah nak mintak. Diorang pun tak ada Uber.

Teksi diorang kereta hebat-hebat. Suzuki Swift tu pun jadi teksi. Bandar Male ni korang boleh pusing dalam satu hari je untuk habiskan satu pulau.

16. Hulhumale, Maldives

Hulhumale pulau terdekat dengan Male. Biasanya tempat pelancong transit. Kalau nak backpackers dan jimat kos, boleh tinggal kat Hulhumale.

Lastu ambil pakej-pakej aktiviti. Tapi jika korang ada bajet pergi lak ke private island.

Hulhumale satu-satunya ada jalan darat ke airport Hulhule. Kat Hulhumale pun ni pun cantik-cantik pemandangan dia.

Kat Hulhumale juga ada penduduk tempatan yang tinggal. Jadi jangan nak macam-macam. Kat sini tak boleh pakai bikini atau seksi-seksi. Dekat private island takpe, boleh pakai seksi.

17. Budaya

Orang Maldives ni memang hormat orang Malaysia. Jadi tolong lah jugak jaga nama baik Malaysia kat sini. Diorang memang jadi mesra kalau dengar nama Malaysia. Kadang-kadang boleh dapat diskaun macam-macam.

Yang penting kita sendiri kena pandai tackle suasana. Diorang boleh speaking English,so don’t worry. Cukup sekadar korang tahu basic English, it will be okay then.

Aku tulis tips dan panduan berdasarkan pengalaman aku selama 3 kali datang Maldives. Mana yang salah tolong betulkan. Mana yang kurang mohon maafkan.

Baca lagi: Itinerari Travel Cara Bajet 5 Hari 4 Malam Di Maldives

#Panas di 17 Panduan Dan Rujukan Bagi Anda Yang Mahu Travel Ke Maldives

Tarikh PRN Sarawak ke-11 Ditetapkan pada 7 Mei

$
0
0
Tarikh PRN Sarawak ke-11 Ditetapkan pada 7 Mei merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Tarikh PRN Sarawak ke-11 Ditetapkan pada 7 Mei.


KUALA LUMPUR: Tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11 Sarawak ditetapkan pada 7 Mei depan dengan penamaan calon pada 25 April.

BH Online melaporkan, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah mengumumkan perkara ini sebentar tadi. - Siakapkeli.my

#Panas di Tarikh PRN Sarawak ke-11 Ditetapkan pada 7 Mei

(7 Gambar) Lamborghini Aventador Warna Pink dirakam di London

$
0
0
(7 Gambar) Lamborghini Aventador Warna Pink dirakam di London merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri (7 Gambar) Lamborghini Aventador Warna Pink dirakam di London.

LONDON – Sebuah kereta Lamborghini Aventador SV yang bernilai RM1.65 juga bewarna pink dirakam di sini hujung minggu lalu.

Lebih unik, kereta pink itu turut dihiasa dengan gambar bintang filem komedi Baywatch, Pamela Anderson.

Kereta yang digelar "Pam-borghini" itu dipercayai milik pengasas laman web Missguided dari Machester, Nitin Passi.

Kereta tersebut dirakam ketika himpunan kereta mewah milik pelancong dari Arab Saudi yang mengunjungi ibu kota itu sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Pamela Anderson baru-baru ini menjadi wajah penghias laman web fesyen tersebut. - Siakapkeli.my






#Panas di (7 Gambar) Lamborghini Aventador Warna Pink dirakam di London
Viewing all 3687 articles
Browse latest View live