Quantcast
Channel: Glepor
Viewing all 3687 articles
Browse latest View live

(Gambar) Pusat Khidmat ADUN Prai, Prof P Ramasamy Dibaling Bom Petrol

$
0
0
(Gambar) Pusat Khidmat ADUN Prai, Prof P Ramasamy Dibaling Bom Petrol merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri (Gambar) Pusat Khidmat ADUN Prai, Prof P Ramasamy Dibaling Bom Petrol.

PRAI: Kakitangan Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Prai, Prof P Ramasamy yang terletak di Taman Chai Leng di sini terkejut selepas terdengar bunyi letupan kuat selepas dibaling bom petrol di hadapan premis berkenaan awal pagi tadi, lapor Berita Harian.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 3 pagi berkenaan telah dilakukan olek individu tidak dikenali menyebabkan berlaku sedikit kerosakan dibahagian pintu depan premis.




Selepas mendengar bunyi letupan, kakitangan berkenaan telah melakukan pemeriksaan dan mendapati pintu gelungsur di tingkat bawah premis mengalami kebakaran kecil sebelum api dapat dipadamkan.

Pihak polis kini sedangkan menjalankan siasatan  dengan anggota Unit Forensik masih berada di lokasi ketika ini bagi melakukan siasatan. - Siakapkeli.my

#Panas di (Gambar) Pusat Khidmat ADUN Prai, Prof P Ramasamy Dibaling Bom Petrol

Dakwa Duit Diambil PTPTN Dari Akaun Tabung Haji Bayar Hutang, Tabung Haji Tampil Jawab Dakwaan

$
0
0
Dakwa Duit Diambil PTPTN Dari Akaun Tabung Haji Bayar Hutang, Tabung Haji Tampil Jawab Dakwaan merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Dakwa Duit Diambil PTPTN Dari Akaun Tabung Haji Bayar Hutang, Tabung Haji Tampil Jawab Dakwaan.

Sejak beberapa hari lalu tersebar di laman sosial dimana terdapat keratan mesej dalam aplikasi Whatapps kononnya mendakwa aduan seorang anak di mana dakwanya wangnya yang telah disimpan dalam akaun tabung haji sudah hilang.

Menurut mesej itu wang simpanannya sebanyak RM30,000 telah hilang akibat diambil oleh pihak PTPTN untuk membanyar hutang pembelajaranya.

Kerana penyebaran itu, pihak Tabung Haji telah tampil menjawab dakwaan itu di mana ia adalah cubaan untuk menfitnah pihak Tabung Haji.

Menurut pihak TH, segala maklumat yang disebarkan adalah tidak benar dan berunsur fitnah kerana pihak TH tidak mempunyai sebarang usahasama dengan pihak PTPTN. - Siakapkeli.my

#Panas di Dakwa Duit Diambil PTPTN Dari Akaun Tabung Haji Bayar Hutang, Tabung Haji Tampil Jawab Dakwaan

(Video & Gambar) Baham Seorang Nelayan, Buaya Sungai Kabong Kini Diburu

$
0
0
(Video & Gambar) Baham Seorang Nelayan, Buaya Sungai Kabong Kini Diburu merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri (Video & Gambar) Baham Seorang Nelayan, Buaya Sungai Kabong Kini Diburu.

Miri: Susulan kes nelayan hilang, Richard Shutine anak Tambi,57, yang dibaham buaya di Sungai Nakat Bakong Miri pada 27 Mac lalu, penduduk kampung yang turut membantu operasi menyelamat kini sedang giat memburu buaya untuk mencari buaya yang menyerang mangsa., lapor Harian Metro.

Penduduk kampung dengan persetujuan keluarga Richard dikatakan terpaksa menggunakan pawang buaya untuk menjejaki buaya lain untuk mencari sisa badan mangsa yang lain selepas mereka berjaya menemui kaki mangsa ditemui pada 5 April, manakala kepalanya ditemui keesokannya di dalam perut buaya berlainan.


Selepas melakukan ritual, penduduk kampung telah berjaya memerangkap buaya buaya bersaiz tiga meter timbul di kawasan sungai di kampung itu kelmarin manakala seekor lagi ditemui mati di tebing sungai.

Menurut menantu perempuan mangsa, Rossni Kamis, 43, buaya berkenaan ditemui kira-kira jam 8 pagi dengan jarak 500 meter dari lokasi mangsa dilaporkan telah dibaham. - Siakapkeli.my

KLIK sini untuk Video: VIDEO .. Peringatan, video mungkin sedikit mengganggu emosi anda.





#Panas di (Video & Gambar) Baham Seorang Nelayan, Buaya Sungai Kabong Kini Diburu

Siapakah Antara Mereka Ini Yang Akan Mengukir Nama Sebagai "The Entreprenuer" Malaysia?

$
0
0
Siapakah Antara Mereka Ini Yang Akan Mengukir Nama Sebagai "The Entreprenuer" Malaysia? merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Siapakah Antara Mereka Ini Yang Akan Mengukir Nama Sebagai "The Entreprenuer" Malaysia?.
Antara nama-nama usahawan besar di Malaysia.
Siapa tidak kenal nama-nama besar pasangan seperti Fizo Omar dan Mawar Abdul Karim, Nazril Nash dan Sazzy Falak, serta Allahyarhamah Dato’ Sosilawati Lawiya dan Rita Dato’ Sosilawati? Kesemua mereka ini sudah menempa nama sebagai usahawan yang berjaya di Malaysia. Sebut sahaja nama mereka sudah tentu ramai yang kenal.

Nama pasangan Fizo Omar dan Mawar tidak asing lagi buat rakyat Malaysia. Mereka boleh dikatakan pasangan usahawan 'sejoli' kerana masing-masing mempunyai perusahaan tersendiri. Mawar terkenal dengan jenama tudung premium Fareeda manakala Fizo pula terkenal dengan francais burger jalanan, "Hot Burger".

Nazril Nash pula merupakan seorang perunding kewangan professional yang mengasaskan LVG Consultants manakala suri hatinya, Sazzy Falak merupakan pengasas jenama pakaian Street Fashion KL.

Allahyarhamah Dato’ Sosilawati Lawiya dan Rita Dato’ Sosilawati pula merupakan individu yang sangat berpengaruh dalam industri kosmetik tempatan. Jenama mereka, Nouvelles Visages kini sangat berpengaruh dalam industri kosmetik tempatan.

Kini, usahawan berjaya bakal dilahirkan melalui program realiti TV

TV3 kini menyiarkan satu lagi program realiti TV terbaru, "The Entrepreneur" yang menyaksikan 10 peserta yang dipilih khusus dari program boot camp Tube 2.0 anjuran SME Corp. Malaysia.



Kesepuluh peserta ini akan berjuang untuk mendapatkan gelaran "The Entrepreneur" dan anda berpeluang untuk menyaksikan mereka berentap menerusi kaca TV pada setiap Selasa jam 5.30 petang selama 8 minggu.

Apa yang bakal penonton saksikan menerusi rancangan ini? Penonton bakal menyaksikan bagaimana peserta-peserta ini menggunakan skil dan kreativiti mereka sebagai seorang usahawan untuk meraih gelaran "The Entrepreneur". Sudah tentu banyak ilmu keusahawan yang akan dikongsikan di dalam program ini.

Bagi penonton pula, anda juga berpeluang untuk memenangi hadiah berupa wang tunai dengan menyertai Peraduan Jawab & Menang dengan melayari laman web rasmi program The Entrepreneur di http://ift.tt/1XsmndF. Laman web ini juga mengandungi klip-klip eksklusif di belakang tabir, profil juri dan mentor serta nama-nama besar yang berkolaborasi untuk menjayakan program ini.

Senarai peserta-peserta yang akan berjuang untuk mendapatkan gelaran "The Entreprenuer" adalah:

1 -  Mohd Shaffieq Abdullah & Zulkiflee Bin Ibrahim :
Bidang : Industri Teknologi Maklumat & Komunikasi


2 - Syed Salleh Bin Syed Sulaiman & Mohammad Fakrulllah Bin Rosnan
Bidang : Industri Makanan & Minuman

3 - Siti Nor Hidayah Bt Maskun & Haleda Aqila Bt Nasis
Bidang : Industri Fesyen


4 - Muhammad Shafizuan Bin Mohd Ghazali & Affizolhadi Bin Suria 
Bidang : Industri Automotif

5 - Sonia Ayesha Bt Rashidi & Umi Nor Fadhilah Lulong Bt Hariz Joseph
Bidang : Industri Perkhidmatan

Untuk mengenali mereka-mereka ini dengan lebih dekat, boleh layari:  http://ift.tt/1XsmohJ #Panas di Siapakah Antara Mereka Ini Yang Akan Mengukir Nama Sebagai "The Entreprenuer" Malaysia?

Ceramah Dr Zakir Naik Boleh Diteruskan

$
0
0
Ceramah Dr Zakir Naik Boleh Diteruskan merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Ceramah Dr Zakir Naik Boleh Diteruskan.


Kuala Lumpur, 12 Apr - Dr. Zakir Naik boleh meneruskan siri ceramahnya di Malaysia termasuk pada Sabtu dan Ahad ini masing-masing di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil dan di Melaka.

Perkara itu diumumkan oleh Menteir di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim di Facebooknya sebentar tadi.

Menurutnya, pihaknya mengadakan perbincangan bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berhubung isu bantahan terhadap program tersebut.

"Saya sudah berjumpa YAB TPM dan IGP (Ketua Polis Negara) dan bersetuju forum Dr Zakir Naik diteruskan. Mereka minta tajuk diubah dengan cara berhemah. Semoga Allah SWT memberkati," katanya.

Sebelum ini, KPN telah menyarankan agar forum Dr. Zakir yang bertajuk "Similarities Between Hinduism and Islam" tidak diteruskan.

Bagaimanapun, pelbagai pihak tampil menyatakan sokongan supaya program ceramah umum itu diteruskan termasuk Perlis yang menawarkan tempat kepada Dr Zakir.


Saya sudah berjumpa YAB TPM dan IGP dan BERSETUJU FORUM DR.ZAKIR NAIK DITERUSKAN.Mereka minta tajuk diubah dengan cara berhemah.Semoga Allah SWT memberkati.
Posted by YB Ds Shahidan Kassim on Monday, 11 April 2016

#Panas di Ceramah Dr Zakir Naik Boleh Diteruskan

(Video) Berkat Solat Sunat Istisqa, Mata Air Keluar Dari Sawah Yang Kering Kontang

$
0
0
(Video) Berkat Solat Sunat Istisqa, Mata Air Keluar Dari Sawah Yang Kering Kontang merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri (Video) Berkat Solat Sunat Istisqa, Mata Air Keluar Dari Sawah Yang Kering Kontang.

SELINSING: Walaupun sudah berbulan dilanda musim panas yang menyebabkan sawah-sawah menjadi kering kontang dan merekah kerana terlalu panas dan kering, namun penduduk penduduk Kampung Parit Tiga, Jalan Gula, Bagan Serai menerima satu berita mengejutkan apabila mata air telah kelaur di tengah-tengah sawah yang kering kontang, lapor Sinar Harian.

Menurut penduduk kampung, ia mungkin kerana berkat selepas mereka beramai-ramai mengadakan solat sunat Istisqa di Bukit Merah minggu lalu.

Menurut mereka lagi, kejadian ini sedikit pelik kerana ketika ini masalah bekalan air berlaku di sini di mana air kolam Bukit Merah juga semakin surut yang mungkin menjejaskan musim penanaman padi kali ini, keajaiban mata air keluar dari celah kawasan sawah padi kering-kontang pastinya memberi keinsafan terhadap kekuasaan ALLAH SWT dalam menentukan rezeki manusia.

Menurut pemilik sawah tersebut, Shuaib Masran, 44, berkata, beliau hanya menyedari kewjudan mata air itu ketika menjalankan kerja menabur garam di sawah miliknya bagi tujuan penyuburan tanah sebelum memulakan proses menanam padi kira-kira jam 10 Sabtu lalu.

"Waktu itu saya sedang tabur garam dan terperasan tanah sawah padi di bahagian tengah lembap namun kawasan lain kering-kontang.

"Bila diperiksa, saya terkejut dapati punca air seakan-akan mata air keluar secara berterusan dari tengah kawasan sawah padi," katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Selain itu, pemandu jentani, Mohd Nazri Rosli, 28, berkata, sebelum ini dia sudah banyak kali membajak di sawah milik Shuaib tetapi belum pernah menemui mata air.

"Sepanjang lima tahun lakukan kerja tanah sawah padi di sini, itulah pertama kali saya lihat fenomena mata air muncul di tengah-tengah tanah sawah padi gersang lebih-lebih lagi pada musim kemarau.

"Mulanya saya tak percaya tapi bila seluk tangan ke dalam lubang punca air itu, saya terkejut ada lubang sebesar botol susu dan air air mengalir terus dari dasar," katanya.

Mohd Nazri berkata, air yang keluar dari celah lubang itu begitu sejuk dan berbau seperti belerang. - Siakapkeli.my

#Panas di (Video) Berkat Solat Sunat Istisqa, Mata Air Keluar Dari Sawah Yang Kering Kontang

Pasangan Ini Ambil Masa 3 Tahun Hias Sendiri Rumah Ikut Citarasa Mereka

$
0
0
Pasangan Ini Ambil Masa 3 Tahun Hias Sendiri Rumah Ikut Citarasa Mereka merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Pasangan Ini Ambil Masa 3 Tahun Hias Sendiri Rumah Ikut Citarasa Mereka.

Kerap berpindah rumah selepas berkahwin hingga menyebabkan perabot mereka rosak sewaktu berpindah randah menjadi penyebab bagi pasangan Puan Ibah Abdullah dan suaminya mengambil keputusan membeli rumah sendiri.

Menurut Puan Ibah sejak berkahwin pada tahun 2009, mereka telah berpindah rumah sebanyak 4 kali sehingga akhirnya beliau dan suami memiliki rumah idaman pada tahun 2013.

Dan pada tahun 2014, pasangan ini berpindah ke rumah mereka sendiri. Ini memberi peluang kepada Puan Ibah untuk meneruskan minatnya terhadap seni hiasan dalaman yang telah menjadi hobi beliau.

1. Dekorasi rumah mereka dilakukan secara berperingkat.

dekorasi-rumah-19

2.  Kesemua barang dibeli sedikit demi sedikit sedari awal selepas mereka membeli rumah sehingga sekarang. Di bawah adalah gambar sewaktu proses mengecat beberapa ruang di dalam rumah pasangan ini.

dekorasi-rumah-20

3. Idea dekorasi kebanyakkan adalah hasil dari perbincangan bersama antara Puan Ibah dan suami.

dekorasi-rumah-21

4.  Malahan suaminya juga sentiasa menemani Puan Ibah semasa membeli belah.

dekorasi-rumah-23

5. Nampak kreatif walaupun belum siap sepenuhnya.

dekorasi-rumah-22

6. Puan Ibah dan suami mula menginap di rumah ini pada tahun 2014. Jadi sehingga kini masa yang diambil bagi menghias seluruh rumah adalah hampir 3 tahun. Dan inilah hasilnya. Taraaaa!

dekorasi-rumah-1

7. Gempak ruang tamu rumah kau Ibah. Mak pun nak buat macam gini jugak lah. Haha!

dekorasi-rumah-2

8. Kebanyakan barangan hiasan beli di Ikea dan Kaison.

dekorasi-rumah-3

9. Selain daripada itu, Puan Ibah juga membeli barangan terpakai Ikea daripada ruangan AS IS di Ikea atau melalui carian di mudah.my untuk menjimatkan kos.

Baca: Pernah Belajar Bidang Senibina Dorong Pasangan Ini Buat Dekorasi Sendiri Untuk Rumah

dekorasi-rumah-4

10. Semua dekorasi dilakukan oleh Puan Ibah dengan bantuan suami. Meskipun hiasan dalaman bukanlah hobi suaminya,  tapi Shafiq seorang yang sangat supportive.

dekorasi-rumah-5

11. Apatah lagi bila kebanyakkan barangan Ikea memerlukan pemasangan sendiri.

dekorasi-rumah-6

12. Jadi suami beliau akan membantu dari segi proses pemasangan perabot yang rumit. Begitu juga dengan aktiviti mengecat dan drilling.

dekorasi-rumah-7

13. Menurut Puan Ibah rujukan utama beliau untuk dekorasi dan hiasan dalaman adalah dari majalah, internet dan juga katalog Ikea.

dekorasi-rumah-8

14. Malahan kerana hobi ini juga, ia mendorong Puan Ibah mengambil inisiatif mewujudkan group FB Kelab Dekorasi IKEA Malaysia untuk berkongsia idea bersama peminat barangan Ikea.

dekorasi-rumah-9

15. Faktor kekurangan sumber rujukan dekorasi IKEA di Malaysia juga menjadi faktor mendorong beliau menubuhkan kelab ini.

dekorasi-rumah-10

16. Selain daripada itu, Puan Ibah juga merupakan admin bagi FB group IKEA AS IS & PRELOVED ITEM  yang diwujudkan bagi memudahkan peminat dekorasi mendapatkan barangan Ikea terpakai.

dekorasi-rumah-11

17. Selain daripada hobi dekorasi,  Puan Ibah dan suami juga gemar travel. Jadi bajet mereka perlulah diseimbangkan antara 2 hobi ini.

dekorasi-rumah-12

18. Kini rumah teres yang terletak di Bandar Country Homes Rawang ini telah dihias indah mengikut selera pasangan ini.

dekorasi-rumah-13

19. Keluasan rumah adalah 20″ x 65″ dan memiliki 4 bilik tifur, 4 bilik air, ruang tamu, ruang makan, dapur basah, dapur kering dan 2 bilik stor.

dekorasi-rumah-14

20. Salah satu daripada bilik stor juga telah dijadikan bilik laundry.

dekorasi-rumah-15

21. Ini gambar di bahagian wet kitchen. Serius cantik!

dekorasi-rumah-16

22. Nampak nota yang ditulis? Ia adalah untuk rujukan bagi anda yang berminat dengan gaya dekorasi dan juga barangan Ikea yang digunakan.

dekorasi-rumah-18

23. Kerana terlalu kerap browse website dan berkunjung ke gudang IKEA, Puan Ibah turut mengambil peluang ini dengan menyediakan khidmat IKEA personal shopper  sebagai pendapatan sampinganbeliau.

dekorasi-rumah-17

Dengan ini beliau telah membantu peminat barangan Ikea yang tinggal jauh dan sukar untuk berkunjung ke IKEA. Perkhidmatan beliau juga turut memudahkan wanita yang sedang sarat hamil dan mereka yang mempunyai kekangan masa dan tinggal jauh daripada mana-mana Ikea yang terdapat di negara ini.

Memang berbaloi penantian 3 tahun pasangan ini menghias rumah mereka secara berdikit dan beransur-ansur.

Jika anda juga peminat dekorasi dan ingin kongsikan hasil sentuhan kreatif anda, emailkan kepada kami di team editorial Vocket atau hubungi kami di Facebook Page TheVocket.

Baca lagi: Idea Hias Sendiri Bilik ‘Laundry’ Dengan Bajet Bawah RM500

#Panas di Pasangan Ini Ambil Masa 3 Tahun Hias Sendiri Rumah Ikut Citarasa Mereka

"Bila Ranking Merudum Hanya Permain Disalahkan, RM100Juta Lesap Semua Senyap," - Safee Sali

$
0
0
"Bila Ranking Merudum Hanya Permain Disalahkan, RM100Juta Lesap Semua Senyap," - Safee Sali merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri "Bila Ranking Merudum Hanya Permain Disalahkan, RM100Juta Lesap Semua Senyap," - Safee Sali.

Penyerang pasukan bola sepak kebangsaan, Safee Sali, telah tampil meluahkan rasa kecewa apabila permain sering disalahkan dengan kejatuhan ranking pasukan Harimau Malaysia di peringkat antarabangsa.

Beliau yang juga merupakan permain pasukan JDT memuatnaik satu status bersama kenyataan Tengku Mahkota Johor, Tungku Ismail yang menyatakan tidak bersetuju dengan kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin sebelum ini yang mengatakan permain tempatan kurang berkualiti.

 Selin itu status Safee ini dilihat turut merujuk kepada skandal penyelewengan dalam kementerian itu yang bernilai RM107 juta.

“Kecewa. Apabila pasukan kebangsaan ranking merudum, hanya pemain di persalahkan. Tapi bila RM100 juta lesap senyap macam itu sahaja.

“Bayangkan berapa banyak kemudahan dan keperluan boleh di gunakan dengan duit sebanyak itu, sama-sama bantu naikkan imej pasukan bukan hanya menuduh pemain sahaja,” tulisnya.

Kedudukan terbaharu Malaysia dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) di tangga 174 meletakkan sebaris dengan negara yang tidak mempunyai kemudahan bola sepak lengkap seperti Samoa (170), Timor Leste (175), Bangladesh (177) dan Nepal (179).

Tuanku Mahkota Johor (TMJ) Tuanku Ismail Sultan Ibrahim sebelum ini berkata Khairy adalah individu yang bertanggungjawab sepenuhnya memperbaiki mutu bola sepak negara. - Siakapkeli.my

#Panas di "Bila Ranking Merudum Hanya Permain Disalahkan, RM100Juta Lesap Semua Senyap," - Safee Sali

Alibaba Labur USD 1 Billion Untuk Pegangan Dalam Lazada

$
0
0
Alibaba Labur USD 1 Billion Untuk Pegangan Dalam Lazada merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Alibaba Labur USD 1 Billion Untuk Pegangan Dalam Lazada.

Syarikat heavyweight e-commerce dari China, Alibaba sudah nampak keupayaan pasaran online di rantau Asia Tenggara. Alibaba mengumumumkan sudah bersetuju untuk membeli USD 1 billion pegangan dalam Lazada, yang merupakan saingan syarikat itu di Asia Tenggara.

Pegangan yang dibeli Alibaba melibatkan USD500 juta equity baru yang dikeluarkan Lazada dan USD500 juta lagi adalah pegangan saham dari investor yang sedia ada. Lazada ketika ini dinilaikan pada USD1.5 billion menurut Rocket Internet.

“Pasaran Asia Tenggara adalah sangat menarik dengan konsumer yang membeli produk menggunakan telefon pintar. Pasaran ini mempunyai banyak ruang untuk berkembang di masa akan datang,” kata Maxx Bittner, CEO Lazada Group. Maxx menambah dengan perjanjian ini, servis mereka akan menjadi lebih baik dengan bantuan teknologi,servis dan kepakaran yang ada pada Alibaba.

Nampaknya Alibaba mahu tawan industri e-commerce seluruh dunia. Jack Ma memang seorang yang bijak kerana pasaran Asia Tenggara ada 560 juta konsumer, memang lubuk emas baru buat Alibaba. Apa bentuk perubahan yang akan berlaku pada Lazada nanti? Kita tunggu dan lihat.

jack-ma-alibaba-group-d8708d3c7e8a6422

#Panas di Alibaba Labur USD 1 Billion Untuk Pegangan Dalam Lazada

Pencuri WiFi Bukan Membuat 1 Kesalahan, Tapi 3 - Mufti

$
0
0
Pencuri WiFi Bukan Membuat 1 Kesalahan, Tapi 3 - Mufti merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Pencuri WiFi Bukan Membuat 1 Kesalahan, Tapi 3 - Mufti.

Pencuri yang menggunakan WiFi tanpa pengetahuan pemilik bukan membuat satu jenis kesalahan tapi tiga.

Ulama di Jabatan Hal-Ehwal Islam dan Aktiviti Amal (IACAD) di Dubai menerusi satu kenyataan mengeluarkan fatwa yang menyatakan pencuri yang menggunakan WiFi dari jiran tanpa pegetahuan mereka melakukan tiga kesalahan iaitu penyalahgunaan, mencuri dan penipuan, Dr. Ali Mashael, kata ketua Mufti di jabatan tersebut kepada Khaleej Times.

"Tidak kira pemilik WiFi itu terkesan atau tidak, ianya haram dan dilarang sama sekali untuk menggunakan servis itu tanpa kebenarannya", tambah beliau.

Penyelidik Islam, Dr. Shaikh Mohammed Ashmawy berkata, sekiranya pemilik WiFi tersebut terkesan ketika pencuri menggunakannya, ia akan dikira sebagai dosa lain.

"Nabi Muhammad bersabda 'Tidak boleh melakukan perbuatan yang memudaratkan, dan tidak boleh membalas kemudaratan dengan cara yang salah’, justeru orang ramai janganlah mencuri Wi-Fi,” jelas Dr Ashmawy.

Fatwa itu dikeluarkan oleh jabatan terbabit pada laman webnya pada Isnin sebagai respon kepada satu soalan dari pembacanya.

Fatwa itu menyebut "Tidak salah menggunakan talian jika jiran kamu membenarkan, tetapi jika mereka tidak mengizinkan, kamu tidak boleh mengguna talian itu".

 Jabatan Hal-Ehwal Islam dan Aktiviti Amal (IACAD) Dubai menjawab pelbagai jawapan secara online termasuklah dari sembahnya dan hal-hal keagamaan serta isu-isu moden seperti pembedahan plastik dan memuat turun movie secara haram. - Siakapkeli.my

#Panas di Pencuri WiFi Bukan Membuat 1 Kesalahan, Tapi 3 - Mufti

3 Kesan Sampingan Jika Minum Air Detoks Lemon Secara Berlebihan

$
0
0
3 Kesan Sampingan Jika Minum Air Detoks Lemon Secara Berlebihan merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri 3 Kesan Sampingan Jika Minum Air Detoks Lemon Secara Berlebihan.

Air Detoks Lemon tidak asing lagi bagi penggemar diet yang menjadikan minuman itu utnuk membuang toksin yang juga salah satu cara menurunkan berat badan.

Mungkin kerana senang untuk dihasilkan, air ini menjadi pilihan dan boleh dilihat dimana-mana sahaja seperti di pejabat, rumah dan juga tempat rekreasi.

Namun, jika diambil secara berlebihan, air ini juga boleh mendatangkan kesan sampingan yang tidak baik untuk tubuh.

Jika anda sudah merasai tiga kesan ini, dinasihatkan agar mengurangkan pengambilan air ini.

1. Hakisan gigi

Antara bahan yang digunakan untuk minuman detok lemon sudah tentunya lemon dan apa yang merbahaya adalah mengambilnya secara berlebihan dan kerap boleh menyebabkan gigi diselaputi asid.

Ia boleh menghakis enamel gigi dan membuat gigi semakin sensitif pada makanan sejuk dan panas. Sebagai pelindungan gigi anda, boleh gunakan straw ketika minum minuman berasid.

2. Pedih ulu hati

Meminum air lemon juga boleh mencetuskan pedih ulu hati dan ia boleh menjadi lebih serius jika anda telah mengalaminya sebelum ini.

Jika anda sudah merasai kesan ini, dinasihatkan mengurangkan pengambilan makanan dan minuman berasid.

3. Kerap buang air dan dehidrasi

Buah lemon kaya dengan vitamin C yang mana satu makanan yang bagus untuk dimakan. Namun jika diambil secara berlebihan, nutrien yang bersifat diuretik ini boleh meningkatkan penghasilan urin oleh buah pinggang untuk membantu tubuh mengeluarkan cecair dan sodium berlebihan dengan cepat.

Ini bermakna anda boleh mengalami dehidrasi jika mengambil air detoks secara berlebihan. Jadi jika anda mengalami tanda-tanda seperti mulut kering, haus, pening kepala atau mengantuk, segera kurangkan pengambilan air lemon.

Apa-apa makanan pun kalau diambil berlebihan tak elok, jadi bersederhanalah. jangan kerana mahu kurus cepat, penyakit lain pula yang datang.

Sumber : sinarharian.com.my

#Panas di 3 Kesan Sampingan Jika Minum Air Detoks Lemon Secara Berlebihan

Ceramah Dr. Zakir Naik di UTeM Bertajuk Baru

$
0
0
Ceramah Dr. Zakir Naik di UTeM Bertajuk Baru merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Ceramah Dr. Zakir Naik di UTeM Bertajuk Baru.


Kuala Lumpur, 12 Apr: Ceramah Dr. Zakir Naik di UTeM Melaka pada Ahad ini diteruskan dengan tajuk baru iaitu "Women's Rights in Islam", lapor Harian Metro.

Perkara itu diputuskan selepas perbincangan dengan pelbagai pihak dan mengambil kira sensitiviti dan pandangan orang ramai, kata Pengarah Program Siri Syarahan Umum Dr. Zakir Naik 2016, Abu Shariz.

"Tajuk syarahan Dr Zakir Naik di Melaka sebelum ini ialah 'Similarities Between Hinduism and Islam' namun kami membuat keputusan menukar kepada tajuk baru kerana tajuk asal sensitif," katanya pada sidang media di sini, hari ini. - Siakapkeli.my

#Panas di Ceramah Dr. Zakir Naik di UTeM Bertajuk Baru

Terima Kasih HINDRAF - Dr. Zakir Naik

$
0
0
Terima Kasih HINDRAF - Dr. Zakir Naik merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Terima Kasih HINDRAF - Dr. Zakir Naik.

JERTIH, 12 Apr: Dr. Zakir Naik berterima kasih kepada HINDRAF yang disifatkan oleh beliau memberi publisiti percuma kepadanya.

Kata beliau, tentangan beberapa pihak yang tidak senang dengan kedatangannya ke sini adalah cabaran untuknya.

Biarpun begitu beliau bersyukur kerana kontroversi membabitkan dirinya berjaya menyatukan umat Islam khususnya di negara ini.

"Saya berterima kasih kepada Hindraf kerana memberi publisiti percuma kepada saya. Sekarang semakin ramai yang datang mendengar syarahan saya. 

"Saya gembira apabila tentangan itu membuka mata dua parti politik Islam di Malaysia iaitu UMNO dan PAS untuk bersatu.

"Apa yang dapat dilihat, apabila musuh datang, nampak umat Islam semakin bersatu. "Itu cabaran biasa sebagai pendakwah. Itu sifat manusia biasa apabila ada yang suka dan tidak suka.

"Apa yang saya percaya, jika saya dapat menyatukan umat Islam walaupun kecil, saya bersyukur kepada Allah dan berdoa semoga Allah memberkati usaha dakwah ini," katanya ketika syarahan umum bertajuk "Adaah Allah Wujud" di pekarangan Sekolah Menengah Imtiaz Besut sebagaimana lapor BH Online.

Mengulas tentang tajuk syarahannya di Melaka yang terpaksa ditukar, Zakir berkata beliau akur dengan permintaan pihak berkuasa dan bersedia untuk sebarang perubahan biarpun di saat akhir.

"Dengan apa yang berlaku ini, saya dapat rasakan jumlah hadirin yang akan datang ke syarahan umum saya di Melaka akan bertambah.

"Saya dapat rasakan penduduk Melaka semakin tidak sabar menantikan kehadiran saya," katanya. Beliau berkata, ini adalah kali keenam kedatangannya ke Malaysia dalam tempoh 20 tahun dan setiap kali syarahan jumlah pengikutnya semakin bertambah.  - Siakapkeli.my

#Panas di Terima Kasih HINDRAF - Dr. Zakir Naik

Inilah Billionair Melayu Melayu ‘Lowe Profile’ Yang Miliki 4 Jet Dan 40 Helikopter

$
0
0
Inilah Billionair Melayu Melayu ‘Lowe Profile’ Yang Miliki 4 Jet Dan 40 Helikopter merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Inilah Billionair Melayu Melayu ‘Lowe Profile’ Yang Miliki 4 Jet Dan 40 Helikopter.

Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim. Bilionair Melayu ‘low profile‘ yang memiliki 4 jet eksekutif, lebih 40 buah helikopter!

Beliau asalnya adalah seorang pegawai perisikan tentera yang berkhidmat selama 13 tahun dalam ATM hingga memperoleh pangkat Mejar. Pada tahun 1993, setelah berhenti dari tentera, beliau dan isteri memulakan perniagaan kereta terpakai.

Anak jati Sungai Petani, Kedah ini kemudiannya mula berulang-alik ke London untuk membeli kereta terpakai sebelum menjualnya di Malaysia. Masa tu beliau tidak memiliki AP namun dia berkongsi AP dengan rakan-rakan yang memiliki permit tersebut.

tan-sri-azman-1

Baca: Ramai Tidak Tahu Rangkaian Hotel Holiday Villa Dibangunkan Oleh Anak Melayu

Lama kelamaan beliau berjaya juga memiliki AP dari kerajaan dan perniagaan keretanya semakin menjadi sebutan.

Kemudian kerajaan mengambil keputusan memberhentikan pemberian AP terbuka dan hanya menawarkan franchise AP.

Untuk mendapatkan franchise AP, Syed Azman perlu dilantik oleh syarikat kereta asing sebagai pengedar kemudian barulah permit itu dianugerahkan kepadanya.

Nasib menyebelahinya apabila beliau berjaya mendapatkan kepercayaan daripada Honda untuk melantiknya sebagai pengedar beberapa jenis kereta tersebut di Malaysia antaranya Honda Jazz.

Kemudian Syed Azman mendapat hak untuk mengedar pula Chevrolet dan Suzuki.

Dalam satu temubual dengan akhbar The Star tak lama dulu, Syed Azman berkata, selama menjalankan urusan perniagaan, beliau bosan kerana masanya banyak habis di jalan lalu rakannya mencadangkan beliau membeli helikopter saja untuk ke sana dan ke sini.

Pada tahun 2003, beliau membeli sebuah helikopter dengan harga US$1.5 juta bagi kegunaan hariannya. Bila heli itu tidak digunakannya, beliau sewakan saja pada mereka yang berminat.

Ketika itulah beliau sedar yang permintaan untuk helikopter ini tinggi di Malaysia. 5 tahun kemudian, beliau berjaya mendapatkan kontrak pertama untuk menyediakan perkhidmatan helikopter untuk membawa pekerja sektor minyak dan gas ke pelantar.

tan-sri-azman-3

Dan hari ini, pemilik Weststar Aviation Services Sdn Bhd (WAS) itu memiliki lebih 40 buah helikopter, 4 buah jet persendirian dan beliau juga memiliki kontrak bernilai RM8 billion bagi membawa pekerja pelantar minyak hingga menjadikannya antara lelaki Melayu terkaya di Malaysia ketika ini.

Ini belum campur perniagaan peluru berpandu, peralatan pertahanan, hartanah, kenderaan, pembinaan etc.

Walaupun harta dan asetnya mencecah bilion ringgit, Syed Azman enggan menyatakan jumlahnya. Beliau hanya menjawab: “Saya tak boleh beritahu jumlah harta saya, mak saya tak suka”.  Hehehe. Comel tak jawapan tu?

Baca lagi: 4 Kisah Wanita Sebelum Mereka Jadi Jutawan Dan Usahawan Berjaya Di Malaysia

#Panas di Inilah Billionair Melayu Melayu ‘Lowe Profile’ Yang Miliki 4 Jet Dan 40 Helikopter

Ini Rahsia Bagaimana Saya Menginap Secara Percuma Sewaktu Travel Di Jepun

$
0
0
Ini Rahsia Bagaimana Saya Menginap Secara Percuma Sewaktu Travel Di Jepun merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Ini Rahsia Bagaimana Saya Menginap Secara Percuma Sewaktu Travel Di Jepun.



Seperti mana yang kita tahu, negara matahari terbit mempunyai taraf hidup yang tinggi.
Tempoh travel selama 17 hari pada Julai 2015 memberi peluang untuk saya‘volunteer’ sebagai seorang ‘WWOOFer’ di Kisarazu, Chiba, Jepun, setelah membaca sebuah artikel di dalam website SoloTravel.org.
WWOOF adalah singkatan kepada World Wide Opportunity of Organic Farming, di mana sistem ini memberi ‘win-win situation’ kepada host dan WWOOFer.
Host akan menyediakan tempat tinggal dan makanan manakala ‘WWOOFer’ mesti berkhidmat untuk host.
Pengalaman yang unik, saya diajar untuk ‘living organically’. Bayangkan sebuah kereta dijana menggunakan hasil recycle minyak tempura sahaja.
Host saya tidak menggunakan baja kimia untuk tanaman mereka , ‘If we use chemical, we kill the ecosystem’ , ujarnya.

Kenapa saya WWOOFing?

1. Curiosity. Selepas saya membaca artikel tersebut, timbul rasa ingin tahu yang mendalam tentang WWOOFing. Macam best je!

2. Jimat kos perbelanjaan. Kos sara hidup di Jepun sangat mahal. WWOOFing adalah free, cuma beli tiket penerbangan dan sedikit duit sara diri.

3. Kenali budaya Jepun dengan lebih dekat. Saya memang meminati bahasa dan budaya Jepun sejak zaman Takuya Kimura lagi.

Bagaimana nak sertai WWOOFing?

1. Beli flight ticket. Tentukan negara mana nak pergi

2. Layari www.wwoof.net. Pilih negara, dan cari host, request.

3. Berkomunikasi dengan host dengan mesej di dalam website WWOOF.

4. Jika host confirm dengan kehadiran kita, just proceed and pergi rumahnya.

5. Adaptasi dengan persekitaran and cara kerja mereka.

Saya kongsikan gambar-gambar dan catatan pengalaman saya sewaktu di sana.

1. Sebelum sampai di rumah host, singgah rumah kawannya, juga seorang petani di Jepun. Kagum dengan architecture di Jepun, walaupun di kampung, masih mengekalkan identitinya.


travel-percuma-di-jepun-3


2. Rumah keluarga Yamano. They used to live in Tokyo, but the living cost is too high and their family has paddy fields in Kisarazu. After 5 years living in the bustling city, they decided to make a change.

Menjadi petani organik. Sudah lebih daripada 200 orang WWOOFer sampai ke rumah ini, sejak 2012.

travel-percuma-di-jepun-7

3. Katsura Yamano, isteri kepada inspiring host saya, Teruhiro Yamano.

travel-percuma-di-jepun-1

4. Yamano Fuwa, anak perempuan host yang comel. Mempelawa saya taiyaki inti kacang yang sedap!

travel-percuma-di-jepun-2

5. Katsura-san menjemput saya di Stesen Kisarazu, 3 jam perjalanan dari rumah adik saya di Hachioji. Saya menghadiahkan kain batik sarong arwah ibu saya kepada keluarga Yamano sebagai hadiah. Comel kan Katsura-san!

travel-percuma-di-jepun-4

6. Teru-san tiba agak lambat semasa saya sampai, disebabkan Katsumori ada game baseball di sekolah. ‘How to wear this?’ he said. I think he nailed it!

travel-percuma-di-jepun-5

7. Terjumpa penulisan WWOOFer dari Malaysia. Setiap WWOOFer akan meninggalkan wasiat terakhir sebelum meneruskan perjalanan masing-masing. Yes, Malaysia Boleh!

travel-percuma-di-jepun-8

8. Mungkin saya ialah WWOOFer Muslim pertama yang mereka terima. Katsura-san agak curious mengenai hijab dan menyuruh saya buat tutorial memakai hijab semasa tea break.

“Kakkoi-na, hijab wa” , katanya. Saya ada google mengenai Hana Tajima dan tunjuk design Hana ft Uniqlo masa itu.

travel-percuma-di-jepun-9

9. Sistem ‘toilet’ Yamano. Tidak flush, tiada bau dan organik. Terdapat lakaran bagaimana sistem toilet berfungsi di atas dinding toilet.

travel-percuma-di-jepun-10

10. Wallpaper di rumah Yamano. Recycle saja kalendar tahun lepas.

travel-percuma-di-jepun-15

11. Keluarga baseball. Katsumori-san dan Teru-san menonton perlawanan baseball setiap malam.

travel-percuma-di-jepun-18

12. Terbentang luas di hadapan rumah keluarga ini. Petak padi di Jepun sebenarnya disewa oleh petani dari tuan tanah.

travel-percuma-di-jepun-11

13. WWOOfer dari Hong Kong, Joanna Cheng. Peminat matcha (green tea) tegar. Joanna juga pertama kali menjadi seorang volunteer (WWOOFer).

travel-percuma-di-jepun-12

14. WWOOFing di sawah padi keluarga Yamano. Kerja mesti mengikut etika orang Jepun, on-time, cepat, cekap, teliti. WWOOFer perlu berkhidmat selama 6 jam, 4 jam kebiasaannya di sawah, 2 jam di rumah.

travel-percuma-di-jepun-13

15. Katsura-san akan menyediakan onigiri ke sawah jika kami tidak sempat sarapan di rumah. Onigiri inti plum, terbaik!

travel-percuma-di-jepun-14

16. Partner-in-crime. Setiap petang selepas selesai bekerja kami ke kedai atau 7-Eleven untuk menikmati ice-cream 100 yen.

travel-percuma-di-jepun-17

17. Menikmati sunset di Kisarazu sebelum makan malam.

travel-percuma-di-jepun-16

18. Just tell them that you’re a vegan, if you’re a Muslim. Mereka faham dan sepanjang saya berada disana, mereka juga menjadi vegan! Masakan Katsura-san sangat sedap! Kami siap minta resepi setiap hidangan.

travel-percuma-di-jepun-19

19. Learning Japanese Table Manner. Mangkuk dan chopstik disusun mengikut pangkat dalam keluarga.

Mangkuk dan chopstik paling besar untuk otosan (ayah), disusuli anak lelaki,okasan (ibu) dan anak perempuan.

Chopstik diletak dibawah mangkuk dan miso soup (kalau ada), kedudukan ikut tangan mana dorang pegang.

Nasi kena habiskan, sebab Teru-san akan tegur, “Finish your rice, we’re from rice making family, it’s really hard to plant them”. Sebiji pon tak boleh tinggal dalam mangkuk.

travel-percuma-di-jepun-20

20. Untuk mengelakkan pembaziran, nasi diisi mengikut keperluan sahaja. Kalau habis dalam mangkuk, baru boleh ‘top-up’.

travel-percuma-di-jepun-34

21. Yamano Katsumori, 11 tahun.

travel-percuma-di-jepun-35

22. Yamano Fuwa, 9 tahun.

travel-percuma-di-jepun-36

23. Bunga hydrangea liar di belakang rumah.

travel-percuma-di-jepun-23

24. Minyak kereta, hasil kitar semula dari minyak tempura restoran berhampiran.

travel-percuma-di-jepun-24

25. Hanya kereta yang menggunakan diesel saja boleh dijana oleh minyak tempura.

travel-percuma-di-jepun-25

26. Teru-san sangat meminati buluh. Tanbo Cafe / Kafe Sawah Padi mereka diperbuat dari buluh.

travel-percuma-di-jepun-26

27. Exterior rumah. Air hujan digunakan untuk membasuh peralatan sawah dan mencuci kereta.

travel-percuma-di-jepun-27

28. Bento ‘meat-free’ hanya untuk saya.

travel-percuma-di-jepun-28

29. Demo menggunakan mesin rumput oleh Katsura-san.

travel-percuma-di-jepun-29

30. “I want to create awareness to others, especially to Shindo-san to avoid using chemicals, Shindo-san is a great influencer, if he stop using it, people will follow him” – Teru-sa.

travel-percuma-di-jepun-30

31. Nasib baik tak terpotong dengan mesin. Si Kame.

travel-percuma-di-jepun-33

32. Setiap bulan keluarga Yamano dan WWOOFer akan ke rumah landlord untuk memotong rumput. Mostly, petak sawah padi Yamano milik Shindo-san.

travel-percuma-di-jepun-31

33. Snacking with landlord, Shindo-san.

travel-percuma-di-jepun-32

34. Tea break, disajikan biskut atau jajan dan minuman.

travel-percuma-di-jepun-22

35. Disapa ohaiya / konnichiwa setiap kali ada orang yang lalu.

travel-percuma-di-jepun-38

36. Organic tomatoes

travel-percuma-di-jepun-39


37. “Let me take a photo of you“,Katsura-san. With Joanna Cheng at Kizarasu.


travel-percuma-di-jepun-40


38. 38 Celcius. Summer disana panas dan kering. Pheww, survived!


travel-percuma-di-jepun-41


39. Mrs Shindo, gave us tons of snacks after finish our jobs.


travel-percuma-di-jepun-43


40. Thank you dishes by Shindo family.


travel-percuma-di-jepun-42


41. Visited the coolest workshop in the middle of paddy field. ‘Sumimasen, sashin wo tottemo iidesu ka’ , I asked.


travel-percuma-di-jepun-44


42. Tanbo Cafe, this is the Yamano’s dream. Having an organic cafe, serving good food, and make great coffee. Every Saturday they sell coffee at the organic market near Kisarazu, and today we help them stamping ‘Tanbo Cafe’ signs for the cups. – 24 July 2015.


travel-percuma-di-jepun-45


43. Menyediakan kopi ke pasar organik di Kisarazu pada setiap Sabtu.


travel-percuma-di-jepun-46


44. Exterior of Tanbo Cafe. Hasil kerja rakan-rakan Yamano & WWOOFer.


travel-percuma-di-jepun-37


45. “Please say something and write on this plank. One day if you come again, you gonna find this somewhere in Tanbo Cafe, we’re going use them as furnitures or shelves” – Teru-san.


travel-percuma-di-jepun-47


46. Welcome and goodbye song. Setiap WWOOFer yang datang dan pergi akan didendangkan lagu ini bersama petikan ukelele Teru-san dan Katsumori-san.


travel-percuma-di-jepun-21


47. Postcards from previous WWOOFers.


travel-percuma-di-jepun-48


48. Wall of memories.


travel-percuma-di-jepun-49


49. WWOOFer pertama yang mereka terima ialah seorang photographer dari Singapore. “Our first WWOOFer brought a lot bags with him, he brought many cameras and gadgets. It was in 2012′”- Teru-san .

Photo by Singaporean photographer, their 1st WWOOFer. — with やまの てるひろ in Kisarazu, Chiba.


travel-percuma-di-jepun-50


50. Hari terakhir. Meninggalkan host saya untuk Gunung Fuji. — with やまの てるひろ in Kisarazu, Chiba


travel-percuma-di-jepun-51


51. Katsura-san menghantar kami ke stesen berdekatan.


travel-percuma-di-jepun-52

52. Hey, Fuji-san –  in Minamitsuru-gun, Yamanashi, Japan.

travel-percuma-di-jepun-53

53. Hanya mampu melahirkan rasa syukur. Subhanallah. – in Minamitsuru-gun, Yamanashi, Japan.

travel-percuma-di-jepun-54


54. Alhamdulillah, sampai di puncak Gunung Fuji, 3776.24 M. — in Fujinomiya, Shizuoka.

travel-percuma-di-jepun-55


Semoga apa yang saya kongsikan ini dapat membantu mereka yang ingin travel ke Jepun dengan cara yang lebih jimat dan murah. Cuma pesan saya, hormatilah adat dan budaya mereka.

Warga Jepun sangat pembersih, menepati masa dan sangat menghormati tetamu. Cubalah ikuti cara mereka ini dan bawa pulang nilai yang sama dan adaptasikan ke dalam hidup selepas kembali ke Malaysia. Good luck guys.

#Panas di Ini Rahsia Bagaimana Saya Menginap Secara Percuma Sewaktu Travel Di Jepun

Diploma Alternatif Buat Pekerja Berpengalaman Yang Tidak Mempunyai ‘Paper Qualification’

$
0
0
Diploma Alternatif Buat Pekerja Berpengalaman Yang Tidak Mempunyai ‘Paper Qualification’ merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Diploma Alternatif Buat Pekerja Berpengalaman Yang Tidak Mempunyai ‘Paper Qualification’.

Anda seorang pekerja yang rajin, kuat berusaha, dan sudah mempunyai 5 tahun pengalaman industri. Malangnya anda tidak dapat terus maju kerana tidak mempunyai paper qualification dalam bidang berkaitan.

Kecewa?

Sebenarnya, terdapat sebuah program yang dinamakan sebagai ‘Recognition of Prior Experience’ (RPE) Diploma sudah menjadi tunggak penilaian yang dijalankan di bawah sistem pendidikan dan latihan vokasional sejak akhir 1980-an​.

Ianya mula diperkenalkan di United Kingdom oleh Susan Simosko , seorang konsultant kelayakan vokasional dan juga seorang penulis buku yang bertajuk, “Get Qualifications for What You Know and Can Do: A Personal Guide to Accreditation of Prior Learning (APL).”

Lagi sebuah buku penulisan Susan Simosko.

Lagi sebuah buku penulisan Susan Simosko.

RPE Diploma ini sudah dilaksanakan di negara-negara maju seperti di UK, Australia, New Zealand, Perancis dan Kanada dengan panggilan yang berbeza seperti ‘Akreditasi Pembelajaran Terdahulu’, ‘Pengkreditan Kompetensi Semasa’, ‘Akreditasi Pengalaman Pembelajaran Terdahulu’, ‘Pengesahan Pengalaman Terdahulu’ dan ‘Penilaian dan Pengiktiran Pembelajaran Sebelum’.

Di Malaysia, RPE Diploma ini telah diperkenalkan pada 2 Julai 2009 oleh Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF) untuk mengiktiraf kemahiran dan kompetensi para pekerja berdasarkan tahap yang ditentukan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)​ 4.

Memandangkan ianya menggunakan teknik penilaian yang berbeza, maka ianya tidak diakreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Program RPE diploma ini ditawarkan oleh Asia e University​ dan London Examinations Board​.

Ianya sesuai untuk mereka yang bekerja di sektor swasta dan manfaat-manfaat utama untuk mereka yang layak dan berminat adalah seperti berikut:

● Pengalaman, kemahiran dan kepakaran industri diiktiraf oleh penilai akademik yang profesional, berkaliber dan bertauliah
● Tidak perlu mengulangi subjek yang telah dipelajari dan kemahiran yang sudah dimiliki
● Tidak perlu menghadiri kelas dan menduduki peperiksaan (sekiranya berkelayakan)
● Membuka peluang untuk kenaikan pangkat dan gaji

Calon yang layak juga boleh menggunakan diploma ini sebagai prasyarat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Executive MBA. Rujuk maklumat lanjut di laman web AEU.

Syarat-syarat kemasukan yang minima ke program Diploma RPE adalah SPM ataupun yang setaraf dengannya dan mempunyai 5 tahun pengalaman industri.

Di antara langkah penilaian adalah, calon akan dipanggil untuk ditemuduga oleh penilai akademik yang bertauliah dan profesional.

Sekiranya penilai mengakui pengalaman industri calon mencukupi dan lulus temuduga, calon layak untuk menerima Diploma RPE.

Sekiranya pihak penilai mendapati bahawa terdapat ‘skill gap’ yang perlu dipenuhi terlebih dahulu, pihak penilai akan mencadangkan kursus latihan yang bersesuaian untuk memenuhi tahap kelayakan kelulusan Diploma RPE daripada pihak Asia e University.

Kesemua langkah ini mengambil masa sehingga 90 hari.

​Untuk maklumat lanjut hubungi Ackiel Mohamed di talian 013-2692378.​

#Panas di Diploma Alternatif Buat Pekerja Berpengalaman Yang Tidak Mempunyai ‘Paper Qualification’

Ahli Perniagaan Malaysia Miliki Kelab Bola Sepak Itali

$
0
0
Ahli Perniagaan Malaysia Miliki Kelab Bola Sepak Itali merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Ahli Perniagaan Malaysia Miliki Kelab Bola Sepak Itali.

KUALA LUMPUR 13 April– Jika sebelum ini Tan Sri Vincent Tan dan Tan Sri Tony Fernandes membeli kelab bola sepak luar negara, kini seorang lagi ahli perniagaan negara ini turut sama membeli saham sebuah kelab dari luar negara namun kali ini kelab itu dari Itali.

Dr. Noordin disahkan membeli saham kelab yang bernama FC Bari 1908 yang bersaing dalam divisyen dua negara itu.

Pengesahan itu dibuat oleh laman web rasmi kelab tersebut di www.fcbari1908.club.

Laporan akhbar Itali menyebut Dr. Noordin telah menandatangani perjanjian awal dengan presiden kelab, Gianluca Papresta yang menjual 50 dari 95 peratus sahamnya dalam kelab berkenaan.

Bagaimanapun menurut mereka, operasi pemilikan tersebut perlu menunggu sehingga Dr. Noordin bersama peguamnya tiba di Bari.

Berita ini dsambut baik oleh penyokong kelab berkenaan yang dilihat mengucap selamat datang kepada usahawan dari Malaysia itu baik di laman sosial mahupun ketika meonton perlawanan di Stadium.

Pengumuman itu juga memberi harapan baharu kepada peminat, malah turut mencipta sejarah tersendiri apabila FC Bari bakal menerima rakan niaga dari luar negara buat pertama kali selepas beratus tahun lamanya. - Siakapkeli.my


#Panas di Ahli Perniagaan Malaysia Miliki Kelab Bola Sepak Itali

Luahan Hati CEO Rayani Air Selepas Syarikatnya Digantung Penerbangan Sementara

$
0
0
Luahan Hati CEO Rayani Air Selepas Syarikatnya Digantung Penerbangan Sementara merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Luahan Hati CEO Rayani Air Selepas Syarikatnya Digantung Penerbangan Sementara.

SHAH ALAM: Berikutan pergantungan sementara selama tiga bulan syarikat penerbangan Rayani Air oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA), CEO syarikat penerbangan berkenaan,Ravi Alagendrran,  telah meluahkan rasa sedihnya.

“Sedih… Tentulah saya rasa sedih. Ini syarikat yang saya dan isteri usahakan selama ini,” katanya dipetik laporan Sinar Harian.

Beliau berkata demikian berikutan situasi terkini yang melanda syarikat penerbangan beliau yang dikatakan syarikat penerbangan patuh syariah pertama negara itu.

Menurut Ravi, dia dan isteri sudah sembilan tahun berhempas pulas untuk memastikan Rayani Air berada pada kedudukannya, dengan perkembangan terbaru ini, beliau tidak akan berputus asa, sebaliknya beliau akan terus berusaha membangunkan semula syarikat penerbangan tersebut.

“Masalah Rayani Air berpunca daripada kegagalan dua pesawat untuk berfungsi pada musim cuti sekolah lalu, penerbangan yang dijadualkan terpaksa ditunda dan sebagainya."

"Kerana insiden itu, penumpang dan pelanggan hilang kepercayaan terhadap perkhidmatan Rayani Air," katanya.

Selain itu, faktor insiden-insiden ini telah disebarkan di laman sosial serta banyak spekulasi yang dibangkitkan menyebabkan kredibiliti syarikat tersebut terjejas teruk.

“Keadaan semakin meruncing apabila juruterbang kami mula mogok tidak mahu terbangkan pesawat dan ia menyebabkan pelabur menarik diri daripada syarikat kami.

“Bagaimanapun kami sedar apa yang sedang berlaku dan kami sentiasa mengambil peluang untuk memperbaiki kelemahan kami,” katanya lagi.

Ravi menjelaskan, walaupun operasi Rayani Air dihentikan sementari waktu, syarikatnya itu kini sedang giat mengambil langkah-langkah pemulihan segera bagi memastikan Rayani Air kembali beroperasi.

“Kami sudah bekerjasama dengan syarikat pelaburan baharu dan buat masa sekarang, ia masih di dalam perbincangan. Saya tidak boleh dedahkan apa-apa lagi.

“Tetapi kami akan buat yang terbaik dan akan maklumkan keputusannya dalam masa seminggu lagi,” katanya lagi. - Siakapkeli.my

#Panas di Luahan Hati CEO Rayani Air Selepas Syarikatnya Digantung Penerbangan Sementara

Penduduk di Tengkera Dakwa Diganggu Pocong, Pontianak Sejak 3 Minggu Lalu

$
0
0
Penduduk di Tengkera Dakwa Diganggu Pocong, Pontianak Sejak 3 Minggu Lalu merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Penduduk di Tengkera Dakwa Diganggu Pocong, Pontianak Sejak 3 Minggu Lalu.
GAMBAR jelmaan makhluk halus di atas pokok pisang.
Melaka - Penduduk di Kampung Lapan, Tengkera kini dihantui dengan jelmaan-jelman makhluk halus yang mula muncul kira-kira tiga minggu yang lalu.

Harian Metro melaporkan, penduduk mendakwa pernah terserempak dengan jelmaan pontianak, pocong dan juga toyol.

Pelbagai gangguan yang dialami penduduk antaranya terlihat jelmaan pontianak melayang melewati pokok pisang dan kanak-kanak telanjang bulat yang dipercayai toyol berjalan di celah-celah semak pada waktu maam.

Seorang penduduk, Abdul Halim Abdullah, 39, berkata gangguan makhluk halus itu menyebabkan penduduk risau untuk keluar rumah pada waktu malam, sekaligus menjadikan kampung itu sunyi sepi.

Sebelum ini, saya boleh lihat kanak-kanak bermain walaupun hampir jam 6 petang, tetapi kini ibu bapa mengarahkan anak masing-masing pulang awal dan menutup tingkap rumah seawal jam 7 petang kerana risau diganggu hantu.

Kehadiran makhluk terbabit turut menyebabkan kanak-kanak takut untuk ke kelas mengaji al-Quran atau tuisyen pada waktu malam,” katanya ketika ditemui, semalam.

Tambah Abdul Halim juga, diperingkat awal kemunculan pontianak dan pocong itu, beberapa penduduk mendakwa pernah terserempak dengan makhluk itu namun dakwaan terbabit tidak dipercayai malah ada yang menganggap ia hanya perbuatan pihak-pihak tertentu yang mahu menakut-nakutkan penduduk.

Penduduk sepakat melakukan rondaan pada waktu malam dengan lokasi tumpuan membabitkan jalan masuk dan keluar utama di kampung itu.

“Sejak rondaan dijalankan, semakin ramai penduduk mendakwa terserempak dengan makhluk terbabit dan terkini, kanak-kanak bertelanjang bulat berjalan di tengah malam. Kejadian itu juga semakin kerap berlaku,” katanya.

Bercerita lanjut, Abdul Halim berkata seorang buruh Indonesia mendakwa pernah melihat pocong memasuki kampung dan meminta penduduk memanggil pakar perubatan Islam.

Seorang lelaki berusia 63 tahun trauma hampir dua minggu selepas mendakwa makhluk menjelma sebagai kanak-kanak tidur di sebelahnya di katil selain wanita berusia 52 tahun dikejutkan dengan hilaian puntianak di dalam rumahnya,” katanya.

Sementara itu, ibu mentua Abdul Halim berkata minggu lalu pontianak mengganggu rumahnya ketika anak baongsunya pulang setelah selesai urusan di luar.

Dalam kejadian jam 3 pagi itu, anaknya berkata terdengar enjin motosikal berkuasa tinggi sebelum bunyi itu hilang begitu saja.

Apabila anak masuk ke rumah, dia terdengar seperti orang berbisik di tingkap bilik saya. Tidak lama kemudian, cucu saya merayau hampir sejam menyebabkan kami sekeluarga berjaga hingga pagi,” katanya.

Menurut Fatimah, dalam kejadian terbaru kelmarin, cucunya, Muhammad Wan Rafeeq Nur Haiqal Wan, 4, ternampak makhluk terbabit di pekarangan rumah jiran mereka.

Ketika itu masih awal dan Muhammad Wan Rafeeq tiba-tiba tunduk dan beritahu ‘ada momok (hantu), panggil polis tangkap momok’. Ia menyebabkan kami cemas dengan gelagatnya,” katanya.

Dapatkan berita lengkap di akhbar Harian Metro Hari ini. - Siakapkeli.my

#Panas di Penduduk di Tengkera Dakwa Diganggu Pocong, Pontianak Sejak 3 Minggu Lalu

"Saya Geli Tengok Isteri Saya, Tak Terurus, Bau Bawang," Luahan Ini Buat Netizen Sekolahkan Seorang Suami

$
0
0
"Saya Geli Tengok Isteri Saya, Tak Terurus, Bau Bawang," Luahan Ini Buat Netizen Sekolahkan Seorang Suami merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri "Saya Geli Tengok Isteri Saya, Tak Terurus, Bau Bawang," Luahan Ini Buat Netizen Sekolahkan Seorang Suami.
Gambar Hiasan

Hari ini tersebar di laman sosial Facebook yang dimuatnaik oleh page Kisah Rumah Tangga di mana mengisahkan seorang suami yang menceritakan kisah isterinya yang sering mengadu penat walaupun hanya bekerja dirumah dan isterinya tidak pandai mengurus diri sehingga dia rasa geli.

berikut adalah tulisan suami berkenaan.

Assalamualaikum,  nak tanya, Isteri saya asyik kata penat dan macam-macam alasan sedangkan dia hanya suri rumah dsn saya yang bekerja.

Saya letih-letih bawa moto, mengantuk dan hampir-hampir kemalangan tapi dia pula, bila saya balik dia yang cakap penat, saya tengok Facebook banyak je dia pos itu ini, gambar makanan la dan macam-macam.

Saya rasa pening memikirnya bila saya ajak bersama dia kata tak larat, nanti saya kahwin lagi satu dia marah pula. Dia setakat jaga rumah dan anak-anak je yang semua tiga orang, seorang tiga tahun, seorang 2 tahun dan seorang enam bulan.

Bengang pun ada bila malam dia terus je tidur, saya ni dai tidak layan ke apa ke, bila esok saya pergi kerja saya tak makan sarapan dia buat akan 'touching' bagai, "adoii, apa la kena dengan dia ni, tak faham ke apa?"

Kadang-kadang saya rasa malas nak balik rumah bila tengok rumah bersepah, tengok dia pun bau bawang, anak-anak bau wangi, dia pula tak reti nak urus diri sendiri, "Urus anak pandai pulak kan? urus diri sendiri tak boleh?"

Saya sudah tak tahu nak kata apa, dia punya cemburu bukan main kuar, saya malas nak layan kadang-kadang tu, tolong la saya, dah tak tahu nak buat apa, umur muda lagi, baru 26 dan macam apa saya tengok. diri tidak terurus.. meluat.. geli pun ada.

Kerana luahan suami berkenaan, nampaknya telah membuatkan netizen naik marah kerana menyifatkan suami berkenaan sebagai tidak bertanggunjawab kerana hanya memikirkan dirinya.

Tampil seorang netizen bernama Syaifuddin Syaary, beliau telah menulis satu perkongsian yang cukup berguna berdasarkan pengalamannya yang juga merupakan seorang suami yang mempunyai tiga orang anak.

Berikut adalah tulisan beliau yang dilihat pasti 'menusuk kalbu' hati suami berkenaan.

Salam tuan tanah..saya sendiri lelaki dan mempunyai ank 3 dan nak masuk 4.. saya harap tuan duduk di tempat isteri tuan selama 3 hari je.

Biar isteri tuan berehat bersama kawan-kawan atau tuan bagi duit untuk dia ke spa untuk buat rawatan badan dan dirinya..3 hari je tuan..tuan cuba bangun pagi membasuh memasak sarapan uruskn anak-anak, mengemas..Pergi pasar bawak 3 orang anak yang kecil2 tu,beli barang-barang segar masak special untuk isteri tuan masuk tengahari masak tangahari urus aanak lagi berak kencing menangis makan mandi.

Hampir petang tuan angkat baju yang dah kering,kemas rumah lagi yang di sepahkan oleh 3 anak tuan..uruskan anak lagi yang tak habis nak mkn nak main nak ditukar lampin dan hampir malam tuan masak untuk dinner.

Akhir sekali malam tuan mesti dah penat sebab uruskan semunya tuan pun nak tidur, tapi tak baloh jugak anak menangis nak susu anak menangis nak tukar lampin.. 

Ok lepas 3 hari tuan komen balik kat sni ape terjadi..pada anak-anak pada makanan pada keadaan rumah.dan sebagainya. Tuan yang paling penting saya nak bagitahu kat sni..tangungjawab tuan adalah melindungi isteri beri keselesaan pada isteri dan ank-anak. 

Bukan buat isteri macam orang suruhan tuan.a pe yang isteri tuan lakukan ini semua adalah isteri tuan telah menringankan beban dan tangungjawab tuan dan kalau tuan mampu..tuan boleh upah orang gaji untuk uruskan membantu isteri tuan meringankn kerja rumah.

Lebihkan pembelanjaan untuk isteri tuan berhias, kalau kata tuan tidak mampu..tuan selesaikan tangungjawab tuan semuanya jaga anak bekerja urus rumah tangga, so bila malam sebelum tido insyaAllah isteri tuan akan layan tuan seperti putera raja. - Siakapkeli.my

#Panas di "Saya Geli Tengok Isteri Saya, Tak Terurus, Bau Bawang," Luahan Ini Buat Netizen Sekolahkan Seorang Suami
Viewing all 3687 articles
Browse latest View live