Quantcast
Channel: Glepor
Viewing all 3687 articles
Browse latest View live

Ingat Lagi SITI MUSLIHA Yang Pernah VIRAL Ketika Dulu??? Jom Tengok Kehidupan Dia Selepas 29 Tahun…

$
0
0
Ingat Lagi SITI MUSLIHA Yang Pernah VIRAL Ketika Dulu??? Jom Tengok Kehidupan Dia Selepas 29 Tahun… Ingat Lagi SITI MUSLIHA Yang Pernah VIRAL Ketika Dulu??? Jom Tengok Kehidupan Dia Selepas 29 Tahun…. Update informasi dan maklumat. Ulangsiar gambar dan artikel perkongsian dari blog kategori #Informasi #Maklumat yang memaparkan sesuatu yang baru dan sensasi di Blogosphere Malaysia. Semoga Ingat Lagi SITI MUSLIHA Yang Pernah VIRAL Ketika Dulu??? Jom Tengok Kehidupan Dia Selepas 29 Tahun… menjadi antara bahan bacaan baik untuk pembaca blog Natang Ngoh.
Ingat Lagi SITI MUSLIHA Yang Pernah VIRAL Ketika Dulu??? Jom Tengok Kehidupan Dia Selepas 29 Tahun…

Ingat Lagi SITI MUSLIHA Yang Pernah VIRAL Ketika Dulu??? Jom Tengok Kehidupan Dia Selepas 29 Tahun…

Masih ingatkah dengan Siti Musliha yang pernah popular sekitar tahun 90-an dulu? Aku membesar dengan melihat beliau yang sering muncul di kaca TV3 dalam rancangan MHI kendalian Aziz Desa ketika itu. Namun, selepas kemunculannya yang menyentap perasaan orang ramai sekitar 1994 hingga 1996, Siti Musliha tiba-tiba ‘hilang’ tanpa sebarang khabar berita……………..

Tiba-tiba, tadi aku terpandang satu post di facebook yang memaparkan gambar terbaru Siti Musliha. Lantas, tergerak hati aku untuk berkongsi dengan kalian semua mengenai beliau bagi membangkitkan nostalgia mereka yang pernah mengenali beliau selama ini. Juga untuk tatapan anda yang masih belum lahir ketika itu yang tidak tahu menahu mengenai kisah Siti Musliha………..
Latar Belakang Hidup
Nama penuh beliau adalah Siti Musliha Mohd Mustafa. Dilahirkan pada 10 Januari 1983. Anak sulung kepada pasangan Mohd Mustafa Manap dan Rohani Atan ini dilahirkan dalam keadaan tidak normal. Beliau mengalami kecacatan seluruh anggota badan. Dilaporkan bahawa semasa lahir, beliau tidak mempunyai batang hidung, dan salah satu lubang hidungnya terletak di atas kening. Kedudukan mata beliau juga tidak normal…………
Setelah 11 tahun mengharungi hidup yang perit, Siti Musliha mendapat perhatian dari Datin Seri Dr. Wan Azizah yang pada ketika itu menghadiri program sekolah penyayang di Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Damansara. Bermula saat itulah beliau mendapat perhatian dari seluruh masyarakat dan mula muncul di televisyen pada 1994…….
Siti Musliha telah menjalani pembedahan re-construction pada kali pertama pada tahun 1984 di sebuah hospital di Adelaide, Australia. Pembedahan kali pertama ini telah memakan masa selama 10 jam. Pembedahan dilakukan untuk membentuk wajah Siti Musliha. Selain itu, doktor juga telah menjalankan pembedahan untuk memisahkan jari beliau yang bercantum…….
2
Pada tahun 1988, Siti Musliha telah menjalani satu lagi pembedahan untuk membetulkan kedudukan mata beliau. Manakala pembedahan ketiga telah dijalankan pada awal Ogos 1994 untuk membetulkan kedudukan hidung beliau yang sebelum ini dibentuk pada pembedahan pertama. Kesemua pembedahan ini memakan belanja hampir 1 juta. Kos pembedahan tersebut adalah hasil sumbangan rakyat Malaysia yang prihatin pada masa itu untuk membantu Siti Musliha.,…..
Bidang Seni
Banjir air mata. Itulah ungkapan paling tepat menggambarkan kesedihan sesiapa saja yang menyaksikan kanak-kanak istimewa, Siti Musliha muncul di televisyen menyanyikan lagu Hujan Air Mata pada 1995. Sekuat mana pun cuba menahan perasaan, hampir setiap orang menangis atau sekurang-kurangnya sebak dan tersentap perasaan saat mendengar kanak-kanak istimewa berwajah cacat itu menyanyikan lagu kisah dirinya itu.
Setiap kali klip video Siti Musliha menyanyikan lagu itu disiarkan di televisyen atau radio, ramai yang bersedia dengan sapu tangan buat pengesat air mata. Ia lagu daripada album Siti Musliha yang diterbitkan komposer Adnan Abu Hassan untuk mengutip dana bagi membiayai kos pembedahan muka kanak-kanak tersebut. Lagu itu juga layak hingga ke peringkat separuh akhir Anugerah Juara Lagu 1995. Selain pernah berlakon dalam sebuah drama yang dibintangi Zaidi Omar sebagai seorang ayah yang tidak dapat menerima anaknya yang cacat.
Kehidupan sekarang
Kini, usianya sudah mencecah 29 tahun. Siti Musliha masih seperti dulu, tetap petah, bercakap lemah-lembut dan tersusun kata-katanya. Ungkapannya sentiasa merendahkan diri. Siti Musliha juga sekarang ini terpaksa bernafas melalui mulut selepas hidungnya kembali tersumbat berikutan tumbesaran yang dialaminya…..
Ketika ditemuramah oleh akhbar Utusan pada tahun lepas, Siti Musliha baru saja pulang daripada menunaikan umrah. Menurutnya, beliau bukan menghilangkan diri. Tapi mendekati Ilahi. Menariknya, beliau bukan sahaja berbakat dalam bidang nyanyian. Tetapi juga berkebolehan menghabiskan 30 juzuk ayat suci Al-Quran……..
3
Doa Siti Musliha di hadapan Kaabah :
” Ya Allah ya tuhanku, aku bermohon kepada-Mu, pulihkan pancainderaku agar aku dapat melihat dengan jelas dan merasai kehebatan ciptaan-Mu di alam ini. Ya tuhanku, pelihara juga kesihatanku agar dapat aku terus beribadat kepada-Mu tanpa perasaan jemu”

Makluman: Artikel Ingat Lagi SITI MUSLIHA Yang Pernah VIRAL Ketika Dulu??? Jom Tengok Kehidupan Dia Selepas 29 Tahun… termasuk media, gambar dan video bukannya penulisan, idea atau pandangan dari Admin Natang Ngoh. Laman blog ini adalah medium hebahan an perkongsian social. Semua Artikel, Gambar dan Video di laman ini adalah ulangsiar artikel viral dan popular dari website berita semasa. Much More respect from Natang Ngoh. Penghargaan kepada jomkapel penulis asal Ingat Lagi SITI MUSLIHA Yang Pernah VIRAL Ketika Dulu??? Jom Tengok Kehidupan Dia Selepas 29 Tahun…

Entri #Harian dalam dan luar Dunia. Bookmark Ingat Lagi SITI MUSLIHA Yang Pernah VIRAL Ketika Dulu??? Jom Tengok Kehidupan Dia Selepas 29 Tahun… and get update.

SANGAT INNOVATIF!! Nenek Beli Bangkai Pesawat Dengan Harga 2000 Dollars, LIHAT Apa Yang Dia Buat Seterusnya...

$
0
0
SANGAT INNOVATIF!! Nenek Beli Bangkai Pesawat Dengan Harga 2000 Dollars, LIHAT Apa Yang Dia Buat Seterusnya... SANGAT INNOVATIF!! Nenek Beli Bangkai Pesawat Dengan Harga 2000 Dollars, LIHAT Apa Yang Dia Buat Seterusnya.... Update informasi dan maklumat. Ulangsiar gambar dan artikel perkongsian dari blog kategori #Informasi #Maklumat yang memaparkan sesuatu yang baru dan sensasi di Blogosphere Malaysia. Semoga SANGAT INNOVATIF!! Nenek Beli Bangkai Pesawat Dengan Harga 2000 Dollars, LIHAT Apa Yang Dia Buat Seterusnya... menjadi antara bahan bacaan baik untuk pembaca blog Natang Ngoh.
SANGAT INNOVATIF!! Nenek Beli Bangkai Pesawat Dengan Harga 2000 Dollars, LIHAT Apa Yang Dia Buat Seterusnya...

SANGAT INNOVATIF!! Nenek Beli Bangkai Pesawat Dengan Harga 2000 Dollars, LIHAT Apa Yang Dia Buat Seterusnya...


Makluman: Artikel SANGAT INNOVATIF!! Nenek Beli Bangkai Pesawat Dengan Harga 2000 Dollars, LIHAT Apa Yang Dia Buat Seterusnya... termasuk media, gambar dan video bukannya penulisan, idea atau pandangan dari Admin Natang Ngoh. Laman blog ini adalah medium hebahan an perkongsian social. Semua Artikel, Gambar dan Video di laman ini adalah ulangsiar artikel viral dan popular dari website berita semasa. Much More respect from Natang Ngoh. Penghargaan kepada jomkapel penulis asal SANGAT INNOVATIF!! Nenek Beli Bangkai Pesawat Dengan Harga 2000 Dollars, LIHAT Apa Yang Dia Buat Seterusnya...

Entri #Harian dalam dan luar Dunia. Bookmark SANGAT INNOVATIF!! Nenek Beli Bangkai Pesawat Dengan Harga 2000 Dollars, LIHAT Apa Yang Dia Buat Seterusnya... and get update.

Google Akan Membayar Para Graduan Untuk Berada Di Dalam Kereta Ini

$
0
0
Google Akan Membayar Para Graduan Untuk Berada Di Dalam Kereta Ini merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Google Akan Membayar Para Graduan Untuk Berada Di Dalam Kereta Ini.

Jika dinilai daripada tajuk artikel ini nampak seperti tugas ini bukanlah sesuatu yang sukar bukan? Sememangnya ya, tugas ini tidaklah begitu berat kerana kereta ini bergerak dengan sendirinya tanpa pemandu melalui teknologi yang dioptimasikan melalui Google.

Apa yang perlu anda lakukan adalah berada di dalam kenderaan ini 6 hingga 8 jam sehari bagi memantau bagaimana pemanduan sendiri daripada teknologi Google ini berfungsi serta memerhati bagaimana kenderaan ini tangani masalah trafik ketika berada di atas jalan. Tidaklah begitu sukar bukan?

google-driverless-car-job-1

Tawaran yang baru sahaja diumumkan Google ini dibuka buat para graduan yang mempunyai pendidikan di dalam bidang sarjana muda Bachelor of Science atau Bachelor of Arts untuk dipilih sebagai pakar keselamatan kenderaan.

Syarat-syarat lain yang ditentukan Google adalah mempunyai rekod memandu yang baik, mampu menaip 40 perkataan di dalam masa seminit serta perlu lulus ujian daripada Google dimana anda perlu terlebih dahulu biasakan diri berada di dalam kereta pandu sendiri ini. Agak ketat syarat yang ditetapkan Google, walaubagaimapun mempunyai Google sebagai majikan sangatlah cool dan awesome.

Setakat ini, tawaran daripada Google ini cuma dibuka di dua tempat sahaja Phoenix dan Arizona dan dijangka akan bertambah lagi dari semasa ke semasa. Kami harap mereka yang terlibat dengan program ini tidak menjadi seperti Jared di dalam siri Silicon Valley ini.

#Panas di Google Akan Membayar Para Graduan Untuk Berada Di Dalam Kereta Ini

Geleng Kepala, Ibu Larang Anak Beri Duit Kepada Neneknya

$
0
0
Geleng Kepala, Ibu Larang Anak Beri Duit Kepada Neneknya merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Geleng Kepala, Ibu Larang Anak Beri Duit Kepada Neneknya.

Saya sedang beratur di belakang, tengah tunggu giliran nak keluarkan duit dari mesin ATM. Di hadapan ada seorang mak cik seusia ibu saya, dan seorang anak lelakinya yang saya agak sebaya saya juga.

Dari belakang, saya boleh nampak si anak lelaki ini key in RM550 untuk pengeluaran. Wang kertas yang banyak dimasukkan ke dompet, namun sekeping RM50 dimasukkan ke kocek kemejanya. Paparan mesin ATM menunjukkan baki akaun, jelas tertera nilai wang 5 angka.

“Nak buat apa RM50 tu? Nak beli barang ke? Kan tadi Ayah pesan nak RM500 je,” tanya si ibu yang sedang menekan-nekan butang mesin ATM. Giliran si ibu pula mengeluarkan duit.

Si anak lelaki memberi respon, “Nak bagi Nenek.”

“Banyak tu RM50 nak bagi Nenek,” tanpa diduga si ibu terus mencelah, “Nenek orang tua tak perlukan duit sebanyak tu. Dia dah ada duit dah tu. Tak bagi duit pun tak apa. Orang tua, bagi RM10 pun sudah cukup. Tak bagi pun tak apa, orang tua kan..” tambah si ibu sambil menunjuk ke arah kelibat seorang mak cik bersama beberapa ahli keluarga lain di hujung sudut lain.

Saya mengagak itulah “Nenek” yang dimaksudkan, mungkin sebaya umur nenek saya sendiri.

“Nenek macam tak ada duit je?” si anak lelaki ini cuba mencelah.

“Saja je tu. Kalau ada duit pun bukan nak buat apa,” si ibu memberi respon pantas.

“Nenek boleh simpan…” cuba juga untuk memujuk si ibu yang sudah memasukkan wang ke beg tangannya.

“Tak payah bagilah. Banyak sangat tu RM50.. Jom,” si ibu menarik tangan anak lelakinya dan mereka berlalu pergi.

Saya diam sahaja. Bukan masa dan tempat yang sesuai untuk saya mencelah perbualan mereka anak-beranak. Apatah lagi saya langsung tidak mengenali mereka.

Sebagai seorang lelaki yang turut bergelar seorang ayah, anak dan cucu, saya cukup terkilan dengan perbualan mereka.

Si ibu, secara tidak langsung, sedang mengajar dan mendidik anak lelakinya cara supaya kedekut dan berkira-kira.

I really believe that son of hers has all the right reasons to give his grandmother some money so that the money can make his grandmother happy. But yet, the mother insists the son not to.

Kerana bola itu bulat.

Cubalah bayangkan suatu hari nanti apabila si ibu yang bernama Aminah itu menjadi cukup tua, dan si anak lelaki ini yang bernama Ali melarang anaknya yang bernama Abu (cucu kepada Aminah) daripada memberikan sedikit wang kepada Aminah.

Pada masa itu, Aminah perlu mengakui bahawa sifat kedekut dan berkira-kira yang ditunjukkan oleh Ali adalah berpunca daripada ‘didikan’ Aminah sendiri. ‘Didikan’ yang dulu semasa Aminah melarang Ali daripada memberi ‘sedekah’ atau hadiah kepada neneknya, yang berlaku hari ini di hadapan mesin ATM.

Kerana bola itu bulat dan boleh berputar-putar, tidak mustahil perkara yang kita lakukan kepada orang hari ini akan dilakukan kepada kita pada suatu hari nanti.

Berhati-hatilah, wahai ibu bapa sekalian. Bukan duit yang didambakan. Tetapi sifat baik seorang manusia yang perlu ditanam ke dalam diri anak-anak kita.

Biar kita ajar anak-anak kita suka berbakti kepada orang tua, biar kita ajar anak-anak kita suka menyayangi dan merapati orang tua.

Biar kita didik anak-anak kita betapa pentingnya murah hati dan menggembirakan hati orang tua, biar kita besarkan anak-anak kita dengan nilai-nilai Islam yang indah.

“Bersedekah kepada orang miskin adalah satu sedekah, dan kepada saudara-mara ada dua (kebaikan); sedekah dan silaturrahim.” (HR. Ahmad, Tirmidzi, Nasa’i, Ibnu Majah dan Hakim, Shahihul Jami’ no. 3858)

Biar miskin kerana suka memberi, jangan kaya kerana pentingkan diri sendiri.

#Panas di Geleng Kepala, Ibu Larang Anak Beri Duit Kepada Neneknya

Pernah Hidup Susah Dan Dipulaukan Kerana Tak Pandai, Kini Aku Seorang Cikgu

$
0
0
Pernah Hidup Susah Dan Dipulaukan Kerana Tak Pandai, Kini Aku Seorang Cikgu merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Pernah Hidup Susah Dan Dipulaukan Kerana Tak Pandai, Kini Aku Seorang Cikgu.

Dulu…

Pernah orang tak nak kawan dengan aku sebab aku tak pandai (tadika). Nak tulis nombor dua pun tak tahu.

Baru 2,3 bulan masuk tadika dah pindah kampung (penceraian keluarga). Itu pun tak habis juga belajar sebab tak ada orang nak hantar. Susahnya dulu tak ada motor dan kereta. Perjalanan ke sekolah dalam 1.5-2km.

Di sekolah rendah, aku antara top 5..

Aku suka belajar. Rasa puas kalau cikgu puji.

Cikgu Maizatul

Cikgu Maizatul

Pernah sekali ada pertandingan di PD, aku terpilih mewakili sekolah. Tapi kasut aku koyak, mak aku tak ada duit nak beli. Rezeki malam tu, lepas mengaji, ada cucu atok yang ajar mengaji bagi aku kasut nurse yang dia tak muat.

Gembiranya aku rasa malam tu sebab aku dah tak malu bila pergi sekolah orang lain.

Baju jalan-jalan hanya bertukar setahun sekali. Susahnya kami dulu, syampu tak pernah ada. Pakai sabun je lumur kat kepala. Berus gigi, seluar dalam kami kongsi adik-beradik. Tandas kat luar. Darjah 3 dah kena basuh baju sendiri. Mesin basuh ada masa aku tingkatan 6 kot.

Dapat belanja 10 sen, aku nangis-nangis.. Nak buat macam mana kalau itu yang mak aku mampu bagi (sekolah rendah).

Kerana kesusahan itu, aku mula mencari rezeki seawal darjah 4. Cuti sekolah aku ikut abang isi tanah dalam plastik hitam. Satu plastik dapat 6 sen. Sehari dapatlah RM6 untuk 100 plastik. Cukup 3 minggu kerja, kena demam panas.

Semasa bersama dengan tentera simpanan TUDM.

Semasa bersama dengan tentera simpanan TUDM.

1994, pindah di Selangor.

Tingkatan 1.. cuti sekolah hujung tahun aku kerja isi pampers dalam plastik. Kedai tu masih ada di Taman Permata, Hulu kelang. Dapatlah duit beli baju sekolah dan kasut yang mahal sikit. Tak lupa hulur mak duit gaji.

Habis tingkatan 5… kerja Guardians Pharmacy.

Semasa lower 6, cuti hujung tahun kerja KFC, raya pun kena kerja. Memang best gaji triple! Ingat lagi tak DaNia Estelle?

Habis upper 6, dapat jadi guru sandaran di SK Kuala Ampang 2. Memang syok jadi cikgu ni.. hehe.

Masuk UUM, berbekalkan gaji cikgu sandaran dan duit PTPTN. Sepanjang pengajian, dua kali je mak aku pernah bagi duit belanja. Selebihnya, aku guna duit PTPTN dan elaun tentera simpanan.

Tamat belajar, dapat jadi pegawai kontrak kat Mindef. Cukup 2 tahun, aku dapat tawaran dari MILS di bawah MISC, sebuah syarikat yang cukup gah dahulu.

Cikgu Maizatul bersama murid-murid.

Cikgu Maizatul bersama murid-murid.

Sekarang, syukur.. Rezeki menjadi cikgu sudah cukup untuk aku berkongsi.

Itu sebab, aku cukup pantang kalau ada orang mencuri, mengambil hak orang yang mmg susah.

Lagi menyampah dengan orang yang salahkan parent, salahkan kerajaan, salahkan orang lain. Kalau ingin berjaya, berusaha.

Dulu, dapat peluang belajar, tak nak buat baik-baik. Lepas tu dapat kerja yang gaji sikit bising-bising.

Dah tahu gaji sikit, buat dua kerja. Rezeki ada di mana-mana.

Jadi, mana-mana pelajar yang baca kisah cikgu, korang jangan malas belajar untuk masa depan korang tau.

Pointnya…. (panjang betul mukadimah aku).

Bila lihat murid dengan kasut ni.. timbul rasa sedih. Sebab aku pernah melalui zaman susah.

Kasut murid susah.

Kasut murid susah.

Kasut pelajar susah.

Kasut murid susah.

Yang seorang ada mak ayah tapi bergaduh.

Yang seorang duduk dengan makcik yang sederhana tapi tiada mak dan ayah.

Berikan mereka sedikit keceriaan.

Nota editor: Cikgu Maizatul telah bermurah hati menghadiahkan dua orang pelajar ini dengan kasut sekolah baru. Selamat hari guru, Cikgu Maizatul dan cikgu-cikgu seluruh Malaysia!

#Panas di Pernah Hidup Susah Dan Dipulaukan Kerana Tak Pandai, Kini Aku Seorang Cikgu

Impian Travel Solo Bawa Gadis Ini Berkayuh Basikal Hampir 3 Bulan Di New Zealand

$
0
0
Impian Travel Solo Bawa Gadis Ini Berkayuh Basikal Hampir 3 Bulan Di New Zealand merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Impian Travel Solo Bawa Gadis Ini Berkayuh Basikal Hampir 3 Bulan Di New Zealand.

Seringkali bila travel ke New Zealand, motorhome menjadi pilihan ramai sebagai kenderaan untuk menjelajah negara ini. Ditambah dengan kemudahan prasarana yang disediakan oleh Tourism New Zealand untuk kemudahan parking dan menyelia motorhome menjadikan pengembaraan di negara ini sesuatu yang unik.

Tapi berbeza dengan seorang gadis yang lebih gemar dikenali sebagai Violet Biru. Beliau lebih gemar berbasikal secara solo sewaktu mengembara hampir 3 bulan di negara Kiwi ini.

Sebelum bercerita lebih lanjut tentang misi berbasikal gadis ini, saya ingin bawa anda untuk mengenali serba sedikit latar belakang beliau.

Graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia ini telah meninggalkan pekerjaan terakhir beliau sebagai engineer di syarikat pemprosesan minyak kelapa sawit sejak beberapa bulan lepas. Kini Violet terlibat sebagai volunteer di sebuah kedai basikal di Bangsar.

Melihat status update di Instagram dan akaun Facebook gadis ini, pada mulanya saya menyangka beliau telah lama terlibat dalam aktiviti berbasikal. Tapi nampaknya tekaan saya silap.

Saya mula berbasikal pada awal tahun 2016 selepas memiliki basikal gear pertama pada Dec 2015 sewaktu menjadi volunteer di kedai The Basikal di Bangsar. Basikal 2nd hand yang diubahsuai oleh owner The Basikal saya gunakan untuk touring pertama saya dari Tanjung Piai, Johor ke Kuala Lumpur.

Alhamdulillah pengalaman pertama sangat berjaya dan saya bertemu dengan ramai cyclist yang banyak membantu sewaktu touring pertama saya itu. Dari situ saya jadi lebih yakin yang saya mampu untuk berbasikal pada jarak jauh. Itulah pengalaman pertama saya dengan aktiviti berbasikal.

Pengembaraan Di New Zealand Bermula

Dengan berbekalkan pengalaman pertama kali berbasikal dari Johor ke Kuala Lumpur, Violet mengorak langkah memulakan pengembaraan beliau menjelajah New Zealand pada 5 Mach 2016. Pengembaraan berbasikal secara solo gadis ini adalah di sekitar Pulau Selatan (South Island).

Ditanya dari mana datangnya idea untuk berbasikal di New Zealand, jawab Violet;

“Saya sukakan alam semulajadi. Dan saya tahu NZ mempunyai lanskap yang sangat menakjubkan dan saya ingin alami sepenuhnya keunikan alam di New Zealand.

Jadi saya rasakan dengan cara berbasikal saya dapat penuhi apa yang saya ingin lihat. Saya juga sangat meminati fotografi. Dengan basikal perjalanan saya jadi lebih fleksible dan memudahkan saya untuk penuhi minat saya iaitu mengambil gambar pemandangan yang cantik di sepanjang laluan saya”.

Diwaktu yang sama NZ juga merupakan negara yang sangat cyclist friendly menjadikan saya rasa lebih selamat berbasikal di NZ.  Selain itu, dengan berbasikal lebih mudah untuk saya bersosial dan mendekati orang sekeliling terutamanya rakyat tempatan – Violet.

Berkenaan basikal yang ditunggang oleh gadis ini, terang Violet basikal tersebut dibawa dari Malaysia. Ia merupakan basikal dari gabungan 2nd hand part dari basikal lain. Ada beberapa part yang telah beliau tambah agar lebih selesa dan sesuai untuk perjalanan jarak jauh.

“Yup ia memang touring bike. Saya invest pada hub gear dan saddle kerana sebelum ini sewaktu berbasikal di Malaysia saya menghadapi masalah dengan saddle dan gear.

Setelah berbincang dengan owner The Basikal kami ambil keputusan untuk upgrade gear kepada hub gear untuk memudahkan pengendalian dan saddle yang lebih selesa. Part lain semua dari 2nd hand bike” – Violet.

berbasikal-di-new-zealand-1

“Ini first trip saya di mana saya nak belajar ketuk pintu rumah orang. Bukan apa selama ni travel hanya dapat keindahan sahaja. Kali ni nak lebih. Nak prespektif nature dan juga dari mata local. Semoga Allah redha!” – 5 Mach 2016.

berbasikal-di-new-zealand-8

“I don’t know how long its take me, but I am going somewhere beautiful!

Thanks sangat pada #siraptourer Khairin Lennon yang bagi pinjam tools dan bag. Semua tu bag dorang. Nak cakap sini yang penting semangat. Benda lain tu semua kita yang buat dia. Haha nampak tak semangat?!

Dan this maybe last update sebab lepas ni dah limited connection almaklum nak jimat bateri dan tak ada sim card huhu. Nak online fulltime dengam alam. Doakan saya!”

berbasikal-di-new-zealand-9

Morning Malaysia! View saya untuk hari ni. Syukur sangat!

Peluang Hiking

Selain daripada berbasikal, gadis yang sukakan aktiviti mendaki gunung ini juga turut berpeluang hiking di beberapa lokasi di sepanjang laluan pengembaraan beliau.

Yup saya sukakan hiking! Tapi saya hanya buat day trip sahaja kerana kekangan masa dan budget. Trail pertama saya adalah bersama host saya di Christchurch.

Setakat ini Violet telah melakukan pendakian di Christchurch (Taylor Mistake track), Lake Rotoiti (Bushline Hut track), Cable Bay Trek, Wanaka (Roys Peak & Mt Iron), Mt Cook Village (Muller Hut track, Hooker Valley track dan Tasman Glacier track) dan Tekapo (Mt. John track).

berbasikal-di-new-zealand-4

“Hari ni kami buat trekking di Taylors Mistake trail kemudian lepak di Sumner Beach. Taylors Mistake ni trail dia serupa macam trail dekat Pasang Savana ala-ala dari Sembalun ke Pelawangan Sembalun tapi tambah awesome dengan laut kat sebelah tepi.

Angin kuat tok sah cerita la. Selain dari berjalan kaki boleh juga kalau nak ride dengan MTB. Wow hari ni aku memang kagum sangat dengan ciptaan Allah dekat New Zealand ni. Betullah orang kata New Zealand ni awesome sangat!” — at Taylors Mistake”.

berbasikal-di-new-zealand-3

“Hi! Hike dekat Cable Bay bebiri berlambak-lambak. Bila kita jalan dia punya tenung kemain. Bila ajak bermesra laju gila beliau berlari”. — in Cable Bay, New Zealand.

berbasikal-di-new-zealand-5

“View from Paddys Trek! Can see Lake Rotoiti and St Arnaud Range. Awesome! Cuma berawan mendung”.

berbasikal-di-new-zealand-6

Yeah #bucketlist complete! Roys Peak! With view of Lake Wanaka and Mt Aspiring! Dah 3 hari sampai Wanaka. Hari ni merepeut dekat library sebab hujan sini. — at Lake Wanaka.

Berkhemah Untuk Jimatkan Kos

Berkenaan tempat tidur dan berehat pula, menurut Violet di kebanyakan masa beliau berkhemah di campsite (DOC) yang banyak terdapat di NZ. Caj yang dikenakan di campsite bagi tapak khemah juga lebih murah berbanding menginap di dorm / hostel. 

Namun begitu jika hujan lebat, Violet tiada pilihan melainkan menginap di dorm hostel.

“Contohnya sewaktu saya berbasikal dari Haast ke Makarora waktu itu hujan lebat dan ketika saya tiba di Makarora saya totally wet dan hujan masih lebat. Jadi saya pilih untuk tidur di dorm untuk memastikan badan saya sentiasa sihat dan tidak jatuh sakit.

Selain itu jika berada di bandar besar, caj tapak khemah dan dorm yang dikenakan lebih kurang sama harga. Dalam situasi ini saya memilih dorm kerana lebih mudah.”

Sebagai contoh di bandar Dunedin, harga dorm adalah sekitar 25NZD dengan unlimited wifi, hot shower dan sarapan percuma berbanding campsite yang memerlukan kos tambahan untuk hot shower, wifi dan sarapan” – Violet.

Tambah Violet lagi, adakala beliau menginap di hostel sebagai ‘reward’ atas penat lelah beliau terutama apabila perlu berkayuh mendaki bukit.

“Contohnya waktu di Mt Cook saya memilih untuk tinggal di dorm (YHA HOSTEL) berbanding di khemah kerana suhu yang semakin sejuk. Dan saya menganggap berada di YHA hostel sebagai satu reward untuk saya selepas 2 bulan berbasikal” – Violet.

Menginap di hostel juga turut memberi peluang untuk Violet bersosial dan berkenalan dengan pengembara lain serta saling bertukar info dan berkongsi kisah pengembaraan masing- masing.

“Selain itu caj YHA hostel juga lebih murah untuk cyclist. Mereka memberikan potongan diskaun sehingga 25-30%. Jadi saya rasa ia pilihan yang bijak. Hehe” – Violet.

Couchsurfing / Warmshower Membership

Selain daripada itu Violet turut mengambil manfaat daripada courchsurfing / warmshower membership. Terang Violet;

“Saya merupakan antara ahli dalam warmshower yang mana ia merupakan satu website untuk para cyclist saling bertukar info dan memberikan khidmat tempat tinggal kepada ahlinya.

Yup konsepnya sama seperti courchsurfing tetapi lebih kepada cyclist. Tujuan saya tinggal bersama local people selain daripada dapat menjimatkan kos, saya juga dapat berkenalan dan meminta pandangan tentang route cycle di NZ.

Sejujurnya waktu saya datang ke NZ saya tidak mempunya proper cycle route jadi apabila bertemu dengan mereka saya dapat meminta pandangan route apa yang saya patut ambil. Local knows better! Selain itu saya juga dapat belajar dengan mereka tentang masyarakat tempatan di NZ” – Violet.

berbasikal-di-new-zealand-10

“Sekali ada wifi free plak dekat toilet ni. Haha! Belanja satu picture. Rupanya jalan yang lalu nk ke Hanmer Spring ni dipanggil Alpine Pacific Triangle”.

berbasikal-di-new-zealand-18

Semalam tidur mengadap Lake Pukaki hari ni mengadap Lake Tekapo. Thanks YHA hostel sebab ada tent site untuk cyclist with special price. Jimat berbanding duduk holiday park. Dah la wifi unlimited free boleh la layan Sin Chan malam ni dari dalam tent.  Hahaha. Ko hadow?— at Lake Tekapo NZ.

berbasikal-di-new-zealand-14

This 2 days akan duduk rumah host dekat Tuamarina. Hari ni dia ajar buat muffin. Bestnya semua buah ambil dekat laman je! — in Tuamarina, New Zealand.

berbasikal-di-new-zealand-15

“Kini masa balas budi. Pisang goreng la weiii. Padahal kat Malaysia tak pernah pun buat pisang goreng! Esok dah nak start berkayuh. Dah tak ada gunung dah. Start esok kita ke tebing laut plak!” — in Tuamarina, New Zealand.

berbasikal-di-new-zealand-11

“Pemandangan Waiau Ferry Bridge. Kalau nak ke Hanmer Spring memang akan lalu jambatan ni. Waktu ke sini tadi ada kebakaran hutan. Pegawai bomba di bawah kasi saya lalu dulu sebab jalan sempit. Dia akan mengawal trafik di bawah.

Sekali bila lalu mak aihh mendaki. Tak sanggup nak berhenti snap gambar sebab ada yang mengawal trafik untuk saya kan. Kalau berenti alamat berjam lah.

Musim panas di New Zealand ni kebanyakan hutan jadi kering dan mudah terbakar. Semua campsite dilarang mengadakan pembakaran. Jambatan ni juga popular untuk terjun bungy. Boleh la terjun dari jambatan ni!” – Violet.

berbasikal-di-new-zealand-17

Cabaran Dan Halangan

Ditanya tentang halangan dan cabaran yang ditempuh, menurut Violet sehingga ke saat ini tiada halangan besar yang ditempuh. Malahan orang-orang di NZ sangat membantu. Jalan di negara ini juga sangat cyclist friendly.

Kalau di tanya halangan mungkin visa. 3 bulan untuk berbasikal di sini adalah waktu yang sangat singkat hehe.

Faktor cuaca di NZ  yang sentiasa berubah-ubah adakala agak menyukarkan perjalanan beliau terutama ketika hujan dan angin kencang.

Sambung Violet lagi, pernah sewaktu berkhemah di Invercargill dan Tekapo angin sangat kuat sehingga menyebabkan khemah beliau hampir terbang. Bila malam suasana angin kuat kadang-kadang agak menakutkan.

Tetapi dari situ beliau belajar bagaimana mahu survive ketika berhadapan dengan angin kencang terutama dari segi setting khemah dan tapak khemah yang sesuai.

Berbasikal ketika angin kencang yang datang dari hadapan juga antara cabaran yang terpaksa ditempuhi. Bayangkan ketika turun bukit tetapi masih terpaksa berkayuh disebabkan angin kencang yang bertiup dari arah hadapan.

Adakala basikal beliau ditolak ke tepi oleh angin yang menyebabkan sukar untuk beliau mengimbangkan badan. Ini juga menjadikan beliau berada dalam situasi amat berbahaya terutama ketika sedang berbasikal di atas highway.

Trak panjang di NZ juga kadang-kadang merimaskan terutama ketika berbasikal di sekitar west coast. Jalan sempit dan berbukit dengan trak besar lalu lalang antara cabaran yang harus ditempuhi.

berbasikal-di-new-zealand-19

“When I’ve arrived at Riverton there’s a rainbow waiting for me! Totally wet when I’ve arrived Invercargill. Gonna spend more time here. And plan next route! — in Invercargill, New Zealand”.

berbasikal-di-new-zealand-28

“Mendaki lebih 15KM dengan laluan berbatu macam ni memang mencabar. Rasanya 10% je saya mengayuh 90% lagi tolak. Dengan load macam ni memang ada rasa nak humban masuk gaung je. Ini trek dari Hanmer naik ke Jack Pass melakui Clarence road. Bertabah lah kerana view di sebalik gunung adalah sangat menggiurkan!”

berbasikal-di-new-zealand-16

“Kepala lutut buat hal plak. Ni ha ubat dia. Sebab beli air ni sebab nak ais je nak tuam kat lutut huahuahua”.

berbasikal-di-new-zealand-29

Kenderaan Lain Yang Dinaiki Selain Daripada Basikal

Menurut Violet selain daripada basikal, beliau juga turut bergerak ke lokasi lain dengan menaiki  steam ship, steam train dan shuttle bus.

Steam ship diambil oleh gadis ini daripada Queenstown ke Walter Peak station kerana beliau ingin melalui off road (jalan dalam) untuk ke Te Anau. Jalan ini juga dikenali sebagai around the mountain route di mana ia memerlukan Violet mengambil steam ship.  Ia juga merupakan satu pengalaman baru bagi Violet yang pertama kali merasa naik steam ship.

Kaedah lain yang digunakan oleh Violet adalah menaiki steam train daripada Dunedin ke Middlemarch. Beliau mengambil steam train ini untuk merasa dan melihat sendiri keindahan countryside NZ dengan pengalaman berkereta api.

Cara ke 3 adalah dengan menaiki shuttle bus dari Invercargill ke Dunedin. Keputusan untuk menaiki bas ini adalah satu tindakan yang sangat berat untuk dilakukan tetapi setelah mengambil kira banyak faktor beliau teruskan juga dengan kaedah ini.

Antara faktornya yang mempengaruhi adalah keadaan cuaca yang hujan di sepanjang minggu tersebut dan juga masa yang semakin suntuk.

Saya perlu memilih sama ada jika berkayuh dari Invercargill ke Dunedin atau berada lama di Mt Cook.

berbasikal-di-new-zealand-24

“Dansey pass (935m) from Naseby to Duntroon! Yeah I take steam train from Dunedin to Middlemarch and then cycling to Ranfury and Naseby then took the Dansey pass to omarama and now at Twizel. Seriusly Dansey Pass is awesome! And now its autumn!” — at Danseys Pass.

berbasikal-di-new-zealand-22

Train or bus? Beza kos banyak tapi beza pengalaman lagi banyak. Jangan berkira sangat hehe”.

berbasikal-di-new-zealand-23

“Hola Dunedin! Haha semalam kat Invercargill hari ni kat Dunedin. Saya ambil bas pagi ni ke Dunedin. First time cheat tak kayuh sebab cuaca tak ok dan dah tak cukup masa wei banyak nak cover. Hehe so be prepared for the next off road here!”— at Dunedin NZ.

Bekalan Makanan

Ditanya tentang bekalan makanan pula, menurut Violet, beliau tidak membawa bekalan makanan yang banyak kerana setiap hari beliau akan pekan kecil. Bekalan makanan akan dibeli di kedai dan pasaraya yang terdapat di bandar tersebut.

Namun apabila beliau perlu melalui jalan dalam (back country) seperti Molesworth Road di mana tiada kedai akan ditemui selama 5 hari, bekalan makanan yang mudah dimasak dan mengenyangkan seperti spageti, lobakm kentang dan telur.

Selalunya bila berbasikal saya menjadi vegetarian. Basikal saya mempunya 4 pannier, satu pannier di bahagian tayar depan memang dikhaskan untuk makanan jadi saya letak apa yang muat sahaja. Itu cara saya kawal muatan dan bekalan makanan. Selain itu saya juga selalu membawa roti dan jem serta biskut dan epal sebagai lunch pack saya.

Ujar Violet lagi, apabila singgah di sesebuah pekan beliau akan berhenti mengayuh basikal untuk satu tempoh selama 2 ke 5 hari. Pada ketika inilah gadis ini akan membeli stok beras, tepung dan makanan lain.

berbasikal-di-new-zealand-30

Bila mood aku datang cenggini ha masak buat minum petang katanya!

berbasikal-di-new-zealand-26

Jemput makan! Dinner hari ni!

berbasikal-di-new-zealand-27

Akhirnya haaa!

Bajet, Kos Pengembaraan Dan Faktor Yang Mempengaruhi

Berkenaan bajet bagi sepanjang pengembaraan ini ujar Violet ianya agak subjektif.

“Saya tak berani nak letak berapa bajett sebab lain orang lain cara. Apa yang saya boleh kongsikan jika saya memilih untuk hanya tinggal di DOC campsite bajet sehari adalah antara 5 – 10NZD.

Jika tinggal di dorm kos untuk sehari adalah antara 25 – 30NZD dan jika ke campsite holiday park bajet sehari adalah antara 15 – 20 NZD.

Bajet makan pula jika masak sendiri untuk seminggu dalam 10-20nzd. Kebanyakan bajet saya banyak tertumpu kepada makanan dan tapak khemah.” – Violet.

Ujar Violet lagi bajet juga dipengaruhi oleh route yang diambil dan masa yang diperuntukkan.

Selain daripada itu, musim juga turut mempengaruhi. Waktu siang lebih panjang pada waktu malam berbanding musim sejuk.

Kebanyakan cyclist datang berbasikal di New Zealand ketika musim panas kerana  suhu lebih selesa. Di musim lain juga masih boleh berbasikal di NZ. Cuma para penunggang basikal perlu  bersedia dengan kelengkapan yang sesuai mengikut musim terutama  jenis khemah, pakaian dan sleeping bag.

Bertemu Orang Malaysia Di New Zealand

Walau sejauh mana kaki melangkah pasti terselit rindu kepada keluarga di tanah air.

Menurut Violet banyak kali juga beliau terserempak dengan orang Malaysia sepanjang mengembara di sana. Pertemuan pertama beliau adalah dengan satu keluarga Cina dari Seremban yang teruja melihat Violet berbasikal di NZ. Biskut beras turut diberikan sebagai bekalan oleh keluarga ini.

“Saya juga berjumpa dengan keluarga Pak Ali yang merupakan owner Jeruk Pak Ali Pulau Pinang. Mereka mengajak saya makan tengahari bersama. Masa tu saya rasa sangat terharu sebab dapat makan nasi putih dan kari ayam setelah lebih 2 minggu jadi vegetarian.

Selain itu saya juga telah bertemu dengan keluarga Yazid Zulme yang menumpangkan saya dari Te Anau ke Milford Sound dan malamnya kami masak asam pedas ikan salmon bersama-sama.

Ujar Violet lagi beliau juga telah bertemu beberapa kawan di kalangan rakan Facebook beliau. Yang kelakarnya mereka menegur gadis ini dengan nama Violet dan bukannya nama sebenar beliau.

Insiden lain yang turut menjadi kenangan manis bagi gadis ini apabila disapa oleh kapten Southern Journey Cruise di supermarket di Te Anau.

Dia cakap dia nampak saya berbasikal di Mt Nicholas. Kemudian dia suruh saya datang ke Milford Sound. Bila tiba di sana dia belanja saya naik cruise dan lunch atas cruise. Itu juga telah jadi satu kenangan manis buat saya sebab bila orang mula ingat tentang saya. Rasa macam keluarga sangat” – Violet.

Kenangan bertemu dengan ramai cyclist lain dan saling bertukar cerita turut menjadi satu kenangan manis dan lucu apabila mereka bersama-sama mengenang kembali jalan yang dilalui dengan berbasikal dan pernah melalui penyiksaan yang sama.

Violet juga rasa seronok apabila disapa oleh pengembara lain yang seolah tidak percaya apabila melihat beliau berbasikal. Mereka banyak memberi galakan dan sokongan walaupun baru sahaja bertemu.

Mereka percaya saya mampu menyudahkannya – Violet.

berbasikal-di-new-zealand-33

Kenangan dengan keluarga Yazid Zulme di Miford Sound.

berbasikal-di-new-zealand-35

With the captain of Southern Journey Cruise. Thanks for the ride and lunch.

berbasikal-di-new-zealand-12

Hujan emas di negeri orang. Hujan batu di negeri sendiri. Indah lagi negeri sendiri. Miss you Malaysia tapi bumi tuhan ni luas dan harus dijelajah.

Pengalaman Lucu

Pengalaman lucu bagi Violet ialah apabila bertemu dengan orang yang sama berulang kali.

“Saya takkan melupakan pasangan dari Perancis bernama Justine dan Fro. Pertama kali kami bertemu adalah di Hanmer Spring. Waktu itu mereka baru sahaja selesai melakukan Rainbow Track manakala saya baru hendak memulakan Molesworth Station Track. Mereka banyak berkongsi tips berbasikal di NZ.

Kemudian saya bertemu kembali mereka di Wanaka. Sangat terkejut sebab mereka mengejar saya waktu itu. Dari situ kami mula menyakat antara satu sama lain dan mengatakan siapa yang ikut siapa.

Kemudian kami berjumpa lagi di Queenstown. Waktu itu kami sama-sama naik steam ship untuk ke Walter Peak. Berkayuh 2 hari dari Walter peak ke Mavora Lakes bersama mereka adalah pengalaman yang sangat manis dan lucu. Kami berkhemah bersama di dalam hutan dan Flo sentiasa berkongsi idea-idea ‘how to survive’ beliau. Dia pernah cuba menyalakan api menggunakan kayu tetapi tidak berhasil.

Di hari terakhir kami berpisah. Mereka kata mahu terus ke Invercargill tanpa singgah ke Te Anau  iaitutempat yang saya akan tuju tetapi 2 hari selepas itu saya berjumpa mereka di Te Anau” – Violet.

berbasikal-di-new-zealand-34

Me with Justine and Fro.

Pengalaman Ngeri

Dari segi pengalaman ngeri pula berikut adalah perkongsian gadis ini.

“Sewaktu berkayuh di Molesworth Station. Waktu itu sudah masuk 4 hari berkayuh dari Cob Cottage hendak keluar ke Camden. Perjalanan disekeliling adalah gunung-ganang dan ladang ternakan lembu dan kambing.

Untuk jumpa kereta yang disepanjang laluan ini sangat sukar hingga ke satu saat saya tiba-tiba rasa lost dan mula hilang keyakinan diri. Saya mula rasa takut apabila melihat didepan juram yang besar dan jalan yang tidak ada penghujung.

Waktu itu rasa nak jerit minta arah jalan tapi tiada siapa yang boleh dengar. Saya duduk seketika dan mula mengumpul kembali rasa percaya bahawa saya tidak akan tersesat.

Alhamdulilallah selepas sejam meneruskan perjalanan terjumpa sebuah kereta yang lalu dan beliau memberitahu bahawa jalan yang saya lalu adalah betul. Cuma malam itu saya terpaksa ‘wild camping’ di sebelah anak sungai sebab perjalanan untuk keluar masih lagi jauh” – Violet.

berbasikal-di-new-zealand-13

“Naik gunung tu tak mudah, bila heret basikal dengan beban yang 10 kali ganda aku tanya diri aku apesal aku bawa banyak sangat benda lagi susah. Tapi susah macam mana kena harung jugak sebab bukan ada siapa kau boleh call atau kereta kau boleh tahan sambil senyum sengih nak tumpang boleh?

Masa tu lah mulut akan cakap Allahumma yassir wala tu’assir. Permudahkanlah ya Allah jangan Kau sulitkan.

Masa naik gunung ni aku rasa nak give up. Menyumpah sikit dalam hati tapi tetap pedal. Sampai dekat top aku jadi ragu-ragu wajar ke aku turun ni kalau lah salah jalan mau pengsan nak panjat naik balik. Masa tu lah GPS tak tunjuk sebarang pergerakan. Statik. Dalam hati tawakal jelah.

Kau bayangkan takut masa tu? Sapa kata aku tak takut. Aku tak berani cuma aku yakin je route tu selamat dan doa Allah jaga aku. Alhamdulillah keluar gak dari belantara debu. Waktu turun downhill ni banyak aku belajar. Bersusah-susah dahulu, ha kan senang turun pecut melompat-lompat baq hang!”

berbasikal-di-new-zealand-21

“Actually kejadian rack patah dah 2 hari lepas. 2 hari jalan dengan rack sebelah. Alhamdulillah sampai Twizel dah keluarkan dah screw tu, habis di grinder. Untuk tambah safety segala cable tight kasi ikat. Oklah moh la kita cycle ke Mt Cook. Jumpa lagi next…. Entah.”

berbasikal-di-new-zealand-20

“I knew that if I allowed fear to overtake me, my journey was doomed. Fear, to a great extent, is born of a story we tell ourselves, and so I chose to tell myself a different story from the one women are told. I decided I was safe. I was strong. I was brave. Nothing could vanquish me” – Cheryl Strayed, Wild: From Lost to Found on the Pacific Crest Trail. VB on tour South Island New Zealand!

Kesan Positif Kepada Diri Dari Pengembaraan Solo Di New Zealand

Menurut Violet berada berseorangan dengan basikal di negara yang asing merupakan satu pengalaman yang agak mencabar. Tetapi gadis ini sentiasa belajar untuk mempositifkan diri dan memberi galakan pada diri sendiri bahawa beliau boleh lakukannya selagi beliau mahu dan tidak mudah berputus asa.

“Saya rasa perkara yang sangat memberi kesan pada diri ialah apabila saya mula percaya pada diri yang saya mampu lakukan sesuatu yang pada orang sangat mustahil. Selain itu rasa percaya pada diri itu juga membuat saya menjadi percaya bahawa adanya pertolongan dari Allah dalam setiap situasi mencabar yang saya tempuhi”.

Selain daripada itu menurut gadis ini juga beliau terpaksa menjadi lebih kreatif terutama apabila berhadapan dengan masalah seperti stove rosak dan rak basikal patah.

“Saya jadi lebih tenang menghadapi masalah dan belajar untuk selesaikan satu-satu masalah tanpa perlu merasa gelabah” – Violet.

berbasikal-di-new-zealand-32

“Biru air tasik sebiru sabun Fab. Entah kenapa bila aku tengok Lake Pukaki yang warna biru ni mengingatkan aku pada air sabun”. — at Mount Cook.

berbasikal-di-new-zealand-31

“Gemilang sungguh cuaca hari ini. Kat NZ ni pagi tadi hujan lebat tengah hari kemain sampai kering baju. Sebab tu orang cakap kat NZ dalam satu hari boleh ada 4 musim. You’ll never expect!“— at Lake Rotoiti – St Arnaud.

berbasikal-di-new-zealand-7

Stove rosak. Terjadi kejadian drama Tamil tadi. Pernah tengok filem Wild tak? Masa perempuan tu tak dapat guna stove dia. Begitulah keadaan aku sekarang grrr. Nasib baik dah standby emergency ration. Huhu.

Kat sinilah kau nak rosakkan? Bertabahlah. Kata nak ‘wild’ sangat! — at Balmoral Recreation Reserve Campground, Hurunui.

Reaksi Keluarga

Berbasikal seorang diri di negara asing pastinya menimbulkan kegusaran di hati keluarga gadis ini. Sambil ketawa Violet berkata;

“Saya rasa mak saya dah imune dengan minat saya cuma mesti ada rasa risau. Saya janji keep calling dan update perkembangan semasa dan yang penting sekali sentiasa jaga diri. Alhamdulillah cuba terima tapi kadang-kadang dia pun rasa pelik kenapa anak dia yang sorang ni suka sangat benda-benda macam ni”.

Pesanan Buat Yang Ingin Berbasikal Di NZ

Jika ada keinginan lakukan sahaja. NZ sangat cyclist friendly dan sangat mudah untuk berbasikal di sini. Selain itu terdapat banyak cycle route dengan pemandangan yang sangat menakjubkan. Anda tak kan menyesal.

Rakyat NZ juga sangat aktif berbasikal. Boleh dikatakan setiap rumah mesti ada basikal malah pada kereta mereka juga ada rak untuk menyangkut basikal. Kalau datang ke NZ dan punya waktu terluang saya sarankan anda menyewa basikal dan cuba berbasikal paling kurang setengah hari. Perasaan dan nikmatnya lebih lain daripada travel biasa.

Baca lagi: Inilah 20 Tip Cara Saya Berjimat Sewaktu Travel Di New Zealand

#Panas di Impian Travel Solo Bawa Gadis Ini Berkayuh Basikal Hampir 3 Bulan Di New Zealand

Perkara Pelik Tapi Benar Berlaku Pada Malam Sekitar Konsert Akhir Gempak Superstar!

$
0
0
Perkara Pelik Tapi Benar Berlaku Pada Malam Sekitar Konsert Akhir Gempak Superstar! Perkara Pelik Tapi Benar Berlaku Pada Malam Sekitar Konsert Akhir Gempak Superstar! . Update informasi dan maklumat. Ulangsiar gambar dan artikel perkongsian dari blog kategori #Informasi #Maklumat yang memaparkan sesuatu yang baru dan sensasi di Blogosphere Malaysia. Semoga Perkara Pelik Tapi Benar Berlaku Pada Malam Sekitar Konsert Akhir Gempak Superstar! menjadi antara bahan bacaan baik untuk pembaca blog Natang Ngoh.
 Perkara Pelik Tapi Benar Berlaku Pada Malam Sekitar Konsert Akhir Gempak Superstar!

Perkara Pelik Tapi Benar Berlaku Pada Malam Sekitar Konsert Akhir Gempak Superstar!

Nampak tak ape yang pelik dalam foto tu?? btw.. Tahniah! Elizad juara Gempak Superstar


Pelakon Elizad menepati ramalan penonton apabila dinobatkan sebagai juara Gempak Superstar yang bersiaran secara langsung di Pinewood, Johor Baharu, malam Ahad.

Elizad atau nama sebenarnya Siti Elizad Sharifudin, 32, menerima hadiah berupa wang tunai RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro.

Naib juara pula jatuh kepada Sherry Ibrahim sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM25,000 dan trofi.

Tempat ketiga dimiliki oleh Arja Lee manakala tempat keempat dirangkul oleh Soffi Jikan. Masing-masing membawa pulang wang tunai berjumlah RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi.

Sementara itu, Nazim Othman terpaksa berpuas hati apabila namanya diumumkan sebagai pemenang tempat kelima dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM5,000 dan trofi.
Untuk konsert akhir ini, Sherry Ibrahim telah dipilih sebagai pemenang anugerah khas Terlajak Gempak Superstar yang diberikan oleh Datuk Aliff Shukri.

Hadiah disampaikan oleh Pengurus Saluran Astro Ria dan Ria HD, Raqim Ahmad.

Markah peserta diadili 50 peratus daripada juri tetap iaitu Ogy Datuk Ahmad Daud, Amy Mastura, dan Datuk Yusof Haslam selaku juri jemputan manakala 50 peratus lagi berdasarkan undian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) penonton.

Konsert akhir Gempak Superstar disiarkan di Astro Ria (saluran 104), Ria HD (saluran 123), Astro Prima (saluran 105) dan Maya HD (saluran 135).

namun begitu sesuatu perkara tidak disangka adalah apabila  Hashtag Gempaksupertar menjadi trending hashtag diseluruh Malaysia walaupun dikatakan rancangan ini dikecam hebat oleh rata-rata rakyat malaysia yang mengatakan rancangan ini hampir kesemua pesertanya tidak boleh menyanyi,

namun begitu perkara tidak disangka kedua berlaku adalah apabila Elizad diumum kan sebagai juara. Kebanyakan peminat rancangan ini amat tidak berpuas hati kerana semamangnya Elizad tidak layak untuk menjadi juara.

Namun begitu ada sesetengah pihak mengatakan Elizad menjadi juara kerana kehebatannya melayan peminatnya melalui fansclub nya dia selalu meluang kan masa bersama peminatnya sekali gus meraih undian dari peminat setianya berbanding peserta lain

kehebatan nazim othman dalam mempersembahkan lagunya malam tadi juga menjadi sesuatu perkara yang tidak disangka kerana perubahan mendadak cara penyampaiannya juga menarik perhatian juri pada malam itu


Makluman: Artikel Perkara Pelik Tapi Benar Berlaku Pada Malam Sekitar Konsert Akhir Gempak Superstar! termasuk media, gambar dan video bukannya penulisan, idea atau pandangan dari Admin Natang Ngoh. Laman blog ini adalah medium hebahan an perkongsian social. Semua Artikel, Gambar dan Video di laman ini adalah ulangsiar artikel viral dan popular dari website berita semasa. Much More respect from Natang Ngoh. Penghargaan kepada jomkapel penulis asal Perkara Pelik Tapi Benar Berlaku Pada Malam Sekitar Konsert Akhir Gempak Superstar!

Entri #Harian dalam dan luar Dunia. Bookmark Perkara Pelik Tapi Benar Berlaku Pada Malam Sekitar Konsert Akhir Gempak Superstar! and get update.

Dekorasi Rumah Teres 2 Tingkat Gaya Ikea. 9 Bulan Baru ‘Complete’

$
0
0
Dekorasi Rumah Teres 2 Tingkat Gaya Ikea. 9 Bulan Baru ‘Complete’ merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Dekorasi Rumah Teres 2 Tingkat Gaya Ikea. 9 Bulan Baru ‘Complete’.

Idea dekorasi kembali lagi. Kali ini adalah sumbangan Puan Jazzmine Rose yang telah sudi berkongsi sentuhan dekorasi yang telah beliau dan suami lakukan.

Rumah teres 2 tingkat yang terletak di Rawang dengan keluasan 20 x 75 ini telah mengambil masa selama 9 bulan untuk dihias mengikut citarasa pasangan yang merupakan peminat barangan Ikea ini.

Menurut Puan Jassmine, sumber rujukan beliau adalah daripada Pinterest, Google dan juga kelab-kelab dekorasi online.

Jom layan.

  1. Ruang tamu.

dekorasi-rumah-gaya-ikea-1

dekorasi-rumah-gaya-ikea-2

2. Ruang makan.

dekorasi-rumah-gaya-ikea-3

3. Dapur

dekorasi-rumah-gaya-ikea-4

dekorasi-rumah-gaya-ikea-5

dekorasi-rumah-gaya-ikea-6

4. Bilik.

dekorasi-rumah-gaya-ikea-7

dekorasi-rumah-gaya-ikea-13

dekorasi-rumah-gaya-ikea-10

dekorasi-rumah-gaya-ikea-11

dekorasi-rumah-gaya-ikea-12

Jika anda juga peminat dekorasi dan ingin kongsikan hasil sentuhan kreatif anda, emailkan kepada kami di editorial [@] thevocket.com atau hubungi kami di Facebook Page TheVocket.

Baca lagi: Idea Rumah 3 Tingkat Ini Sesuai Untuk Tanah Saiz Kecil

#Panas di Dekorasi Rumah Teres 2 Tingkat Gaya Ikea. 9 Bulan Baru ‘Complete’

Bagaimana Jika Watak ‘One Piece’ Jadi The Avengers

$
0
0
Bagaimana Jika Watak ‘One Piece’ Jadi The Avengers merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Bagaimana Jika Watak ‘One Piece’ Jadi The Avengers.

Luffy & Co dari siri komik ‘One Piece’ memang terkenal kerana komiknya yang lucu dan watak mereka yang pelbagai. The Avengers juga adalah siri kartun. Jadi, apa jadi kalau dua siri komik hebat ini digabungkan menjadi satu?

Hasilnya, memang awesome! Ini adalah karya oleh Andimoo Studios dan bukanlah dari idea pelukis asal komik One Piece, Eiichiro Oda. Zoro sebagai Thor, Luffy sebagai Captain America, Usopp sebagai Hawkeye; memang tepat kena betul dengan watak asal mereka. Jom tengok watak-watak lain One Piece di bawah.

03

0

01

1

02

2

3

4

5

6

7

#Panas di Bagaimana Jika Watak ‘One Piece’ Jadi The Avengers

Apakah Yang Menyebabkan Seorang Guru Itu Sedih? Jom Baca Kisah-Kisah Sedih Yang Dikongsikan Mereka

$
0
0
Apakah Yang Menyebabkan Seorang Guru Itu Sedih? Jom Baca Kisah-Kisah Sedih Yang Dikongsikan Mereka merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Apakah Yang Menyebabkan Seorang Guru Itu Sedih? Jom Baca Kisah-Kisah Sedih Yang Dikongsikan Mereka.

Hari ini 16 Mei seperti kebiasaan setiap tahun merupakna hari guru di mana hari ini dikhaskan sebagai penghargaan kepada guru-guru yang tanpa kemengenal erti penat lelah mendidik kita.

Sebenarnya guru zaman sekarang bukanlah semata-mata sebagai tenaga pengajar, merekalah guru, merekalah jurulatih sukan, merekalah kerani apabila ada sesuatu majlis yang memerlukan dokumentasi, merekalah juga memainkan pelbagai tugas di sekolah.

Sempena hari guru ini, admin ingin kongsikan kepada semua pembaca, apakah yang menyebabkan seorang guru itu sedih?

Nampaknya pelbagai perkongsian telah dimuatnaik oleh mereka di laman sosial Facebook apabila saudara Abd Kadir Rahman Jr. telah memuatnaik satu pos berbunyi “ Sepanjang berkhidmat sebagai guru.. Apakah perkara yang paling menyedihkan anda ? ”.

Ramai guru telah borkongsikan apakah yang membuatkan mereka sedih.?

Cikgu Rawiyah Abdul Latif , seorang guru yang mengajar di sebuah sekolah juvana telah berkongsikan apakah yang menyebabkan beliau sedih.


Manakala Cikgu Anas Ridzwan yang merupakan seorang guru agama berkongsikan apa kisah sedihnya selama bergelar guru.

Sementara itu, seorang guru bernema Cikgu Amirah Ibrahim turut berkongsikan pengalaman sedihnya.

Berikut adalah apa yang menyedihkan bagi cikgu Adibah Adawiyah.

Menurut Cikgu Aziela Abdul Rahim pula, lagu guru yang dinyanyi menyebakan beliau merasa sedih.

Bagi Cikgu Asri GJ pula, apa yang menyebabkan beliau sedih adalah bekas anak muridnya tidak menyambung pelajaran.

Berikut adalah pengkongsian guru-guru lain apa yang menyebabkan mereka sedih.


Apapun tahniah kepada guru-guru kerana berjaya mendidik kami semua menjadi insan yang berguna. - Siakapkeli.my #Panas di Apakah Yang Menyebabkan Seorang Guru Itu Sedih? Jom Baca Kisah-Kisah Sedih Yang Dikongsikan Mereka

'Saya Dah Tersalah Pilih Suami!'

$
0
0
'Saya Dah Tersalah Pilih Suami!' merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri 'Saya Dah Tersalah Pilih Suami!'.



Saya dah tersalah pilih suami. Saya ingat saya kahwin kali kedua ini, saya akan dapat suami yang baik sebab dia sayangkan anak-anak saya. Saya terima dia sebab dia betul-betul sayangkan anak saya sampai anak saya tak boleh berpisah dengan dia.

Rupa-rupanya apa yang saya impikan semuanya musnah. Dia menjadi suami yang jahat dan kejam. Dia pukul saya dan pukul anak-anak saya. Dia benci anak saya dan kata,

“Itu bukan darah daging aku!”

Kehidupan saya seperti dalam neraka. Hari-hari kami bergaduh. Dia tidak pernah solat. Bila saya ajak dia solat, dia langsung tak mahu. Sekarang, saya ambil keputusan untuk bercerai. Saya dah tak nak tengok muka jantan berpura-pura ini lagi.

Nasihat saya kepada ibu-ibu tunggal, jangan percayakan lelaki yang baik di depan, ruap-rupanya ada udang di sebalik batu. Kejadian ini membuatkan saya serik untuk berkahwin lagi. Patutlah Rita Rudaini tak nak kahwin sebab takut anak-anak dia terseksa.

Zaman sekarang susah nak jumpa lelaki yang sayang anak-anak kita. Tengok macam saya, sudah terkena sebelum kahwin. Bukan main tunjuk sayang pada anak-anak saya. Selepas kahwin, buat anak saya macam sampah.

Anak saya demam ke, sakit ke, dia buat bodoh sahaja. Yang lagi zalim, semasa saya demam kuat. Saya tak sedar sebab baru makan ubat. Bila terjaga dari tidur, saya tengok anak saya dalam keadaan yang menyedihkan dengan memegang botol susu yang basi di depan pintu. Berak penuh di pampers, rupa-rupanya satu malam anak saya duduk di depan pintu bilik. Dia nak ketuk pintu bilik tetapi takut.

Sebelum ini saya tidak pernah kunci pintu bilik. Saya tahu anak saya mesti kejutkan saya. Rupa-rupanya malam itu saya tidur, suami saya sanggup kunci pintu sebab tak nak buatkan anak saya susu. Kalau dia benci pun, kejutkanlah saya pada malam itu. Meraung saya tengok keadaan anak saya.

Saya sudah nekad, saya perlu tinggalkan jantan tak guna ini dari hidup anak saya terseksa. Sudahlah dengan duit nafkah pun kedekut, duit saya saja yang dia nampak. Kaki kikis duit.

Ya Allah, cukuplah kali terakhir ini saya terseksa. Selepas ini saya nak habiskan masa bersama dengan anak-anak saya. Saya tak perlukan lelaki yang kejam seperti ini dalam hidup saya.

#Panas di 'Saya Dah Tersalah Pilih Suami!'

'Pakcik Tak Perlu Nampak Bodoh Pegang Tiang Besi Ini'

$
0
0
'Pakcik Tak Perlu Nampak Bodoh Pegang Tiang Besi Ini' merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri 'Pakcik Tak Perlu Nampak Bodoh Pegang Tiang Besi Ini'.


Semalam, saya ada mesyuarat dengan pihak Petrosains di Menara Kembar Petronas. Bertolak jam 8.30 pagi, meredah jalan yang penuh dengan pelbagai ragam pemandu, mendengar sisipan berita pagi dengan penuh perhatian sambil melayan muzik di Spotify. 

Saya mengambil keputusan untuk naik train dari Bandar Puteri Puchong ke KLCC yang memerlukan saya beralih ke RapidKL dari Puchong, transit di Sri Petaling di Star LRT dan transit yang seterusnya di Masjid Jamek ke KLCC. 

Seperti biasa, train dipenuhi dengan ratusan penumpang yang duduk, berdiri dan mencengkam palang besi untuk menstabilkan diri mereka. Apabila tiba di Bukit Jalil, seorang wanita mengandung masuk dan saya terus menawarkan tempat duduk kepadanya memandangkan tiada lagi tempat duduk yang kosong. Saya sumbat earphone ke telinga dan melayani lagu-lagu kegemaran. 

Tiba di Sungai Besi, lebih ramai penumpang yang masuk ke gerabak kami termasuklah seorang pakcik tua ini. Dia memakai kain batik konvensional yang sudah ketinggalan zaman, seluar panjang dan sepasang selipar itu melangkah masuk dengan perasaan dan wajah yang amat hampa sekali. 

Saya cuba mencari tempat duduk untuk dia, tetapi malangnya tiada. Ketika dia berdiri di sana sambil memegang tiang besi di tengah gerabak, saya hanya senyum dan menyambung membaca berita di telefon. 

Sebaik tiba di Chearas, salah seorang lelaki muda berdiri dan meninggalkan tempat duduk itu kosong. Saya segera menghalang seorang lelaki lain yang bergegas mahu merebut kerusi itu dan menawarkannya kepada pakcik tua tadi dan kemudian berlaku sesuatu di luar jangkaan.

"Uncle, mari duduk di sini. You sudah lama berdiri," pelawa saya padanya. 

"Tak perlu. Saya 60 tahun dan masih kuat untuk kelihatan bodoh memegang tiang besi ini sementara generasi muda kita sedang duduk dengan selesa sambil mendengar muzik mereka. 

"Mentaliti apa yang orang muda sekarang pakai? Tiada seorang pun yang menawarkan tempat duduk pada saya hanya kerana saya kelihatan buruk atau kerana saya lelaki tua, bukannya wanita tua? 

"Saya dulu kerja askar menjaga negara, tetapi sekarang saya sedih melihat orang Malaysia yang langsung tak ada hati perut mahu menawarkan tempat duduk. Bukan mahu meminta simpati tetapi bagilah empati sikit. Saya bukan orang bodoh, saya memang perhatikan saja semua orang. Selepas tiga stesen, masih tiada yang mahu menawarkan saya tempat duduk.

"Tak apalah nak, pakcik masih boleh berdiri lagi. Ini tazkirah pagi untuk semua orang dalam gerabak ini. Saya akan keluar di stesen seterusnya," katanya. 

Luahan kekecewaannya itu membuatkan semua penumpang yang berada di gerabak itu menoleh ke arahnya. Sesetengah penumpang yang muda berasa serba salah mula berdiri dan menawarkan tempat duduk itu kepada dua wanita berusia yang telah berdiri sekian lama. Yang selebihnya hanya memandang kami. 

Saya ingatkan, saya sudah sangat memahami dan membantu menawarkan tempat duduk saya kepada wanita hamil. Saya ingatkan dengan melaksanakan tanggungjawab sosial itu boleh memberikan contoh kepada yang lain agar melakukan perkara yang sama terhadap golongan yang berusia pakcik dan makcik berusia 60 tahun. Ingatkan saya telah melakukan perkara yang betul. Malangnya saya gagal mewujudkan kesedaran yang positif dan gagal menyuarakan perkara yang betul. 

Saya percaya kebanyakan daripada kita menilainya terlalu awal. Hakikatnya dia seorang lelaki Melayu yang cukup prihatin untuk meneliti trend dan sikap dalam masyarakat kita sendiri. 

Pakcik itu telah mengajar saya satu pengajaran yang bermakna iaitu salah tetap salah walaupun semua orang melakukannya dan benar tetap benar walaupun tiada sesiapa yang melakukannya. 

Jika anda menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam, marilah kita membantu seberapa ramai orang yang mungkin. Bersama-sama kita mewujudkan kesedaran dan mendidik orang ramai mengenai pentingnya mempunyai secubit rasa empati dan rasa ingin membantu orang lain. - Muhamad Safwan My

#Panas di 'Pakcik Tak Perlu Nampak Bodoh Pegang Tiang Besi Ini'

'Tak Payah Bagi Duit Kat Nenek, Dia Bukannya Perlu Pun'

$
0
0
'Tak Payah Bagi Duit Kat Nenek, Dia Bukannya Perlu Pun' merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri 'Tak Payah Bagi Duit Kat Nenek, Dia Bukannya Perlu Pun'.


Saya sedang beratur di belakang, tengah menunggu giliran nak mengeluarkan duit dari mesin ATM. Di hadapan saya ada seorang makcik seusia ibu saya dan seorang anak lelakinya yang agak sebaya saya juga.

Dari belakang, saya boleh nampak si anak lelaki ini key in RM550 untuk pengeluaran. Wang kertas yang banyak dimasukkan ke dompet, namun sekeping RM50 dimasukkan ke kocek kemejanya. Paparan mesin ATM menunjukkan baki akaun jelas tertera nial wang 5 angka. 

"Nak buat apa RM50 tu? Nak beli barang ke? Kan tadi ayah dah pesan nak RM500 saja?" soal si ibu yang sedang menekan-nekan butang mesin ATM. Giliran si ibu pula mengeluarkan duit. 

"Nak bagi nenek," jawab anaknya.

"Banyak RM50 tu nak bagi nenek," celah ibunya. 

"Nenek orang tua, tak perlukan duit sebanyak itu. Dia dah ada duit dah tu. Tak bagi duit pun tak apa. Orang tua, bagi RM10 pun dah cukup. Tak bagi pun tak apa, orang tua kan," tambah si ibu sambil menunjuk ke arah kelibat seorang makcik bersama beberapa ahli keluarga lain di hujung sudut lain. 

Saya mengagak itulah 'nenek' yang dimaksudkan, mungkin sebaya dengan umur nenek saya sendiri. 

"Nenek macam tak ada duit je?" kata si anak lelaki ini. 

"Saja je tu. Kalau ada duit pun bukan nak buat apa," jawab si ibu dengan pantas.

"Nenek boleh simpan," anaknya cuba memujuk si ibu yang sudah memasukkan wang ke beg tangannya. 

"Tak payah bagilah. Banyak sangat RM50 tu. Jom!" tangan anaknya ditarik dan mereka berlalu pergi. 

Saya diam sahaja, bukan masa dan tempat yang sesuai untuk saya mencelah perbualan mereka anak beranak. Apatah lagi saya langsung tidak mengenali mereka. Namun, sebagai seorang lelaki yang turut bergelar seorang ayah, anak dan cucu, saya cukup terkilan dengan perbualan mereka. 

Si ibu secara tidak langsung sedang mengajar dan mendidik anak lelakinya agar kedekut dan berkira. Saya percaya anak lelakinya itu mempunyai sebab yang kukuh untuk memberi duit kepada neneknya agar warga emas itu gembira. Namun si ibu menegah anaknya berbuat demikian. 

Cuba bayangkan suatu hari nanti apabila si ibu yang bernama Aminah itu menjadi cukup tua dan si anak lelaki yang bernama Ali melarang anaknya yang bernama Abu, cucu kepada Aminah, daripada memberi sedikit wang kepada Aminah. Pada masa itu, Aminah perlu mengakui bahawa sifat kedekut dan berkira-kira yang ditunjukkan oleh Ali adalah berpunca daripada 'didikan' Aminah sendiri. 'Didikan' yang dulu semasa Aminah melarang Ali dari memberi 'sedekah' atau hadiah kepada neneknya yang berlaku hari ini di hadapan mesin ATM. 

Kerana bola itu bulat dan boleh berputar-putar, tidak mustahil perkara yang kita lakukan kepada orang hari ini akan dilakukan kepada kita suatu hari nanti. 

Berhati-hatilah wahai ibu bapa sekalian. Bukan duit yang didambakan tetapi sifat baik seorang manusia yang perlu ditanam ke dalam diri anak-anak kita. Biar kita ajar anak-anak kita suka berbakti kepada orang tua, menyayangi dan merapati orang tua, betapa pentingnya murah hati dan menggembirakan hati orang tua dan membesarkan anak-anak kita dengan nilai-nilai Islam yang indah.

"Bersedekah kepada orang miskin adalah satu sedekah dan kepada saudara mara ada dua (kebaikan); sedekah dan silaturrahim" (HR. Ahmad, Tirmidzi, Nasa'i, Ibnu Majah dan Hakim, Shahihul Jami' no. 3858)

Biar miskin kerana suka memberi, jangan kaya kerana pentingkan diri. - Syahr Musafir

#Panas di 'Tak Payah Bagi Duit Kat Nenek, Dia Bukannya Perlu Pun'

506,000 Orang Rakyat Malaysia Menganggur Pada Februari 2016

$
0
0
506,000 Orang Rakyat Malaysia Menganggur Pada Februari 2016 merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri 506,000 Orang Rakyat Malaysia Menganggur Pada Februari 2016.

Menurut Human Resources Online, laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Malaysia menunjukkan kadar pengangguran tempatan adalah pada kadar 3.4% selama 3 bulan berturut-turut, tertinggi sejak November 2013.

Seramai 506,000 orang terlibat dengan statistik itu.

The Star Online melaporkan Maybank IB Research menjangkakan kadar pengangguran meningkat ke tahap 3.5% pada tahun 2016, berbanding 3.2% pada tahun lepas.

“Pemberhentian pekerja pada Mac-April 2016 dikuasai oleh sektor pembuatan. Intel Malaysia merancang untuk mengurangkan kira-kira 10% daripada 13,500 pekerja di kilang pembuatan mereka di Pulau Pinang dan Kulim, sejajar dengan pengumuman Intel AS mengenai rancangan mereka untuk mengurangkan tenaga kerja global sebanyak 11% daripada keseluruhan tenaga kerja berjumlah kira-kira 107,000 orang,” kata mereka.

Pada awal bulan Mac, British American Tobacco (BAT) mengumumkan ia sedang mengecilkan operasi pembuatannya di Malaysia secara berperingkat, dalam satu langkah yang dijangka memberi kesan kepada lebih daripada 200 orang pekerja.

Penutupan kilang dijangka selesai pada separuh kedua tahun 2017, dan BAT mengakui sudah mula memberikan beberapa bentuk sokongan kepada kakitangan yang terjejas.

Pada bulan Mac juga, Petronas mengumumkan pengurangan tenaga kerja seramai 1000 orang.

Terkesan akibat harga minyak mentah yang rendah, syarikat minyak dan gas itu berkata proses pengurangan tenaga kerja akan mengambil masa enam bulan.

#Panas di 506,000 Orang Rakyat Malaysia Menganggur Pada Februari 2016

(Gambar) Gara-Gara Terlalu Mengikut GPS, Wanita Pandu Kereta Masuk Tasik

$
0
0
(Gambar) Gara-Gara Terlalu Mengikut GPS, Wanita Pandu Kereta Masuk Tasik merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri (Gambar) Gara-Gara Terlalu Mengikut GPS, Wanita Pandu Kereta Masuk Tasik.

Akibat terlalu obses dengan aplikasi GPS yang diguna semasa memandu, seorang wanita Kanada telah mengalami detik yang tidak disangka apabila kereta yang dipandunya telah tenggelam di dalam tasik.

Wanita yang identitinya tidak didedahkan itu dipercayai telah menjunam masuk ke dalam sebuah tasik di Ontario gara-gara mengikut arahan segala arahan yang dipaparkan pada skrin GPS, Khamis lalu.

Ketika kejadian keadaan kawasan berkenaan dikatakan sedang hujan dan berkabus menyebabkan pandangan wanita itu terhad.

Kerana penglihatan yang terhad, beliau hanya memandu berdasarkan apa yang dipaparkan di skrin GPS, malah dia mengakui tidak menyedari bagaimana keretanya itu boleh terjunam ke dalam tasik.

Nasib menyebelahinya apabila kereta itu terapung beberapa minit membolehkan dia cepat-cepat keluar menyelamatkan diri. - Siakapkeli.my

#Panas di (Gambar) Gara-Gara Terlalu Mengikut GPS, Wanita Pandu Kereta Masuk Tasik

10 Tip Dan Persediaan Buat Yang Baru Berjinak Nak Mendaki Gunung

$
0
0
10 Tip Dan Persediaan Buat Yang Baru Berjinak Nak Mendaki Gunung merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri 10 Tip Dan Persediaan Buat Yang Baru Berjinak Nak Mendaki Gunung.

Hari ni, terasa nak bagi sedikit ulasan dan tips untuk sesiapa yang berminat nak pergi hiking. Rentetan beberapa minggu ni, ada je masalah yang menimpa kaki hikers especially newbies.

Jadi disini, saya turunkan beberapa petua ye. Diharap tips ini berguna walaupun saya masih newbies gak dalam bidang ini. Selamat membaca:

1. Cuaca

Sila tengok ramalan cuaca terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan. Jika semalam hujan lebat, dan plan untuk hiking hari ini seawal pagi, perlu di ingat trail besar kemungkinan becak, berlumpur dan sedikit merbahaya.

2. Kasut

Guna kasut hiking yang sesuai untuk kaki. Selalunya ini yang paling diabaikan oleh pendaki sepanjang pemerhatian saya mendaki gunung atau bukit. Alasan seperti takde bajet atau kasut murah pun takpe tidak boleh dipandang ringan. Tahukah kalian, kaki anda merupakan anggota badan yang paling penting untuk meneruskan pendakian?

tips-daki-gunung-2

3. Pakaian

Sekiranya mendaki di tempat yang beraltitude tinggi, pakaian seperti cotton sahaja tidak sesuai sebab tidak menyerap peluh. Pakaian dari jenama Adidas, Nike, Under Armour yang menggunakan material Compression sangat bagus sebab dapat menyerap peluh dan membolehkan pendakian bertambah selesa.

4. Stamina

Sebelum memulakan pendakian, adalah dinasihatkan supaya membuat sedikit senaman ringan sekurang kurangnya 10-15 minit. Ini adalah untuk mengelakkan otot menjadi kejang sejurus selepas memulakan pendakian.

5. Makanan / Minuman

Adalah digalakkan mengambil makanan ringan seperti cereal sebelum memulakan pendakian. Jangan makan makanan seperti nasi lemak yang boleh mengakibatkan anda pancit dan tiada tenaga untuk mendaki.

Sediakan makanan ringan seperti coklat atau energy bar dan air 100 plus untuk dijadikan jajan sepanjang pendakian. Air 100 plus bagus untuk menggantikan garam dalam badan yang keluar semasa berpeluh dan boleh mengelakkan dari kejang bergelumang.

Baca: Perkongsian Menarik Bagaimana Lelaki Ini Tawan Puncak Gunung Rinjani Tanpa Latihan Fizikal

6. Masa

Perlu diingat, kita pergi mendaki bukan untuk mencatat rekod dunia tetapi untuk merasai pengalaman melalui satu tempat baharu.

7. Sesi bergambar

Saat yang paling dinantikan oleh para pendaki khususnya apabila berjaya mendaki puncak. Tapi jangan diabaikan aspek keselamatan hanya kerana nak mencipta SHOOT paling GRAND.

tips-daki-gunung-3

8. Percakapan dan adab

Bila memulakan perjalanan, bacalah Bismillahirahmanirahim dan berdoalah supaya dipermudahkan perjalanan. Jangan takbur dan riak dalam hutan. Jika terhidu sesuatu, mulut jangan celupar.

Tunggu sehingga selesai pendakian, barulah boleh bercerita pasal benda2 ghaib yang berlaku sebelum itu.

9. Semangat setiakawan

Selalunya ramai yang pergi dalam satu kumpulan. Adalah penting setiap anggota mengambil berat keadaan teman2 lain sepanjang pergi dan balik dari pendakian, dan bukannya hanya mementingkan diri sendiri untuk kepuasan peribadi.

10. Mental

Digalakkan pendaki untuk sentiasa berfikiran positif sepanjang perjalanan. Jangan terlalu mementingkan bila masa nak sampai puncak dan balik dengan segera tetapi mengabaikan aspek mental samada mampu atau tidak melakukannya.

Sekian untuk hari ini. Diharap tips ini boleh dijadikan panduan walaupun tidak seberapa. Assalamualaikum.

Baca lagi: 5 Persediaan Penting Sebelum Travel Ke Kawasan Pedalaman Dan Tempat Tinggi

#Panas di 10 Tip Dan Persediaan Buat Yang Baru Berjinak Nak Mendaki Gunung

Tidak Lagi Mahu ‘Luar Biasa’, Kenapa Kini Saya Mahu Menjadi Guru Murabbi

$
0
0
Tidak Lagi Mahu ‘Luar Biasa’, Kenapa Kini Saya Mahu Menjadi Guru Murabbi merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Tidak Lagi Mahu ‘Luar Biasa’, Kenapa Kini Saya Mahu Menjadi Guru Murabbi.

Guru Murabbi kah kita?

“Apabila orang jadi cikgu nanti, orang tak nak jadi cikgu yang ‘biasa’. Orang nak jadi cikgu yang lebih daripada biasa.”

Itulah yang saya pernah ucapkan kepada emak saya saat saya diterima mengikuti latihan perguruan. Emak yang juga seorang guru dan juga arwah abah tentu mempunyai harapan tertentu terhadap anaknya yang memilih jalan perguruan yang sama.

Saat ini, ya sehingga waktu sekarang saya menulis ini, saya pun tidak pasti apakah sebenarnya maksud “biasa, luar biasa” yang pernah saya ungkapkan itu dahulu. Dan, betapa jahilnya saya kerana setelah berbelas-belas tahun menjadi guru, saya masih melihat sungguh banyak dan tumbuh melata guru di sekeliling yang telah menjadi guru ‘luar biasa’.

Lebih ‘biasa’ daripada saya sendiri, yang sangat dikagumi akan kekentalan semangat dan indahnya karisma mereka selaku sang guru.

Cikgu Shahidan atau nama pena, As Syahid, ketika sedang mengajar.

Cikgu Shahidan atau nama penanya, As Syahid, ketika sedang mengajar.

Pernah mengetahui dan mengenali seorang guru yang memelihara anak-anak muridnya lalu dijadikan sebagai anak angkat. Tinggal hujung minggu di rumah guru itu dan belajar sehingga masuk ke universiti. Anak-anak orang Asli yang dibimbing sepenuh perhatian oleh gurunya, tidak mengharapkan balasan. Luar biasa, bukan?

Pernah melihat seorang guru yang mengeluarkan duit RM200 untuk dibelikan sepasang kasut bola baru kerana anak didiknya terpilih dalam pasukan bola negeri. Satu kejayaan yang tidak dapat diungkap di sekolah kampung dan guru itu berjaya membimbing sehingga jauh sebegitu. Luar biasa!

Pernah juga melihat seorang guru wanita yang menyerahkan RM2,000 kepada anak didiknya yang enggan pergi mendaftarkan diri di universiti atas alasan kesusahan keluarga. Guru yang mendengar khabar itu singgah ke rumah bekas anak didik STPMnya lalu menyerahkan wang itu, “Ambil duit ini, cikgu tidak kisah kamu mahu bayar semula atau tidak, yang penting pergi mendaftarkan diri di sana dahulu.”

Satu lagi, bagaimana pula dengan seorang guru yang lemas diterbalikkan bot akibat banjir besar di Pantai Timur dua tahun lalu?. Khabarnya, guru itu mahu berpatah balik semula ke rumahnya yang semakin dinaiki air. Kerana apa? Soalan-soalan skrip jawapan SPM mahu diselamatkan. Takut hanyut dibawa arus air.

Demi segalas amanah yang dipikul. Dia mahu menyelamatkan semua itu dan bukan lagi harta benda peribadi yang lain. Malangnya, dia meninggal dunia dan tidak dapat diselamatkan. Allahuakbar. Sangat luar biasa!

Sungguh, saya tidak mampu menjadi seorang guru yang ‘luar biasa’ seperti mereka. Saya hanya seorang guru biasa di sekolah kampung ini.

Satu hari, saya mendengar sebuah ceramah, seorang penceramah itu pernah berkata,

“Saya ini sudah berpuluh-puluh tahun mengajar anak murid MRSM, menjadi mereka orang yang pandai-pandai belaka. Dalam hati berasa bangga, semua anak-anak murid saya semuanya berjaya. Saya juga banyak menang anugerah Guru Cemerlang, dan dipuji bermacam-macam, tetapi….

Tetapi, pada suatu hari saya terbaca untaian kata-kata yang mengesankan, yang berbunyi,

‘Sebaik-baik guru ialah guru yang mendekatkan diri anak muridnya dengan tuhan mereka, kerana itulah guru Murabbi.’

Barulah saya sedar, bahawa selama ini saya hanya mendekatkan mereka dengan lapisan dunia material, saya berasa hiba dan pilu, kerana saya tidak pernah menjadi seorang guru Murabbi. Betapa jahilnya saya sebagai seorang guru.”

Semenjak saya mendengar ceramah itu, saya banyak memuhasabah diri. Merenungi makna perjuangan hidup saya. Betulkah aku ini seorang guru? Mengapakah aku tidak mahu menjadi seorang guru yang murabbi? Guru yang mendekatkan dirinya dan anak muridnya kepada Allah Taala. Kerana itulah sebaik-baik guru.

Ya, itulah matlamat saya sejak itu. Bukan lagi mahu menjadi seorang guru “Luar Biasa” yang pernah diungkapkan. Saya mahu anak didik saya sentiasa ingatkan Allah dan konsep hidup sentiasa bertuhan hatta sekalipun saya mengajar Bahasa Melayu di sekolah. Tidak kisahlah samada engkau mengajar Matematik atau Seni Lukis sekalipun, sekiranya engkau mengaitkan dengan ‘hidup rasa perlu bertuhan’ dan anak didik engkau terhutang budi kerana itu. Subhanallah!

Sungguh, saya ini tidak sempurna, kelemahan dan keaiban menyelubungi diri, namun perlahan-lahan azam ini dikotakan untuk membaiki diri sendiri terlebih dahulu. Lalu, perlahan-lahan mengajak anak-anak didik pula. Matlamat ini disematkan sambil saya sudah tidak mepedulikan lagi matlamat mahu menjadi UPSR terbaik seluruh daerah, ranking tersohor, guru terhebat dan banyak lagi. Itu semua sudah tidak relevan lagi.

“Kita kejar akhirat, dunia akan berlari-lari mengejar kita.”

Kemenjadian anak didik akan berjaya sekiranya selepas usai waktu belajarnya, dia membukakan kasut dan stokingnya lalu mengambil wudhu’ lalu mengerjakan solat Zuhur tanpa disuruh dan dipaksa lagi. Dan, akhirnya dia mendoakan di akhir solatnya untuk keseluruhan kebaktian dan kebaikan manusia sekelilingnya.

Apakah kita seorang guru Sang Murabbi?

“Sebaik-baik guru ialah guru yang mendekatkan diri anak muridnya dengan Tuhan mereka, kerana itulah guru murabbi.”

Sungguhlah, perjuangan ini masih lagi belum usai. Masih penuh dengan ilalang-ilalang galau dan rawan yang perlu diranduk.

Aku tak kan bertanya,
Apakah nanti balasannya,
Setiap pengorbanan setiap pemberian,
Demi satu ikatan,
Keikhlasan di hati,
Walaupun kau ragui,
Pada suatu masa dan suatu ketika,
Akan ketara jua,
Aku senang begini dapat terus berbakti,
Dengan cara sendiri.

Guru ‘luar biasa’ yang membuatkan saya menangis hiba.

#Panas di Tidak Lagi Mahu ‘Luar Biasa’, Kenapa Kini Saya Mahu Menjadi Guru Murabbi

5 Sebab Anda Patut Cuba Paragliding Di Lauterbrunnen, Switzerland

$
0
0
5 Sebab Anda Patut Cuba Paragliding Di Lauterbrunnen, Switzerland merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri 5 Sebab Anda Patut Cuba Paragliding Di Lauterbrunnen, Switzerland.

Semasa travel, semestinya kita akan cuba kurangkan bajet serendah yang boleh. Tetapi, ada sesetengah aktiviti yang perlu kita cuba walaupun kosnya akan membuat kita terduduk seketika! Adoi.

Orang kata, cuba sekali seumur hidup. Paragliding di Switzerland adalah salah satu aktiviti yang anda perlu masukkan ke dalam bucket list!

Jadi, ini 5 sebab mengapa anda perlu cuba paragliding di Switzerland!

1. Bird’s Eye View

Bayangkan anda dapat melihat keindahan Lauterbrunnen dari top view.
Uh-mazing! Keindahan sungai yang mengalir, kehijauan landskap, keputihan salji di swiss alps, fuh anda perlu alami sendiri nikmat ini.

2. Process ke jump point

Anda akan menaiki gondola dari Stechelberg ke Mürren dan meneruskan pendakian dengan cara berjalan kaki. Pemandangan sangatlah indah. Sambil mendaki, anda akan melihat para adventures lain yang sedang berlepas. Masa ini memang agak berdebar kerana anda perlu lari dan kemudiannya terjun pada ketinggian 1700m.

3. Roller coaster di udara

Pilot akan buat pusingan 360 darjah sambil fall latitude. Masa ini kalau anda seorang yang kecut perut, memang kecut habis beb. Tapi memang best! Saya minta 2 ke 3 kali untuk pilot tu ulang aksi ini. Jika cuaca sangat baik, pilot akan membawa anda mendekati air terjun.

4. Udara segar

Saya rasa, inilah udara paling segar pernah saya alami. Mungkin berbunyi sedikit melampau tapi inilah yang betul-betul saya alami. Mungkin trip akan datang saya boleh kutip udara dan simpan didalam botol. Kemudian jual di China.

5. Selamat! Jangan risau!

Sebelum berlepas, pilot akan berikan safety briefing tentang peralatan yang akan di pakai. Keadaan cuaca juga akan di periksa sebelum berlepas. Ada juga syarikat operator paragliding yang memberikan anda kebebasan untuk memilih pilot anda sendiri, yang anda rasa selesa.

Jadi, saya rasa memang berbaloi untuk anda letakkan didalam bajet  aktiviti mencuba paragliding di Switzerland.

Berikut saya sertakan gambar di sepanjang saya melakukan aktiviti paragliding ini. Layan.

paragliding-di-lauterbrunnen-switzerland-2

paragliding-di-lauterbrunnen-switzerland-3

paragliding-di-lauterbrunnen-switzerland-4

paragliding-di-lauterbrunnen-switzerland-5

paragliding-di-lauterbrunnen-switzerland-6

paragliding-di-lauterbrunnen-switzerland-7

paragliding-di-lauterbrunnen-switzerland-8

paragliding-di-lauterbrunnen-switzerland-9

paragliding-di-lauterbrunnen-switzerland-10

Baca lagi: 10 Tip ‘Paragliding’ Di Gunung Pilatus, Switzerland

#Panas di 5 Sebab Anda Patut Cuba Paragliding Di Lauterbrunnen, Switzerland

Jawapan Seorang Warga Emas Di Dalam LRT Buat Semua Penumpang Terkedu

$
0
0
Jawapan Seorang Warga Emas Di Dalam LRT Buat Semua Penumpang Terkedu merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Jawapan Seorang Warga Emas Di Dalam LRT Buat Semua Penumpang Terkedu.

Amalan hormat menghormati adalah satu perkara yang harus kita amalkan dalam kehidupan harian kita, lebih-lebih lagi bila bercampur dengan masyarakat.

Seperti di dalam pengankutan awam, selalu kita dengar dan baca di media sosial kisah pengajaran atau kempen mengenai budaya hormat menghormati di dalam pengankutan awam.

Utama kan mereka yang lebih memerlukan, tetapi rupanya rakyat Malaysia masih sedikit mempunyai kesedaran dalam hal ini.

Dikongsikan sebuah cerita oleh seorang pengguna Facebook bernama  Muhamad Safwan MY kisah seorang lelaki warga tua yang tidak dipedulikan orang ramai semasa menaiki LRT.

jom kita baca kisahnya.

Bersopan santun, bangun dan biarkan mereka duduk.

Semalam, saya ada mesyuarat dengan pihak Petrosains di Menara Kembar Petronas(KLCC). Saya telah bertolak kira-kira jam 8.30 pagi, meredah jalan yang mempunyai pelbagai ragam pemandu, sambil mendengr berita pagi dengan penuh perhatian sambil melayan muzik di aplikasi Spotify.

Saya ambil keputusan untuk naik LRT dari Bandar Puteri Puchong untuk ke KLCC, bermakna saya perlu tukar ke RapidKL dari Puchong, transit di Sri Petaling di Star LRT dan transit yang seterusnya di Masjid Jamek ke KLCC.

Seperti biasa, tren akan dipenuhi dengan ratusan penumpang yang duduk, berdiri dan memegang palang besi untuk untuk mengelakkan mereka jatuh. 

Bila sampai di stesen Bukit Jalil, seorang wanita mengandung masuk dan saya terus menawarkan tempat duduk kepadanya kerana tiada lagi tempat duduk yang kosong. Saya sumbat earphone ke telinga untuk layan lagu.

Apabila tiba di stesen LRT Sungai besi, lebih ramai penumpang mulai amsuk ke gerabak kami termasuklah seorang pak cik tua.

Dia kelihatan memakai kain batik lama yang agak lusuh, seluar panjang dan memakai sepasang selipar itu melangkah masuk dengan perasaan dan wajah yang amat hampa sekali.

Saya memangdang kiri dan kanak untuk mencari tempat duduk kosong, tetapi malangnya tiada tempat duduk yang kosong.

Lelaki berkenaan dilihat  berdiri di sana sambil memegang tiang besi di tengah gerabak, saya hanya senyum dan menyambung membaca berita di telefon.

Sebaik tiba di stesen Chearas, Seorang penumpang lelaki muda berdiri untuk turun dan meninggalkan tempat duduk itu kosong. 

Saya segera menghalang seorang lelaki lain yang cuba mahu merebut kerusi itu dan menawarkannya kepada pakcik tua tadi dan kemudian berlaku sesuatu di luar jangkaan.

"Uncle, mari duduk di sini. You sudah lama berdiri,"

"Tak perlu. Saya 60 tahun dan masih kuat untuk kelihatan bodoh memegang tiang besi ini sementara generasi muda kita sedang duduk dengan selesa sambil mendengar muzik mereka.

"Mentaliti apa yang orang muda sekarang pakai? Tiada seorang pun yang menawarkan tempat duduk pada saya hanya kerana saya kelihatan buruk atau kerana saya lelaki tua, bukannya wanita tua?

"I dulu kerja askar menjaga negara tapi sekarang saya sedih tengok orang Malaysia langsung takde hati perut mahu offer a seat. Bukan mahu minta simpati, tapi bagilah empati sikit. Saya bukan orang bodoh. Saya memang perhatikan je semua orang, Selepas tiga stesen, masih tiada yang mahu menawarkan saya tempat duduk. Tak apalah nak, pakcik masih boleh berdiri lagi. Ini tazkirah pagi untuk semua orang dalam gerabak ini. Saya akan keluar di stesen seterusnya," katanya.

Luahan berkenaan membuakan orang ramai di dalam gerabak berkenaan menoleh ke arahnya, ada antara mereka rasa bersalah telah mula berdiri dan menawarkan tempat duduk itu kepada dua wanita berusia yang telah berdiri sekian lama. Yang selebihnya hanya memandang kami.

Saya ingatkan, saya sudah menunjukkan contoh kepada mereka dengan membantu menawarkan tempat duduk saya kepada wanita hamil. Saya ingatkan dengan melaksanakan tanggungjawab sosial itu boleh memberikan contoh kepada yang lain agar melakukan perkara yang sama terhadap golongan yang berusia pakcik dan makcik berusia 60 tahun. 

Saya ingat saya sudah melakukan perkara yang betul namun saya gagal untuk menyedarkan orang lain ke arah lebih positif dan gagal menyuarakan perkara yang betul.

Saya percaya kebanyakan daripada kita menilainya terlalu awal. Hakikatnya dia seorang lelaki Melayu yang cukup prihatin untuk meneliti trend dan sikap dalam masyarakat kita sendiri.

Pakcik itu telah mengajar saya satu pengajaran yang bermakna iaitu salah tetap salah walaupun semua orang melakukannya dan benar tetap benar walaupun tiada sesiapa yang melakukannya.

Jika anda menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam, marilah kita membantu seberapa ramai orang yang mungkin. Bersama-sama kita mewujudkan kesedaran dan mendidik orang ramai mengenai pentingnya mempunyai secubit rasa empati dan rasa ingin membantu orang lain. - Siakapkeli.my

#Panas di Jawapan Seorang Warga Emas Di Dalam LRT Buat Semua Penumpang Terkedu

Bayi Comel Dilahirkan Dalam Bas Ekspress

$
0
0
Bayi Comel Dilahirkan Dalam Bas Ekspress merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Bayi Comel Dilahirkan Dalam Bas Ekspress.


TEMERLOH: Seorang wanita berusia 20-an selamat melahirkan seorang bayi perempuan dalam sebuah bas ekspress di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) berhampiran dengan Lanchang dalam kejadian kira-kira 9 pagi tadi.

BH Online melaporkan, wanita itu difahamkan menaiki bas itu bersama rakannya untuk berjumpa suami yang bekerja di Kuala Lumpur.

Pemandu bas itu, Mohd Zaidi Yusoff, 37, berkata bas berkenaan bertolak dari Terminal Sentral Kuantan ke KL pada jam 7.45 pagi tadi.

Sebaik sahaja tiba di Lanchang, dia dimaklumkan ada seorang wanita di dalam bas itu sakit sebelum memberhentikan kenderaan di tepi lebuh raya bagi melihat keadaan wanita terbabit.

"Wanita berkenaan memberitahu perutnya sakit seperti mahu bersalin dan saya mengambil bantal untuk untuk dialaskan di kepalanya dan tidak sampai lima minit wanita itu selamat melahirkan bayi perempuan sambil dibantu beberapa penumpang yang lain," katanya.

Mohd Zaidi kemudian meneruskan perjalanan hingga ke RnR Lanchang sebelum ambulans tiba dan membawa ibu serta bayi terbabit untuk menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di sini. - Siakapkeli.my


#Panas di Bayi Comel Dilahirkan Dalam Bas Ekspress
Viewing all 3687 articles
Browse latest View live