Quantcast
Channel: Glepor
Viewing all 3687 articles
Browse latest View live

(Video) Abang Long Fadzil, Bekas Gangster Singapura Kongsi Kisah Hidupnya Dahulu

$
0
0
(Video) Abang Long Fadzil, Bekas Gangster Singapura Kongsi Kisah Hidupnya Dahulu merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri (Video) Abang Long Fadzil, Bekas Gangster Singapura Kongsi Kisah Hidupnya Dahulu.

Sebelum ini admin pernah pos di laman Facebook Siakapkeli kisah Abang Long Fadzil yang merupakan bekas anggota kongsi gelap atau gangster Singapura di mana beliau telah menerima hidayah Allah.

Beliau kini telah berhijrah ke jalan dakwah dengan mengikut memberi ceramah kepada golongan-golongan muda mengajak ke jalan Allah.

Di dalam ceramahnya, beliau dilihat menceritakan pengalaman hidupnya semasa bergelar gangster kepada orang ramai di mana kisah hidupnya itu dijadikan sebagai pengajaran kepada umat Islam yang lain.

Menurut Abang Long Fadzil, beliau telah memperoleh hidayah pada awal tahun 2015 hanya kerana dari mimpi yang dialamainya.

Ternyata doa ibunya yang berterusan mendoakan anaknya itu berubah dan tidak putus harapan dimakbulkan Allah.

Jom kita dengar pengakuan dan kisah beliau yang baik untuk dijadikan pengajaran.

Apapun, semoga perjalanan beliau dalam dakwah ini sentiasa diberkati dan dirahmatiNya. - Siakapkeli.my

#Panas di (Video) Abang Long Fadzil, Bekas Gangster Singapura Kongsi Kisah Hidupnya Dahulu

Ahli Parlimen Jelebu Dikejarkan Ke Hospital Selepas Tidak Sedarkan Diri

$
0
0
Ahli Parlimen Jelebu Dikejarkan Ke Hospital Selepas Tidak Sedarkan Diri merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Ahli Parlimen Jelebu Dikejarkan Ke Hospital Selepas Tidak Sedarkan Diri.

JELEBU: Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Zainuddin Ismail, dilaporkan telah dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas tidak sedarkan diri tengah hari tadi, lapor Utusan Malaysia.

Beliau dilaporkan tidak sedarkan diri kira-kira jam 12 tengahari tadi di rumahnya di Kuala Klawang dimana pada mulanya dibawa ke Hospital Jelebu.

Pengarah Hospital Jelebu Dr Serina Sidek mengesahkan Zainuddin dibawa ke HKL pada 1.40 petang tadi menggunakan ambulans. - Siakapkeli.my

Laporan Kemaskini Menyusul

#Panas di Ahli Parlimen Jelebu Dikejarkan Ke Hospital Selepas Tidak Sedarkan Diri

Jam Tangan Pintar Android Kini Menyokong Windows 7

$
0
0
Jam Tangan Pintar Android Kini Menyokong Windows 7 merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Jam Tangan Pintar Android Kini Menyokong Windows 7.

Sebelum ini kami ada mengeluarkan artikel mengenai jam tangan pintar keluaran Apple iaitu iWatch yang berjaya menyokong sistem operasi Windows 95. Mungkin sekadar eksperimen tetapi siapa sahaja yang mahukan sistem operasi yang sudah hampir 21 tahun disatukan dengan peranti terbaru.

Baru-baru ini Hacking Jules juga melakukan eksperimen yang hampir sama cuma pada kali ini menggunakan jam tangan pintar LG G Watch dan digangidngkan dengan sistem operasi yang tidaklah begitu lama iaitu Windows 7.

Hasilnya, sangat wow dan berjaya untuk dihidupkan. Seperti biasa, tiada harapan yang tinggi untuk Windows 7 menyokong peranti android bersaiz skrin 1.65-inci secara penuh namun ini tetap menjadi eksperimen yang menarik. Oh ya, Hacking Jules juga ada menyertakan tutorial untuk install Windows 7 di dalam LG G Watch ini.

Buat anda yang berminat dan mempunyai kesabaran yang tinggi silakan mencuba namun harus diingat, anda memerlukan 3 jam untuk menghidupkan Windows 7 secara sepenuhnya. Buat anda yang lain jom layan video LG G Watch ini yang pastinya lebih pendek ini.

#Panas di Jam Tangan Pintar Android Kini Menyokong Windows 7

Perkhidmatan ATM, Laman Web Maybank Tergendala Hujung Minggu Ini

$
0
0
Perkhidmatan ATM, Laman Web Maybank Tergendala Hujung Minggu Ini merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Perkhidmatan ATM, Laman Web Maybank Tergendala Hujung Minggu Ini.


PETALING JAYA, 13 Mei: Beberapa perkhidmatan Maybank, termasuk khidmat mengeluarkan wang menerusi mesin ATM dan akses ke web tidak boleh digunakan dalam beberapa tempoh tertentu pada Sabtu dan Ahad ini disebabkan kerja penyelenggaraan tahunan sistem bank itu.

Satu jadual bersama notis telah dikeluarkan oleh Maybank di laman webnya.

"Kami akan berusaha untuk mengurangkan tempoh gangguan perkhidmatan ini dan memohon maaf terlebih dahulu bagi sebarang kesulitan yang timbul," katanya dalam notis itu.

Susulan itu, pengguna yang ingin membuat transaksi pada masa itu dinasihatkan agar berbuat lebih awal.

Untuk maklumat lanjut, layari Maybank2u.com.

#Panas di Perkhidmatan ATM, Laman Web Maybank Tergendala Hujung Minggu Ini

"Perlawanan Terakhir Saya Esok" - Kata Ibrahimovic

$
0
0
"Perlawanan Terakhir Saya Esok" - Kata Ibrahimovic merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri "Perlawanan Terakhir Saya Esok" - Kata Ibrahimovic.

PARIS: Bintang Paris Saint-Germain, Zlatan Ibrahimovic mengesahkan dia akan meninggalkan kelab itu pada penghujung musim ini.

"Perlawanan terakhir saya esok di Parc des Princes. Saya tiba seperti seorang raja, saya tinggalkan seperti seorang legenda," kata Ibrahomovic menerusi akaun Twitternya.

Ibrahimovic akan membuat penampilan terakhirnya bersama kelab itu pada perlawanan Ligue 1 terakhir musim ini menentang Nantes pada awal pagi Ahad.

Bagaimanapun dia akan menyarung jersi PSG sekali lagi dalam final Piala Perancis menentang Marseille pada 21 Mei ini di Stade de France.

"Selepas berbincang antara PSG dan ejen Zlatan Ibrahimovic, kelab dan pemain memutuskan bersama untuk tidak membaharui kontraknya

"Mereka juga bersetuju apabila kariernya sebagai pemain berakhir, Ibra akan menyertai pengurusan kelab dalam kedudukan pengurusan.", kata PSG sebagaimana lapor BH Online. - Siakapkeli.my

#Panas di "Perlawanan Terakhir Saya Esok" - Kata Ibrahimovic

Nissan xStorage: Power Bank Buat Rumah Anda

$
0
0
Nissan xStorage: Power Bank Buat Rumah Anda merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Nissan xStorage: Power Bank Buat Rumah Anda.

Jika sebelum ini hanya Tesla yang merupakan syarikat kereta yang memfokuskan kepada penjimatan tenaga elektrik untuk rumah, kini tiba giliran Nissan untuk memperkenalkan Nissan xStorage.

Power bank daripada Nissan ini membolehkan anda menyimpan tenaga dengan mengecas ketika luar waktu puncak, dan seterusnya digunakan pada pelbagai peralatan elektronik harian.

27968-9c2f27e2_945_556

Seperti alat penyimpanan tenaga yang lain, xStorage menjana tenaga melalui solar dan seterusnya dapat digunakan untuk mengecas kenderaan, mahupun untuk digunakan pada peralatan elektronik ketika tenaga elektif terputus ketika rumah mengalami gangguan bekalan elektrik.

Apa yang lebih menarik, Nissan juga akan menyertakan aplikasi khas untuk xStorage membolehkan pengguna memantau penggunaan tenaga yang digunakan disimpan.

Berdasarkan laporan daripada Nissan, xStorage bakal mempunyai kapasiti sebanyak 4.2kWh dan akan mula dijual dengan harga bermula dengan $4622.

#Panas di Nissan xStorage: Power Bank Buat Rumah Anda

Lelaki Singapura Dijangkiti Virus Zika

$
0
0
Lelaki Singapura Dijangkiti Virus Zika merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Lelaki Singapura Dijangkiti Virus Zika.

SINGAPURA 13 Mei - Seorang lelaki warga Singapura dilaporkan dijangkiti virus Zika, kes pertama yang dikesan di negara itu.

Lelaki berusia 48 tahun itu dikatakan telah melancong ke Sao Paulo, Brazil pada 27 Mac hingga 7 Mei lalu.

Kementerian Kesihatan dan Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA) Singapura dalam satu kenyataan mengesahkan menerima laporan tentang perkara itu hari ini.

Channel News Asia melaporkan lelaki itu kini berada dalam kuarantin dan sedang dirawat di Hospital Mount Elizabeth Novena.

Lelaki berkenaan didapati mengalami beberapa gejala virus itu sejak Selasa lalu dan disahkan positif jangkitan Zika hari ini.

"Pesakit itu didapati positif virus Zika pada 13 Mei. Dia akan dipindahkan ke Communicable Diseases Centre di Hospital Tan Tock Seng untuk rawatan dan pengasingan bagi meminimakan kebarangkalian digigit nyamuk dan menyebarkan infeksi itu kepada komuniti. Pesakit itu kini dalam keadaan baik dan semakin pulih. Dia akan dibenarkan keluar selepas diuji negatif dengan virus Zika", tulis kenyataan itu.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan akan menjalankan ujian imbasan ke atas ahli keluarga lelaki berkenaan. - Siakapkeli.my

#Panas di Lelaki Singapura Dijangkiti Virus Zika

Adakah Kucing Anda Sayangkan Anda? Ini 6 Tandanya Menurut Pakar

$
0
0
Adakah Kucing Anda Sayangkan Anda? Ini 6 Tandanya Menurut Pakar merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Adakah Kucing Anda Sayangkan Anda? Ini 6 Tandanya Menurut Pakar.

Kucing, makhluk comel yang dipenuhi dengan misteri.

Boleh dikatakan orang Malaysia sangat gemar memelihara kucing sebagai haiwan belaan sehingga ada yang sanggup berhabisan beribu-ribu ringgit untuk mereka sebagai tanda kasih sayang untuk haiwan comel itu.

Tapi apakah tanda kucing yang dibela sayangkan tuannya? Pakar kucing, Anita Kelsey, ada jawapannya.


6 Tanda Kucing Anda Sayangkan Anda


Ia suka menggosok-gosok badan di kaki



Apakah yang kucing anda lakukan ketika anda pulang ke rumah. Jika ia menggosok-gosok badannya di kaki anda ia adalah tanda ia sayangkan anda.

Ini kerana ia ingin menandakan 'kawasan' dengan baunya selepas anda pergi buat satu tempoh yang lama.

"Mereka menggosok ke kaki kita untuk menandakan kawasan dengan bau mereka", jelas Anita.

'Purring'


Menurut Anita, jika kucing anda mengeluarkan bunyi 'purring', kebiasaannya ia dalam keadaan bahagia.

Suka menanduk


Apabila kucing anda menanduk anda, ia sebenarnya sedang menanda kawasan mereka. Sama seperti kelakuan mereka menggosok badan di kaki anda.

Menurut Cat Behaviour Associates, kucing mempunyai kalenjar bau di muka mereka.

"Menanduk adalah satu cara mereka cuba memberitahu kucing lain bahawa anda adalah milik mereka", kata Anita.

'Mengurut'



Anita berkata, apabila kucing mengurut, ia adalah tanda kasih sayang.

Mengurut sebenarnya satu kelakuan yang kucing belajar dari ibu mereka. "Mengurut adalah satu tanda kepuasan. Kucing melakukan kelakuan ini untuk mengekspresskan kepuasan ketika minum susu dari ibu mereka", kata Anita.

Suka releks di badan anda/ Dibelai


Jika kucing anda suka berdamping dengan anda, ini bermakna mereka selesa berada disamping anda, kata Anita.

Namun, bukan semua kucing begini. Ada juga kucing yang jenis bajet-bajet 'cool'. Terutamanya kucing jantan.

Ketika berjumpa tuannya, ekor naik ke atas



Bonus : Adakah ketika kucing membawa tikus / haiwan mati kepada kita, ia bermakna hadiah?

Emmm, ia sebenarnya bukan hadiah. Mereka sebenarnya mahu berkongsi makanan itu dengan anda. Sama seperti apa yang ibu mereka lakukan untuk mereka. - Siakapkeli.my #Panas di Adakah Kucing Anda Sayangkan Anda? Ini 6 Tandanya Menurut Pakar

Viral Wanita Ditelan Ular di Perak TIDAK BENAR - Bomba

$
0
0
Viral Wanita Ditelan Ular di Perak TIDAK BENAR - Bomba merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Viral Wanita Ditelan Ular di Perak TIDAK BENAR - Bomba.


IPOH, 13 Mei - Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak hari ini menafikan viral kononnya seorang wanita ditelan ular sawa di Taiping.

Menurut pengarahnya, Datuk Yahya Madis, perkara tersebut tidak benar dan pihaknya tidak pernah menerima panggilan kecemasan mengenai insiden terbabit.

"Mesej mengenai ular sawa telan manusia di Jalan Aulong, Taiping tersebut ‎adalah palsu yang pernah diviralkan dahulu dan kini disebarkan semula," katanya sebagaimana lapor Bernama.

Viral itu memaparkan gambar seekor ular sawa yang ditangkap oleh bomba selain berita yang menyatakan reptilia itu telah diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak. - Siakapkeli.my


#Panas di Viral Wanita Ditelan Ular di Perak TIDAK BENAR - Bomba

Cara Mudah Saya Terangkan Kepada Anak Kenapa Saya Sibuk Tanpa Melukakan Hatinya

$
0
0
Cara Mudah Saya Terangkan Kepada Anak Kenapa Saya Sibuk Tanpa Melukakan Hatinya merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Cara Mudah Saya Terangkan Kepada Anak Kenapa Saya Sibuk Tanpa Melukakan Hatinya.

Pernah dulu dua tiga malam saya balik lewat. Bermesyuarat dengan kawan-kawan tentang berbagai-bagai hemah dalam dunia buku dan kebangkitan bisnes di zaman penuh laju ini. Sampai-sampai di rumah lihat dua cinta hati sudah pun tidur. Saya pun jadi semakin malas dan bersihkan diri terus juga tidur.

Satu malam, masa saya buka sahaja pintu bilik, anak kesayangan saya membuka matanya perlahan-lahan. Saya terus tanya, “’Ain belum tidur?” Dia angguk.

Saya lekas bersihkan tangan betul-betul, basuh muka dan terus mendapatkannya. Cium pipi dan tanya kenapa tak tidur lagi. Dia hanya meleset sahaja ke badan saya. Dalam sambil tepuk-tepuk beliau untuk ditidurkan, saya memandang isteri, udah belayar jauh rupanya.

“Tidurlah sayang, abah nak mandi boleh?”

“Kejap lagi abah, ‘Ain nak peluk kejap je lagi,”

Saya pun biarkan sahaja. Kemudian,

“Abah, kenapa Allah suruh abah kerja?”

“Oh.. siapa yang cakap macam tu sayang?”

“Mama kata, abah kerja sebab Allah suruh. Abah lelaki, kena kerja kuat untuk mama dengan ‘Ain. Allah tak kenal abah ke? Abah asik balik lambat sangat, ‘Ain rindu.”

“Erm…” Saya betulkan kedudukan. Biarkan dia betul-betul memeluk saya dengan seselesa yang mungkin.

“Allah yang cipta kita semua. Allah suruh kita jadi orang baik. Nak jadi orang baik, kena pergi kerja.”

“Sampai malam?”

“Sesekali kalau kerja tak siap, kena sampai malamlah,”

“Erm…..” Sekali lagi beliau menekup muka dan memeluk saya kuat-kuat. Saya pun pegang tangannya erat-erat. Kemudian diusap kepala dan saya ciumnya beberapa kali.

“Ain tahu, abah tahu ‘Ain rindu abah. Abah pun rindu ‘Ain juga,” Kejap ya.

Saya lekas bangun. Buka laptop. Selang beberapa minit muka depan komputer pun terbuka. ‘Ain bangun duduk. Saya angkat laptop dan letakkannya di atas katil.

“Itu gambar siapa?” Tanya saya.

“Ain..” dia jawab perlahan. Cahaya laptop menyimbah wajah si kecil comel ini. Matanya sudah menampak ceria dan wajahnya kembali memberi senyum.

“Ok dah kita tidur ya,”

“Ha ha” terus dia angguk.

Saya pun tepuk beberapa kali, beri ciuman dan berselawat sama-sama sekali lagi. Senang sahaja beliau tidur. Terus saya lekas mandi dan solat.

Kau tahu kawan,

Si ‘Ain baru sahaja berumur 4 tahun. Tuhan sudah mencampakkan dalam dirinya satu makhluk yang bernama ‘perasaan’. Yang sudah pandai merindu. Sudah pandai merintih. Sudah bijak berfikir dan sudah semakin mengerti wujudnya Tuhan.

Sedang kita yang sibuk-sibuk ini masih tidak gunakan masa yang sesuai untuk memberi maksud kepada semua pertanyaan anak-anak. Sesungguhnya anak kita ini semakin faham-faham semuanya.

Saya hanya cuba dan berusaha menerangkannya semudah mungkin. Rindu saya dan rindu dia adalah rindu yang sama. Jadi buka laptop dan tunjuk padanya gambar beliau di wallpaper yang beliau sentiasa dalam hati saya. Itu sahaja. Dan alhamdulillah beliau faham sebaiknya.

Kawan-kawan, semoga perkongsian ini bermanfaat.

Sungguh, kita ini Allah yang punya. Kerja pagi petang siang malam, balik-balik akan pergi mengadap Dia. Semoga yang Dia pinjamkan kepada kita, yang juga nyawa-nyawa kecil ini menjadi manfaat buat kita.

Kecil-kecil saling merindu. Dah tua, saling ziarah.

Khairul Hakimin. Muhammad
Bapa Nurul ‘Ain.

#Panas di Cara Mudah Saya Terangkan Kepada Anak Kenapa Saya Sibuk Tanpa Melukakan Hatinya

Nissan xStorage: Power Bank Khas Buat Kediaman Anda

$
0
0
Nissan xStorage: Power Bank Khas Buat Kediaman Anda merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Nissan xStorage: Power Bank Khas Buat Kediaman Anda.

Jika sebelum ini hanya Tesla yang merupakan syarikat kereta yang memfokuskan kepada penjimatan tenaga elektrik untuk rumah, kini tiba giliran Nissan untuk memperkenalkan Nissan xStorage.

Power bank daripada Nissan ini membolehkan anda menyimpan tenaga dengan mengecas ketika luar waktu puncak, dan seterusnya digunakan pada pelbagai peralatan elektronik harian.

27968-9c2f27e2_945_556

Seperti alat penyimpanan tenaga yang lain, xStorage menjana tenaga melalui solar dan seterusnya dapat digunakan untuk mengecas kenderaan, mahupun untuk digunakan pada peralatan elektronik ketika tenaga elektif terputus ketika rumah mengalami gangguan bekalan elektrik.

Apa yang lebih menarik, Nissan juga akan menyertakan aplikasi khas untuk xStorage membolehkan pengguna memantau penggunaan tenaga yang digunakan disimpan.

Berdasarkan laporan daripada Nissan, xStorage bakal mempunyai kapasiti sebanyak 4.2kWh dan akan mula dijual dengan harga bermula dengan $4622.

#Panas di Nissan xStorage: Power Bank Khas Buat Kediaman Anda

10 Rekaan Komputer Klasik Dengan Gambaran Moden Dan Minimalis

$
0
0
10 Rekaan Komputer Klasik Dengan Gambaran Moden Dan Minimalis merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri 10 Rekaan Komputer Klasik Dengan Gambaran Moden Dan Minimalis.

Pada 15 Februari 1946 komputer pertama dunia dicipta. Sebuah mesin dimana yang pada awalnya direka khas untuk kegunaan pengiraan dan kerja-kerja yang mudah.

Selama 70 tahun ini banyak perubahan yang telah berlaku sama ada dari segi prestasi mahupun rekabentuk mengenai komputer. Seorang jurufoto terkenal UK, James Ball baru-baru ini telah melawat National Museum of Computing untuk mendapatkan gambaran tentang bagaimanana rekabentuk komputer yang pertama dicipta.

Berikut merupakan 10 gambar komputer klasik yang telah diberi sentuhan moden dan minimalis daripada agency INK:

check-out-the-earliest-computers-in-existence-1

check-out-the-earliest-computers-in-existence-2

check-out-the-earliest-computers-in-existence-3

check-out-the-earliest-computers-in-existence-4

check-out-the-earliest-computers-in-existence-5

check-out-the-earliest-computers-in-existence-6

check-out-the-earliest-computers-in-existence-7

check-out-the-earliest-computers-in-existence-8

check-out-the-earliest-computers-in-existence-9

check-out-the-earliest-computers-in-existence-10

Kami teruja dengan perubahan komputer yang tersangatlah besar pada awalnya dan berubah menjadi sebuah komputer yang nipis ketika ini. Mana tidaknya, telefon pintar di dalam sedekad in juga sudah mengalami perubahan yang banyak dari segi kamera, prestasi dan saiz.

#Panas di 10 Rekaan Komputer Klasik Dengan Gambaran Moden Dan Minimalis

14 Logo Altenatif Instagram Yang Pastinya Lebih Lawa Berbanding Logo Baru

$
0
0
14 Logo Altenatif Instagram Yang Pastinya Lebih Lawa Berbanding Logo Baru merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri 14 Logo Altenatif Instagram Yang Pastinya Lebih Lawa Berbanding Logo Baru.

Seperti yang kita semua ketahui, Instagram pada minggu ini telah membuat perubahan dari segi logo dimana logo lama mereka kepada logo baru yang mempunyai warna yang lebih meriah dan terang. Perubahan ini mungkin diangap kecil bagi sesetengah aplikasi namun tidak bagi Instagram.

Pelbagai reaksi yang diterima daripada netizen mengenai logo terbaru Instagram. Kami juga ada menyatakan pendapat mengenai logo baru Instagram disini.

Berikutan logo terbaru tersebut, Ultralinx telah mengeluarkan 14 logo altenatif buat Instagram yang pastinya tampak lebih lawa berbanding logo sedia ada.

MTM4NjEwMDcyMTM2NzIxODMw

MTM4NjEwMDg2OTAwNjcxOTEw

MTM4NjEwMDk4NDQzMzk2NTE4

MTM4NjEwMDkyODA2MjUxOTQz

MTM4NjEwMDU5MjUxODE5OTQy

MTM4NjEwMjE5NTA3Nzg3MTc1

MTM4NjEwMTA2NzY0ODk1NjU1

MTM4NjEwMTc5MjQyNDY4Nzc0

MTM4NjEwMTI5MDQ1MDM4NTAy

MTM4NjEwMTIwMTg2NjY4NDU1

MTM4NjEwMTM1NDg3NDg5NDQ2

MTM4NjEwMTQ5MTc3Njk3NzAz

MTM4NjEwMTU5Mzc4MjQ1MDMw

MTM4NjEwMTY5MzEwMzU2OTAy

Kongsikan dengan kami logo manakah yang pada pendapat anda sangat sesuai untuk dijadikan logo rasmi untuk aplikasi Instagram. Pada pendapat saya, gambar no.10 harus dijadikan logo rasmi. Sesuai dengan trend zaman kini yang menampilkan logo yang minimalis.

#Panas di 14 Logo Altenatif Instagram Yang Pastinya Lebih Lawa Berbanding Logo Baru

Itinerari Dan Tips Travel Selama 3 Hari 2 Malam Ke Tasik Paling Jernih Di Dunia

$
0
0
Itinerari Dan Tips Travel Selama 3 Hari 2 Malam Ke Tasik Paling Jernih Di Dunia merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Itinerari Dan Tips Travel Selama 3 Hari 2 Malam Ke Tasik Paling Jernih Di Dunia.

Saya nak kongsikan itinerari dan kos untuk trip kami ke Coron Island (tak termasuk makan dan shopping). Kami ke sana selama 3 hari 2 malam.

Hari 1: Explore bandar Coron dan mendaki Mt Taypas
Kos: Airport Transfer (150Peso)

Hari 2: Coron Island Hopping dan Maquinit Hotspring
Kos: Sewa bot 1500 Peso / 3pax (500 Peso)
Bayaran masuk : Kayangan lake (200 Peso), Siete Pecado (100 Peso) Twin Lagoon (100 Peso), Banol Beach (100 Peso), Skeleton Wreck (100 Peso), Hotspring (200 Peso), Snorkeling gear (150 Peso), Tuk tuk ke pasar 100 Peso/3 (33.30 Peso)

Hari 3: Shopping souvenir dan pulang ke Manila
Kos: Airport transfer (150 Peso), Terminal fee (100 Peso)

Total perbelanjaan di Coron : 1883.30 Peso x 0.092 (RM173.25)
Kos penginapan: Coron Reef Pension House (RM40.45/pax , 2 malam)
Total kos untuk 3 hari 2 malam = RM213.70 (per pax).

kayangan-lake-1

Kayangan Lake. Merupakan tarikan utama di Coron. Terkenal sebagai tasik paling jernih di dunia.

kayangan-lake-2

Crystal clear water at Kayangan Lake.

kayangan-lake-3

Viewpoint sebelum ke Kayangan Lake. Kena mendaki untuk sampai ke sini lebih kurang 10-15 minit.

kayangan-lake-4

View dalam air di Kayangan Lake. Memang jernih. No wonder dorang gelarkan tasik ni sebagai tasik paling jernih di dunia.

kayangan-lake-5

Banol beach. Waktu ni hanya ada kami je di sini. Heaven giler. Kat sini ada pondok kayu di sediakan untuk berhenti makan tengahari.

kayangan-lake-6

Banol Beach.

kayangan-lake-7

Kat pondok ni la kami berhenti untuk makan tengahari. Boatman boleh tolong masakkan atau korang boleh bawak lunchpack sendiri dari hotel.

kayangan-lake-13

Maquinit hotspring. Entrance fee 200 Peso. Kalau hire private boat, boleh request dorang bawa kita ke sini lepas habis snorkeling. Kalau pergi melalui darat, kene hire tricycle. Kos tricycle 300 peso 2 hala.

kayangan-lake-8

Mt Taypas. Nak sampai atas kene mendaki lebih kurang 700++ anak tangga. Bawa air secukupnya terutama masa cuaca panas. Popular spot untuk lihat matahari terbenam. Dari atas boleh tengok 360 view Coron Island. Kami mula mendaki dalam pukul 5.30 petang.

kayangan-lake-9

Twin Lagoon. Bot akan berhenti di 1st lagoon. Untuk ke 2nd lagoon, kene berenang bawah batu.. Kalau berenang kat sini penglihatan agak kabur sebab air kat sini bercampur antara air masin dan tawar.

kayangan-lake-10

Antara part best bila ambil private boat, kita je atas boat tu. Jadi nak bergambar sakan, nak duduk atau berdiri hujung bot pun tak ada masalah. Air kat sana sangat tenang,  selamat kalau nak duduk di hujung bot waktu bot bergerak.

kayangan-lake-11

Entrance untuk ke 2nd lagoon iaitu Twin Lagoon. Kalau masa air surut, kita akan berenang lalu bawah batu. Tapi kalau air pasang, kena naik tangga untuk ke 2nd lagoon.

kayangan-lake-12

Typical landscape of Coron. Di kelilingi oleh pembentukan batu-batu granit yang besar.

Info tambahan

1. Coron Island terletak di Palawan, Filipina. Untuk ke sana, boleh naik kapal terbang dari Manila yang mengambil masa lebih kurang sejam atau pun naik feri yang mengambil masa 12 jam perjalanan.

2. Tinggal di Coron Reef Pension House. Murah, tengah-tengah pekan, ada kolam renang menghadap laut, dekat dengan jeti untuk menaiki bot ke island hopping. Bot boleh sewa dari hotel. Air panas pun di sediakan, jadi senang kalau nak masak meggi.

3. Kalau waktu malam, tak banyak aktiviti boleh buat kecuali jalan-jalan di pekan Coron atau pun lepak tepi pantai.

4. Kalau tak ramai, untuk island hopping boleh sertai public trip.  Seorang kena bayar 650 Peso/pax tak termasuk alat snorkeling (max 20 orang). Tapi kalau ramai, lebih baik ambil private boat (max 4 orang). Boleh pilih tempat-tempat yang kita nak pergi. Boatman boleh masakkan untuk kita dan bile masa snorkeling, dia akan jadi guide / photographer.

5. Kapal terbang ke Coron kalau takde promosi memang mahal. Purata RM700++ ke RM1100++. Jadi kalau nak murah, rajin-rajin lah ikut promosi Cebu Pacific. Kami dapat harga tiket RM313.08/pax termasuk luggage 20kg pergi balik. Kongsi luggage 3 orang.

6. Ada komuniti muslim di Coron.

7. 3 hari 2 malam cukup untuk pergi ke semua main attractions. Tapi kalau ada masa lebih, boleh tambah masa tinggal kat sana jadi 4 hari 3 malam dan ambil pakej ke pulau-pulau lain.

Baca lagi: 33 Tip Penting Jika Anda Travel Ke Pulau Boracay, Filipina

#Panas di Itinerari Dan Tips Travel Selama 3 Hari 2 Malam Ke Tasik Paling Jernih Di Dunia

Kisah Hidup Abang Long Fadzil, Bekas Gangster Singapura Sebelum Terima Hidayah

$
0
0
Kisah Hidup Abang Long Fadzil, Bekas Gangster Singapura Sebelum Terima Hidayah merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Kisah Hidup Abang Long Fadzil, Bekas Gangster Singapura Sebelum Terima Hidayah.

Watak ‘Abang Long Fadhil’ yang dilakonkan oleh Zizan Razak memang wujud sebenarnya. Inilah dia wajah di sebalik Abang Long Fadzil yang sebenar, bekas gangster Singapore yang telah bertaubat dan menerima hidayah dari Allah. Mungkin tiada kena mengena dengan filem Zizan itu, cuma nama sahaja kebetulan sama.

Melalui perkongsian video selama 50 minit di Facebook, Abang Long Fadzil bercerita tentang masa silamnya dan bagaimana beliau terbuka hati ingin kembali kepada Allah. Jadi kalau anda belum ada masa untuk tonton video penuh ceramah Abang Long Fadzil, anda boleh teruskan membaca sinopsis kisah Abang Long Fadzil di bawah.

Abang Long Fadzil adalah anak pertama dari tiga orang adik beradik. Menurut beliau, beliau terjebak ke dalam kancah gangster adalah disebabkan dari pengaruh keluarga beliau sendiri. Beliau masih ingat pesan arwah nenek beliau di mana sebagai anak lelaki sulung, tanggungjawab beliau sangat besar kerana beliau adalah bakal ketua keluarga dan bertanggungjawab untuk keselamatan keluarganya.

Beliau sangat nakal dan liar sejak dari usia remaja. Beliau masuk penjara pertama kali pada umur 12 tahun kerana memukul budak yang dua tahun lebih tua darinya dengan kayu dalam satu pergaduhan. Beliau tidak menyalahkan rakan sebaya atau pengaruh luar yang menyebabkan beliau terjebak dengan gangster. Tetapi beliau mengaku keluarga atau pakcik beliau yang mengajar Fadzil menjadi jahat. Bapa-bapa saudara Fadzil lah yang mengajar Fadzil untuk berkawan dengan kaum Cina di Singapura dan justeru itu, beliau terjerumus dengan gangsterism.

Beliau mula mencacah tattoo dibadannya sejak usianya 12 tahun. Tattoo pertamanya adalah namanya sendiri, Fadzil. Lama kelamaan tattoo beliau makin bertambah di seluruh bahagian tangan kiri (umur 14-15 tahun), di bahagian belakang badan dan di leher dan muka (usia 20-22 tahun). Menurut beliau, ketika itu beliau tidak perlu membayar untuk servis tattoo berkenaan sebab rakan-rakan yang tolong lukis. Beliau memberitahu kawasan paling sakit untuk dilukis tattoo adalah di bahagian dahi dan leher kerana kawasan tersebut paling sensitif.

Fadzil kemudiannya bercerita tentang kehidupan ketika zaman gangsternya. Beliau jujur berkata arak dan makan babi itu perkara biasa dalam hidupnya dan babi itu antara makanan paling sedap yang beliau pernah makan. Beliau juga selalu turut serta dalam pergaduhan antara geng gangster di Singapura. Ada satu ketika, beliau terpaksa berdepan dengan 8 orang gangster dalam satu masa kerana dua rakan beliau lari kerana takut. Memang ketika itu beliau kena pukul teruk; telinga pekak sebelah, luka besar di belakang badan dan luka di muka. Doktor ketika itu berkata kepada Fadzil yang kalau beliau lambat 5 minit sahaja ke hospital, beliau pasti akan mati kerana luka pergaduhan itu.

Penghijrahan beliau bermula sedikit demi sedikit. Beliau mula meninggalkan babi dan arak kerana timbul rasa geli dengan kedua-dua benda haram itu. Selepas meninggalkan arak dan babi, beliau mula kuat hisap dadah (Syabu). Beliau pelik kerana ketika beliau sedang high kerana syabu, beliau boleh baca doa dan solat. Tapi kalau tidak hisap syabu, langsung lupa tentang doa dan solat. Dan ketika itu beliau tinggalkan syabu.

Titik permulaan yang betul-betul buat Abang Long Fadzil mahu berhijrah adalah melalui mimpi. Dalam mimpi itu, beliau sedang berada di tepi pantai bersama rakan-rakan menikmati arak. Tiba-tiba satu ombak yang sangat besar menuju ke arah mereka. Fadzil ketika itu memang tahu itulah hari kiamat kerana beliau rasa ianya sangat real. Ketika beliau ingin berlari, rakan-rakan beliau semuanya hilang dan ombak pun sudah tiada dan beliau tiba-tiba berseorangan di tepi laut. Selepas bangun dari mimpi itu, Fadzil tidak keluar rumah selamat sebulan kerana takut mati.

Sebulan selepas mimpi itu, ada rakan yang datang menemui Fadzil dan mengajaknya pergi ke masjid. Dan ketika itu beliau terdetik, kalau duduk di rumah pun boleh mati, kalau keluar pun boleh mati. Jadi beliau nekad untuk keluar dari rumah. Permulaannya beliau keluar 3 hari untuk kembali mengenal Allah tetapi tepat hari ke-40, baru beliau yakin kembali kepada Allah.

Abang Long Fadzil bersama Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Sakaratulmaut

Abang Long Fadzil bersama Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Sakaratulmaut

Fadzil bercerita perjalanan untuk berubah itu sangat susah baginya. Beliau mengaku yang beliau ambik masa 8 bulan untuk menghafal surah Al- Fatihah. Beliau sangat bersyukur kepada Allah kerana memberi peluang kedua untuk beliau bertaubat. Beliau sangat terharu kerana walaupun di waktu jahil beliau dahulu seringkali beliau mengeji Allah, Allah tetap memberi beliau peluang kedua untuk beliau kembali ke pangkal jalan.

“Saya dah biasa kena hina dengan orang sekeliling, dengan ustaz. Kena sound cakap tattoo tak kena air, tak sah solat. Tapi saya pegang cakap mak. Kalau orang susah minta tolong, tolong selagi boleh, kalau orang minta sedekah, kasi selagi mampu,” kata Fadzil.

Bila ditanya tentang rakan-rakan lama beliau, rata-rata kawan gangster Cina beliau menerima penghijrahan Fadzil dengan baik. Tiada yang mengeji tapi siap beri full morale support. Tapi tidak bagi kawan Melayu Fadzil. Kebanyakkan kata Fadzil poyo dan hanya nak publisiti murahan dengan penghijrahan ini walaupun tahu Fadzil telah berhijrah dan sudah cuci tangan dari kancah gangster.

“Saya banyak kawan Cina. Saya selesa kawan dengan Cina. Cina baik sebab orang Cina akan tolong kawan-kawan yang susah. Saya tak suka Melayu sebab Melayu ini pendengki dan suka hina orang. Kalau nak tolong orang, orang Melayu akan tengok wallet dulu,” tambah Fadzil. Menurut beliau, kawan ni ada bila kita ada duit sahaja. Kalau tak ada duit, kawan pun hilang entah ke mana.

Dengan imej terbaru Abang Long Fadzil sekarang, polis sudah jarang tahan beliau dan soal siasat beliau. Kalau dahulu, beliaulah orang pertama yang kena petik kalau ada kes polis. Beliau bersyukur kerana pada usia 29 tahun, beliau dah kenal mana kawan, mana lawan. Beliau menambah kalau kaum Cina, kalau isu duit, mereka akan tolong. Kalau Melayu, nampak duit mereka makan dulu. Itulah perbezaan antara kawan Cina dan kawan Melayu beliau. Bukan semua tapi majoriti kawan Melayu beliau begitu.

Bercerita tentang perasaan mendapat hidayah dari Allah, Fadzil berkata kemanisan tu tak dapat digambarkan.

“Kemanisan dari Allah ni lain. Kalau manis minum kopi ni, hari-hari kita minum kopi lama-lama kena potong kaki. Manis Allah ni dalam hati. Tak dapat saya nak gambarkan macam mana,” kata Fadzil.

Di akhir temubual bersama Fadzil, beliau berpesan kepada semua supaya jangan cepat judge orang lain. Jangan menghukum orang lain umpama kita inilah yang paling baik antara semua. Kerana tugas menghukum itu adalah tugas Allah dan bukan manusia. Yang terbaik adalah membimbing mereka ke jalan yang benar dari kita terus menghukum mereka itu.

Banyak pengajaran yang boleh diambil dari temubual Abang Long Fadzil ini. Hidayah itu milik Allah dan gangster besar seperti Fadzil pun mampu berubah selepas mendapat Hidayah. Kalau anda mahu lihat video penuh ceramah agama ini, boleh klik di sini. Never too late untuk seseorang itu bertaubat kepada Allah. Semoga kita semua mendapat manfaat dari kisah Abang Long Fadzil ini.

#Panas di Kisah Hidup Abang Long Fadzil, Bekas Gangster Singapura Sebelum Terima Hidayah

(4 Video & 14 Gambar) Pesawat Terbesar Didunia , Antonov 224 Mendarat Di KLIA

$
0
0
(4 Video & 14 Gambar) Pesawat Terbesar Didunia , Antonov 224 Mendarat Di KLIA merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri (4 Video & 14 Gambar) Pesawat Terbesar Didunia , Antonov 224 Mendarat Di KLIA.

Peswat terbesar di dunia, Antonov 225 Mriya telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 8 pagi tadi.

Pesawat difahamkan membawa muatan generator elektrik seberat 117 tan dan mendarat di KLIA untuk mengisi minyak sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi terakhir Perth, Australia.

Sebelum mendarat di KLIA, pesawat seberat 640 tan berkenaan yang dilengkapi enam enjin dan 42 tayar telah singgah di Republik Czech, India dan Turkmenistan terlebih dahulu.

Pesawat buatan Ukraine tersebut dilaporkan mampu terbang dengan kelajuan maksimum 850 kilometer sejam, malah tangki minyaknya juga dapat menampung sehingga 300,000 kilogram.

Selain itu, panjang sayap pesawat tersebut juga adalah kira-kira 88 meter.

Orang ramai telah berkumpul ditepi lapangan terbang sejak awal pagi tadi untuk menyaksikan pesawat berkenaan. - Siakapkeli.my

















#Panas di (4 Video & 14 Gambar) Pesawat Terbesar Didunia , Antonov 224 Mendarat Di KLIA

Jika Ada Majlis Rasmi Mama Akan Kira Anak Lelaki Mama Yang Turut Serta, Tapi KMJ Kali Ini....

$
0
0
Jika Ada Majlis Rasmi Mama Akan Kira Anak Lelaki Mama Yang Turut Serta, Tapi KMJ Kali Ini.... merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Jika Ada Majlis Rasmi Mama Akan Kira Anak Lelaki Mama Yang Turut Serta, Tapi KMJ Kali Ini.....

Seperti kebiasaannya setiap tahun, Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bersama permaisuri dan anakanda baginda akan melawat rakyat-rakyat jelata dalam Kembara Mahkota Johor (KMJ).

Tuanku Sultan akan memberikan bantuan kepada rakyat-rakyat yang memerlukan selain beramah mesra bersama rakyat diseluruh pelusuk negeri Johor.

Namun, KMJ tahun ini nampaknya sedikit hiba bagi Tuanku Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah apabila tuanku permaisuri melahirkan rasa kehilangannya dalam jelajah KMJ kali ini.

Kehilangan yang dimaksudkan ialah ketiadaan Tunku Jalil yang telah bertemu Maha Penciptanya tahun lalu kerana menghidap kanser.

Jom kita baca apa yang Tuanku permaisuri luahkan.

Sayangku, Lil.

Paduka kekanda sulung mu, adindanya Che' Puan Khaleeda serta kekanda Inah, kini berada di Kuala Lumpur bagi keberangkatan ke pertandingan bolasepak malam ini dan tidak bersama kami pagi tadi. 

Sepertimana dikala lain apabila kami semua bersama di majlis-majlis rasmi, Mama akan mengira berapa orang anak lelaki Mama yang turut serta bersama Mama. Mama kekurangan seorang. 

Lil yang tiada rupanya. 

Benar bak kata kekanda mu, Idris : bagaimana pun sukarnya, kami perlu terus tersenyum, berjumpa semua yang ada, dan terus menunaikan tanggungjawab kita. Hidup ini tidak akan sama lagi seperti dahulu. 

Moga Lil berada dikalangan mereka yang beriman.

- Siakapkeli.my


#Panas di Jika Ada Majlis Rasmi Mama Akan Kira Anak Lelaki Mama Yang Turut Serta, Tapi KMJ Kali Ini....

Mayat Bayi Perempuan Bertali Pusat Dihurungi Semut Atas Meja Gerai Goreng Pisang

$
0
0
Mayat Bayi Perempuan Bertali Pusat Dihurungi Semut Atas Meja Gerai Goreng Pisang merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Mayat Bayi Perempuan Bertali Pusat Dihurungi Semut Atas Meja Gerai Goreng Pisang.

TANAH MERAH:  Sekujur mayat seorang bayi perempuan yang dipercayai baru dilahirkan telah ditemui di atas sebuah meja gerai goreng pisang di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Belimbing, di sini, pagi tadi, lapor Sinar Harian.

Mayat bayi berkenaan yang masih ebrtali pusat dan cukup sifat ditemui oleh orang awam kira-kira jam 10 pagit adi berbungkus dengan sehelai tuala.


Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Suzaimi Mohamad mengesahkan kejadian dan mayat bayi berkenaan telah dihantar ke Hospital Tanah Merah untuk bedah siasat. - Siakapkeli.my
#Panas di Mayat Bayi Perempuan Bertali Pusat Dihurungi Semut Atas Meja Gerai Goreng Pisang

Kisah Seorang Murid Ponteng Sekolah Kerana Malu Tak Bawa Hadiah Untuk Hari Guru

$
0
0
Kisah Seorang Murid Ponteng Sekolah Kerana Malu Tak Bawa Hadiah Untuk Hari Guru merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Kisah Seorang Murid Ponteng Sekolah Kerana Malu Tak Bawa Hadiah Untuk Hari Guru.

Hari guru adalah merupakan hari untuk meraikan guru selepas berkorban dengan penat lelah mengajar dan membimbing anak bangsa demi memastikan masa depan mereka terjamin.

Sinonim dengan hari guru adalah hadiah, ada yang mampu akan menghadiahkan hadiah yang mahal-mahal dan ada yang tidak mampu memberikan hadiah yang seikhlas hati kepada guru mereka.

Namun ia kini seolah-olah sudah menjadi trend, di mana hari guru pelajar akan berpusu-pusu untuk memberi hadiah walaupun bukan diminta balasan oleh guru itu sendiri.

Ada pelajar atau murid mendesak ibu bapa mereka membeli hadiah hinggakan ada mereka tidak hadir ke sekolah kerana malu tiada hadiah untuk guru.

Seorang bekas guru besar, Abd Ghani Haron telah berkongsikan kisah yang berlaku kepada muridnya satu ketika dahulu di mana mengisahkan seorang pelajar perempuan dari keluarga yang tidak berkemampuan sanggup ponteng sekolah hanya kerana tidak mempunyai hadiah untuk diberikan kepada gurunya.

Jom kita baca,

PONTENG SEKOLAH KERANA TAK BAWA HADIAH

Ketika menjadi pengetua dulu,suatu pagi seorang imam masjid yang saya kenali menelefon saya.Katanya ada seorang budak sekolah di masjid, macam ponteng sekolah.Hari itu hari guru 16 Mei, pelajar dan guru tidak berada dalam kelas tetapi di dewan dan padang dg aktiviti sambutan.

Saya bergegas sendiri ke masjid yg disebut. Parking kereta agak jauh di penjuru masjid, saya mula meninjau ke masjid. Tidak ada di balai lintang,saya menjengah ke dewan solat. Tidak ada juga tetapi ketika beralih ke bahagian muslimat, saya ternampak satu susuk tubuh.

Saya segera ke bahagian itu dan memang ada seorang pelajar perempuan.Dia begitu terkejut melihat saya.Bibirnya terketar mengucap salam pada saya,tangannya meraup sejadah lalu dipeluk ke tubuh,bagai seorang anak takutkan bapa yang garang.

Dia segera berdiri menghormati saya,tetapi saya suruh duduk,saya kenal pelajar ini kerana pernah naik menerima hadiah kecemerlangan di pentas. Bila ditanya sebab apa ponteng sekolah sedangkan dia pelajar baik, dia hanya berkata,"Tak ada apa cikgu.".Saya tak puas hati kerana ini bukan tabiatnya.Saya desak dia bercakap benar.

Matanya mula berair bila dia memulakan bicara lagi, saya tahu, dia akan berkata benar,"Cikgu,saya malu nak ke sekolah hari ini kerana saya tidak ada hadiah untuk diberi pada guru sempena hari guru.Ayah tak ada duit untuk beli hadiah kerana waktu ini tengah bulan,ayah saya kerja jaga.Emak telah meninggal.

Dia berhenti bercakap.Kepala terhanguk-hangguk menahan tangis.Dia menyambung,

"Cikgu,saya malu ditanya rakan apa hadiah yang dibawa pada cikgu, lebih malu bila ada bertanya, Nurul tak bawa hadiah ka?" Ini telah berlaku tahun lalu.

Air matanya yang deras dikesat dengan kain tudung yang separuh lusuh.Saya pula yang turut sedih dan tidak terucap kata.

Saya menghantarnya balik ke rumah, dalam perjalanan fikiran berkecamuk. Rupanya kegembiraan hari guru dan sambutannya telah mencederakan hati seorang insan pelajar, bahkan saya yakin lebih ramai lagi pelajar yang miskin merasa gundah resah bila datang hari guru.

Menjadi kelaziman hari guru 16 Mei disambut oleh pelajar dengan memberi hadiah kepada guru di samping program sekolah. Memanglah ia sesuatu yang baik. Tetapi banyak ibubapa yang miskin, yang kurang mampu, menghadapi situasi serba salah bila anak merengek minta dibeli hadiah,tak mau ke sekolah tanpa hadiah. 

Yang berada minta hadiah lebih baik utk mengatasi rakan.Anak yg telah besar di sekolah menengah mungkin tidak mendesak,tetapi memilih jalan lain untuk mengelak,memendam rasa,tetapi siapa yg peduli.

Maka adalah baik jika hadiah kpd guru tidaklah diberi penekanan,high light,kerana ia juga boleh disalahguna untuk meraih perhatian guru,dan jika dibuat biarlah secara tertutup bukan dlm kelas yg menyebabkan pelajar lain terasa,maksudnya hadiah pd guru biarlah diserah sendiri di bilik guru.

Bagi sekolah yg di luar bandar yg ibubapa berpendapatan rendah,lebih lebih lagilah perkara ini kena diberi perhatian.Hakikatnya,pelajar yg baik bukan memberi hadiah kpd gurunya,tetapi memberi khidmat kpd gurunya,bekerjasama dan patuh pada semua arahan.

Hari guru sebaiknya disambut dengan penzahirkan rasa syukur kepada Allah,bukan di zahir dengan berseronok suka.

Mungkin sukan,sukaneka itu baik untukk menjalin hubungan,tetapi saya tak nampak dimana baiknya cikgu naik melalak menyanyi di pentas,murid menyanyi,menari,bergencok. 

Mungkin sketsa yang mendidik,majlis tahlil,bacaan Yasin,solat hajat dan sujud syukur,kenduri satu sekolah, explorace yg bersifat pelajaran dsbnya lebih sesuai .

Guru kena bersyukur kerana ada pekerjaan,ada murid, murid kena bersyukur kerana ada guru yg mendidik,ibubapa kena bersyukur kerana ada yg mengambil tanggungjawab mendidik.Marilah kita berubah bila menyambut sesuatu perayaan dari berseronok suka kpd penzahiran rasa syukur kpd Allah.

Kepada ibubapa, minta anak menghadiahkan hari guru dg janji untuk menjadi pelajar yg baik,yg taat, gigih yg berdisiplin,itu lebih besar maknanya kpd seorang guru dari sekotak hadiah.

Dari kisah yg saya paparkan,jangan kita melihat sesuatu dari satu sudut shj,dari situasi dan pandangan kita shj,tetapi berfikirlah dari berbagai sudut,dari berbagai situasi.

Baik pada kita,mungkin mencederakan orang lain.Selalulah berfikir supaya kita tidak menyusahkan orang lain,sebaliknya Selalulah berusaha untuk menggembirakan orang lain,kelak diakhirat Allah gembira kan kita.Wallahu a'lam abdghaniharon. - Siakapkeli.my

#Panas di Kisah Seorang Murid Ponteng Sekolah Kerana Malu Tak Bawa Hadiah Untuk Hari Guru

Sultan Johor Titah Isytihar Cuti Peristiwa Jika JDT Menang

$
0
0
Sultan Johor Titah Isytihar Cuti Peristiwa Jika JDT Menang merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Sultan Johor Titah Isytihar Cuti Peristiwa Jika JDT Menang.


JOHOR BAHRU, 14 Mei: Kerajaan Negeri Johor mengisytiharkan cuti khas peristiwa di seluruh Johor esok jika pasukan negeri itu (JDT) menjuari perlawanan akhir Piala FA yang berlangsung di Stadium Shah Alam malam ini.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Ismail Karim.

"Selepas berbincang bersama Menteri Besar Johor, kerajaan negeri memutuskan untuk mengisytiharkan esok sebagai cuti peristiwa (tiada cuti ganti).

"Tuanku juga sudah menitahkan untuk Johor cuti peristiwa sebentar tadi jika pasukan JDT menjuarai perlawanan malam ini," katanya sebagaimana lapor BH Online. - Siakapkeli.my

#Panas di Sultan Johor Titah Isytihar Cuti Peristiwa Jika JDT Menang
Viewing all 3687 articles
Browse latest View live