Quantcast
Channel: Glepor
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3687

Terperangkap Dalam Kereta? Penyandar Kepala Mungkin Boleh Selamatkan Nyawa

$
0
0
Terperangkap Dalam Kereta? Penyandar Kepala Mungkin Boleh Selamatkan Nyawa merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Terperangkap Dalam Kereta? Penyandar Kepala Mungkin Boleh Selamatkan Nyawa.

Sekiranya anda terperangkap di dalam kereta yang berkunci, perkara pertama yang anda fikirkan mestilah untuk memecahkan cermin kereta supaya udara dapat mengalir.

Ataupun jika kereta terjunam ke dalam air yang dalam, langkah utama yang perlu dibuat adalah memecahkan cermin kereta secara menyeluruh supaya anda sempat keluar dari kereta tersebut sebelum ia dipenuhi air.

Apabila tiba saat-saat getir ini, penyandar kepala di tempat duduk kereta anda boleh menjadi penyelamat keadaan.

Oleh kerana penyandar kepala sentiasa berada dekat dengan anda, mudah dicabut serta saiznya yang kecil dan panjang, ia sepatutnya menjadi 'alat' pertama yang anda capai untuk memecahkan cermin kereta anda.

Bagaimana Nak Pecahkan Cermin Kereta Guna Penyandar Kepala?

1 - Cabut penyandar kepala dari tempat duduk anda.


2 - Masukkan salah satu batang besinya ke celah cermin.

3 - Apabila sudah masuk ke dalam, tarik penyandar kepala itu ke arah dalam dengan kuat dan cermin kereta akan retak seribu sebelum pecah.

Sangat mudah dan cepat kan?

Tonton video di bawah untuk melihat tutorial penuh. Semoga bermanfaat di ketika kecemasan. - Siakapkeli.my

#Panas di Terperangkap Dalam Kereta? Penyandar Kepala Mungkin Boleh Selamatkan Nyawa

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3687