Sultan Johor Cadang Tubuh "Bank of Johor" merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Sultan Johor Cadang Tubuh "Bank of Johor". ![]()
JOHOR BAHRU, 14 Apr - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mencadangkan kerajaan negeri untuk menubuhkan sebuah bank sendiri yang dikenali sebagai "Bank of Johor".
JOHOR BAHRU, 14 Apr - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mencadangkan kerajaan negeri untuk menubuhkan sebuah bank sendiri yang dikenali sebagai "Bank of Johor".
Titah Sultan Ibrahim, bank itu bertujuan untuk memberi perkhidmatan perbankan kepada rakyat Johor bagi pinjaman perumahan dan simpanan atau pelaburan.
"Banyak rumah mampu milik dibina untuk rakyat berpendapatan rendah namun masih ramai tidak dapat memiliki rumah kerana gagal mendapat pinjaman bank.
"Oleh yang demikian saya ingin mencadangkan kepada kerajaan negeri supaya menubuhkan sebuah bank sendiri yang boleh dinamakan sebagai 'Bank of Johor'," titahnya sebagaimana lapor Sinar Online.
Sultan Ibrahim bertitah demikian dalam majlis perasmian Pembukaan Penggal Keempat Persidangan Ketiga Dewan Negeri Johor Ke-13 di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan, di sini hari ini. - Siakapkeli.my
#Panas di Sultan Johor Cadang Tubuh "Bank of Johor"