Quantcast
Channel: Glepor
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3687

Murid Tahun Enam Maut Dipanah Petir

$
0
0
Murid Tahun Enam Maut Dipanah Petir merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Murid Tahun Enam Maut Dipanah Petir.
Foto : Sinar Online
KAMPAR, 24 Mac - Seorang murid enam tahun meninggal dunia akibat dipanah petir ketika bermain bola di Taman Chaya Kampar berhampiran rumahnya petang tadi.

Laporan dari Sinar Online menyatakan, dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 5.30 petang itu, mangsa, Muhammad Udin Dulkafi, 12, dipercayai sedang bermain bola bersama dengan empat rakannya di padang berkenaan ketika cuaca hujan dan guruh.

Menurut Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon, siasatan awal mendapati ketika kejadian cuaca baru mula hujan.

Menurutnya juga, mangsa tiba-tiba rebah selepas kedengaran satu dentuman guruh di kawasan padang tersebut.

"Kejadian itu disaksikan jiran berhampiran yang kemudiannya membawa mangsa ke Hospital Kampar untuk mendapatkan rawatan.

"Namun mangsa disahkan meninggal dunia selepas doktor menjalankan pemeriksaan ke atasnya," kata beliau.

Tambah beliau juga, jiran mangsa itu turut membuat laporan polis berhubung kejadian di Ibu Pejabat Polis Daerah Kampar.

"Keputusan bedah siasat mendapati punca kematian mangsa disebabkan kejutan elektrik oleh panahan kilat," jelasnya. - Siakapkeli.my

#Panas di Murid Tahun Enam Maut Dipanah Petir

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3687