Quantcast
Channel: Glepor
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3687

Seleweng RM 100 Juta : Pegawai Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani direman bantu siasatan

$
0
0
Seleweng RM 100 Juta : Pegawai Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani direman bantu siasatan merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Seleweng RM 100 Juta : Pegawai Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani direman bantu siasatan.
Seorang dari tahanan reman berhubung penyelewengan dana Kerajaan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada Khamis. 

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memperoleh perintah mahkamah bagi menahan reman seorang pegawai Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi membantu kes penyelewangan dana kerajaan yang bernilai RM 100 juta.

Perintah reman tujuh hari itu dikeluarkan oleh Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman.

SPRM juga turut memperoleh perintah mahkamah untuk melanjutkan tahanan reman pegawai kanan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan dua kontraktor syarikat penganjuran selama tujuh hari lagi sehingga 30 Mac selepas tempoh reman tujuh hari sebelum ini berakhir hari ini.

Sementara itu, dua lagi kontraktor syarikat penganjuran acara dan seorang wanita yang merupakan proksi sebuah syarikat yang turut ditahan dibebaskan hari ini dengna jaminan SPRM sebanyak RM10,000 setiap seorang.

Pada Jumaat lepas, 9 individu ditahan SPRM termasuk seorang wanita yang disyaki menjadi dalang satu sindiket menyeleweng dana kerajaan bernilai RM 107 juta.

Sindiket itu dipercayai bergiat aktif sejak 2010 dengan menggunakan bahagian kewangan agensi KBS membuat bayaran kepada 14 buah syarikat kononnya untuk tujuan menjayakan program berkaitan acara sukan. - Siakapkeli.my

#Panas di Seleweng RM 100 Juta : Pegawai Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani direman bantu siasatan

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3687

Latest Images