Quantcast
Channel: Glepor
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3687

Berhenti Cuba "Jadi Orang Arab" - Titah Sultan Johor

$
0
0
Berhenti Cuba "Jadi Orang Arab" - Titah Sultan Johor merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Berhenti Cuba "Jadi Orang Arab" - Titah Sultan Johor.

JOHOR BARU, 24 Mac— Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar bertitah bahawa baginda masih berpegang kepada adat dan tradisi Melayu kerana dilahirkan dalam bangsa tersebut dan menggesa komuniti Melayu agar tidak meminggirkan budaya mereka.

Tambah baginda lagi, mereka yang mahu "menjadi orang Arab" lebih sesuai menetap di sana.

"Jika ada sebahagian daripada anda mahu menjadi orang Arab dan mengamalkan budaya Arab, serta tidak mahu mengikut adat istiadat dan tradisi Melayu kita, itu terpulang kepada anda,” titah baginda sebagaimana lapor The Malaymail Online.

"Saya juga mengalu-alukan anda untuk tinggal di Arab Saudi.

"Itu adalah hak anda tetapi saya percaya ada orang Melayu yang bangga dengan budaya Melayu. Sekurang-kurangnya saya menjadi diri sendiri dan tidak hipokrit dan rakyat Johor tahu siapa pemerintah mereka," tambahnya.

Baginda bertitah bahawa dirinya lebih gemar menggunakan istilah Melayu seperti “Hari Raya” dan “buka puasa” berbanding istilah Arab walau bermaksud sama, seperti “Eid al-Fitr” dan “iftar”.

"Saya telah menggunakan terma Melayu sejak saya kecil dan bercakap dengan almarhum ayahanda saya sejak 50 tahun yang lalu.

"Saya tidak mempunyai hasrat untuk menggantikan terma-terma ini dengan terma Arab," titah baginda. - Siakapkeli.my

#Panas di Berhenti Cuba "Jadi Orang Arab" - Titah Sultan Johor

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3687