Quantcast
Channel: Glepor
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3687

Peha Besar Macam Gajah? Cuba 7 Cara Ini Untuk Buang Lemak Peha!

$
0
0
Peha Besar Macam Gajah? Cuba 7 Cara Ini Untuk Buang Lemak Peha! merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Peha Besar Macam Gajah? Cuba 7 Cara Ini Untuk Buang Lemak Peha!.

Ramai wanita yang ada masalah peha besar dan ada yang malu nak pakai seluar kerana menampakkan bentuk peha.

Tapi jangan risau, masalah peha anda yang macam gajah tu boleh diselesaikan.

Cuba 7 cara mudah ini. Apa yang penting kena jadikan ia rutin dan disiplin.

Minum air kosong

Air putih bukan sahaja untuk elakkan dari dehidrasi tetapi membantu tubuh membuang racun dan memproses pembakaran.

Makan makanan rendah kalori

Berhenti makan makanan berkalori tinggi dan berlemak. Ganti dengan sayur-sayuran, buah-buahan, yogurt dan makanan kaya serat. Makanan tak sihat tu lah punca peha anda besar.

Pengambilan nutrisi

Pengambilan nutrisi seperti vitamin D, protein, dan asid omega-3 sangat penting. Pada mulanya memang susah nak biasakan diri makan makanan sihat, tetapi anda akan rasai perbezaannya nanti.

Tetapkan masa tidur

Tidur membantu membakar lemak badan. Tubuh anda akan membakar 45-115 kalori sejam sewaktu tidur, bergantung pada berat badan. Tapi jangan makan sebelum tidur, itu punca utama peha anda besar.

Jangan tertekan atau stres

Lemak yang terkumpul di peha akan sukar dibakar walaupun bersukan jika anda sentiasa dalam keadaan tertekan.

Jangan kerja berlebihan

Kerja berlebihan hingga biasa berjaga lewat malam tak baik untuk kesihatan. Ia buatkan berat badan naik dan sukar untuk mengecilkan peha.

Lakukan gerakan peha

Latihan seperti skipping, berlari, naik tangga, squats dan berbasikal sangat membantu membakar lemak pada peha. Lakukan aktiviti tersebut paling kurang pun 30 minit sehari. - Sehinggit Media
#Infokini di Peha Besar Macam Gajah? Cuba 7 Cara Ini Untuk Buang Lemak Peha!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3687