Quantcast
Channel: Glepor
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3687

Pemandu Tak Sedar Mangsa Berada Di Depan, Anggota JPJ Maut Digilis Treler Ketika Sedang Lakukan Pemeriksaan

$
0
0
Pemandu Tak Sedar Mangsa Berada Di Depan, Anggota JPJ Maut Digilis Treler Ketika Sedang Lakukan Pemeriksaan merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Pemandu Tak Sedar Mangsa Berada Di Depan, Anggota JPJ Maut Digilis Treler Ketika Sedang Lakukan Pemeriksaan.

Seorang anggota penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dilaporkan maut selepas digilis oleh sebuah treiler berhampiran tol Setia Alam kira-kira ham 1 tengah hari tadi, lapor Utusan Malaysia.

Mangsa yang dikenali sebagai Mohd Ridzuan Bin Md Yusof, 34, dilaporkan telah meninggal serta merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.




Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisisoner Shafien Mamat berkata, hasil siasatan pihak polis mendapati ketika kejadian mangsa sedang memeriksa sebuah lori kontena yang berada di hadapan treler berkenaan.

"Mengikut maklumat, pemandu treler berkenaan berhenti seketika di bahu jalan kerana hendak menelefon seseorang.

"Pemandu treler berusia 68 tahun itu kemudiannya meneruskan perjalanan dan dipercayai tidak menyedari mangsa berada di hadapan kenderaannya sebelum melanggar dan menggilisnya," katanya dipetik laporan Harian Metro.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,"



Sumber: Siakap Keli
#Infokini di Pemandu Tak Sedar Mangsa Berada Di Depan, Anggota JPJ Maut Digilis Treler Ketika Sedang Lakukan Pemeriksaan

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3687