Quantcast
Channel: Glepor
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3687

Petua Bersihkan Kolestrol Pada Pembuluh Darah Jantung Yang Tersumbat Secara Tradisional

$
0
0
Petua Bersihkan Kolestrol Pada Pembuluh Darah Jantung Yang Tersumbat Secara Tradisional merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Petua Bersihkan Kolestrol Pada Pembuluh Darah Jantung Yang Tersumbat Secara Tradisional.

Jantung merupakan organ tubuh yang paling vital, kerana jika jantung berhenti berdegup maka sama saja kehidupan seseorang berakhir. Mengapa demikian? Kerana jantung yang mengepam darah ke seluruh bahagian tubuh manusia. 

Apabila darah tidak mengalir (circulation) dengan baik, maka organ-organ lainnya tidak boleh berfungsi dengan maksima. Banyak jenis gangguan yang menyebabkan jantung tidak bekerja dengan maksima, salah satunya disebabkan pembuluh darah jantung tersumbat.

Penyebab Pembuluh Darah Jantung Tersumbat

Penyebab pembuluh darah jantung tersumbat atau disebut juga Atherosclerosis adalah terkumpulnya lemak pada dinding pembuluh darah jantung (pembuluh koroner) atau yang dikenali dengan istilah plak. Penimbunan plak yang diikuti berbagai proses buruk lainnya seperti pengapuran dan proses pembekuan darah lama kelamaan akan membuat saluran pembuluh darah menjadi sempit dan tersumbat. 

Jika hal ini dibiarkan terjadi pada pembuluh jantung, maka otot jantung menjadi kekurangan pasukan darah dan akibatnya boleh menyebabkan maut. Mulai dari nyeri dada (angina pectoris) hingga yang paling bahaya iaitu kematian mendadak yang disebabkan kerana gagal jantung.

Jika anda ingin menghindari risiko terkena serangan jantung yang disebabkan pembuluh darah di jantung tersumbat maka hindari hal-hal dibawah ini:
  • Merokok
  • Tidak pernah berolahraga
  • Stress yang terlalu banyak dan kerap

Selain itu ada juga penyakit lain yang menjadi punca terjadinya penyempitan pembuluh darah pada jantung, antara lain iaitu:

  • Kadar kolesterol (LDL) yang tinggi
  • Tekanan Darah Tinggi (hipertensi)
  • Kegemukan
  • Diabetes Mellitus
  • Riwayat keturunan penyakit jantung di dalam keluarga
  • Rawatan Pembuluh Darah Jantung Tersumbat Disebabkan Kolesterol Secara Tradisional
Berikut merupakan resepi bagi sesiapa sahaja yang ingin membersihkan kolesterol yang menyekat pada pembuluh darah jantung:


Cara Hapuskan Kolestrol Pada Saluran Jantung:

Secawan halia
Secawan bawang Putih
Secawan lemon
Secawan madu
Secawan cuka epal

Cara Sediakan Ubat Untuk Bersihkan Saluran:

1. Sila kisarkan kesemua bahan yang disebutkan diatas.
2. Kemudian, didihkan selama 10 minit
3. Setelah mendidih tutup api dan biarkan seketika
4. Simpan dalam peti sejuk

Anda disarankan agar minum sesudu sebelum tidur pada malam hari dan sesudu selepas bangkit dari tidur. Dan, jangan lupa amalkan juga ayat yang dikongsikan dibawah.


Semoga perkongsian ini, dapat memberi sedikit manfaat kepada anda. Jika anda merasakan cara mudah untuk bersihkan kolestrol yang terdapat pada saluran jantung yang dikongsikan turut berguna kepada yang lain. Jangan lupa bantu kami sebarkan di mana-mana laman sosial milik anda atau klik pada simbol g+1 dibawah. Terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan.
#Infokini di Petua Bersihkan Kolestrol Pada Pembuluh Darah Jantung Yang Tersumbat Secara Tradisional

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3687