Kajian: Pasangan Tidur Bogel Lebih Bahagia Hidup Bersama merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Kajian: Pasangan Tidur Bogel Lebih Bahagia Hidup Bersama.
Ingin tahu rahsia untuk mengekalkan kebahagiaan rumah tangga anda? Jawapannya ialah dengan sentiasa tidur dalam keadaan berbogel dengan pasangan anda.
Menurut Daily Mail, satu kajian yang dijalankan di United Kingdom menunjukkan sebanyak 57 peratus daripada 1004 koresponden mengatakan dengan tidur bogel bersama pasangan masing-masing, ianya dapat mengekalkan kebahagiaan dan keharmonian perkahwinan mereka.
Sementara selebihnya pula lebih suka memakai pakaian tidur atau pyjamas ketika sesi beradu bersama suami atau isteri mereka.
Menurut Stephen McKensie, 33, dirinya sudah enam tahun mengamalkan tidur tanpa mengenakan sebarang pakaian di mana Stephen berasa sangat selesa berbanding tidur dengan memakai pyjamas mahupun boxer.
“Isteri saya pun melakukan perkara yang sama dan kami sangat gembira dengan perkara ini. Tidur bogel membantu kami sentiasa bersikap tenang ketika berada di atas katil,” katanya.
Selain itu, menurut kajian itu lagi, tabiat pasangan di bilik tidur turut mempengaruhi kebahagiaan hidup berumah tangga yang dilalui oleh setiap pasangan suami isteri.
Antaranya ramai koresponden tidak menggemari pasangannya makan di atas katil dan memakai stokin ketika tidur.
#Infokini di Kajian: Pasangan Tidur Bogel Lebih Bahagia Hidup Bersama