(Foto) Di China, Pemilik Kereta Tampal Stiker Hantu Untuk Takutkan Pemandu Yang Guna Lampu Tinggi merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri (Foto) Di China, Pemilik Kereta Tampal Stiker Hantu Untuk Takutkan Pemandu Yang Guna Lampu Tinggi.
Beijing - Pemandu kereta di China menggunakan cara kreatif iaitu dengan menampal stiker hantu reflektif pada cermin belakang kenderaan mereka untuk menakut-nakutkan pemandu lain yang menggunakan lampu tinggi ketika memandu.
Namun, pemandu yang menggunakan 'teknik mengejutkan' itu boleh dikenakan hukuman kerana boleh menyebabkan bahaya di jalan raya, kata agensi berita Xinhua.
Polis trafik di Jinan, wilayah timur Shandong, mula sedar poster-poster hantu dengan muka pucat dan lidah merah ditampal oleh pemandu di sini.
Di laman beli belah Taobao, berpuluh-puluh kedai mula menjual stiker menakutkan itu. Menurut deskripsi di laman produk, salah seorang penjual berkata stiker itu tidak akan kelihatan jika tiada pancaran lampu dan boleh memberi tindak balas refleks sekiranya pemandu di belakang menggunakan lampu tinggi.
Di Jinan, pemandu yang melekatkan stiker itu boleh didenda 100 Yuan (RM63) bagi setiap satu.
Polis berkata hukuman akan jadi lebih berat jika stiker terbabit menyebakan kemalangan jalan raya.
#Infokini di (Foto) Di China, Pemilik Kereta Tampal Stiker Hantu Untuk Takutkan Pemandu Yang Guna Lampu Tinggi