Quantcast
Channel: Glepor
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3687

Hasrat Kanak-Kanak Buang Air Terbantut, Jumpa Ular Sawa Di Dalam Mangkuk Tandas

$
0
0
Hasrat Kanak-Kanak Buang Air Terbantut, Jumpa Ular Sawa Di Dalam Mangkuk Tandas merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Hasrat Kanak-Kanak Buang Air Terbantut, Jumpa Ular Sawa Di Dalam Mangkuk Tandas.

Hasrat seorang kanak-kanak berumur 11 tahun ke tandas rumah mereka untuk membuang air kecil terbantut selepas dia dikejutkan dengan kehadiran seekor ular sawa di dalam mangkuk tandas di Jalan Bukit Mertajam, Klang malam tadi, lapor Harian Metro.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 8 malam di mana ular sawa tersebut dikatakan telah masuk melalui saluran septik tandas berkenaan.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan jam 8.08 malam dan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang bergegas ke lokasi.

"Pasukan yang diketuai Ketua Operasi, Mawardi Ahmad mengambil masa 25 minit untuk mengeluarkan ular itu dengan menggunakan penjerut ular.

"Ular itu kemudian dilepaskan di tempat yang selamat," katanya.

Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kes ini. - Siakapkeli.my




#Panas di Hasrat Kanak-Kanak Buang Air Terbantut, Jumpa Ular Sawa Di Dalam Mangkuk Tandas

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3687