Quantcast
Channel: Glepor
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3687

Nelayan Terkejut Jumpa Objek Misteri Di Tengah-Tengah Lautan

$
0
0
Nelayan Terkejut Jumpa Objek Misteri Di Tengah-Tengah Lautan merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Nelayan Terkejut Jumpa Objek Misteri Di Tengah-Tengah Lautan.

Australia, 31 Julai - Sekumpulan nelayan terkejut apabila menemui satu objek misteri berbentuk seperti bola terapung di perairan Australia barat sebelum objek itu dimakan oleh sekumpulan jerung.

Mark Watkins dan bapanya ketika itu sedang menangkap ikan 25 batu nautika dari Bunbury, selatan Perth apabila mereka menemui objek terbabit.

Pada mulanya, Watkins, 36, menyangka objek itu sebuah bot atau belon udara panas namun sangkaannya itu meleset apabila mendekati objek itu yang rupa-rupanya bangkai seekor ikan paus yang telah mengembung.

"Bila kami semakin dekat, baru kami tahu ia mesti seekor ikan paus yang telah mati kerana baunya yang teramat busuk", kata Watkins.

Ikan paus itu kelihatan seolah-olah berwarna pink kerana kulitnya yang menegang.

Menurut Watkins lagi, bangkai itu kemudiannya mengecut semula selepas dipercayai digigit jerung memandangkan ada sekumpulan jerung berada di kawasan itu dan bekas gigitan di bangkai berkenaan.

Keadaan ikan tersebut selepas mengecut

Sumber : Dailymail #Panas di Nelayan Terkejut Jumpa Objek Misteri Di Tengah-Tengah Lautan

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3687