Quantcast
Channel: Glepor
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3687

Najib : "Saya Memandang Berat Kenyataan yang Dibuat Oleh Department of Justice, United States"

$
0
0
Najib : "Saya Memandang Berat Kenyataan yang Dibuat Oleh Department of Justice, United States" merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Najib : "Saya Memandang Berat Kenyataan yang Dibuat Oleh Department of Justice, United States".


Kuala Lumpur, 21 Julai - Perdana Menteri, Najib Razak, hari ini memberi respon susulan kenyataan yang dibuat oleh Department of Justice, United States yang dibuat baru-baru ini.

Najib mengeluarkan kenyataan di blog Najibrazak.com.

"Saya memandang berat kenyataan yang dibuat oleh Department of Justice, United States yang telah disiarkan pada malam tadi. Perlulah dijelaskan bahawa ini merupakan tindakan sivil, dan bukan tindakan jenayah.

"Dan ia terhad kepada nama-nama yang telah pun disebutkan dalam laporan tersebut. Oleh itu, dari segi kerajaan, kita akan beri kerjasama yang sepenuhnya kepada semua pihak siasatan peringkat antarabangsa.", kata Najib.

Selain itu, Najib juga berkata sebarang kesimpulan perlu dielakkan sebelum proses kehakiman di mahkamah selesai.

"Pendirian kita selama ini jelas iaitu kita tidak mahu melihat apa-apa perbuatan yang boleh melanggar undang-undang. 

"Oleh itu, proses perlulah dihormati, maknanya seseorang itu ada peluang untuk membela diri sendiri atau pun menggunakan proses kehakiman di mahkamah dan kita tidak sewajarnya membuat apa-apa kesimpulan selagi proses itu belum selesai.", kata beliau - Siakapkeli.my

Sumber : www.najibrazak.com

#Panas di Najib : "Saya Memandang Berat Kenyataan yang Dibuat Oleh Department of Justice, United States"

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3687