Quantcast
Channel: Glepor
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3687

AMEKKAU : Guru Dipenjara Sebar Gambar Luc@h Pemimpin Negara!!!

$
0
0
AMEKKAU : Guru Dipenjara Sebar Gambar Luc@h Pemimpin Negara!!! merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri AMEKKAU : Guru Dipenjara Sebar Gambar Luc@h Pemimpin Negara!!!.
Bila ilmu yang dimiliki tidak memberikan manfaat. Mahkamah Sesyen Kota Bharu menjatuhkan hukuman penjara dua tahun ke atas seorang guru selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan menyiarkan gambar lucah membabitkan pemimpin negara, serta memiliki video lucah pada 2014.
Hakim, Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh, Nik Adid Nik Mat, 43, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Mahkamah memerintahkan hukuman bermula hari ini.
Pendakwaan dilakukan Pengarah Pendakwaan Kelantan, Idham Abdul Ghani manakala tertuduh diwakili peguam, Siti Syaerah Meor.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menggunakan internet untuk menyiarkan gambar bertajuk ‘Pesta Bogel’ berunsur lucah dengan niat menyakiti hati orang lain di Jalan Maahad Saniah, Pasir Puteh pada jam 9 malam, 8 Ogos 2014.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Subseksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa memiliki filem lucah di lokasi sama pada jam 4.45 pagi, 21 Ogos 2014.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 5(1)(a) Akta Penapisan Filem 2014 yang dihukum seksyen 5(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
#Panas di AMEKKAU : Guru Dipenjara Sebar Gambar Luc@h Pemimpin Negara!!!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3687