Quantcast
Channel: Glepor
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3687

Tak Malu Bekerja Sebagai Tukang Cuci Biarpun Ada Rupa

$
0
0
Tak Malu Bekerja Sebagai Tukang Cuci Biarpun Ada Rupa merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Tak Malu Bekerja Sebagai Tukang Cuci Biarpun Ada Rupa.


Medan, 25 Mei: Dek kerana memerlukan wang dan tidak mahu menyusahkan keluarga, seorang gadis cantik dari Medan sanggup bekerja sebagai pencuci di Stesen Besar Kereta Api Medan sejak lebih setahun lalu bagi membiayai kuliahnya.

Kisah gadis yang bernama Duma Mariana Simanjuntak itu kini menjadi viral di media sosial.

Duma, yang berasal dari sebuah keluarga sederhana, bekerja sambilan sebagai seorang pencuci di stesen keretapi itu sejak setahun setengah yang lagi untuk membiayai pengajiannya di Sekolah Tinggi Ilmu Ekonomi (STIE) Institut Bina Bisnis Indonesia Medan .

Gadis yang berusia 19 tahun itu tinggal bersama dengan keluarga dalam sebuah rumah yang sederhana dekat landasan keretapi itu di Jalan Binjai, Kecamatan Sunggal, Deli Serdang.

Setiap hari pada jam 5 pagi, anak pasangan pasangan Jumian Simanjuntak dan Friska Sitinjak itu, berjalan 500 meter ke perhentian bas untuk ke stesen kereta api bagi memulakan kerjanya.

“Saya ambil jurusan ekonomi dan sekarang sudah semester dua.

“Saya tidak malu jadi pekerja pencuci. Kenapa mesti malu? Yang penting saya bisa kuliah. Ini rezeki halal,” katanya sebagaimana lapor Harian Metro.

#Panas di Tak Malu Bekerja Sebagai Tukang Cuci Biarpun Ada Rupa

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3687